kemampuan mereka di tahap luar biasa. ini adalah snapshot foto menarik sepanjang kami berada di kapit.
mereka ini adalah insan istimewa. mengangkut barang milik penunggang feri dipikul naik sampai ke atas darat.
panjang, brader dari parti PRS (parti rakyat sarawak) memberitahu kami ada masa motosikal pun mampu di pikul di atas bahu mereka ! sungguh luarbiasa, extraordinary.
riuh rendah cerita yang berlegar dikalangan rakyat kapit, kata mereka ds najib akan turun ke kapit pada 15 hb nanti. ada pengumuman penting katanya ? apa agaknya ?
ada orang kata pembinaan lebuhraya antara sibu-kapit. jika benar bagai dikata, maka kapit akan lebih membangun lagi nampaknya. tak perlu lagi memikul motosikal atas bahu !
6 comments:
Itu baru guni aje....belum bro tengok dia orang pikul enjin sangkut 40 kuasa kuda yang beratnya lebih 70kilo naik ke atas dan berjalan di atas batang balak yang licin dengan hanya berkaki ayam... Gua salute kekuatan dia orang ni.... dah tengok dengan mata kepala sendiri. Gua hanya mampu angkat takat 30kuasa kuda aje... itu pun termengah mengah lepas tu.
Hairan byk pemimpin bn hanya berkempen bertumpu dibandar2 tetapi membiarkan kawasan perdalaman,walhal kekuatan mereka hanya sudah tinggal disitu sahaja skrg.buat apa nak sibuk lebih2 kat bandar2 besar tu.puak2 tu takkan bg undi pada bn punya,ini bukan rahsia lg sana sini diperkatakan oleh mereka.semua apa yg mereka mahu sudah dapat dah kaya raya pun mereka skrg atas usaha bn,skrg mereka mau kuasa pula inilah reality yg masih pemimpin bn tak tahu,pigi matilah bn kata mereka,walhal dulu merekalah yg paling pelahap ambil projek2 kerajaan tak kira kecil atau besar.tak undi bn pun kemajuan tetap akan datang dikawasan mereka juga.kesian kat bumiputera dikawasan saya ambil contoh ibu bapa saya yg sudah meninggal dunia sejak malaysia tertubuh dan ada pilihanraya dimalaysia mereka dan org bumiputera yg lain adalah penyokong kuat kerajaan sampai mereka meninggal dunia.apa yg ada pembangunan dikawasan2 bumiputera?sebenarnya byk kawasan bn tak selamat dipedalaman pr umum Sarawak ini.salah satu disarawak utara dun batu danau kawasan bumiputera memang kerusi yg bn tak selamat.saya pun hairan tiada bantuan kempen dr kerajaan.walhal masih berpeluang bn menang,bertambah hairan mereka sibuk kempen dikawasan mustahil menang.walhal kawasan yg lama dipinggirkan adalah tunjang kekuatan bn dan penyokong tradisi.zaman sudah berubah lama kelamaan penyokong setia pun bole bosan juga,ditambah fitnah dan tohmahan yg hebat dilancarkan pihak pembangkang.agaknya bn ini mahu diajar dikawasan2 bumiputera di pr sarawak ini...
tu baru agkt beras..belum lg krg tgok org angkat moto besar , skuter ...aku sbgai org sarawak pun kagum...tapi pemimpin pandang hal ini sbg masalah pnduduk swk yg msh memerlukan jalan darat untuk ke pndalaman
hoh?? boleh latih betul2 diaorg ni wakil malaysia dalam acara angkat berat olimpik!
kpd pemimpin2 bn, tumpukan kpd penyokong setia anda..org melayu dan bumiputera. jaga mereka baik2..sekian
Pemimpin BN leka menjaga rakyat, sibuk dgn sifat pelahap nak kaut untung dgn projek. Sebab itu rakyat bosan, janji banyak sgt yg tak ditepati. Jangan jadi macam puak pembangkang, buktikan bahawa BN hebat! janji nak buat jambatan kat kg saya dah 20 tahun masih tak buat juga, macam mana nak menang?
Post a Comment