Monday, May 16, 2011

ARTIKEL INI AKU TUJUKAN KHAS KEPADA GURU YANG PERNAH ROTAN & TAMPOR AKU.

 hari ini ramai yang menyambut hari guru.aku bekas pelajar sekolah menengah tinggi klang.

dulu masa sekolah perangai  kami macam ali setan. sekolah pulak kat sekolah menengah tinggi klang, yang terkenal dengan perangai pelajarnya yang gila-gila.

masa form 1 dah masuk gang 'nombor'. konon nak tunjuk samseng. aku lupa nombor mana aku masuk..aku rasa 3-8 kot.

waktu tu era rock kapak. memang gila, pakai seluar sekolah 'poket L' dah kira stailo la bro. masa aku form 1, rock kapak tengah mencanak naik. siap pakai seluar sekolah ketat-ketat, punya nak belagak kat kawan-kawan betapa kitorang ni stailo.

siapa yang pernah lalui zaman ni (1987) pasti teringat cerita rock kapak. aku pakai seluar sekolah ketat, nak pakai kena sarungkan kaki  dengan plastik baru boleh masuk..

lepas tu zaman berubah,form 2 zaman kegemilangan 'BROS' muncul. aku tak ikut sangat pasal nampak poyo.

mana tak poyo, kat kasut ada besi kilat. lagi satu stail BROS ni nak pakai duit banyak, zaman tu aku mana ada duit.

namun gaya rock kapak aku ni berubah bila milli vanilli masuk.. milli vanilli memang stailo.

waktu tu aku dah belajar pi disco, kat picadilly. dari gaya rock berubah jadi mat GQ.

muahahahaha... GQ, gila babi. panas terik rambut senantiasa basah berkilat. hahaha aduhai.

korang tau macamana aku mampu pi disko tiap-tiap minggu ? pasal aku sewakan video tape blue kat pelajar sekolah aku. yang jadi tokan budak cina kelas aku, namanya tan teck leong. dia tolak kat aku RM5 aku sewa kat orang RM10.

pergi disco picadilly kat damansara. pergi disko jam 1 petang, naik bas....kah kah kah. betul bro naik bas dari klang berhenti kat pj hilton. lepas tu ramai-ramai kongsi duit caik teksi terus pi picadilly.

lagu yang popular waktu tu adalah dari kumpulan enigma.

waktu sekolah memang suka bergaduh. terutama dengan budak ACS klang dan la salle klang. 

kami pernah kena tangkap waktu nak gaduh. minggu depannya nama kena panggil sorang-sorang masa perhimpunan.

kena rotan depan public. waktu tu baru aku tahu erti malu. terasa maruah jatuh.

kelepak kelepuk kena libas dengan guru disiplin. 

walau bagaimana pun kami tak pernah serik. tak puas hati kami bergaduh dengan group lain dalam sekolah.

 aku masa sekolah memang pendek, tapi pernah tumbuk muka budak pandi sampai pecah bibir. budak pandi ni tinggi gila babi.

aku pernah kena tangkap dengan polis pasal main game 20sen kat plaza chi liung. kami kena sumbat dalam van pastu polis ambik laporan.. menggigil tak ingat.

tapi nasib baik waktu tu polis mood dia ok. kami kena nyanyi lagu negaraku 20 kali baru lepas..

mungkin sebab dah masuk form 5, aku rasa dah serik nak jadi nakal. kami putuskan untuk jadi budah baik.

memang menjadi, tiap-tiap minggu pi library klang...betul punya tranformasi.

aku tulis artikel ini khas untuk cikgu yang pernah rotan dan tampor muka aku.

dek kerana tindakan kamu membuatkan aku jadi manusia balik. tapi sayang rezeki belajar terbantut. masa kat ITM lepas 3 semester aku kena buang. semuanya pasal takde duit nak bayar yuran. kalau tidak mungkin aku dah jadi peguam sekarang...hahahaha. 

kepada cikgu lee,cikgu shamsiah,cikgu hanapiah,cikgu RZ dll terimakasih kerana banyak tampor muka aku dan kasi rotan buntut aku.

aku bersyukur banyak-banyak sekarang. kawan-kawan sekolah aku banyak yang dah mati, 2 eksiden naik motor, sorang jadi penagih dadah..aku sorang je jadi bloger.

kepada cikgu seluruh malaysia.. i love u so much.
terima kasih kerana merotan kami.
terima kasih kerana menampor kami.
SELAMAT HARI GURU !

