Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Begitulah derita jiwa Abang Man yang kemudian membawa diri dari Felcra Sekijang dengan sebungkus hati yang remuk.
Tak pernah Abang Man sangka, jawatan pengurus yang disandangnya tidak akan dapat memuaskan kehendak material isterinya.
Ya, isterinya Kak Mal. Masih segar dalam ingatan Abang Man, saat Kak Mal mengucup tangannya tanda perpisahan di Maktab Tuanku Bainun Pulau Pinang. Sekali tidak Abang Man menyangka, perpisahan itu adalah perpisahan abadi dalam rumahtangga mereka.
Sewaktu memandu pulang seorang diri, Abang Man terkenang lagu Sudirman yang dinyanyikan bapa mertuanya sewaktu membawa pulang perempuan Siam dengan penuh bangga.

Ya, Kak Mal akan kembali. Tetapi tidak Abang Man menduga, Kak Mal akan menuruti jejak langkah ayahandanya dan membawa pulang sekeping hati yang telah dipangkah oleh mamat boria Pulau Pinang.
Tak dapat Abang Man ceritakan bagaimana perasaannya bila Kak Mal minta dilepaskan.
Abang Man hanya mampu membungkus helai-helai uniform Mary Brownnya yang mana termampu dan berjalan buat kali terakhir di antara pokok-pokok sawit sambil berhenti membetulkan papan tanda koperasi penduduk yang habis duitnya dibelasah bapa mertuanya.
13 belas tahun peristiwa berlalu, dan kini hatinya terguris kembali menatap wajah Kak Mal yang sudah berjaya di dada akhbar. Kejayaan yang berpunca dari pengorbanannya melepaskan Kak Mal pergi ke Maktab Tuanku Bainun untuk belajar menjadi guru. Pengorbanannya yang dibalas dengan tuba oleh Kak Mal.
Tidak dapat Abang Man bayangkan, habis minyak hampas sawit Kak Mal campak begitu sahaja. Tak dapat juga Abang Man bayangkan, saat dia bertungkus lumus mencari rezeki menampung keluarga, Kak Mal berlari-lari dengan Mat Ouf Boria mengelilingi Komtar dan bercanda di pasiran Batu Feringghi.
Tetapi Abang Man tetap redha dan sesekali pun tidak pernah berdendam walau sekian lama dia berendam air mata. Dan bila rindu terus mencengkam, Abang Man akan nyanyikan lagu Maya oleh Sudirman sambil mengenang bekas bapa mertuanya yang kini sudah beristeri dua, satu di Malaysia dan satu di Indonesia.

(Kisah ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah mati)
7 comments:
SAYA MINTA IZIN PINJAM KARYA BRO...TQ
kahkah...cayalah karya kickdefella ni...well written and make me can't stop laughing...kahkah
Orang melayu memang bodoh dan dungu - masih lagi hidup berfikiran dizaman pak kadok dan lebai malang.
Suka creat news dan cerita2 bodoh yang tidak langsung berkaitan untuk memajukan parti UMNO nya yang sudah semakin mereput.
Pada pandangan kami UMNO, pemimpin2 dan pencacainya adalah segulungan orang yang masih ketinggalan zaman.
Lihat saja kaum cina atau india, mereka tidak pernah kutuk mengutuk diantara kaum nya. Cina dalam DAP tidak pernah kutuk cina dalam MCA atau Gerakan, Mereka berfikiran luas dan bijak, mereka akan sokong mana2 parti atau pemimpin yang mereka pandang baik.
Melayu tidak pernah mahu bersatu, PAS dan UMNO sudah ber kurun2 bermusuhan, kuasa politik melayu semakin terhakis, jika melayu terus bersengketa begini akhirnya melayu akan merempat dibumi nya sendiri.
Posting yang anda paparkan ini jelas menunjuk kan bangsa melayu busuk hati, menabur fitnah memfitnah sesama bangsa nya sendiri. Walaupun cerita ini benar adalah tidak baik dihebahkan. Islam tidak pernah ajar pengikutnya bersikap demikian.
Berusahalah bersatu dan berbaik sangka sesama umat kamu. Ingat kita akan mati pada bila2 masa sahaja jika dikehendaki tuhan.
wow.....novel ni memamg best...akak ni peminat novel..tapi novet ni kisah dari Tenang yg memang besttttttttttttttt.hihihi
nasib baik bukan karya rockefella keturunan yahudi,kekekeke
Kan bangang punya cerita.Nama je ada blog sendiri tapi takde nilai lansung,patutlah awak ni disumpah oleh orang kelantan,menulis macam takde otak.
BEST LAH KARYA INI..... KETAWA SAMPAI NAK TERKENCING!
Post a Comment