Thursday, January 13, 2011

11 DALIL KHUSRIN DIBENCI PAKATAN MUNAFIKUN.

Berikut disenaraikan sebab dan musabab Khalid Ibrahim tidak memperkenankan perlantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. 
Kejadian-kejadian berikut berlaku semasa Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan banyak komen dan kenyataannya telah mengguris Pakatan Pembangkang.


11 Julai 2008, JAIS Akan Memperhebatkan Sekat Aktiviti Islam Liberal

Selangor merancang memperhebatkan aktiviti kefahaman Islam bagi menyekat penyebaran fahaman Islam liberal yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat khususnya generasi muda negeri ini. Fahaman tersebut jelas bercanggah dengan ajaran Islam tulen yang berlandaskan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.

Fahaman berkenaan dikatakan lebih kepada mempersoalkan pelbagai perkara dalam Islam seperti hadis dan sunah Rasulullah, amalan ibadat, wahyu termasuklah ketuhanan yang ditafsirkan menggunakan logik akal semata-mata.

"Fahaman ini memasukkan pengaruh moden yang dicorakkan dengan pemahaman akal mereka sendiri tanpa mengambil kira wahyu dan sunah Rasulullah. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa kedudukan akal mereka lebih tinggi daripada wahyu yang diturunkan Allah dan sunah nabi."
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

14 September 2008, Selangor Batal Ambil SABK

Mei 2008, Kerajaan Campuran Pakatan Pembangkang mengemukakan cadangan untuk mengambil alih pengurusan sekolah agama daripada Kerajaan Persekutuan kerana mahu mentadbir sendiri institusi pendidikan agama di negeri ini.

Cadangan yang dinyatakan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali itu dibuat dengan alasan Selangor mampu mempunyai sistem pendidikannya sendiri tanpa perlu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhamed Khusrin Munawi, banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian terutama latihan guru, infrastruktur dan pengurusan.

“Malah saya akui ada Sekolah Rendah Agama (SRA) di negeri ini beroperasi dalam keadaan daif dan uzur dari segi kelengkapan sekolah, bangunan termasuklah keadaan tandas yang rosak.”
Pengarah JAIS, Datuk Muhamed Khusrin Munawi

Hasrat Kerajaan Campuran Pakatan Pembangkang untuk mengambil alih Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh Selangor terpaksa dibatalkan ekoran kos pengurusan yang tinggi. Sekiranya rancangan itu diteruskan, kerajaan negeri terpaksa menanggung kos sebanyak RM50 juta setahun.

Jumlah berkenaan dilihat terlalu besar dan seeloknya peruntukan itu digunakan untuk pembangunan SRA yang sememangnya ditanggung oleh kerajaan negeri.

Di samping itu, Muhamed Khusrin menegaskan beliau akan mempertahankan hak yang telah diperuntukkan kepada JAIS dalam aktiviti keagamaan di Selangor. Jumlah peruntukan berkenaan diberikan kepada JAIS setiap tahun mengikut keperluan pengurusan jabatan itu yang meliputi perbelanjaan mengurus serta perbelanjaan pembangunan. Sebelum ini Kerajaan Campuran Pakatan Pembangkang bercadang untuk mengagihkan peruntukan tahunan JAIS sebanyak RM140 juta setahun untuk pembangunan agama lain.


22 September 2008, Azan: JAIS Tidak Akan Bertolak Ansur

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba membantah penggunaan pembesar suara di masjid- masjid di negeri itu ketika melaungkan azan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi menegaskan, laungan azan merupakan perkara wajib dalam Islam dan ia seharusnya dilakukan tanpa sebarang halangan. Justeru, beliau mahu para nazir dan jawatankuasa masjid di negeri itu meneruskan penggunaan pembesar suara seperti yang dilaksanakan sekarang.

"Dalam soal azan, kita tidak boleh bertolak ansur. Ia wajib dibuat. Saya harap para nazir masjid teruskan apa yang dilaksanakan selama ini tanpa apa-apa halangan.''

