Tuesday, February 22, 2011

ANAK MUDA, JANGAN ULANGI SILAP AKU .


asal muda aku ni loyalis dr mahathir. paling ditunggu apabila setiap kali ucapan dr mahathir yang disiarkan oleh akhbar akan aku sunting. bangganya aku menjadi pengikut dr mahathir sampai ke tahap waktu tingkatan 6 aku sudah katam akan isu pulau batu putih.

hari ni pulau batu putih dah melayang. anwar yang dipecat memungkinkan aku menjadi keliru.

jiwa muda, darah anak muda.

aku mula menjadi loyalis anwar bila kaset pemecatannya disebar di lembah klang.

siapa pernah pernah terfikir anwar yang pernah menjadi anak emas dr mahathir akhirnya di singkirkan.

kaset pemecatan anwar aku dengar berkali-kali, samada pergi kerja, balik kerja, ini upacara wajib yang membuatkan aku menjadi pentaksub anwar.

antara kandungan dan klimak yang paling diingati apabila anwar menghentak meja. semua dibalunnya.

ibrahim ali paling lantang pertahan dr mahathir.

one sided, satu pihak , dan sebelah pihak. itulah sikap aku dalam menilai politik anwar selama 10 tahun pasca reformasi. kata  dr mahathir aku bakul sampahkan, apatahlagi umno.

aku terpengaruh dengan anwar hanya berlandaskan pada satu kaset puaka.

disitu bermula pengggondolan minda aku yang terjajah, terjajah dek penangan anwarista.

demo aku hadir, ceramah aku pergi, buat ceramah aku ikut, pernah kutip duit pakai karung ceramah (derma jihad pas ), hadir mahkamah, pilihanraya kecil, pernah jadi MC ceramah pilihanraya 2004,taman melewar rumah kedua aku segalanya aku korbankan demi perjuangan anwarista.

inilah penangan sikap ultra pro anwar  waktu aku muda.

baru-baru ini bloger pakatan yang dikenali ramai iaitu mat saman kati telah meninggalkan pkr.

aku dengan mat saman kati banyak melanyak dr mahathir dan umno.( aku mohon maaf pada tun m )

perkenalan kami bermula selepas era FAC ( free anwar campaign) ditamatkan oleh raja petra.

selepas FAC petra menubuhkan malaysia today. ia ditubuhkan pada tahun 2004.

2004, setiap artikel petra aku dan mat saman kati lah antara orang yang pertama komen.

taksub kepada anwarista mula beralih arah daripada perjuangan jalanan kepada perjuangan internet.

mat saman kati lambat bertaubat, tapi kira ok lah daripada langsung taknak bertaubat.

aku bertaubat selepas anwar sokong lina joy murtad. murtad adalah subjek kegemaran aku semasa muda. kaset ceramah anti murtad zulkifli nordin banyak kali aku dengar.

selepas 10 tahun, isu murtad membuatkan aku kembali menjadi normal, normal dan semakin normal.

anwar sokong lina joy murtad. bagaimana aku boleh menyokong lina joy murtad jika selama ini akulah agen anti murtad paling tegar dikalangan sahabat.

siapa boleh lupa kisah aishah bukhari ?

disitu bermula detik insaf, tarik hand brake. aku menjadi semakin insaf bila usia pru 2008 kini sudah mencecah 3 tahun.

3 tahun ini penuh puaka. malapetaka bagi umat.

islam digadai dan islam dilacurkan. kalimah ALLAH pas benarkan kafirin pakai.melayu diganyang laksana zionis yang dahagakan darah palestin.

hari ini aku menilai semula pengkisahan sejarah bangsa, namanya melayu. melayu yang diletakkan syarat oleh umno dalam perlembagaan mestilah beragama islam.

tapi syarat ini hendak diubah oleh lina joy, malik imtiaz dan anwar ibrahim. lina joy mahu buang perkataan melayu dan beragama islam dalam kad pengenalan.

jika ini berlaku, maka murtad secara terang-terangan akan berlaku di tanah melayu. melayu yang diwajibkan pasangannya dengan islam.

kepada anak muda melayu , jika aku yang pernah menggila babi menjadi penyokong anwarista boleh bertaubat, kenapa kamu cuba-cuba nak  ulangi kesilapan aku yang lalu ?

bersambung

aku punya taksub kat anwar sampai keratan akhbar setiap hari kes liwat nya dulu aku compile. aku tengah dapatkan semula kesemua keratan tu bersama dengan beberapa foto dan cerita.

kalau dapat....mungkin banyak benda kita boleh selongkar.

