Saturday, June 11, 2011

APA PANDANGAN ANDA MENGENAI TULISAN DATO ZAINI ?

 dalam artikel terbaru di ruangan 'cuit' dato zaini minta agar diwujudkan segera kumpulan sayap ulamak dalam umno.

bukan sekadar itu, saranan dato zaini yang meminta agar kesemua pimpinan pro ulamak dalam parti pas meninggalkan parti itu dan join umno wajar diberi perhatian.

nasarudin mat isa sudah dibunuh dalam pas.
hasan ali jugak telah dibunuh dalam pas.
ustaz taib azamudin (penentang keras kalid gereja) sudah kalah.
dr shafie abu bakar sudah lama terkubur.
dr syed azman (anak didik hj hadi) sudah lama terkubur.

20 comments:

Melayu Perak said...

eloklah tu berjuang dari bawah dulu kalau nak naik keatas...

Putra Melayu said...

Setuju dgn cadangan itu.. Perlu realistik dgn apa yang telah berlaku.. kerajaan Perpaduan tidak perlukan sebuah parti seperti PAS tapi memerlukan para pemimpinnya yang ikhlas dan berpegang pada Islam yg sebenar. Kehadiran mereka mampu memperbaiki sebarang kekurangan yang ada dalam UMNO sekaligus mengembalikan kegemilangan UMNO yang pernah kita saksikan sebelum ini.. Berjuang demi Agama dan Bangsa untuk kesejahteran Negara..

AnakMinang said...

Cadangan yg bagus utk wujudkan sayap ulama dlm UMNO tapi biar la yg dah lama dlm UMNO diberi keutamaan. Jgn nanti "menang sorak, kampung tergadai"...

NEWMUSLIM said...

setuju,,,tpi ulamak yg bijaksana soal hukum hal ehwal islam mestilah fair..krn ada kaum bukan islam juga yg menetap di malaysia nie..kena lah belah bagi dan ngak usah dictates hukum2 islam pda yg bukan islam..APA YG SY LIHAT SKRG SA-OLAH2 ULAMAK MENAKUT2 ORG ISLAM SENDIRI..TPI RAKYAT MUDA/MUDI SUDAH TAK TAKUTKAN HUKUM/HARAM/HALAL LGI. SO HARAP SOAL POLITIK BIARLAH KERAJAAN AJE..ULAMAK FOCUS PDA KEUGAMAAN YG SUDAH KOCA-KACI. LIHAT AJE AKHLAK ANAK2 MELAYU YG IBU/BAPA MEREKA YG BERUGAMA ISLAM TU!!!!!IBU/BAPA SENDIRI UDAH TAK BOLEH KAWAL MEREKA LAGI..SO KENA LAH ULAMAK FOCUS CARA2 YG BAIK GBANE HENDAK KEMBALI ANAK2 BERUGAMA ISLAM NIE?

Alhamdulillah said...

ulamak tidak seharusnya bercampur urusan pemerintah, sekirannya bercampur maka hancurlah ulamak tersebut...
sabda nabi saw: apabila kamu melihat seorang ulama bergaul erat dengan penguasa maka ketahuilah bahawa dia adalah pencuri (HR Ad Dailami)


ada banyak lagi hadis berkenaan dengan ulamak tidak boleh bercampur dengan urusan dunia..

Anonymous said...

Apakah dgn meniru pas guna dan jual nama islam akan beri kekuatan pada ummah? Apakah dgn membawa masuk ulamak reject dan kemudian recycle dlm umno akan buat rakyat rasa selamat?

Islam itu dlm hati org yg ikhlas. Tak perlu pada pakaian jubah dan serban.

Umno berada di landasan yg baik. Formula yg seimbang mesti diteruskan. Ulamak hanya manusia biasa dan terdedah kpd segala ujian spt yg berlaku pada nik najis dan hate awang.

Kerajaan mempunyai banyak institusi cerdik pandai utk membantu kebajikan zahir dan batin ummah. Cuma mrk tak pandai utk mengurus dan memanfaatnya. Ramai cerdik pandai muslim dlm kerajaan tak mahu masuk politik kerana mrk ada tugas yg diamanahkan maka kita patut lihat kpd mrk utk khidmat nasihat.

Aku tak yakin nasaruddin atau mana2 ulamak pas boleh bawa kesejahteraan kpd melayu islam sedangkan begitu lama ditampuk kuasa dlm parti dan kelantan mrk tertipu oleh diri sendiri. Mudah diperalat oleh dap laknat yg jelas sial pun mrk buta tuli mengikut.

Lupakanlah episod cuba nak celop perasa islam pada pakaian kita. Allah swt maha mengetahui isi hati dan segala perancangan kita. Jadikanlah ini satu iktibar utk menyedarkan kejumudan melayu yang teringin sgt menjadi islam tapi hati nurani tidak bersih.

Umno dulu kini dan selamanya. Pemimpin umno yg leka dan lalai wajib kita keluarkan dari tampok kuasa.

Anonymous said...