51 comments:

Anonymous said...

hehehe...GAP!...kau tak pernah kena penampo dgn arwah cikgu Salim ka?...walaupun arwah pernah potong rambut aku waktu assembly...aku tetap sanjung beliau!...semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 beriman!!


anakjati_sgway

GAP KEMBALI said...

bro cikgu salim dah arwah ke ?

alfatihah

bila mau jumpa bro

Anonymous said...

aku suka ceciter ko bro...lebih kurang aku gakk!

Anonymous said...

SELAMAT HARI GURU :)

X-SMKK 1984

Anonymous said...

skang kesian guru2 x leh tampor/rotan pelajar yg degil2 n nakal2..selamat hari guru (pada guru yg mendidik dgn btul sahaja..yg suke berpolitik cam cikgu mala, x payah aku nak ucapkan selamat)

Awan Network said...

Seketika tanpa politik di GAp sempena hari guru..salute..kalau blog lain,ckp sampai lupa cikgu...hahaha

Jom Tengok :
Koleksi Kek Yang Menakutkan Untuk Dimakan!!

Anonymous said...

Saya suka cerita saudara yang ikhlas dan terus terang

Selamat hari guru!

Anonymous said...

soalan pertama dari peguam ialah
Kalau Karpal boleh tanya saiful dah mandi junub ke belum....agak-agak peguam boleh tanya soalan yang sama tak kat nuar nanti....???cuba teka dan anwar jawab apa?? hehehehhehe

Jack Dozer said...

Salam Bro

Lebih kurang mcm cerita aku jugak, tapi kurang sikit samseng. Siap masuk van polis sebab main game 2 kupang sama sebijik hahaha.

Melayu Perak said...

6 Jun nanti BABI al-juburi nak panggil DS Najib,Rosmah,IGP Musa Hassan,dll

Apa kena mengena Najib,Rosmah dan Musa dipanggil untuk jadi saksi al-juburi...

Tak lain konspirasi...ada ke bukti nak sabitkan orang ni dengan tuduhan liwat al-juburi....Jangan harap lah masa kes liwat Azizan dia montak panggil TD Mahathir jadi saksi...tapi ditolak peguam cara

Admin said...

GAP,

Selamat Hari Guru.

Banyak jasa guru ni kepada bloggers mcm kita. Kalau tanpa mereka, jenuh kita nak taip artikel sebab selalu silap ejaan... :D

Anonymous said...

GAP JOM KITA RAMAI2 BACA BLOK USTAZ RIDZUAN TEE.NTI TLG LINK KAN KAT BLOG ANDA..BAGUS JDK UTUK KESEDARAN ORANG2 ISLAM.

Anonymous said...

Sekolah ngn Toncet ker ni .. patut lerrr .. hati kering GAP ni ..

Uji Hussein said...

"kepada cikgu seluruh malaysia.. i love u so much." Tq so much( Saya pun cikgu juga) Entry Hari Guru banyak, tapi entry yang ni lah yang rasanya betul2 jujur.

Hamdan Rukun said...

AKU TABIK KO BRO. KO LAMBANG ANAK MUDA YANG MENGENANG BUDI SEBAB TU KO JADI BLOGGER PENYOKONG KERAJAAN.

AKU YAKIN BRO, SATU HARI KO AKAN JADI TOKOH..TOKOH UMAT MELAYU !

apa kata gaban said...

Hahaha, bro lu sek.tinggi klang. Aku sek.la salle bro. Klu lu xcite aku xtau lu org klang. Apa2 pun aku tabik lu. Lu punya blog hari2 aku baca. Klu xbaca satu hari aku rasa mcm kosong. Betul bro aku xtipu. Lagi satu aku pun kena tangkap ngan polis masa main game 20sen. Tp bkn kt plaza chi liung la kat great wall jln goh hock huat. Hahaha, lu buat aku teringat zaman dulu2.

Unknown said...

aq dulu masa sekolah memang cukup samseng,benda2 haram semua jadi halal..gam,arak...hu..hu..tu semua dah dirasa.lari dari polis,sebab ponteng sekolah...ponteng sekolah masuk hutan jadi komunis..hu..hu..kena tampar oleh cikgu..ahhhh ..alhamdulillah skrg semua tu jadi kenangan dan pengajaran bagi ku..terima kasih cikgu.......LINK DISINI

Anonymous said...

Cerita zaman sekolah kita hampir sama bro.. nakal tak terkira tapi alhamdulillah jadi org juga akhirnya.. skrg ni kalau cerita balik kisah2 lama dengan students, semua tak percaya pernah nakal time sekolah dulu.. apa pun bro Selamat Hari Guru kepada seluruh GURU di muka bumi ini. kepada Guru yang politik siang malam tapi masih amik gaji, semoga balik ke pangkal jalan mengajar mendidik anak bangsa kita sebaik-baiknya..