28 comments:

r0 said...

congratz bro...

RAsanya tak payahlah minta maaf pada Tun M. Dia bukan org yg berdendam selagi mana org yg buat salah tu sedar. Rasanya Tun M dah maafkan semua kesalahan kita tu. Dia bukan jenis org doa pecah perut!

Anonymous said...

Steady bro... Aku pun sama.. Tapi tak la sampai pegi semua ceramah, gunting surat khabar semua.. maklumla darah muda.. Huhu...

p/s: Kenangan student UiTM Shah Alam, Kolej Jati tahun 1998.. huhu.

Anonymous said...

Berapa banyak yang UMNGOK/BEEND dah bayar lu ahh?

Anda telah murtad agama PAS bawaan N.Ajis.

Siapakah nak membela Antalunya, TBH dan kekejaman Melayu kepada kaum Pariah??? Jawab!!!! Siapa nak memperjuangkan Islam liberal?

Hidup PAS...Hidup DAP!!!!

hms said...

ASW, semuga kita semua telah berlaku adil kepada diri kita dalam memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dan seorang Islam

Anonymous said...

kau salahkan DSAI, sebab dia menyokong kemurtadan Lina Joy...tp kau tak salahkan Perlembagaan Negara (yg didokong kuat oleh UmNOK) yg terang2 memberi kebebasan pd setiap rakyat bila berumur 21thn, bebas untuk memilih agama masing2...diulangi kau sikitpon tak salahkan Perlembagaan Negara mesia nie yea....benci benar kau ngan DSAI..atau DSAI ada janjikan jawatan tertinggi pd kau, tp tak dilayan......sekadar bertanya..

srikandi tanah jawi (aku je) said...

GAP,

meremang bulu roma aku baca kupasan ni.

Makbul doa sekelian umat Melayu Islam yang begitu terguris melihatkan seorang patriot dan nasionalis mcm Tun Dr M dilanyak, dan dihenyak kiri kanan atas bawah, dalam negara, luar negara, kawan dan lawan. Syukur Allah memberinya kekuatan utk menghadapi ujian yg sangat besar pada 1997.

Hari ini aku berterima kasih kepada mereka yg hatinya sudah tidak lagi buta, sudah mahu menerima kebenaran yg menggoncang. Terima kasih juga kerna kemaafan ikhlas dipohon dari seorang insan bernama Tun Dr Mahathir.

Aku adalah antara mereka yg amat sedih dan sering bertegang urat menegakkan yg hak di kalangan sedara-mara yg termakan putar belit Anwar. Syukur, silaturrahim yg hampir-hampir terputus, erat terikat kukuh hingga kini.

Hari ini aku tekad akan meneruskan perjuangan menentang Anwar bin Ibrahim dan Nik Abdul Aziz. Bayangkan hidup umat Melayu Islam di tanah ini tanpa mereka. Aman damai dan tidak berpecah-belah. Tidak menderhakai sultannya dan di semua pelosok tempat, 1 mukim 1 jemaah yg bersatu sahaja.

Apakah mereka masih belum sedar bahasa kewujudan PAS hanyalah sebagai alat pemecah perpaduan Melayu Islam bagi memenuhi kehendak orang kulit putih. Bahawa tiada negara yg akan melebihi mereka dan bahawa Islam yg umatnya teramai di dunia tidak akan menguasai dunia lagi selepas era kejatuhan empayar Bani Uthmaniah?

Buktinya kita bercakaran mengenai isu siapa lebih Islam, fatwa2 sesat N. Ajis mengundang marah dan pertengkaran antara kedua belah pihak.

Buktinya seperti di Afghanistan, Iraq, Pakistan dan byk lagi negara yg umat Islamnya majoriti. Bercakaran tak habis-habis. Untungnya kita di sini kerana ada UMNO yg mahu melihat agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini dapat berlari berdiri sama tinggi dgn negara maju yg lain dan dihormati seantero dunia.

Itu lah yga telah dilakukan oleh Tunku, Tun Hussein, Tun Razak, Tun Dr M dan DS Najib. Maaf, Pak Lah aku tak boleh nak letakkan dia sebaris dgn yg lain-lain di atas.

