Kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum pada ketika dua pihak – Baju Merah dan Baju Hitam - mengadakan demonstrasi mengenai isu air dan isu penyelewengan kerajaan Selangor.
Persoalannya, pada ketika Sultan Selangor turut mengambil berat isu ini kenapa Menteri Besar Selangor tidak menghadap atau memohon perkenan Baginda membantu mengatasi masalah ini - sebaliknya terus kepada Yang di-Pertuan Agong?

Apakah Khalid merasakan Sultan Selangor tidak mengambil berat isu ini? Atau apakah Khalid merasakan Sultan Selangor tidak mempunyai ‘pengaruh’ dalam membantu mengatasi isu air di Selangor?
dalam temubual yang disiarkan The Star, Sultan Selangor memberi amaran negeri Selangor akan berdepan masalah air yang serius jika krisis air yang diakibatkan pertelingkahan antara kerajaan negeri dan Persekutuan (Pusat) berlanjutan.
Baginda bukan sekadar bimbang air paip ‘akan kering’ tetapi juga akan melibatkan bekalan kepada kilang. Jika keadaan ini berlaku apa jadi dengan industri di Selangor?

Apakah Selangor akan menerima nasib seperti Kelantan apabila pelabur enggan melabur di negeri berkenaan yang antara puncanya kerana beberapa kemudahan asas seperti bekalan air sentiasa tergencat
Rasional yang dinyatakan Sultan Selangor itu ada logiknya ketika kerajaan pimpinan Khalid merasakan bekalan air di negeri itu cukup sehingga 2019.
Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa kerana isu ini dipolitikkan, sedangkan Baginda tidak mahu rakyat Selangor menjadi mangsa jika ‘paip tidak lagi menitiskan airnya’.
“Isu ini sudah berlanjutan. Halangan perlu diatasi, “ titah Baginda dan menurut pembantu Sultan Selangor, Baginda begitu risau dengan masalah ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Laporan Kajian Sumber Air Kebangsaan 2000-2050 meramalkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air menjelang akhir 2014. Laporan diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Pertelingkahan membabitkan cadangan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor iaitu bekalan air yang belum dirawat oleh Pahang kepada Selangor. Baca di sini untuk lebih jelas.
Di pihak Kerajaan Pahang, negeri itu sudah memulakan projek bagi kerja menghantar air sejak April. Apabila siap pada 2014, 1,890 juta liter air yang belum dibersihkan akan dipam dari Sungai Semantan ke pusat merawat (loji) air di Hulu Langat.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata Julai lalu, Kerajaan Pusat meminta Selangor memberikan kebenaran untuk membina loji merawat air Projek Langat 2 bernilai RM8.65 bilion.
Khalid dalam kenyataannya September lalu mengatakan Selangor tidak pernah menentang kepada projek Langat 2 sebaliknya mengatakan tidak perlu tergesa-gesa kerana Selangor meramalkan cukup air untuk memenuhi permintaan di negeri itu sehingga 2019.
Banyak pihak tertanya-tanya dengan sikap Khalid ini (baca di sini).
Pada 26 November lalu,Presiden Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu meminta Kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berbincang dan mencapai kata sepakat secepat mungkin bagi memastikan negeri itu tidak berdepan dengan krisis air pada masa depan.
Katanya, pertikaian demi pertikaian yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan sesiapa, sebaliknya merugikan rakyat.

"Ini bukan isu siapa menang siapa kalah dalam perlawanan melibatkan Menteri Besar dengan Pengerusi Syabas. Ini isu rakyat Selangor sebagai pengguna air di negeri ini. Ia juga tentang kepercayaan. Jika kita tidak percaya kepada orang sendiri, kepada siapa kita hendak percaya," katanya.
Marimuthu menambah, cadangan Syabas untuk menaikkan tarif air tidak perlu dipolitikkan kerana ia merupakan satu keperluan yang harus disegerakan.
Kenaikan kadar tarif air ini, jelasnya, perlu dilaksanakan demi menampung kos operasi untuk menjamin pembekalan air yang berkualiti serta berterusan di Selangor.
"Jika benar kerajaan negeri pentingkan rakyat, selesaikan masalah ini secepat mungkin supaya krisis air yang dijangka berlaku pada 2012 tidak akan berlaku," katanya.
2 comments:
Salam...Harap Blog saya dapat di link disini...Terima Kasih.
tuan
minta tuan tulis lagi pasal ds judin ketua pengarah jkr. sekarang pegi islamabad saja. tak habis2 jalan2 makan angin. sebelum ni pegi kampuchea. sebulan tiga empat kali pegi overseas by kumpulan sate.
judin sekarang kat islamabad dengan dato amir juga dari kumpulan sate.
dato amir ni sebulan 4 kali pergi overseas. kita orang kat jkr tak ada peluang langsung pegi overseas. asyik2 di kalangan dia orang saja.
judin yang luluskan. judin bawa 6 orang pegi islamabad. kalau seorg kos dia RM20k, jumlahnya dah RM120k.
ini cara dia org pakai duit kerajaan pegi cuti jalan2 makan angin.
tolong lah bro
tulis sekali lagi
harap jgn siarkan komen saya ni
Post a Comment