UNDI SYA-50-50..KERANA KALAU ULAMAK2 DAH MASOK POLITIK PASTI ADA CONFLICTS KRN NEGARA KITA ADALAH BERBILANG BANGSA DAN UGAMA. BAIK KALAU ULAMAK MEMPERBAIKI ISLAMIC INFRASTRUCTURE..IDEAL DI MALAYSIA DGN SATU BANGSA DAN UGAMA TPI NGAK MUNGKIN BELAKU. SO,ULAMAK2 MESTI FOCUS PDA DETEORIATION FOUNDATION OF MALAY MUSLIM YOUTH DGN CARA SOFT APPROCHED BUKAN CARA THREATENING APPROACHED. ULAMAK JUGA HARUS FIKIR YG ZAMAN NIE TAK SAMA PDA ZAMAN DULU2..TPI PRINSIP MESTI ADA.YG HALAL TETAP HALAL..YG HARAM TETAP HARAM.

nok said...

Umno mesti iklas untuk memperbetulkan kerosakan yg di buat oleh pemimpin yg terdahulu....yg di jadikan modal oleh parti pembangkang....walaupun pemimpin mereka sendiri terbukti lebih teruk dari UMNO....
Cadangan penambahbaikan untuk mengujudkan sayap ulama amat bertepatatan bagi menepis fitnah pembangkang terhadap BN/UMNO berhubung kerosakan yg di lakukan oleh pemimpin2 umno yg di lihat cakap tak serupa bikin...rakyat rata2 menilai kerosakan tersebut dan pemimpin tertinggi BN/UMNO harus berubah dan menyelesaikan isu dalaman sebelum menuding jari kepada pembangkang yg senantiasa mencari ruang untuk di jadikan isu, kesilapan atau salah laku yg kadang2 di lihat umno mcm nak menegakkan benang yg basah...

UMNO jgn melihat isu kecil remeh temeh...sebagai contoh saman ekor..kebodohan Hisamuddin untuk menyelesaikan isu tersebut mungkin menyebabkan BN kehilangan undi di PRU13 nanti..bukan semua rakyat berfikiran sama dalam setiap isu.....dan banyak lagi yg harus di tangani...para pak menteri jgn hek,hek, hek...macam Ismail Sabri, Hisammudin....tapi tak ada output..begitu juga PM harus berhati2..bagi rakyat kebajikan bermula dari rumah.......kalau tidak jgn salahkan rakyat kalau BN kantoi di PRU 13 nanti walau pun tak secara total

TANAH ME'LAYU' said...

SOKONG 70%... Wing ulamak...atleast check and balaced...

sebab dari dulu lg apabila umno membuang anwar...kita tengok dgn mata kepala sendiri...yg berdemo sukarela awal2 dulu terutama. kat dataran dan masjid negara.ITU PENYOKONG UMNO JENIS ISLAMIK...MEREKA MENARUH HARAPAN YG CUKUP TINGGI (termasullah aku la jugak)

bila anwar xde ...RUANG ITU CUKUP KOSONG...THATs WHY PAKLAH DILANTIK one of 10 answer kenepa paklah dipilih...sebgai pengubat luka..TDM cukup paham tu'.. (sikitul kj tu kita diamkan sajalah apanak buat lgpun dah reda dah sket)

YG PENTING MELAYU MESTI SUSUN BARISAN PERANG SEMULA KALAU NAK MENANGLAH..

SO wing ulamak amat relevent...politikal umno lama yg dah tua2 tu kita paham..INI MASA KESETIAAN KITA DIUJI.. BANGSA AGAMA PENTING ATAU DIRI SENDIRI JUGAK YG PENTING...(jgn jadi anwar ataupun kuli)

Anonymous said...

Alham'dullilah..kalau bekas ulamak PAS hendak masuk UMNO..tpi jgn lah pula mengutok2 yg sudah2. Harap UMNO jgn terlalu mengunakan mereka semata2 dpt undi PRU13. UMNO harus gunakan ulamak2 yg uda bertahun2 di jabatan kerajaan islam tu..Suroh mereka berdakwah di seluroh melaysia bangunkan dan bantu sucikan ahlak pemuda/pemudi yg tiada pedoman keislaman. Ulamak2 di jabatan jgn hanya derdiam diri bila anak2 melayu tanpa budi bahasa/keugamaan. ulamak2 kerajaan harus berjihad terus menerus tpi JANGAN TERLALU KASAR BILA MELAKUKAN NYA..TAKUT PULA MEREKA KATA "KAMU SIAPA NAK SUROH SYA BERUGAMA...MAK/BAPAK AKU PON TAK KISAH SOAL AGAMA..MAKLUMLAH SKRG ANAK/IBU/BAPA SEMUA TERDEDAH DGN SITUASI ZAMAN MODEN NIE..SO WAJAR DI BANGKITKAN SOAL MORAL DGN AGGRESIVE TPI GUNAKAN CARA SOFT METHODLOGY.

Anonymous said...

