Wednesday, December 15, 2010

14HB DISEMBER. ANWAR MENGGELABAH .

  Kumpulan Persatuan Islam hari ini mengadakan wacana sehari di Masjid Wilayah Kuala Lumpur,  bertemakan Membanteras “Gerakan Pluralisme Agama dan Permutadan Ummah”, anjuran bersama  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan  kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( Muafakat),  Majlis permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO  (ACCIN) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).
 
” Program ini merupakan respon kepada ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Pluralisme pada 18 Mac 2010 di London School of Economic (LSE) ” Kata Pengarah Program, Ustaz Ismail Mina dari pertubuhan Muafakat  serta mengkritik penyertaan dan ucapan Anwar dalam persidangan pluralisme itu.  Klik di sini

Teks ucapan penuh Anwar yang sebelum ini pernah disiarkan di blognya (anwaribrhimblog) telah ditarik balik [klik di sini]  setelah mendapat kritikan daripada tokoh-tokoh agamawan Malaysia di antaranya, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady.

Difahamkan, Anwar terpaksa menarik balik ucapan penuh di LSE pada 18 Mac lalu di blognya kerana telah menerima surat tunjuk sebab daripada pihak JAKIM. Anwar dikatakan tidak menjawab surat JAKIM itu sebaliknya menarik siaran ucapan di blognya itu.

“Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hicks dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhir”, kritik Uthman El-Muhammady yang menggambarkan perubahan pola pemikiran Islam Anwar dari fundamentalis kepada pluralisme.

“Orang yang berkepercayaan seperti John Hicks dan yang sepertinya ini mungkin akan menjadi ‘lukewarm’ (semakin pudar) dalam keyakinannya, tidak lagi ia ‘minal-muqinin’ (dari orang-orang yang berkeyakinan) dari kalangan orang-orang yang yakin; mungkin akhirnya ia menjadi agnostic (ragu-ragu tentang kewujudan Tuhan), dijauhkan Allah, walaupun tidak disuarakannya. 

Pegangan seperti ini membawa kita terlintas persamaannya dengan golongan zindik (meyakini kekufuran atau atheis)  zaman klasik ” kritiknya lagi. Klik di sini

John Hicks merupakan ahli falsafah Eropah yang memperkenalkan konsep Pluralisme Agama yang terpengaruh dengan konsep pencerahan agama (enlightenment) yang pernah dipelopori oleh Immanuel KantJohn Locke. Klik di sini 


Anwar Ibrahim sewaktu berucap atas tajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisma dalam Dua Dunia) di LSE, London pada 18 Mac 2010 lalu dengan penuh yakin telah mempromosi Pluralisme Agama sebagai satu method untuk menyatukan krisis yang wujud ekoran kepelbagaian agama di dunia hari ini.

Ucapan Anwar dipengerusikan oleh John Sidel, seorang pengalisis politik United Kingdom. Sidel sebelum ini pernah menggambarkan perwatakan Anwar Ibrahim adalah sama dengan Nurcholish Madjid, pengasas Islam Liberal Indonesia.

 “Pada pertengahan 1990-an di Indonesia dan Malaysia, para pemikir Islam seperti Anwar Ibrahim dan Nurcholish Madjid yang menawarkan suatu janji politik Islam modenis yang mencampurkan teknologi moden dan demokrasi dengan ajaran-ajaran moral kepercayaan”, kata John Sidel, dalam dalam kertas kerja ‘De-demonizing Southeast Asian Islam’ yang ditulis oleh Michael Vatikiotis.

Pentingnya persidangan pluralisme itu, sehinggakan Anwar sanggup meninggalkan sidang parlimen yang sedang berlangsung ketika itu semata-mata untuk memenuhi undangan Barat itu. Klik di sini

Disebabkan kepercayaan Anwar itu dalam ucapannya Anwar telah mengkritik umat Islam yang didakwanya jumud dan takut dengan idea Pluralisme Agama.

“Sebagai umat Islam, ia akan terus menjadi masalah orang-orang yang menolak nilai kebebasan bercakap, kebebasan berpesatuan, demokrasi, dan kebebasan hati nurani. 

Mereka melihat budaya pluralisme agama sebagai sebahagian daripada konspirasi besar oleh ‘orang lain’ terutama orang Kristian untuk memurtad dan menukarkan akidah kelompok Muslim. Pluralisme juga merupakan taktik penyeludupan demokrasi gaya Barat melalui pintu belakang.” sindir Anwar.