Anonymous said...

Kudos Bro GAP......hanya insan yang pernah bergelumang dengan isi perut si peliwat saja bisa mengupas isu-isu perjuangan reformasi ciptaan Anwar.....teruskan pendedahan dengan gaya bahasa yang santai kerna ianya bisa membakar semangat, dalam masa membangkitkan kami dari terus terlena dalam dakapan buaian mimpi PKR......

lordapes said...

Insaf lak baca piece ni. Syukur hati dibuka untuk bertaubat. Doakan la hati anwar juga dibuka untuk bertaubat.

Anonymous said...

mmg gila sbnarnya benda nie..
aku dulu mgnali anwar sebagai pemimpin yang berkarisma tinggi dan berpesonaliti kalah tun mahathir tp.....

pada yang terpedaya amat kasihan...

pru makin hampir aku tengok kegilaan penyokong pr amat mendangkalkan...

kepada GAP teruskan pendedahan....

syam said...

mmg gila sbnarnya benda nie..
aku dulu mgnali anwar sebagai pemimpin yang berkarisma tinggi dan berpesonaliti kalah tun mahathir tp.....

pada yang terpedaya amat kasihan...

pru makin hampir aku tengok kegilaan penyokong pr amat mendangkalkan...

kepada GAP teruskan pendedahan....

Anonymous said...

...akhirnya...hanya yang bijaksana sahaja mampu mengenal serta menialai, apa itu intan, apa itu kaca...
...namun masih ramai di luar sana yang masih buta...tidak mengenal sapa kawan, siapa lawan!

UB45

Anonymous said...

TERUS TERANG AKU CAKAP HASIL TULISAN KAU KEMARIN DAN HARI NI MEMANG 'CLASS GITU'

TERUSKAN TULISAN BERMUTU BEGINI

Anonymous said...

serabot...serabot...serabot...
serabot bai...maksiat depan mata ko xprasan...perjuangan kita skarang bukan bantai pembangkang tapi bantai BN yg dan curi duit rakyat dan gadai maruah agama...mmg pembangkang goyah tapi xsanggup lagi biar BN yg jahil perintah negara...fikirkan baik2

DimitarBerbatov9 said...

anak muda sekarang lebih banyak taksub kepada perjuangan MB no2 paling lama berkihidmat dalam malaya..

tuan guru junjungan taksub ustaz yg hebat dan sangat2 RENDAH DIRI datuk nik abdul aziz bin nik mat....

LOL

Anonymous said...

Kenyataan bertulis, vedio respon Tun M bila ada wakil golongan insaf towbat Al-Jub minta maaf atas keterlanjuran cerca, kutuk, hina akan dia akibat sesat dalam alam 'jahaliah reformasi Al-Jub' suatu idea pentaubat... gua, lu dan ramai lagi ni takut tak sempat...

Apa komen saudaraku dalam PAS. Walaupun aku BUKAN ahli dan penyokong PAS, tapi kami tetap sedar akan dosa sesama insan itu hanya terampun dengan kemaafan daripada insan berkenaan jua.

Apa agaknya respon Tun M? Insya-Allah, menerusi ciri-ciri peribadi yang beliau miliki, aku yakin beliau sedia memaafkan kita.

Ini suatu cadangan lanjutan daripada rasa bersalah...

Anonymous said...

darah muda bro..mmg mudah cenderung pada sifat yg menentang.
cucuk sikit dgn isu hangat meskipun kurang sahih dan tidak kukuh, darah terus mendidih bangkit mmbrontak. sdgkn diri tidak jelas dasar sebenar kaki berdiri.tidak peduli, hilng kawan atau hilang sedara. semua itu malas difikir secara dalam-dalam. yg penting jiwa muda merasa puas.

bila dah bkluarga, hidup bermasyarakat bersama jiran2 dari pelbagai kaum, barulah sedar betapa besarnya nikmat KEHARMONIAN yg dijaga rapi oleh UMNO/Bn selama ini.

*masa anwar dipecat, aku satu kampus dgn nurul izzah.kira2 2.30pg keta datang ambil dia keluarkn dari kampus.

'selamatkan keharmonian negara dari dikoyak-koyak oleh pengkhianat anwar dan nik aziz!'

Anonymous said...

Salam....

Aku tinggal kat Ptg Pauh, tak pernah terlintas dihati nak sokong dengan piliwat walau berbagai refomasi diadakan... kerana aku kenal sangat siapa peliwat ni....

aku pun kurang minat dengan politik ni.. tapi meluat puak2 pas.... aku anak khariah Masjid Batu....tapi banyak mencaci sesama islam... aku juga hairan adakah islam mengajar kita mencaci sesama islam... adakah Al-Quran diturunkan untuk mencaci sesama islam????

Aku lebih menghormati pemimpin... itu yang dituntut dalam islam....

Aku lebih suka mencari kesalahan aku sendiri.. daripada selalu mencari kesilapan orang lain....

Mencari dan mengenali diri sendiri lebih baik..kerana ini dituntut dalam islam...

Anonymous said...

Aku pun pernah join ADIL, siap taksub kesana-sini pakai collar pin ribbon putih.. menyesal ke sudah... kena samak jiwa aku nie, tapi nasib baik dah lama sedar tak kemana mengikut pak syeikh aljuburi.

Anonymous said...

Anon 5:13 tetap nak salahkan UMNO! sindrom denial!
Abis kau lupakan kontrak sosial UMNO inilah yang memberi takrifan Melayu itu wajib Orang Islam! Kalau dah lahir sebagai Melayu jangan memandai-mandai nak murtad agama! Tak ada insuran dan perlindungan agama sekukuh kontrak sosial di Malaysia. Sebab itu Mufti Harussani sering pertahankan Melayu, sebab runtuhnya institusi melayu maka mula runtuhlah institusi Islam di Malaysia.

Anonymous said...

saudara selalu mengulas tentsng DAP dan ekstrim kecinaannya. bagaimana dengan presiden yang merendahkan islam dengan menyatakan"Apa yang hebat tentang Islam? di Tenang. banyak lagi pemimpin MCA, MIC yang menghina melayu dann islam hingga interlok yang berdasarkan fakta sejarah pun dikatakan menghina mereka. tuan kupaslah perkara ini. jangan semata-mata menghentam anwar. nescaya kalau ari ni anwar umum masuk umno balik tentulah tuan akan menceritakan kebaikan anwar pula. jadilah melayu berpendidikan bukan hanya berdasarkan santimen "semua musuh adalah jahat, semua kawan adalah baik

Abdul Hayee said...

Gap,Ini pula pengalaman teman:

Dahulunya teman ini sebenonya adalah penyokong kuat DSAI. Dari mula dia masuk UMNO pada tahun 1981dan kemudian menang KP UMNO Malaysia mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin dengan 10 undi dan lepas itu memegang jawatan Timb Menteri di JPM, teman ikut dia. Kalau dia datang ke Perak, jaranglah tak ada muka teman didalam majlisnya. Gemo bebeno teman mendengo dia berucap. Memang teman akui ucapan dia power gila.

Bila dia dipecat daripada UMNO dan dari jawatan dia dalam kerajaan, timbul juga tandatanya didalam kepala hotak teman. Betoi ke perangai Nuar tak senonoh macam diceritakan. Teman pun menyiasat dan mencari kebenaran. Nak mencari kebenaran mesti dengo dua belah pihak. Tak boleh dengo sebelah pihak terus jump into conclusion. Mana ada hakim dalam dunia ini dengo sebelah pihak terus jatuh hukum. Kalau ada pun kangaroo court (ala komunis). Dalam Islam mesti dengo dua belah pihak. Teman pun dengo juga ucapanan Nuar. Dia kata dia keluar nanti tidak ada apa yang dibawanya kecuali sebuah kereta proton saga dan dia dah beritahu Azizah suruh dia siap-siap untuk bekerja balik sebagai doktor. Kesian juga mendengo Nuar keluar seolah keluar sehelai sepinggang. Pendengo bukan main marah dan memaki hamun Dr.M. Timbullah gelaran MahaZalim, MahaFiraun dan macam-macam lagilah yang tak sedap telinga orang yang berfikir mendengonya tetapi gemo bebeno le orang yang dah mula bencikan DR.M.

