Wednesday, January 19, 2011

PRK PELABOHAN KLANG : JIKA BENAR BAGAI DIKATA !

jika benar prk ke 2 bakal berlaku di selangor, barisan pejuang bloger sudah  sedia berpalu gendang.

tak sabar rasa di hati hamba
berentap lagi  dengan sang puaka
sudah lama hamba menunggu saat 
perhitungan maha hebat
di negeri tumpah darah merah yang saga

umpama pungguk rindukan bulan
laksana sirih bakal kembali pulang ke gagang
begitulah gelodak rasa jiwa di hati
tak sabar menanti hari
untuk menghapuskan pemimpin berhati kafir harbi dari muka bumi !

Burung helang terbang menjerit,
Unggas melayang jadi mangsanya;
Keris disandang pedang diheret,
Takut berjuang apa gunanya.

Canang pendekar hebat bunyinya,
Raja berangkat istana Puri;
Jangan kaucabar darjat panglima,
Salah disanggah ajal menanti.

Bunga telapuk songket pendekar,
Senget terselak sebelah kiri;
Bumi kutampar langit bergegar,
Inikan pula busut baru nak jadi.

 
Kayu serentang dibuat antan,
Lesungnya pula batang membatu;
Sikat melintang lagi kutelan,
Inikan pula membujur lalu.

Ikan kenderah masak berkuah,
Giling perisa tidak berkunyit;
Takat sedepa kaubawa galah,
Janganlah cuba 'nak jolok langit.


3 comments:

Anonymous said...

Cakap pasal MACC, tahukah terdapat rasuah yang melibatkan Pengetua serta Pentadbir SMK Teluk Bahang di Pulau Pinang. Sime Darby rtelah memberi sumbangan hampir RM 100,000setahun untuk sekolah ini.

Sebahagian dari sumbangan ini adalah untuk membayar Guru sekolah ini untuk mengajar kelas tuisyen kepada murid-murid sekolah ini selepas waktu sekolah atau semasa cuti hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Malangnya, sumbangan ikhlas dari pihak Sime Darby tidak diagihkan kepada guru-guru yang dipaksa (wajib) mengajar kelas tuisyen ini.

Selain itu, danar dari panitia-panitia juga dibaham oleh pihak Pengurusan sekolah ini sehingga bil elektrik pun tidak mampu dibayar oleh pihak sekolah sehingga terpaksa mengambil dari danar panitia.

Diharapkan tidakan diambil terhadap Pentadbir sekolah ini.

Insan Anti Rasuah

Anonymous said...

Duli yang maha mulia
selamat di atas tahkta
Allah lanjutkan usia tuanku
Rakyat mahon restu
bawah duli tuanku
.......

Apa macam lagu perang sudah di palu
perembattt juakx2,penipu penderhaka/komunis tegar
Apa dia ini negeri bapak dia punya!
pantang anak jati dicabar
sekali melangkah pantang berumdur

by aramak

Pemuda TG said...

Jika benar bagai dikata, kecil tapak tangan, kompleks sukan pandamaran hamba sediakan...

Ayoh kita tempur mereka....