Pelbagai persoalan dibangkitkan Anwar. Dari soal kebebasan beragama, hukaman rotan kepada Kartika Sari, model yang minum arak, isu kalimah Allah hinggalah peraturan hukuman syariah. 

Anwar juga telah memanipulasikan makna ‘Maqasid Syariah’ (Objektif Perundangan Islam) untuk membuktikan idea yang dilontarkannya adalah selari dengan tuntutan Islam. Walhal, Anwar memperalatkan ‘Maqasid Syariah’ untuk mencapai agenda Barat yang lebih besar iaitu Pluralisme Agama.

Sebagai respon daripada gagasan idea Anwar itu, Dr. Osman Bakar, Presiden Muafakat menggesa umat Islam di Malaysia berusaha membendung Pluralisme Agama dan Pemurtadan Agama yang bakal berlaku di negara ini.

“Sebab itu kami adakan wacana sehari ini untuk menghebahkan bahaya Pluralisme Agama”, kata Dr Osman dalam ucap utamanya.

Dr. Anis Thoha dalam sesi perbincangan turut menyebut asal usul Pluralisme agama.

“Pluralisme Agama merupakan fahaman yang lahir dari rahim demokrasi kerana prinsip demokrasi yang menekankan nilai-nilai kesamaan, kesetaraan dan hak asasi manusia”, katanya.

“Pluralism Agama ini kini merupakan Agama Baru yang kian tersebar pesat”, katanya lagi.

Beberapa tokoh agamawan akan turut serta membentangkan kertas kerja masing-masing dalam wacana hari ini. Mereka adalah Dr. Anis Thoha, Pensyarah Usuludin dan Perbandingan Agama , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Ustaz Dr. Muhamadi  Uthman El –Muhamady , Felow  Amat Utama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC); Prof. Idris Zakaria, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya, dan Dr Yusri Mohamed  Pensyarah Kuliyah undang-undang , Universiti Islam Antarabangsa. PETIKAN AIDC..TAHNIAH SAHABAT.

7 comments:

Kekuda said...

Ada pihak memperjuangkan ketuanan liberal... (termasuk ketuanan gay)

AzieYassin (Raveneye) said...

sebab mulut badan binasa, sebab ucapan, habis orang tak percaya dia. hah! amik kau!! sendiri buat sendiri tanggung la...

dia ni macam tak belajar dari sejarah diri sendiri, kesilapan diri. dungu ape? ikan pun lagi pandai dari dia laa~

aduhai, ada lagi ke orang macam ni?

Anonymous said...

Tuan,
Ini mungkinkah?, satu peringatan kepada umat Islam sekalian. Ya'jud dan Ma'jud telah datang untuk memusnahkan agama Islam. Berhati hatilah sekalian umat Islam.

Anonymous said...

Apa pandangan Al Ustaz Badrul Amin ..! Apa pandangan Dr Harun Taib ..! Apa pandangan ABIM dan penyokong Agama Isle..! Nah ini dia bukti Fitnah Abad ini. Aku sejak Anwar mengajar Yayasan Anda dah kenal dia.

Pusaka Ibunda said...

http://dialogantaraagama.blogspot.com/2010/03/religion-and-pluralism-in-divided-world.html

ucapan anwar jenis rakaman suara/audio.
Public lecture by Anwar Ibrahim at the London School of Economics, March 18, 2010

Anonymous said...

Ini pun satu hal lagi dah ramai dah cadangkan bukukan saja analisa AIDC berkenaan pluralisme mengenai Anwar....masih tak ada usaha nak bukuadau disalin dalam compact disc CD,DVD atau risalah berkala masih lagi tak ada untuk dilakukan

panglima hitam said...

Anwar sedang menerima pembalasan dari Tuhan.Semakin banyak keburukannya ditunjukkan Tuhan di mukabumi ini sbg hukuman, belum lagi di akhirat kelak.
Jika 'anugerah Tuhan', pasti dipelihara Allah dr segala keburukan. Tapi 'anugerah syaitan'...segala 'kesyaitanan'nya kini semakin terserlah. Sama-samalah kita saksikan waktu-waktu akhir hidupnya..sebelum sakratul maut menjemputnya..