Friday, July 1, 2011

GAPS : KERAJAAN SELANGOR BIAYAI RUSUHAN BERSIH !

 Pengakuan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan membiayai perhimpunan haram dan rusuhan 9 Julai adalah bukti kukuh bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim adalah antara dalang yang terlibat dengan perancangan perhimpunan haram dan rusuhan di Kuala Lumpur itu.

Sekali lagi wang rakyat akan diselewengkan oleh kerajaan pakatan haram Dap, Pkr dan Pas pimpinan Khalid Ibrahim. Rakyat masih ingat bagaimana hasil pasir negeri di selewengkan oleh Khalid, rakyat masih ingat bagaimana ratusan ribu ringgit di gunakan oleh Khalid untuk membiayai ahli perwakilan PKR di Hotel Armada dan rakyat masih ingat bagaimana ratusan ribu ringgit dibazirkan untuk membiayai penderhaka institusi Raja Melayu di Selangor.

Kini MB melangkah setapak lagi dengan membiayai kegiatan rusuhan yang bertujuan menumbangkan kerajaaan rakyat yang dipilih secara demokrasi melalui jalan raya. Dimanakah kali ini MB hendak menyembunyikan diri bila sipenerima wang itu mengakui dia akan dibiayai oleh pentadbiran nya ?

Tentunya pembiayaan itu bukan 1 ribu, bukan 10 ribu, bukan 100 ribu. Ada sumber menyebut pembiayaan itu berpuluh juta ringgit. Kalau ini benar, ia merupakan pembaziran dan penyelewengan yang amat nyata pemerintahan seorang Menteri Besar di Selangor.

Lebih buruk lagi sejarah akan mencatatkan yang hendak dibiayai adalah perhimpunan haram dan rusuhan yang akan membawa anarki kepada ibu negara Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti.

Sebelum nasi menjadi bubur, GAPS menggesa pihak berkuasa mengheret MB Selangor untuk disiasat dan dibawa ke muka pengadilan kerana beliau membiayai perhimpunan haram dan rusuhan ini. Khalid Ibrahim kena bertanggungjawab diatas dokongan  pentadbirannya menyokong Bersih yang kini nyata mirip pergerakan subversif  dengan terbongkar dan tertangkapnya mereka-mereka yang mempunyai ideologi komunis yang mendalangi perhimpunan dan rusuhan 9 Julai.

Hamidzun Khairuddin
Presiden

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

10 comments:

Anonymous said...

wang rakyat digunakan untuk biayai perhimpunan 1juta belia bagi menerapkan idealogi UMPORNO....

Anonymous said...

Kau orang bodoh. Yang membiayai semua rancangan ini ialah kawan baik Anuwar dari luar negeri. Dia orang sengaja memputar belit untuk menunjokkan wang itu datang dari dalaman.

Servant of God said...

Anonymous said...

wang rakyat digunakan untuk biayai perhimpunan 1juta belia bagi menerapkan idealogi UMPORNO....

July 1, 2011 9:47 AM

------------------------

Hari tuh PAS cetak cd PORNO Anwar pastuh selit kat wiper kereta orang2 PAS.. guna duit rakyat ke, duit tabung Memali?

Anonymous said...

menakjubkan....pondok buruk di 1155.kg bagan.jln sembilan.seberang jaya.permatang pauh.pulau pinang..
telah digunakan sebagai alamat seramai 88 orang pengundi dikawasan itu....kah.kah.kah...
pengundi apa ni..

tahniah spr.. sila rujuk www.milosuam.blogspot.com

Anonymous said...

ya la.ramainya hantu.
sapeeee le yang bela ya.

Anonymous said...

Biayai Rusuhan????? yang nak sponsor sorang seribu masuk UiTM tue dah sattle ker.... ker sepi dalam berita....

Servant of God said...

Anonymous said...

menakjubkan....pondok buruk di 1155.kg bagan.jln sembilan.seberang jaya.permatang pauh.pulau pinang..
telah digunakan sebagai alamat seramai 88 orang pengundi dikawasan itu....kah.kah.kah...
pengundi apa ni..

tahniah spr.. sila rujuk www.milosuam.blogspot.com

July 1, 2011 10:15 AM

-----------------------

Oooo... itu pasal laa Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri yer?

Harap menipu je rupanya...

Ciskil said...

Kalau nak benda tak elok better guna duit sendiri...

Sensasi saat ini:
Panas!!Ipad2

nok said...

aku memang suka bershit berdemo pada 9july ni, jgn tak jadi pulak, PDRM memang dah besiap sedia untuk melayan mereka sebagaimana yg di tuntut...mintak2 semua pemimpin bersih dan PR di barisan hadapan untuk membuat perhitungan siapa bersih.

yg dipertuan agong pun dah buat persiapan besar2an untuk melayan tetamu estimewa dgn makanan dan minuman siap dgn bunga manggah sekali....askar pun dah stanby takut2 PDRM tak mampu memberi layanan mesra dekat puak2ni....apa lagi bershit hendak ????jgn lupa PDRM dan askar bermesra lah dgn rakyat paling bersih ni jgn tak mesra...rakyat yg lain akan berada di depan TV3 untuk beri sokongan....

HAMBA said...

ABANG TAK ABANG SAPE KACAU AKU PECAH..HAHAHAHAHAHA