Melayu Perak said...

Puak-puak pencacai PKR masih lagi terjerit-jerit REFORMASI....ni dah basi lah bro....

Sekarang kerajaan BN dah ada TRASFORMASI baru lah releven sekarang....

OTAI ROCK said...

Sekitar tahun 1976, aku dan 3 rakan lain pernah dirotan guru besar bernama Mr Tan Cheng Hai masa perhimpunan gara2 di tangkap merokok dlm tandas. Bukan setakat dirotan saja, malah jawatan kami sebagai pengawas dilucutkan (waktu itu, hanya pengawas saja yang pakai tali leher). Malu bukan kepalang kerana tali lehar direntap dihadapan ratusan murid. Lepas peristiwa itu, 2 hari kami ponteng sekolah dan hari berikutnya Puan Azizah (cikgu ilmu alam) datang berjumpa kami di port biasa tempat kami lepak. Tersentuh hati aku semasa ia memberi nasihat kpd kami, jelas kelihatan air matanya hampir menitis. Waktu itu juga kami mohon maaf dan berjanji untuk berubah. Alhamdulillah... memang kami berubah dan 3 bulan selepas itu jawatan pengawas yang dilucutkan, telah di kembalikan. Aku kini bahagia dgan kehidupan ku dan 3 rakan2 ku juga berjaya dalam kehidupan mereka. TERIMA KASIH CIKGU. SELAMAT HARI GURU.

Anonymous said...

Bab kena tampar ni ,aku ada cerite.Kisah ni masa aku darjah 5 tahun 1974,Sek.Rendah Brickfields 2.Cikgu Halijah binti Abdul Manaf adalah guru kelas aku.Dia suruh kami tulis karangan atas tajuk 'Cita Cita Saya'Maka saya tulislah kisah saya nak jadi Perdana Menteri.
Mungkin dia rasa saya tak layak jadi Perdana Menteri dia marah saya dan tampar saya.Sampai sekarang saya ingat,mungkin ada hikmahnya.Kini dia dah aruah,namun aku tetap juga berjaya dalam kehidupan dan menjadi penyokonf kuat semua PM.

Anonymous said...

bro kita bersekolah di sekolah yang sama..aku tahun 1994-1998..alhamdulillah..aku pun jadik manusia gak sekarang ni..

Anonymous said...

GAP dah citer dah..pehh anak setan tul...

aku teringin sesangat sebelum PKR mampuih berkambus kalu dapat laa.. citer hidup jaman sekolah, Ketua AMK si Shamsul Ketot. Muka dah la tak legend, geram je nak starlight dahi si Shmasul hamlau tu.. memang muka cam Shamsul tu aku suh tiup lampu kalimantang sampai padam...

betul bro..cube ko tengok lama2 muka Shamsul ketot...pehhhhhhh..

muka stok.. awek pun boleh tergelak...

kahkahkah shamsul shamsul...ishhh..geram nak.....sepak

Anonymous said...

Shamsul Ketot masa sekolah dulu kaki gaduh... tapi gaduh dengan pompuan jer, kes kalah lawan main tali skiping. Hebat tuhhh

Matt said...

syabas gap, walaupun sem 3 uitm dh kena tendang jgn putus asa..

Anonymous said...

Selamat menyambut ari guru gak kepada semua cikgu-cikgi sek men sri perak, parit buntar.. terutama cikgu-cikgu yg mengajar pd tahun SPM 1998... jasa mu di kenang!!

Mat_Ben

Anonymous said...

dulu punya sekolah bila kena tampor, mak bapa tetap sokong chek gu..
sekarang kalau chek gu nak tampor mesti COURT mari kena saman 100 juta RM.
zaman dah berubah bro...
Al jub tak pernah kena penampor so dia punya perangai tak perubah...
nasib.. nasib...

anaconda said...

Tahniah GAP, nukilan yg jujur, jgn tipu ah, nanti dosa, mudah2an segala pegumuman kenaikkan pangkat oleh Kementerian Pelajaran pimpinan UMNO/BN d hargai & d ingati oleh guru2 d malaya ni, tidak ada kerajaan yg baik selain kerajaan UMNO/BN, esok lusa dlm ceramah Nuar Porno bersama anjing2nya akan kata ini satu lagi rasuah & konspirasi tertinggi UMNO/BN, harap2 yg berperangai mcm si bini & lakinya calon Pas d Dun Tenang tempohari insaflah, ini hadiah dari kerajaan UMNO/BN, SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU..