Tak payah lagi Ulamak berselindung nak kuasa di belakang Menteri lagi. Sekarang kat UMNO, selain rebutan kuasa oleh Melayu celup atas dasar sebangsa Melayu, tu dia agama telah digunakan untuk berkuasa atas alasan seagama.
Habislah pendekar-pendekar dan bangsawan Melayu tulen nak berkuasa seperti zaman dahulu.

Anonymous said...

ALLAH HU AKBAR..

umno ganti pas tegakan islam laksanakan hukum ALLAH berlandaskan AL-QURAN dan SUNNAH..

Insyaallah...ALLAH akan memberi kemenangan kepada golongan yg ikhlas berjuang kerana agamaNYA..

Anonymous said...

jln ledang ke kg.gelam...

Setuju dgn pandangan Dato' Zaini n terima kasih bebanyak kepadanya kerana tulisannya di dalam UTUSAN yg menyebabkan sy blh menjumpai byk web yg menyokong krjaan serta berwibawa dr segi pengisiannya. Saya dah puas kena tembak dengan kawan2 psl x sokong pakatan rebah. Saya mmg menyukai cara berpolitik Ustaz Nasha nampak lebih berhemah dan tertib. Gandingan ulamak dan umarak boleh memperkasakan UMNO

Anonymous said...

Ulamak atau ahli agama memang telah lama wujud, yang berbeza adalah golongan ulamak tidak sangat kedepan dalam urusan parti dan kerajaan. Lagipun sebagai ahli ugama yang benar-benar memperjuangkan agama yang harmoni hanya berada dipondok-pondok ataupun institusi agama mendidik dan mengajar hal-hal berkaitan agama sahaja.
Sehinggalah PAS wujud disebabkan para ahli agama dalam UMNO menyokong Onn Jaafar keluar parti dikatakan hanya kerana tidak mahu menerima syarat British mahukan semua bangsa bersatu padu sebagai syarat kemerdekaan malaya. Lebih lagi ahli agama seperti N.Ajis yang banyak melencong dari landasan sebenar agama menjadi pemimpin parti dan MB, golongan dan gelaran ulamak tumbuh bagai cendawan. Tahu kupas sedikit ayat dah dikira ulamak, pakaian macam ustaz dah digelar ulamak. Sedangkan segala ajaran dan petunjukmenjurus kepada PAS dan PR sehinggakan ulamak cina pun ada. Jadi bagi membetulkan semula kepincangan yang berlaku dan mengembalikan semula darjat tinggi ahli agama atau ulamak sebenar, majlis ulamak perlu diwujud serta diselaraskan dengan peranan majlis fatwa kebangsaan bagi menanggani permasalahan berkaitan Islam. Majlis ulamak juga adalah sebaiknya dibawah naungan KDYMM Agong sebagai Ketua Agama bagi mengelak tohmahan buruk terutama dari golongan yang hanya menganggap ulamak PAS sahaja yang tahu agama dan yang terbaik.
Wallahualam.
-niknordinp21

kingnek said...

setuju, ini peluang emas untuk meraih 70% undi Melayu Islam

Karl said...

GAP,

Aku tak kisah kalau ulama nak masuk mana2 parti, tapi yang takutnya kalau dah bias, jangan jadi pak turut parti. Takut kang jadi macam pas sekarang ni, ramai ulama tapi nak pertahankan yang haq dalam islam pun takut. Payah tu.

Tapi ni pandangan aku je. Mungkin kalau ikhlas berjuang, sayap ulama UMNO mungkin satu benda yang lebih baik dari apa yang dirancangkan? Semua ni ketentuanNya.

Anonymous said...

setuju ng kinkmet..buleh capai..70% bayangkanlah puluh ribu masa anwar dipecat..itulah simboliknya.. mereka ingin kembali tp mesti ada platform...mereka itu penyokong agenda islam umno.. dan masa tu bukan PAS pun... lihatlah HASSAN ali..tanah melatih motivasinya budak2 tu anugerah kerajaan selangor..dah tentu khir toyo jadi mb.. tapi...

mereka marah dan masuk pas...

Anonymous said...

sikit hari hamPAS pun berkubur jugak....

Anonymous said...

memang dato'zaini berpandang jauh perihal ini... aku setuju benar cadangan ini, mungkin boleh fine tune mengikut harapan masing2... bagus jugak kalu kepakaran Ulamak2 PAS nih boleh membantu memperbaiki lagi ciri2 keislaman negara malaysia ni... PAS tu jangan harap lar, dah terpesong giler meroyan memuja peliwat anwar dan komunis DAP...

tembeleng said...

Nasharuddin dan ulamak-ulamak lain macam dia ni patut bagi jaga Jakim dan lain-lain institusi yang mentadbir hal-ehwal Islam di negara ni. Bukan hanya badan yang berkenaan dengan moral, tapi juga ekonomi, keusahawanan dsb.

Biar dorang wujudkan think tank-think tank yang boleh mencipta sistem-sistem yang original datang dari Islam. Bukan macam sistem berasaskan riba yang "diislamkan" dengan cara semudah masukkan lafaz dsb tu.