Monday, March 14, 2011

BLOGERS DAN UMB. JANGAN LARI FOKUS SAHABAT !

 artikel aku mudah je. 

jelas isu ni makin meleret. aku pun ada tegur UMB jugak, aku bagitahu kalau UMB tak boleh galas tugas adalah lebih baik UMB dibubarkan. kalau tun faisal merasakan UMB perlu diteruskan, itu hak dia.

masing-masing punyai pandangan sendiri.

tapi ia nampak makin meleret bila ada blogers yang jadi penyambung isu.

blogers ini tak pernah turun prk. manakala sorang lagi pula buat pertama kali turun. tapi cerita  macam dah lama involve dengan prk. ish ish ish...

aku dah tahu kisah penyerang. 
aku dah tahu kisah yang diserang. 
aku jugak tahu kisah 'yang kena serang sebelum itu tapi tak diserang selepas itu'..hehe..

tak perlu aku melatah dengan kisah benar 'masing-masing punya ' cerita. aku pun pernah sakit hati dengan perangai orang-orang tertentu semasa prk yang lepas. aku setuju pandang bloger gomo tentang isu yang dibentangkan secara bersiri, contohnya arrogant seorang dua pemimpin umno melayan blogers macam kami.

namun ia langsung tak melarikan fokus/pandangan aku untuk menang. sebab aku takut kehilangan kredibel dikalangan pembaca.

rezeki ALLAH bagi wahai sahabat. syukur jika ada orang menghargai kita namun pada masa yang sama jika orang lain yang terima jangan pulak kita iri hati.

 YAKINLAH BLOGERS, KITA SEDANG BANTU MEMPERTAHANKAN AGAMA ALLAH, BANGSA KITA. AKU YAKIN PEMBALASAN BAIK AKAN KITA TERIMA DARI TUHAN YANG MAHA ESA.

fokus aku nak tawan selangor. fokus aku nak menang pru ke 13. aku yakin dikalangan blogers lain juga punyai matlamat yang sama.

matlamat kita menang besar di sarawak. ternyata serangan padu blogers pro umno telah meyakinkan pandangan rakyat akan kebejatan pakatan.

jelas prk pas bagan pinang kita telah berjaya perang siber.

momentum ini kita perlu teruskan, teruskan sampai saat kita menang semula pru ke 13.

nama blogers pro umno sudah semakin harum di mata rakyat. ini feed back yang aku dapat sepanjang 3 tahun berblogers secara sepenuh masa.

jangan lari fokus sahabat. 
anwar sakit hati dengan cara kita.
pas sudah hampir mati ditangan kita.

penyudah terakhir, kita perlu letakkan  paku terakhir di  keranda  mereka pada pru ke 13 nanti.

adakah blogers pro umno bersama aku untuk bantu kerajaan najib ?

PS : AKU TUJUKAN KEMENANGAN PERSONAL AKU DI PRK KERDAU KEPADA ALLAHYARHAM DATO AZIZAN BLOGER MELAYURAYADAILY. AL FATIHAH KEPADANYA.

23 comments:

Street Writer said...

setiap langkah ke arah menjulang martabat agama, bangsa dan tanah air akan terus disokong dan dipertahankan... selamat berjuang...

Anonymous said...

http://tunfaisal.blogspot.com/2011/03/isu-umb-melaka-selesai-agenda-blogger.html

nak penjelasan betul ka kenyataan budak kecik tun fesal nih...atau jenis kapur duit...

sila kembangkan berita anda...

sahabat gunung said...

GAP..... Aku bersamamu.... Aku hanya blogger biasa yang mahu melihat UMNO dan BN kembali mendapat tempat di hati rakyat

GAP KEMBALI said...

ANON 9:01PM

NAK JADI KAKI CUCUK KE ?

Melayu Pasir Gudang said...

GAP aku tetap macam dulu...bukan bloger upahan...aku hanya mahu berjuang mempastikan hak agama,bangsa dan negara tidak tercabar dan di cabar.

