aku meneliti secara dekat akan twitter yang dimiliki oleh rahman dahlan, ahli parlimen kota belud.
jelas dia antara player twitter yang paling agresif menyerang,memukul,mendebik dan adakala perli pakatan. kadang-kadang lawak dia cukup sinis yang boleh menyebabkan penyokong dan ahli parlimen pakatan panas telinga.
gerakan membalun pakatan perlu diselaraskan serangannya. blogers pro umno sudah membuat apa yang perlu dan insyaallah kami akan konsisten menyerang mereka sampai tiba saat pru ke 13.
ahli parlimen BN kuantitinya lebih dari pakatan. namun yang jelas tidak ramai yang mengaplikasi penggunaan perayauan media baru (seperti twitter) khasnya.
twitter bagi pemimpin adalah satu keperluan. rakyat boleh tahu status pandangan kamu terhadap isu politik semasa.
kepada ahli parlimen BN, tolong upgrade serangan media kamu. ia memudahkan kami untuk back up anda terutamanya dalam sesi perbahasan parlimen.
tahniah kepada yb rahman dahlan, printscreen twitter terbaru beliau di atas membuatkan pakatan panas buntut.
No comments:
Post a Comment