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

Pengurusan Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Puchong tidak lagi menggunakan pembesar suara semasa kuliah subuh mingguan selepas 189 penduduk bukan Islam di kawasan itu menghantar petisyen bantahan.


19 Februari 2009, JAIS Akan Siasat Lelaki Itu Islam

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil teman lelaki Elizabeth Wong yang dikaitkan dengan penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu, jika dia seorang yang beragama Islam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, jika lelaki itu seorang Islam dan terbukti dia memang berada di tempat kejadian semasa gambar tersebut diambil, dia akan dipanggil untuk membantu siasatan kerana berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan dengan seorang wanita yang bukan muhrimnya.

Beliau diminta mengulas kes penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth di dalam internet yang dipercayai mempunyai kaitan dengan teman lelaki ADUN itu yang dikatakan seorang lelaki Islam. Bagaimanapun, kata Mohamed Khusrin, jika siasatan mengesahkan lelaki itu melakukan kesalahan, tindakan terhadapnya hanya boleh diambil jika dia membuat pengakuan di Mahkamah Syariah.

4 April 2009, JAIS Siasat Video Babi Hina Islam

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu yang menyebarkan klip video menghina Islam menerusi laman web YouTube.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya juga akan membuat laporan mengenai klip video terbabit yang bertajuk Melayu Boleh Makan Babi kepada SKMM Isnin ini untuk tindakan lanjut.

"JAIS amat memandang serius perkara itu dan akan menjalankan siasatan rapi terhadap klip video ini yang dipercayai telah dimuat turun ke Internet kira-kira sebulan lalu. Sekiranya kita dapat kesan siapa yang menjadi dalang kepada penyebaran klip video dan lelaki dalam rakaman klip video itu, dia akan didakwa di mahkamah.''

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

24 Julai 2009, Umat Islam Ditegah Bakar Lilin Ingati Individu

Umat Islam ditegah mengikuti amalan orang bukan Islam dalam apa jua majlis termasuk pembakaran lilin bagi memperingati seseorang individu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tindakan sedemikian jelas bercanggah dengan hukum prinsip asas agama Islam.

Katanya, tindakan membakar lilin untuk memperingati sesuatu merupakan amalan lazim masyarakat beragama Kristian sama ada di barat mahu pun di negara ini.

Malah amalan tersebut turut dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang turut membakar lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Bagaimanapun, tindakan Mohammad Nizar itu dikritik hebat oleh pemimpin tertinggi Pas apabila Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib menyifatkan ia amat 'meragukan'.

''Kalau hendak berpolitik pun, kena tengok tempat dan tingkah laku, jangan sampai mengikut cara atau amalan yang bercanggah prinsip dan hukum Islam."

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

Beliau turut menegur sikap para pemimpin politik yang beragama Islam supaya tidak membelakangkan ajaran Islam semata-mata mahu meraih sokongan politik daripada golongan bukan Islam. Sikap tersebut tidak seharusnya wujud kerana sebagai pemimpin Islam, mereka sepatutnya menegakkan ajaran agama itu termasuk mengikuti hadis Rasulullah SAW dalam kepimpinan mereka.

18 Ogos 2009, JAIS Persoal Exco Lulus Bina Kuil

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan keputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk di Seksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitan portfolio berkenaan.

Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.

Selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar.

‘‘Maka itu dalam soal cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, kita mahu supaya kerajaan negeri menimbang semula pembinaan kuil di kawasan berkenaan. Pertimbangan sedemikian perlu dibuat kerana isu pembinaan rumah ibadat itu dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat di Selangor terutamanya melibatkan soal agama.”
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

Tindakan itu menimbulkan kemarahan penduduk dan menuntut kerajaan negeri memberi kewajarannya kerana hanya terdapat 40 penghuni India di situ berbanding kira-kira 400 orang Islam tinggal di kawasan tersebut.

Beliau menambah, walaupun terdapat perubahan dari segi amalan pentadbiran tetapi pembinaan rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti umat Islam perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.

22 Ogos 2009, JAIS Pantau Penjualan Arak

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melantik lebih 1,500 pegawai bagi menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan terhadap orang Islam yang terlibat mempamer, menjual, membeli dan meminum arak di negeri itu.

Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, selain itu, mereka juga diberikan kuasa untuk menahan mana-mana orang Islam yang makan di khalayak ramai pada Ramadan atau melakukan perkara-perkara lain yang tidak menghormati bulan mulia itu.

Kesemua mereka dilantik daripada kalangan ahli jawatankuasa setiap masjid yang berjumlah 378 buah di seluruh negeri Selangor.

"Seramai empat orang dilantik dari setiap masjid di negeri ini."

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

Baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor meminta semua premis perniagaan yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri.

14 Januari 2010, JAIS Beri Amaran Kepada Khalid Berhubung Kalimah Allah

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan larangan pengunaan kalimah Allah terhadap penganut bukan Islam di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputusan larangan penggunaan kalimah Allah itu telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta majlis fatwa negeri pada tahun lalu dan mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sehubungan itu tegas beliau, tindakan mempertikaikan keputusan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menghina dan ingkar perintah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan majlis fatwa negeri.

"Kita (JAIS) nak jelaskan bahawa keputusan melarang pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bukannya soal politik tetapi ia melibatkan soal akidah dan kepentingan umat Islam. Maka sebab itu, MAIS, majlis fatwa negeri membuat ketetapan pengunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain selain Islam berasaskan kajian dan penyelidikan mendalam mengenai perkara itu.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

Jika didapati bersalah mengikut enakmen itu boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

12 November 2010, Khutbah Politik, Imam Masjid Darul Ehsan Dipecat

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menamatkan tugas imam Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya kerana membiarkan masjid dijadikan pentas politik. Imam tersebut telah membiarkan khatib jemputan menyampaikan khutbah Jumaat yang diselitkan dengan unsur politik pada 30 Oktober lalu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, pihaknya memandang serius usaha pihak tertentu yang menjadikan masjid sebagai tempat untuk berceramah politik dan semua imam telah diberi peringatan demikian.

''Kita telah beri amaran demi amaran, tetapi masih berlaku, kita tidak boleh bertolak ansur dengan perkara yang berlaku. Sebab itu tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terlibat. Ini adalah kes pertama di Selangor, imam ditamatkan perkhidmatan ekoran kesalahan tersebut.''
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

23 November 2010, JAIS Tidak Benar Nizar Beri Ceramah Agama

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta pentadbir Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini membatalkan program ceramah agama oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, sehubungan itu pihak berkenaan diminta mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah ditetapkan oleh jabatan berkenaan sekiranya masih mahu meneruskan program ceramah tersebut.

''Saya telah arahkan Kadi Kuala Selangor, Hashim Muhamad yang kemudiannya telah memaklumkan kepada nazir masjid di bawah pemantauan masjid tersebut, Aziz Safri tentang keputusan JAIS itu.''
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

Masjid tersebut yang dipercayai 'dikuasai' oleh sebuah parti pembangkang sebelum ini telah banyak kali menjemput penceramah daripada parti itu untuk menyampaikan kuliah dan ceramah agama atas nama kuliah maghrib, isyak atau subuh.

2 comments:

PAPA GOMO said...

Sumbangan Boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz

Bantu Semana Yang Kita Mampu!!!

Arwah Yang Gambi Berjuang Sehingga Ke Akhir Hayat Beliau.

Anonymous said...

KINI BARU ANA PAHAM MENGAPA MB SELANGOR BEGITU BENCI DENGAN SUK YG BARU.

DATUK KHUSRIN TELAH MENJALANKAN TUGASNYA DENGAN SEBENARNYA SEMASA BERADA DI JAIS. ITULAH PROFESIONAL NAMANYA, TIDAK MEMIHAK KEPADA SESIAPA SELAGI DALAM BIDANG TUGASNYA, SYABAS DATUK.

BETULLAH KATA SESETENGAH BLOGGER PELANTIKAN SUK BARU AKAN BANYAK MEMBANTUTKAN USAHA MB SELANGOR.
KITA MEMANG TAHU MB MEMANG ADA AGENDA TERSENDIRI DAN TERSEMBINTI.

masmerah