Thursday, March 17, 2011

SARAWAK BERSATU : BAKUN KEBANGGAAN NEGARA ( BAHAGIAN 2).

Empangan hidroelektrik Bakun dijangka menjana secara komersial 300 megawatt (MW) bekalan elektrik Julai ini, kata Pengarah Urusan Sarawak Hidro Sdn Bhd, Zulkifle Osman.

NONEBeliau berkata, kerja-kerja menakung air bermula pada 13 Oktober tahun lalu dan paras air di empangan itu kini sedalam 184.6 meter.

Zulkifle berkata, penakungan itu perlu mencecah paras operasi minimum 195 meter untuk menjalankan percubaan bagi menentukan kebolehbergantungannya, yang mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan.

"Kami mendapat curahan hujan yang baik dari kawasan hulu sejak beberapa minggu lepas.

"Berdasarkan pengiraan kami, jika hujan berterusan, paras air empangan mungkin mencecah 195 meter menjelang akhir April atau awal Mei,” katanya di Kuching hari ini.

Kawasan yang dibanjiri air meliputi 690 kilometer persegi, bersamaan saiz Singapura.NONESarawak Hidro, unit milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, ialah pemaju empangan itu, yang boleh menjana 2,400MW bekalan elektrik.

Ia adalah empangan konkrit kedua terbesar di dunia yang terletak di Sungai Balui di hulu lembagan Sungai Rejang, 37km dari Belaga.

Tenaga elektrik Bakun akan dibekalkan kepada industri berintensifkan tenaga seperti loji peleburan aluminium dan manganese yang akan dibangunkan di Taman Perindustrian Samalaju di Bahagian Bintulu di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak.

Kos pembinaan empangan Bakun melebihi RM7 bilion.

No comments: