Saturday, July 30, 2011

PEMBEBASAN EO6 : INILAH KEJAYAAN PAS !

silap kalau kita mengatakan pembebasan tahan eo6 (tahanan akta darurat)  itu adalah berpunca daripada kekuatan mereka.

parti sosialis malaysia punyai kaitan dengan parti rakyat malaysia. parti rakyat malaysia pula adalah serpihan daripada parti sosialis  rakyat malaysia.

sebut nama dr syed husin, dr nasir (adun kota damansara),arutchelvan,hasan karim,arwah rustam a sani,latipah koyak,johnson chong,faizal sanusi,dr sanusi  semuanya berlegar kepada perjuangan sosialis yang sama.

parti sosialis rakyat malaysia berpecah dua apabila syed husin ali mendesak agar digugurkan nama sosialis pada nama parti mereka.

desakan ini ditentang oleh dr nasir dan arutchelvan, yang tetap kepingin untuk mengangkat nama sosialis untuk diasimilasikan dengan jenama parti mereka.

hasil pergeseran ini, maka berpecah dualah parti sosialis rakyat malaysia.

dr syed husin ali dijemput masuk menyertai parti keadilan nasional yang kemudiannya ditukarkan nama kepada parti keadilan rakyat.

namun serpihan pemimpin parti rakyat malaysia ini tidak mendapat layanan yang setimpal daripada azmin ali.

kongres pkr di ipoh dan seremban telah meletakkan sejarah akan hancurnya barisan pimpinan parti rakyat malaysia di dalam kelompok pimpinan tertinggi pkr.

dr syed husin ali dibalas tuba.
serpihan pimpinan parti rakyat malaysia sudah lebur dalam saf pkr.

hari ini gerakan dan nostalgia lama idelogi sosialis cuba dihidupkan kembali.

mereka sebenarnya sudah lama mati. fakta nya mudah, jika benarlah parti sosialis malaysia ini kuat, tidak mungkin dr nasir (adun kota damansara) dan dr jeyakumar (tahan eo6) bertanding di atas tiket pkr dan dap pada pru 2008.

2008 pakatan menang kerana undi protes daripada rakyat.

telahan ini dibuktikan dengan fakta. pakatan letak calon posman,tukang jual vcd,tukang jual insuran semuanya boleh menang ...menang kerana protes rakyat dan bukannya atas faktor kekuatan parti yang diwakili.

pas selepas pru 2008 telah berubah penampilan dan wajah politiknya.

melayu mana yang pernah menyangka bahawa pas berani untuk menggadaikan kalimah ALLAH demi memenuhi tuntutan dan kemarukan undi bukan islam.

silap terbesar pas adalah dia galak dalam menggadaikan hak dan maruah islam dan melayu ditangan gabungan  pembangkang.

bila mat sabu mengiktiraf perjuangan kiri komunis sewaktu muktamar yang lepas, orang bukan islam sudah tersenyum riang. dia cuba melupakan fakta akan kekejaman komunis sepanjang gerakan gerila mereka melanyak ribuan umat melayu.

musuh bangkit bila ada munafik bersama mereka.

semalam tahanan eo6 telah dibebaskan. asal gambaran mereka ini hanyalah umpama kecilnya zarah kuman, namun telah dibesarkan namanya hasil daripada lacuran politik yang telah pas lakukan.

apa jasa parti sosialis malaysia dalam pembentukan sejarah negara bangsa ?

pernahkan kamu dengar nama mereka sejak 20 tahun yang lalu ?

sekarang gerakan sosialis akan terus mekar berkembang hasil persetubuhan dan perzinaan politik pas.

maklumat kajian penduduk di malaysia semalam telah mencatatkan sesuatu. jumlah penduduk malaysia melepasi angka 28 juta manakala 67% daripadanya adalah kaum melayu.

aku yakin kaum melayu tidak akan melupakan sejarah persundalan politik paling jijik pernah pas lakukan dalam sejarah politik bangsa. 

eloklah moto pas ditukar daripada membangun bersama islam kepada membangun bersama sosialis.

tahniah pas.

29 comments:

Anonymous said...

bodoh la kerajaan najib bebaskan makhluk2 perosak tu... aku dah makin x percaya dengan najib dengan pendirian flip flop dia... lepas ni x tahu apa dia nak buat lagi... so,mulai ari ni najib, ko mmg x dpt sokongan aku lg dah... cukup2 lah tu MEMBERI benda yang tak patut.