Gerakan Timur said...

Bro,

I followwwwww... Selangor Bangkit!!!

Ini fokus GT!

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih GAP atas teguran.. Maafkan saya kalau saya menyibuk.. Takde niat nak meleret2..

Saya setuju dengan saranan GAP..

Panglima Perang Cyber said...

GAP - dah lama artikel seperti ini aku tunggu kau diterbitkan.

aku tak kisah org nak bunuh 'imej' aku asal jgn sampai nasib agama aku jatuh ke tangan komunis dan sosialis.

aku tak kisah org dpt duit berjuta2 asal jgn maruah bangsa aku tergadai.

aku tak kisah !!!


tetapi jika ada orang nak sekat aku kerana nak lawan pengkhianat yang penting diri maka aku akan lawan mereka sampai MATI.


MATI akal, pucuk, helah, dll


aku tak nak bermusuh dgn sesiapa dan boleh maafkan mereka tetapi jika mereka mahu bermusuh, aku akan musuh dan perangi mereka habis-habisan.


ALLAH Maha pelindung dan cukuplah ALLAH melindungi aku.

Jawa Bernam said...

GAP, yong tetap sokong p'juangan UMNO. Yong hanya blogger biase bkn UMB..b'juang kerana alif,ba,ta.

Anonymous said...

t. fesal ni lintah darat...makan duit sumbangan ka? patutnya heret mahkamah biar jelaskan mana duit untuk blog menyokong UMNO..korang ingat semua free ka? masuk toilet pun min 30sen..

lu t. fesal baik jad budak kenit sekolah menengah aje..

jenis kaki kapur..

Anonymous said...

Kepada semua Bloggers Pro UMNO/BN.. teruskan perjuangan.Kerja kuat tuan amat di hargai kami pemimpin2 UMNO amat menghargai.Biarlah si Luncai terjun dengan labu2nya..biarlah UMB dgn kerenahnya.Kami tahu siapa yg berjuang sebenarnya.Jgn mengalah..jgn kecik hati..teruskan perjuangan tuan2.Setiap yg baik akn d balas baik.Hidup Bloggers Pro UMNO/BN.

Anonymous said...

sila keluarkan t.fesal si kenit berlagak intelligent nih..

kaki kapor duit..selamatkan umno dari mereka yang menipu ini...
keluarkan t.fesal

Cucu Tok Selampit said...

GAP,

Kau tahukan saya sentiasa bersamamu di dalam perjuangan ini. Biasalah bergaduh adik beradik. Esok lusa oklah tu.

Anonymous said...

Tuan-tuan Bloggers Pro UMNO/BN.

Hanya tinggal 30% sahaja lagi untuk beroleh KEJAYAAN. Jangan hampakan kami rakyat Malaysia yang mengharapkan KEMENANGAN UMNO/BN.

Perjuangan mesti diteruskan.

MAJU! MAJU! PANTANG UNDUR

Semoga Allah merahmati usaha tuan sekalian.

Karipap said...

Perkara yang boleh diselesaikan secara rundingan ... Tun Faisal dan UMB wajar ditegur jika salah.

Tak perlu kita bermusuhan sesama kita pula ...

Terima kasih GAP atas teguran ini.

Ular Menyusur Akar said...

GAP,

UMA juga tegur di blog TF supaya selesaikan perbedzaan pendapat segera kerana pru hampir tiba. UMA juga berharap pemuda sentiasa di barisan hadapan. tapi UMA kesal, sikap balas berbalas masih lagi berlangsung. Alangkah baik jika blogger pro kerajaan bersatu. Sikit sikit pertelingkahan adalah biasa. Tapi kena cepat cepat selesaikan.

UMA kagum dengan GAP. Tetapi UMA tidak ada kekuatan saperti GAP. UMA setuju, jangan hilang fokus.

Aspirasi said...

setuju dengan ko bro... belum lagi pru13... kita ada agenda lebih besar... tolong berikan tumpuan!!!

