Thursday, March 17, 2011

AHMAD LUTFI OTHMAH AKUI PAS BEBAL POLITIK DISEBABKAN ANWAR !

Tarikh 8 Mac lalu sepatutnya dirayakan penuh kegembiraan aktivis Pakatan Rakyat. Genap tiga tahun lalu, tsunami politik menggegarkan negara. Lima negeri (enam jika termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dikuasai Pakatan (yang sebenarnya belum pun terbentuk ketika itu). Buat pertama kali, majoriti dua pertiga BN dinafikan.


Namun, situasi kini sedikit berbeza. Dua hari sebelum itu, kedua-dua calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau, dengan peningkatan majoriti BN. Benar, posisi kerusi tidak berubah. Ia berlangsung di kawasan kubu kuat BN

Rekod pula menunjukkan sepanjang 16 pilihan raya kecil selepas 8 Mac 2008, kedudukan seri 8:8. Jika BN dapat merebut kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dun Galas, Pakatan Rakyat pula berjaya menguasai kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Sibu. Cuma majoriti BN untuk tiga pilihan raya kecil mutakhir, termasuk di Tenang, semakin meningkat.

Saya turut mengharapkan aktivis dan pimpinan PAS dapat menilai pandangan terbuka pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah. Ada nada kritikan yang agak pedas yang menyarankan agar PAS dan Pakatan Rakyat melakukan pembaharuan, bagi mengelak terus terjunam dalam situasi yang semakin melemah. "Tidak boleh hanya bergantung pada dongeng bahawa golongan muda, profesional menyokong mereka. Hendaklah diubah sikap, strategi, komunikasi, peranan dan pengaruh serta sistem ke arah lebih dinamik," tegasnya.


"Kekalahan ini adalah sebenarnya kekalahan taktikal, dan strategi serta gagalnya Pakatan Rakyat untuk bersekutu dalam semua proses baik bentuk, kandungan dan sistem politik. PAS harus menggunakan perubahan sikap dan strategi khususnya dengan menempatkan tokoh-tokoh muda yang lebih dinamik dan moden sebagai strategi baru dalam politik," ujar Dr Abu Hassan dalam interbiu eksklusif dengan Harakah keluaran ini.

Melalui SMS kepada saya, beliau menambah: "Pengundi Melayu juga melihat beban mendiam PAS ke atas isu-isu Melayu sedangkan PAS pernah menjadi tunjang pembelaan sikap ini. Di mana suara PAS menjawab pandangan Dr Mahathir bahawa Melayu mesti bersedia membuang tongkat? Masalah utama PAS ialah pemimpin yang tidak cekap, sistem yang lemah dan taktikal yang daif, yang perlukan gerakan dan gaya baru, strategi komunikasi yang baik, agar tidak terperangkap dengan isu-isu seperti Hari Valentin dan judi di Kelantan."

5 comments:

Mohd said...

PAS haruslah menyingkirkan pemimpin2nya yg sudah tak releven lagi bagi perjuangan PAS spt TG Nik Aziz!

Zek said...

Jawapan kepada permasaalahan PAS ialah kerana:

1. Pemimpin2 PAS mengamalkan matlamat menghalalkan cara.

2. Meletakkan Anwar sebagai pemimpan PR adalah satu liabiliti kerana kerana pemimpin PAS tahu sebenarnya siapa Anwar sebenarkan. Mat Sabulah yang pecah tembelang Anwar kepada orang2 PAS.

3. Bersekongkol dengan DAP adalah satu kesilapan PAS yang amat besar kerana merekalah yang menjatuhkan hukuman kepada pemimpin UMNO yang bekerjasama dengan parti bukan Melayu iaitu MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain. Sekarang mereka sudah meludah ke langit.

4. Pemimpin PAS khasnya Nik Aziz membuat fatwa yang karut marut hanya semata-mata mempertahankan parti bukan mempertahankan agama Islam yang suci.

5. Menolak pelawaan UMNO untuk bekerjasama dan sebaliknya sanggup menerima DAP untuk berkongsi kuasa dinegeri Perak adalah satu tindakan yang tidak bijak dan hari ini mereka sudah menerima padahnya.

Anonymous said...

PAS...kesian...

Jadik amPAS..lagik kesian...

amPAS+AlJuburi..brtambah kesian...

amPAS+AlJuburi+DAPbabi..kah kah kah...lawak gila babi sioottt!

Anonymous said...

kalau betul ikut agama. undi pas boleh jatuh haram dlm konteks jatuhnya kuasa islam ke tgn DAP. DAP pulak dah pegang telur kapten kapal. sesetengah situasi negeri betul2 haram pangkah pakatan rosakni. tidak hairan undi BN Meningkat ! bukan pasal taktikal sgt! Tapi keresahan arah tuju pas. parti islam ke parti kristian?

kahkahkah said...

POPE Nik ajes adalah maskot dan tidak boleh dibuang sesuka hati. selagi maskot Firaun kelantan tu masih hidup selagi itulah lakonan munafik dan fatwa bangang pope nik ajes diperlukan