AHLI TAMPOR BN... said...

MEMANG PATUT PUN KENA TAMPOR...!!! Dari Dulu sampai skrg,ada saja yg CELUPOR...!! Kalo KUANG AJOR...Memang patut kena TAMPOR..!!!

Tapi LWN TTP LWN...!!!

anaconda said...

Woitt Ahli Tampor BN,

Ko tak fikir penampor BN pula ke, ko nak sebelah kanan atau kiri..

"Sedangkan Gajah Berkaki Empat Kadangkala Tersadung Jatuh Terlipat", ni ayat P Ramlee tau, jgn kau lupa P Ramlee tu penyokong UMNO/BN, nahas ko nanti...

Anonymous said...

ah ah.. aku pun dulu bersekolah di Klang, Kg. Jawa. Pernah laa buat lawatan ke STK masa tu tahun 88 taksilap ada satu PC fair kat STK kitorang buat rombongan pii sekolah ko.. ko tau hehe

Plaza Chi Liung, Great Wall, GaMa supermarket, RICH/OCean supomaket
lorong tikus tempat jual2 kaset fuhh walaupun kini dah tak ujud lagi dah, semua tuu tetap kekal dlm kenangan aku semasa belajar di Klang

Selamat Hari Guru

salam
bap4k_jin kelabchedet.com
ex-KISAS

Anonymous said...

bagus gap.......

aku dulu kena tumbuk dgn cikgu ni.......terduduk aku kt kusi dibuatnya.....

apa salah aku pun aku pun tak tahu.....baru darjah 3....mana la aku tau.....

aku nak pi toilet, dah tak tahan dah.......mintak kat dia.......ada sorang cikgu lain masuk kelas nak cakap ngan dia....tu yg dia tak tahan tu agaknya...terus dia tumbuk aku kt kepala........panas baran punya cikgu.....

balik rumah tak berani mau cerita......takut kena penumbuk arab pulak kt rumah........tu tahun 70an......klu sekarang gerenti aku report kt polis...he he he......klu kena rotan tu, dah banyak dah....waktu sekolah menengah.......siap aku kena tangkap red handed...nak curi pistol mainan yg pakai peluru kacang hijau....he he....paling banyak aku lepas....curi keta matchbox tu....senang masuk kocek...siap ada koleksi lagi..

tapi sekarang, alhamdulilah......jadi org jugak aku....

-anti jubur-

GAP KEMBALI said...

AISEYMAN

MACAM-MACAM PENGALAMAN LA..HARGAI JASA GURU, BUKAN TOK GARU :)

GAP KEMBALI said...

RAMAI GAK GANG KLANG..

GREAT WALL.. SIAPA INGAT LAGI AH SENG 5 MACAM, 10 MACAM DAN AIR BATERI..

KENANGAN INDAH.

AH SENG NI HIDUP LAGI LA SAHABAT.

GANG-GANG KLANG JOM JUMPA. NANTI EMAIL AKU.

Anonymous said...

pengetua zman 2 cikgu kamarudin mansor kot,koleksi rotan dlm pjbt dia 1 almari.

Ular Menyusur Akar said...

Tingkatan 5 UMA bersekolah di Sri Perhentian, Pontian. Dalam peperiksaan penggal, UMA menulis karangan berhubung percintaan cikgu dengan anak murid dia. Sampai sekarang tak di pulangkan karangan UMA. Semua karangan murid yang lain di pulang. Dalam kelas di sindirnya UMA, "Kalau nak bantai, bantai betul betul".

Apa khabar Cikgu Husin? Dah meninggal kot? Al-fatiha.

Anonymous said...

gap tidak dilupakan kt ahseng tu air selangor ngan megi rebus hahahahahahahahhahahahah....

Anonymous said...

gq dgn bros mmg x leh blah. aku follow rock kapak selamanya. kaki suar 11 inci. kaset wing dgn search dubbing kat kedai. rock habis.

dulu kena penampaq mampos tak berani balik cerita kat umah. mau kena penampaq lg sedas. mak bapak dulu caya cikgu lbh dr anak sendiri. skang jgn kata cikgu nak tampaq, jentik sikit pun mak bapak dah report polis. siap masuk fornt page paper. mau anak tak jadi lahabau. besar sikit ikut pembangkang lawan kerajaan.