Anonymous said...

Ramai generasi kini tidak menyedari atau tidak tahu apa itu subversif dan pengkianat negara. Mereka terleka dengan buaian "Hak Asasi Manusia" yg dijaja oleh musuh-musuh negara. Pengorbanan perajurit dan pemimpin dahulu mempertahankan kedaulatan negara seolah-olah tidak bermakna bagi mereka. Apakah dikalangan keluarga mereka tidak seorang pun terdiri dari bekas perajurit atau pejuang bangsa? Sekiranya mereka ini masih hidup dgn keadaan kehilangan dan kecacatan anggota badan dan sedang menghabiskan sisa2 hidup, apakah perasaan mereka ketika ini apabila mendapati musuh2 negara yang mereka tentang habis-habisan ketika dulu, kini dijulang sebagai wira? Inikah balasan yang diberi oleh generasi kini terhadap pengorbanan mereka? pasti dada mereka sebak dengan linangan air mata mengenangkan tingkah laku dan jati diri generasi kini.

Anonymous said...

sial puak pas...

hangkedee said...

PM dengan sepupunya=dengan Team Harimau Malaya lawan singapork.dah tahu pertahanan LEMAH masih nak gunakan lagi.PAS+PKR talibarut DAP PAP.

Anonymous said...

haiya.. wa manyak suka wo pas ikut wa punya cakap. takebeer!!!

Anonymous said...

Sekejap tangkap kata komunis, lepas tu dibebaskan tampa syarat.

Sekejap kata PDRM tu bebas dan bertanggungjawab, sekarang pembebasan dikata kerana atas arahan PM atau rayuan Presiden MIC.

Sekarang, disalahkan PAS pula.

Ingat orang bodoh ke dengar celoteh Hang!

Anonymous said...

melepaskan 6PSM yang dikatakan ingin membangkitkan semula semangat komunisma adalah satu perbuatan yang bodoh dan tidak konsistent. Kalau dah tau nak lepas buat apa tangkap. Sekarang kenalah tuduh mereka kerana nak memerangi yang DiPertuan Agong dibawah kanun keseksaan. Harap-harap peguam negara berani kerana KPN cakap polis dah siasat dan mempunyai cukup keterangan. kita sama-sama tengoklah.

Anonymous said...

bahasa ko dah mula marah nampak, kenapa kerajaan BN ko tak terus letak harga paling rendah bagi sesuatu keperluan tanpa perlu memberikan subsidi bagi menstabilkan harga. Ini malaysia la, bukan thailand, indonesia atau singapura! kata pemerintah dengan mandat rakyat. kan jauh lebih mudah kiraannya nanti!
16 minit yang lalu · gap tlg jawab dan pas nie boleh paste ....tlg

SS said...

SALAM DATO/TUAN/PUAN/SDRA/SDRI DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS CERAMAH ISU-ISU SEMASA OLEH CIK UMMI HAFILDA PADA HARI SABTU 30 JULAI 2011 JAM 8.30 MALAM DI PADANG RIADAH BUKIT RESIDEN KUALA KANGSAR.

Sufian Salleh K.Pen.Bah.K.Kangsar.

rakab said...

Pembebasan mereka kali ini tentu atas sebab yang munasabah.

Sekurang-kurangnya rakyat sudah nampak pakatan haprak ini di barisi oleh chauvinis,rasis, pelelong agama, penyokong porno dan yang terbaru,..komunis.

Majoriti rakyat Malaysia tahu pihak mana yang lebih layak memerintah negara.

Anonymous said...

kejayaan besar MIC kerana mendesak kerajaan melepaskan kesemu tahanan..
Tahniah palanivel..kami dari pkr salute tindakan berani MIC..

Anonymous said...

Nampaknya UMNo semakin tersepit..semua part komponen terus manggasak dari kiri, kanan depan belakang, atas dan bawah..
terharu semalam dekat tv3 bila mana 6 ribu masyarakat india mendapat taraf kerakyatan..thanks kerismuddin

Anonymous said...

tak bagi kerakyatan, dikatanya tak adil, tak 1M'sia, MIC tak bela nasib kaum india, perkauman, anwar brahim marah kata umno racist & seribu satu mccm lagi, kalau beri pun mcm2 tuduhan. Bagi kena tuduh, tak bagi laaaagilaah kena tuduh.

kalau dah cerdik sgt, byk sgt komplen, teruk sgt m'sia ni, pegi cari negara lainlah, tak dak org larang, awak tak sakit hati, bawak sekali mak ayah, tok nenek, kerbau lembu, tak dak org larang.

paksuman62 said...

" bodoh la kerajaan najib bebaskan makhluk2 perosak tu... aku dah makin x percaya dengan najib dengan pendirian flip flop dia... lepas ni x tahu apa dia nak buat lagi... so,mulai ari ni najib, ko mmg x dpt sokongan aku lg dah... cukup2 lah tu MEMBERI benda yang tak patut.

July 30, 2011 8:02 AM
jgn jadi bengap.....issue mcm ni tk berbaloi utk menggugat keyakinan kita terhadap kerajaan bn. aku yakin pembebasan ini tidak berakhir disini......bersabar

Anonymous said...

DAP ketepikan Cina utamakan Melayu, dakwa MCA

Harakahdaily

PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

“Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

“Oleh itu, saya terkejut dan saya tidak dapat memahami mengapa tiada satupun kontrak diberikan kepada mana-mana kontraktor Cina.

"Saya percaya bahawa kontraktor Cina sedar akan tender projek itu dan telah mengemukakan permohonan. Oleh itu, adakah kerajaan negeri menganggap permohonan mereka tidak lengkap?” soal beliau.

Pada pendapat Tan, kerajaan pimpinan Guan Eng sepatutnya adil kepada semua kaum dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada kaum Bumiputera untuk membuat parti tersebut kelihatan ‘adil’.

Tan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada kerajaan Pulau Pinang dengan memberikan peringatan bahawa kontraktor-kontraktor bukan Cina yang dilantik mungkin ada masalah kredibiliti dalam menyiapkan kerja mereka dan menyeru kerajaan negeri berhati-hati ketika memilih kontraktor.

“Mereka juga harus memastikan kontraktor yang dilantik boleh menyiapkan projek tersebut dan tiada masalah yang wujud kepada infrastruktur negeri untuk menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Kenyataan Tan hari ini sekaligus telah memberi tamparan dan menidakkan tindakan Kimma, Umno dan media tradisional khususnya yang seringkali menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu.

Anonymous said...

aku nak tanya pada

1. sapa punca melayu berpecah?

2. sapa punca kalimah ALLAH "dijual"?

3. sapa punca ayat2 quran & hadis dipersendakan?

4. sapa punca idealogi komunis dihidup kembali?

5. sapa punca fatwa Islam seperti fatwa pasar?

6. sapa punca peniaga2 melayu penang ditindas?

7. sapa punca anak2 kariah masjid&surau berpecahbelah?

8. sapa punca IFC ujud dalam diam2?

9. sapa punca ketidakadilan mangsa rogol&liwat..?

10.sapa punca anak melayu mundur...?

11.sapa punca jatuh kuasa Islam di Malaysia..??

12.sapa punca sokongan ambiga menerima memoradem IFC..??

13.sapa punca penderhakaan terhadap raja Melayu dan DYMM YDP Agong..?

14.sapa punca ujudnya ketidakstabilan keamanan negara...?

15.sapa punca emosi perkauman di Malaysia...?

Anonymous said...

AHLI2 UMNO DAN MEREKA YG MENYOKONG BN HARUS BANTU KERAJAAN..KERAJAAN KINI DISERANG BUKAN SAHAJA OLEH PARTI LAWAN TETAPI NGO2 SEPERTI BAR COUNCIL,SUHAKAM,SUARAM DAN BNAYAK LAGI NGO2 PRO PEMBANGKANG..DAN KINI PARTI2 KOMPONEN TURUT MENEKAN KERAJAAN..ADA JUGA AHLI2 UMNO SENDIRI YG KHIANAT PADA PARTI..BAGI IDEA DAN SOKONGAN KEPADA TAMPUK PEMERINTAH..KALAU BOLEH HANTA KAT SURAT KHABAR KERANA BUKAN SEMUA LAYARI BLOG DAN INTERNET.

rakab said...

Itulah cantiknya BN.
Parti-parti di dalam BN , bebas bersuara memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia khususnya kaum masing2 mengikut saluran yang betul.

Lebih baik kerajaan melayan desakan MIC daripada Bar Council yang rasis.

