malam tadi aku sempat hadir di ceramah umum anjuran umno shah alam di seksyen 16.
jelas umno shah alam tidak menoleh kebelakang.
kabarnya tak sampai sebulan umno shah alam berjaya membuat 2 kali ceramah.
peningkatan serangan dan penyebaran maklumat melalui ceramah yang dianjurkan oleh umno shah alam aku puji.
malam tadi bertempat di padang terbuka bersebelahan flat seksyen 16, tok nawi selaku tuan rumah membuka bicara agak tajam.
aku sampai sewaktu tok nawi tengah separuh berucap.
tok nawi ni kalau blogers nak tau memang alert dunia siber. jelas isu yang dimainkan oleh pas mengenai perpindahan 12 ribu pelajar malaysia berjaya tok nawi patahkan satu persatu.
dalam keadaan membidas pas, tok nawi sempat jugak membidas pakatan selangor. katanya kalid gagap tak habis-habis mintak rakyat bersyukur dengan pemberian air percuma.
tok nawi kata, kalau nak cakap bab jasa biarlah rakyat yang menilai.
seperti contoh, krisis banjir di TTDI shah alam yang pernah berlaku beberapa tahun lalu. hasil usaha mengatasi, alhamdulillah perkara ini sudah tidak lagi berulang. itu usaha umno tapi malas umno nak pekakkan telinga rakyat supaya katam jasa mereka. itu bukan caranya.
paling best bila tok nawi bidas pakatan yang kerap kata kerajaan ni zalim. kalau zalim takkanlah semua pelajar di mesir yang ada anak orang pas , kerajaan angkut bawak pulang.
ceramah malam tadi seperti biasa ramai gak penyokong pas. dorang dok kat tepi jalan, atas motor,dalam kereta dan warung. eloklah tu. sekali sekala dengarlah pulak ceramah yang rasional dan berfakta daripada umno.
tahniah kepada seluruh penggerak ceramah yang dianjurkan oleh umno shah alam malam tadi.
NANTIKAN ARTIKEL PANAS JAM 4 PETANG INI !
20 ORANG XXXXXX
1 comment:
salam tuan,
Maaf, lari topik sebab tak jumpa topik lama dimana tuan komen tentang 2-3 blogger yang suka reschedule artikel supaya sentiasa diatas list.
Apakata tuan buatkan 1-2 bloglist lagi dimana pengasingan blogger dibuat berdasarkan kekerapan artikel baru muncul.
Cara ini, lebih banyak senarai blog dapat dipamerkan, dan blogger yang jarang menulis tapi menghasilkan artikel yang bermutu dapat juga dihighlightkan. Ini memberi akses lebih ramai pembaca kepada lebih banyak artikel.
Sayang kalau artikel2 yang amat bagus tenggelam dek blogger yang terlebih hormon terlampau rajin memposting artikel baru.
Ramai juga blogger yang punya lebih dari satu bloglist tapi pengklasan mungkin dibuat berdasarkan minat sendiri.
Dengan cara pengklasan mengikut kekerapan blogger mempost artikel, lebih ramai blogger dapat pendedahan.
Sekadar satu cadangan. Saya sendiri baru cuba idea ini.
Post a Comment