Cheguman said...

salam tuan rumah, blogger dan para pengunjung.

Aku dah lama tengok benda ni. Malah, sebab sebenar pertelingkahan ini berlaku pun aku boleh agak. Walaupun blog aku antara blog yang takde dlm ranking namun aku antara blogger awal yg menulis ketika 'zaman kalah'.

Kalau aku tegur pun, siapa nak peduli? Apapun, terima kasih GAP. Elok la dibawak berbincang. Aku dah cuba bawak perkara ni ke peringkat paling tinggi yang aku mampu. Tapi, sapa pedulik cakap aku?

Sebenarnya UMB ditubuhkan akibat sungutan para blogger juga. Namun akhirnya bloggers juga yang menghentam UMB. Kenapa?

Aku takde jawapan tetapi kalau kita boleh berbincang secara terbuka, insya-Allah kita akan dapat cari jalan penyelesaian.

Anonymous said...

salam bro,
syabas atas teguran sebegini,
saya merupakan salah seorang penjenguk tegar beberapa blog, dlam sehari saya jengah kurang2 dua kali...

saya jenis x suka hafal url, so, saya masuk web x-pkr.blogspot.com, satu blog yg amat saya sanjung walaupun blog tu x top sangat mcm blog2 yg selalu saya jengah

d blog x-pkr, ada beberapa link blog, so yg wajib saya masuk papagomo, medan info (jarang sikit), the unspinner, gap, rbf dan parpu...

ikhlas saya katakan, saya mula hilang respek pada beberapa blog dalam senarai yg saya sebut diatas, apapun masih dijengah hari2 cuma saya tgk dah ada yg merapu, untouchble etc, mau jadi hantu raya yg nak gigit semua org...

apapun syabas pada GAP dan Unspinner, kekalkan standard yg tinggi okey...

dan saya juga ada lihat, maybe persepsi liar saya, sesetengah blog mcm mudah dibeli...

teruskan perjuangan kalian, jika ikhlas pasti ada habuanya di akhirat...


MR XYZ

Unknown said...

Seeloknya dibawak berbincang, mesti ada penyelesaiannya daripada serang menyerang di blog & twitter, tak mustahil pembaca menjadi meluat & meragui perjuangan sebenar kita.

Semoga bertaut kembali.

DR 1221

revolusi pedang srikandi said...

SALAM.SAHABAT2
KENAPA BOLEH JADI MCM NI? RPS DAH LAMA TAK MENULIS TAPI RPS IKUT PERKEMBANGAN SAHABAT2 BLOGGER..RPS MERAYU SANGAT2..BERSATULAH SEMUA DI ALAM MAYA DAN DI ALAM NYATA...BETUL KATA GAP..FOKUS KEPADA PERJUANGAN KITA..BANGSA KITA JATUH KERANA SUKA MENJATUHKAN DI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN...BANGSA LAIN NAIK KERANA MEREKA SALING MEMBANTU MENINGKATKAN MUTU SESAMA SENDIRI..KENAPA KITA TAK BOLEH JADI MCM MEREKA WALHAL KITA BERJUANG ATAS DASAE YANG MULIA..ALIF, BA DAN TA..SUDAH2LAH LAH TU K..
SEMOGA RAHMAT ALLAH BERSAMA KALIAN...

FARHAN PAHANG said...

FOKUS UTK HALANG ANWAR IBRAHIM,LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH, NIK AZIZ, DRP MASUK PUTRAJAYA.........!!!!


KALAU NAK GANTI BN, PAKATAN RAKYAT ADALAH PILIHAN YANG MEMBAWA MAUT!

MAJU BLOGGER!
JGN BIARKAN KERUSI PANAS PUTRAJAYA DICEMARI JUBUR AL-JUBS!

gegar gempur said...

Bro..sedangkan lidah lagi tergigit...

Menegur bukan berarti kita membenci..namun kerana kita sayanglah maka kita menegur dan bersedia ditegur demi perjuangan...

Gua sokong lu beb...

Gua hanya blogger sumbang...