Saya ingin mengucapkan syabas kepada pucuk pimpinan PAS kerana telah memilih seorang muslimat, Puan Normala Sudirman, untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri pada 30 Januari akan datang. Alhamdulillah, kepimpinan PAS telah memberi pengiktirafan sewajarnya kepada Dewan Muslimat. Peluang Puan Normala untuk memenangi PRK ini amatlah cerah, Insya-Allah. Ini berdasarkan kepada kelayakan akademik beliau, perkhidmatan beliau sebagai guru di kawasan Labis dan perhubungan erat beliau dengan masyarakat tempatan, terutama dengan masyarakat bukan Melayu. Johor merupakan kubu kuat BN tetapi pencalonan Puan Normala akan menggugat dominasi politik BN di Labis. Jika ramai orang meramalkan Puan Normala akan hanya dapat mengurangkan majoriti BN, pada hemah saya calon muslimat ini akan memenangi PRK tersebut, Insya-Allah. Kemenangan PAS di PRK tersebut akan memberi semangat baru kepada PAS untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 di Johor. Justeru itu, saya ingin memberi peringatan kepada pemimpin, aktivis dan penyokong PAS untuk mengerakkan satu kempen pilihan raya yang berhemah dan berkesan. Barisan pemimpin PR yang turun untuk berkempen mestilah yang dapat diterima oleh semua golongan masyarakat dan tidak membawa mudarat kepada usaha-usaha PAS untuk menang. Untuk tujuan tersebut, saya ingin mencadangkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk melarang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim daripada terlibat dengan kempen PAS di Tenang. Penglibatan beliau akan membawa persepsi negatif kepada para pemilih. Kredibiliti beliau sekarang amat diragukan oleh rakyat dan beliau kini merupakan satu liabiliti kepada usaha PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Keputusan pimpinan PAS Johor meminta Anwar Ibrahim supaya tidak menghadiri majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin adalah keputusan yang amat tepat, dan saya rasa saya tidak bersendirian dalam menyokong penuh keputusan ini. Saya berharap pucuk pimpinan PAS akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada cadangan di atas dan saya sudahi dengan doa agar calon PAS, Puan Normala Sudirman akan menang pada pilihan raya kecil ini. Sekian. Wasallam. Wan Nasuha bt. Wan Hassan |
Thursday, January 20, 2011
PRK TENANG : ANWAR DIHARAMKAN BERKEMPEN UNTUK PAS !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
GAP,teman baru ni borak ngan member teman,org johor.. teman ingatkan sume org johor sokong umno.. upe2nye idak le begitu.. member teman ni siap suruh teman bukak mata lg,bace blog utk tahu kebenaran katanye.. (teman x bgtau la yg teman bace blog GAP,mau nangis die nnt tgk kebenaran,haha).. bole plak die kata kes anwar tangguh2 tu menunjukkan kehakiman x telus.. aduss.. hebat btui anwar niii... hebat drama king!!!! haha
Jadi pas jangan jadi hipokritlah.Ramai orang pas dah tak caya anuwar tapi apasal nik ajis masih lagi sayang anuwar dan nak diangkatnya jadi PM?
aku sokong seruan haramkan anwar kempen di tenang. dan aku tambah sikit, haramkan semua pemimpin PKR dari beri ceramah kempen di tenang... org melayu johor dan juga org cina johor benci sangat dgn politik kotor pemimpin2 PKR. si nuar tu kaya kerana umno. ci jui meng tu kaya kerana mca... tapi bila dah terpancut keluar dari umno/mca masuk PKR... haramjadah punyai pemimpin2 ini... kayaraya melalui BN/umno/mca tapi bila dah tak dapat tempat kutuk BN/umno/mca... jijik aku tengok nuar dan jui meng...
Setuju.....
Mari kita menegakkan...
"Skandal Maarof, Mala Mungkar"..
Idup PASberg...
Idup PASrael 4 All...
Takebeer.....
Untuk kunyit.... Can I Fuck You Today......
aku orang johor. Lahir kat johor..sekolah kat johor..tapi cari makan kat klang.
satu je aku nak bgtau..orang johor cukup menyampah dengan menteri besar johor. Ghani Othman. Slow, senyap, tak pe, biarkan, tunggu, sabar dulu..ish....!!!
kat kampung aku area parit bakar tu..beratus kilang papan haram. Asap..tok sah cakap le..pokok durian mati, pokok duku, langsat, manggis semua mati. Sidai kain baju tak leh lama2.. pendek kata makan asap. Itu pasal PRU 2008 kat sini tak penah2 PAS menang boleh menang. Orang kampung aku dah letih. Surat sana, surat sini, majlis perbandaran dah, wakil rakyat mcm sial, jabatan alam sekitar dah..apa lagi..?
Sampaikan aku doa semoga ada le PRK kat sini. PM turun, TPM turun, direct sikit nak mintak tolong. Org sini bukan suka sgt dgn PASberg tapi dah puluh2 tahun UMNO kat sini, janji tinggal janji. Org kampung makan asap, bangla, nepal, indon makin byk, jenayah makin meningkat, rumah org kampung dulu takde jeriji besi sekarang semua wajib ada, dan cina babi tauke kilang haram kaya raya, upah guard depan umah.
Tolong le sesapa kasi ketuk sama Ghani Othman bangunkan dia dari tidur yg panjang.. TS Muhyiddin! Tolong le jenguk kami di sini. tolong le cari pengganti Ghani Othman. Kami orang Parit Bakar, Parit Raja dan Parit Amal Muar Johor naik tahap benci dah kat dia ni!
-aku je..-
Post a Comment