Teman pun pergi pula dengo dipihak lagi satu. Teman dengo penerangan daripada DR.M. Setelah diterangnya dengan panjang lebo perihal yang berlaku sehingga menyebabkan Nuar disingkir, DR.M berkata "TUAN TUAN BALIKLAH KE TEMPAT MASING-MASING, ADAKAN SEMBAHYANG HAJAT BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK KEBENARAN, SUPAYA AKHIRNYA YANG MENANG IALAH KEBENARAN." TERSENTAK teman dibuatnya. Mana mungkin DR.M suruh orang sembahyang hajat sekiranya dia ada terlintas dihatinya hendak menginiayai Nuar.

Jadi solat hajat telah diadakan di surau2, di masjid2 diseluruh negara. Malahan ada rombongan pergi ke Masjidil Haram di Makatulmukarramah untuk menunaikan solat hajat. Doanya sama iaitu Mohon Allah tunjukkan kebenaran.

Tak berapa lama kemudian DR.M menunaikan ibadah Umrah. Bila tiba musim haji, DR.M pergi sekali lagi ke Mekah menunaikan ibadah Haji. Di Mekah dia telah diberi kesempatan masuk ke dalam Kaabah dan di Madinah ke makam Nabi Muhammad SAW.

Sekembalinya DR.M dari menunaikan haji, seorang rakan teman (ADUN di Perak) telah berkesempatan bertemu dengan DR.M di Putrajaya di sebuah cafetaria. Dia lihat DR.M berbaris mengambil barang makan dan setelah membayarnya dia pergi ke meja makan. Katanya "SAYA LIHAT MUKA DR.M JERNIH, BERSIH." Meleleh air mata teman.

Allah telah makbulkan doa solat hajat kaum muslimin dan muslimat.

Teman hairan kenapa Nuar yang merasakan dirinya teriniaya tidak membawa seluruh ahli keluarganya ke Tanah Suci. Bukankah dia yang merasai dirinya teriniaya? Bukankah doa orang yang teriniaya akan dimakbulkan oleh Allah? Sebaliknya dia round satu Malaysia menghasut rakyat supaya bangkit menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan DR.M.

Maka teman ambil keputusan tinggalkan Nuar. Tindakan teman tepat.

Kemudian Nuar ulang semula perangai dia yang lama dengan Saudara Saiful Bukhari Azlan pekerjanya sendiri. Saiful berani bersumpah mubahalah tetapi Nuar sampai ke hari ini tidak berani melakukannya. Saiful telah pun menunaikan fardhu Haji pada tahun 2010 dan telah kembali dengan selamatnya dengan air muka yang kelihatan jernih.

ORANG TAKUT KERANA BENAR ATAU KERANA SALAH?

Sama-samalah kita renungkan.

Assalamualaikum.

Anonymous said...

alhamdulilah...semoga trus menulis agar aku dapat sebarkan kpd meraka yang 50/50 untuk berybah great job Bro..!

Anonymous said...

terharu dengar cerita GAP dan Abdul Hayee..
Tun M. tu bijak orangnya, dia buat sesuatu mesti bersebab. orang guling2 sokong anwar tahun 90an dulu..
dulu kalau dalam sepuluh orang tu cuma sorang saja yg sokong Tun M..yg sorang tu aku le..sebab hati kecil aku tetap cakap Tun M memang benar dan kebenaran itu makin terserlah sekarang..Alhamdulillah ramai yang telah tersedar.

Anonymous said...

Saya kenal AI sejak tahun 1974 lagi semasa jadi mahasiswa di UTM. Masa itu Ustaz Fadhil Nor mengajar di UTM. Aku pun sama-sama bersimpati dengan perjuangan ABIM. Pernah juga satu usrah dengan AI. Dari 1978 - 1981, saya melanjutkan pelajaran ke luar negara atas biasiswa kerajaan persekutuan. Semasa di luar negara, saya dengar AI masuk UMNO.

Balik dari luar negara, saya masih lagi mengikuti AI. Kalau AI datang dekat mana-mana tempat yang berdekatan dengan tempat tinggal saya, maka saya tidak pernah gagal datang. Saya sebenrnya terpukau dengan karisma dan juga kepetahan beliau berpidato.

Apabila mendegar AI dipecat dari kerajaan, saya dan isteri saya menangis di depan TV. Termenung saya di buatnya. Ramai kawan2 yang telefon dan datang ke rumah untuk menyatakan rasa hati mereka yang begitu keciwa dengan tindakan Dr. M. Aku entah macam mana, selepas berfikir berkali-kali telah mengambil jalan tengah. Akhirnya aku mengambil keputusan menyokong kerajaan apabila melihat gelagat AI dengan kumpulan reformasinya membuat huru hara dalam negara.