Anonymous said...

patut lah kamu ni puaka....rupanya kamu setan jab dr sekolah...malang emak melahirkan 'anak setan'...masuk sekolah jg...belajar nak jd setan berkualiti...ha..ha...ha

Anonymous said...

teringat kt cikgu aku yg cun n seksi tu...hihii...baik betol dye lapkan peluh aku ms pas pertandingan acare larian 100 meter...thnks cikgu...n SELAMAT HARI GURU :)

Anonymous said...

bro terkenang arwah cikgu Salim, aku juga sempat melalui era beliau lebih awal 10 tahun (1977) mengajar kelas kami B.M. Aku belajar di HSK dari 74-77 sebelum ke SMTKL. Sering keluar dari mulut beliau kepada geng kami yang banyak main 'biarkan..biarkan'. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Anonymous said...

Anon 10:26
Baik nakal dulu dan sedar kemudian hari.... Daripada jadi ketua pandikutti pkr yang menyondol je sampai umo tua.. Tak sedar sedar...

Selamat hari guru kepada guru guru sek men sains muar, 1986... Terima kasih kerana mendidik aku, hingga aku jadi orang skrg ni... Moga Allah membalas setiap jasabaik guru guru ku... (tok guru ajis sesat tak termasuk)..

Pujangga86

Anonymous said...

patut lah GAP ni pun dah jadi hantu,bila dah tua pun tak habis2 guna perangai mcm iblis.dari kecik sampai dah nak mati tetapi perangai masih mcm iblis.mati awal lagi bagus.kecik2 dah jadi sampah

inspektor tua said...

Mak aku janda keja basuh baju rumah orang.Kadang kadang aku tak di8beri wang saku.
Bila tak de duit,aku curi nasi lemak...lapar leee.
Satu hari sedang aku curi, Cikgu Mat Sidik (guru muzik idola aku)sedang sembunyi di balik peti sejuk. Dia tangkap aku dan lempang aku.
Aku kata aku curi sebab tak de duit.Dia panggil semua murid (jiran rumah aku).
Mereka semua kata memang aku miskin.
Tiba tiba air mata cik gu Mat melilih di pipinya.
Sejak tu dia selalu bagi aku nasi lemak free.
SEKARANG ADA LAGI TAK CIKGU MACAMTU?

YUSUF WILI said...

Tak de ke murid MCKK masuk dalam blog ni?
Murid MCKK...CECITE...CECITE

Anonymous said...

GAP masa kau tak mampu bayar yuran belajar sem 3 diuitm tu, kenapa tak apply zakat untuk jelaskan yuran kau.

Anonymous said...

high school klang..sebelah jirat cina ..sama sekolah dgn kao bro ..tahun 1987..sebelum pindah teknik KL..Alhamdullilah..jasa TUN atas dasar pandang ke timur...aku jadi orang.-aku bersyukur dan terima kasih kerajaan dan TUN.

aramak

Anonymous said...

ni lah blog utk manusia/haiwan2 terkutuk...x berakhlak tp cuba lagak baik...sesuai dah bersama 'dajjal'

GAP KEMBALI said...

aiseyman aramak...

1987..sama lah kita

Anonymous said...

Lepas habis srp 1985... Aku bawak gitar pgi sekolah, melalak kat blakang makmal dengan geng2... Tak perasan cikgu Disiplin cikgu Misran datang... Kelam kabut lari member pijak gitar aku sampai pecah... Dia senyum jek sambil mengajuk... Esok bawak drum plak... Srp tu aku dapat aggregate 7... Alhamdulillah... Spm pun dpt 10..

Kat u pun aku masih lagi giler... Makin gitar karen.. Generasi Battle of the band... Layan lagu megadeth, slayer....

Skrg Alhamdulillah... Depan Raudhah aku mohon Allah lindungi aku maafkan kesilapan lalu aku... Hidup Dan matiku kerana Mu... Kepada guru2 ku banyak benar jasamu.. Kepada kerjaan juga terima kasih di atas kemudahan dan biasiswa yg diberi.. Kini masanya aku pula berbakti kepada anak bangsa Dan negara..

Anonymous said...

GAP..!!

Ko lupa nak tulis pasal Ah Seng bro..!!! Air selangor... Len che kang.... lupa gak ko nak tulis pasal steven...air tebu..hahaha...

aweks2 convent..RZ...BK...hehehe.. ceciter...ceciter...hahaha.. Hisap rokok kat celah tangga sinma tak kan tak pernah bro...

MC D jalan taiping???!! hahahaha...tak leh tahan bro... waktu tu hidup umpama dalan sorga...!!! Cikgu Christina pulak macam...Cikgu Renga... Pn Linggam... Mr Low... Cikgu Sani... Memori terindah..!!!

Comelz, Probites Et Fides!!!