Wednesday, December 8, 2010

KHIR TOYO WAJIB LAWAN !

khir toyo di duga sekali lagi. sungguh hebat dugaan yang beliau tempuhi. ada orang mohon agar dia berundur dari politik. satu cadangan merajuk yang tak kena tempatnya.

apa motif saranan ini aku tak pasti ?

kalau awal-awal mengaku kalah, maknanya kamu mengaku salah. 

nasib baik khir toyo tak termakan hasutan 'bahaya' ini. jangan  di perangkap dengan kata lembut yang berbisa tujuannya.

inilah masanya untuk khir toyo berentap dalam mahkamah. 
inilah masanya untuk khir toyo membersihkan namanya.
tiba masanya khir toyo membuktikan dakwaan pakatan tentang isu rumahnya itu adalah palsu.

dalam sejarah umno, bukan khir toyo mangsa pertamanya. datok haron, rahim tambi chik,isa samad antara nama yang pernah diduga sedemikian rupa. namun mereka tetap bangkit dan sama sekali tidak meninggalkan parti.

memberi pujukan dan rayuan supaya khir toyo berundur tidak menyelesaikan masalah. ini bukan masa untuk politik melankolik. lawan sampai habis jika kita benar. 

GAP MINTA KHIR TOYO LAWAN DI KANDANG MAHKAMAH.

10 comments:

Unknown said...

salam bro... SSDE terkini bile lagi yer, dengar citer 11 hb dis ni ada kat klang ..

Chairman Kaga said...

SATU CADANGAN YG BERNAS. SAYA AKAN KEMUKAN KEPADA BLOGGERS YG DIMAKSUDKAN TU.

MUAHHAHAHAH DAN HE HE HE

TIPS : JANGAN PADAM KOMEN AKU IA.

fulisiakantora said...

Assalamualaikum, benar atau tidak bukan soalnya, kes ni dah masuk dalam mahkamah, nak tak nak... Dato' Seri tetap kena mengadap proses mahkamah. Tapi kes ni walaupun masih kabur, tapi kita tak boleh menolak bulat2, sbb aku da masak sangat dgn suasana politik negeri Selangor lebih2 lagi bahagian Hulu Langat. 'Cah keting'... korup... kotor... jijik... busuk, banyak lg la. Bg aku... kalau kes ni memang utk membusukkan nama Dato' Seri, kita wajib lawan!!! Tapi kalau kes ini adalah satu langkah yg MULIA utk membersihkan PARTI KERAMAT MELAYU, pun aku SOKONG. ALLAHUAKBAR!!!

j3bat said...

BRO kita guna perkataan kedaulatan Melayu Lepas ni, ikut saranan Sultan Johor.

Ianya lebih mantap.

Azrai Zain said...

yang mana yang betul ni? tapi ulasan dari blogger tukartiub ada benarnya juga... nampak macam Khir Toyo ni saje kerajaan nak buat pendakwaan tapi kes bukan nye tentang rasuah macam apa yang telah dilakukan oleh Khir Toyo masa pemerintahannya. Tengok link ni: http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/seluruh-negara-sedang-kena-tipu.html . Sorry admin saya hanya mahu penjelasan sahaja. TQ

Anonymous said...

Tuan,

Aku rasa DS Toyo silap membina rumah begitu besar, hingga dilabelkan sebagai istana toyo.
Tak payah lah menunjuk nunjuk kekayaan beliau. Orang yang iri hati tunggu sahaja untuk menjatuhkan beliau. Harap DS akan berhati hati masa kelak.

Ms Pearl said...

GAP,

undur dari jawatan itu tak PERLU pada I la. contoh Adun.

itu jawatan pilihan rakyat. suka tak suka kena terus bekerja. K.T kan lelaki. Lelaki kena kuat kena tabah lebih dari wanita.

Salah/Tak Salah biar mahkamah tentukan.

Tugas tetap tugas. Ahli Politik sejati tak boleh cepat merajuk or kecut hati. :D

Melayu Pasir Gudang said...

Aku tak faham kenapa beli rumah lebih murah dari estimated market jadi kesalahan. Asalkan yang menjual itu setuju dengan harga yang di beli. Dimana kesalahannya?. Selepas nie semua orang kena hati-hati beli rumah lelong takut kena dakwa dan jadi satu jenayah pulak.

fulisiakantora said...

A'kum, hah... kan dah kene tegur dengan peguam negara, diam2 SUDAH!! citer dlm mahkamah, jangan tiru anu-nuar... bawak kes alliwati ke jalanan, guna rakyat nak pengaruh kes. Berani kerana benar, kalau takut mesti bersalah.

Anonymous said...

dgr kata semasa pemilihan ketua pemuda.. kj n the geng telah dedahkan apa yg di tanggung oleh DKT sekarang pasal tanah/rumah..pembangkang sambut bola tanggung di beri oleh puak2 pro kj betul ke ? ada kala gua tertinggal bas...