Mana boleh seorang bakal pemimpin besar negara berlagak mahu memporakperandakan negara? Saya terus istiqamah dengan pegangan saya ini dan alhamdulillah Allah telah memperlihatkan kepada saya akan kebenaran dalam isu ini.

Kepada adik-adik yang masih lagi terpesong, pulanglah ke pangkal jalan. Marilah kita terus bangunkan negara ini sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan merdeka. Saya menyokong UMNO/BN bukan kerana semua yang diperjuangkan oleh UMNO/BN itu adalah benar belaka tapi kerana UMNO/BN sahajalah alternatif terbaik bukan sahaja untuk orang Melayu Islam malahan juga untuk bangsa-bangsa lain di Malaysia.

AI, insaflah dan jangan kau porakperandakan negara ini lagi. Cukuplah tu.....

Jurutera hampir pencen

Anonymous said...

Bila la B.A.B.I 2 nak kena sambar petir? tak pun kena H1N1 pun ok la...

Kowloon said...

Anonymous February 22, 2011 4:19 PM said...

'Siapakah nak membela Antalunya, TBH dan kekejaman Melayu kepada kaum Pariah??? Jawab!!!! Siapa nak memperjuangkan Islam liberal?

Hidup PAS...Hidup DAP!!!!'

tolak Islam liberal

kembalilah kepda ahlissunnatuwaljama'ah jangan persia-siakan hidup anda

Anonymous said...

kpd koowloon..antaltuya da abis dibicarakan..mahkamah da putuskan..PM da bersumpah..TBH..da ade penyiasatan..siap dgn suruhajaya diraja lg...pun x puas hati...pariah?? isu pariah ni mmg menggelikan hati...azmin ngan gobala yg bergaduh hang nk si sibuk2 watpa..haha..klo ko sendiri yg pariah pun xpa aku x kisah..ni agama pun xda..berani sngt la tu..kawan2 aku india pariah pun xda bising2..haha

Anonymous said...

Terasa benar di hati ini bila membaca tulisan tuan. Saya antara salah seorang symphatizer Anwar. Saya begitu kecewa bila Anwar dipecat. Saya pernah berdebat dengan ayah saya semata2 ingin mempertahankan Anwar.

Kenapa sekarang saya tidak menyokong Anwar. Mudah, Anwar sudah merapu, Anwar sudah melencong dari landasan Melayu. Terbukti Anwar hanya auta, rhetorik. Yang menyebabkan saya betul2 hilang kepercayaan kepadanya ialah bila Anwar dengan konfiden menyatakan yang kerajaan sedia ada akan digulingkan pada 16 September 2008.

Saya menunggu tarikh itu dengan penuh debaran, saya sudah redha jika kerajaan BN sekarang tumbang maka saya akan hidup dengan kerajaan baru yang tidak diketahui untung nasib saya. Apa akan jadi dengan anak cucu saya di masa akan datang.

Akhirnya tarikh itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang insiden dan Anwar masih lagi boleh berucap dan terus memfitnah tanpa ada sebarang rasa berdosa atau bersalah dengan tarikh keramat 16/9. Terus terang saya katakan yang tidak akan percaya langsung dengan kata2 Anwar di masa akan datang.

Saya malu kepada Tun M kerana sudah berbakul umpat keji saya hamburkan untuknya hingga ke tahap saya pernah mengharapkan dia mati cepat. Namun begitu umurnya panjang serta dikurniakan Allah dengan fizikal dan mental yang kuat. Dan pasti air muka Tun M tetap berseri. Yang membenci Tun M cuma beberapa kerat hardcore bangang je. Yang lain tetap menhormati negarawan terbilang itu.

Tapi cuba anda perhatikan wajah Anwar. Terus terang saya katakan yang sudah hilang seri dari wajah dia. Adakah dia dimakan sumpah Saiful? Hanya Allah yang maha mengetahui. Di ruangan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada Tun M kerana pernah mengeji beliau dengan kata nista.

Ingatlah saya cuma seorang muda yang pendel akal dan mudah terpengaruh pada waktu itu.

akuantipr.