Begitu juga masyarakat India yang di berikan IC oleh keajaan.

Percayalah pakatan rakyat juga akan buat perkara yang sama jika mereka berkuasa.

tembeleng said...

Anon 11.05:
"enapa kerajaan BN ko tak terus letak harga paling rendah bagi sesuatu keperluan tanpa perlu memberikan subsidi bagi menstabilkan harga. "

Sebab argumen ni bengap. Sebab tu la. Allo bro, ingat nasi lemak memang dari dulu sampai sekarang harga dia RM1.00 ke RM1.50 sebungkus ke? 30 tahun dulu nasi lemak 20 sen. 20 tahun dulu nasi lemak 50 sen. 10 tahun dulu nasi lemak 80 sen. Kalau ikut "cadangan bernas" ko ni, letak la harga serendah manapun, lama-lama ia akan meningkat naik jugak.

Itu belum harga barang yang meningkat naik sebab taukey tamak main ikut sukahati letak harga. Contoh ayam time nak festival je, mulalah "kekurangan stok". Nak ambik untung lebih la tuuuu. Kalau bagi can kat taukey set harga barang sendiri, mampus.

Anonymous said...

Bagi salah tak bagi salah. Dihebah seluruh dunia kata kerajaan zalim.

Melayu Perak said...

anon 11.05 am...

mengapa kerajaan kena ikut harga pasaran tak kira barang keperluan,minyak dan saham...bukan bagi yang terendah....

sebabnya adalah untuk tujuan audit setiap akaun kerajaan....macam mana nak buat base kalau base tuh tak ikut pasaran dunia...????

itu nama nya menipu audit letak harga sesuka hati.....kalau nak letak harga rendah kena lah dibagi subsidi....lebihan harga itu dinamakan subsidi....

Melayu Perak said...

anon 11.05 am...

mengapa kerajaan kena ikut harga pasaran tak kira barang keperluan,minyak dan saham...bukan bagi yang terendah....

sebabnya adalah untuk tujuan audit setiap akaun kerajaan....macam mana nak buat base kalau base tuh tak ikut pasaran dunia...????

itu nama nya menipu audit letak harga sesuka hati.....kalau nak letak harga rendah kena lah dibagi subsidi....lebihan harga itu dinamakan subsidi....

Tatoin said...

Mat Sabu tu kan syiah,dan PAS tak kisah sunnah ke syiah ke,semuanya Islam belaka.Padahal ancaman syiah lebih bahaya daripada ajaran AyahPin.
Kalau musuh dalam selimut Islam ni menguasai rakyat Malaysia,PASlah antara penyebabnya.

Anonymous said...

puak pakatan adalah sampah

Tatoin said...

Orang kita menentang ISA dan nampaknya mereka berjaya.Belum ada tindakan terhadap mereka seolah-olah kerajaan mengalah dengan tuntutan mereka.Kalau zaman Tun Mahathir dulu mereka ni dah lama kena.

Anonymous said...

Najib is half Pak Lah yang sentiasa beralah,beralah dan terus beralah.Tolak ANSUR?Secara beransur-ansur Melayu dan Islam akan punah.Semakin warak orang Melayu itu semakin menjadi-jadi sifat khianat kepada bangsa sendiri.BN adalah Malayan Union,PAS untuk yang berjiwa petualang dan PKR adalah parti kejahatan.Demokrasi ini merugikan bangsa Melayu.

rakab said...

MCA dan DAP P.Pinang main wayang berkenaan projek JPS di negeri itu !

Projek2 besar berjuta ringgit , semua cina dah sapu, projek2 JPS pun diaorang nak masuk jugak.

Apa yang tinggal untuk Melayu ?.

Melayu PAS dan Melayu PKR , tolong buka mata.

Anonymous said...

PAS dah tak pakai Islam..dia pakai DAPig..Membangun Bersama DAPig.. Sbb tu aku dah buang slogan Membangun Bersama Islam di akhir surat menyurat di opis aku di Kelantan. Ternyata Nik Aziz tidak sejujur mana..

Anonymous said...

aku hormat pas zaman datuk asri muda dulu...tak berpakat dengan sesiapa pun...sole survivor...masyarakat waktu itu menerimanya dengan baik..

Tak pakai jubah tak pakai serban..mereka pakai biasa..cuma yang tok guru je pakai serban.