seorang pengirim email telah mintak aku publishkan kandungan emailnya yang menyanggah pemalsuan fakta sejarah islam yang dikeluarkan oleh hj hadi mengenai isu ambiga dan buta sejarah .
terimakasih aku ucapkan kepada pengirim email tersebut. hambik kau hadi !
......................................................................................
Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Hj Hadi, yang dibuat oleh beliau melalui Harakah "Bantah sokong Ambiga buta sejarah - Abd Hadi"
sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4443-bantah-sokong-ambiga-buta-sejarah-abd-hadi
Haji Hadi menuduh mana-mana atau sesiapa sahaja yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai buta sejarah Islam.
Haji Hadi juga memberi contoh dan bertujuan memberi fakta konon Nabi kita Nabi Muhamad saw juga pernah menyokong demontrasi jalanan, seperti mana yg dinyatakan oleh beliau seperti berikut:
"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya. Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PASitu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," (wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.)
Apa yang pasti Haji Hadi DENGAN SENGAJA TELAH MEMUTAR BELITKAN FAKTA dan MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN YANG HAKIKI.
Yang disembunyikan Haji Hadi:
1... Perjanjian Al-Fudul atau disebut Hilf al-Fudul : FUDUL itu sendiri bermaksud "MULIA". Perjanjian al-Fudul dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an.
Perjanjian ini dimenterai diantara puak2 kaum Musyrikin Quraisy dari Bani Hashim, Bani Muttalib, Bani Asad bin Abdul 'Uzza, Zahrah bin Kallab dan Taym bin Murrah.
Perjanjian ini sebenarnya adalah perjanjian yang dibuat diantara kaum Muslimin yg dizalimi (ketika itu) dengan kaum pemerintah Kafir Musyrikin yang lebih memberikan penekanan kepada urusan PERDAGANGAN yang lebih adil.
2... Perjanjian Al-Fudul yg dimenterai dgn kaum pemerintah Musyrikin Quraisy di MEKAH ini di buat pada AWAL abad ke-7 Masihi. Perjanjian ini termenterai setelah terjadinya peperangan al-Fujjar dan setelah kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Kaabah.
Peperangan Al-Fujjar berlaku semasa usia Baginda lima belas tahun ( 586 masihi ) manakala Mekah hanya berjaya diperintah mengikut acuan Islam oleh Nabi kita Nabi Muhamad saw pada tahun 628 masihi, iaitu selepas beberapa tahun perjanjian Al-Fudul dibuat.
Jika kita lihat fakta 1 dan 2 sahaja jelas menunjukkan bahawa yang ditentang oleh Nabi kita Nabi Nabi Muhamad saw adalah pemerintahan kejam kaum kafir terhadap muslimin dan bukan yang menentang pemerintahan sesama Islam sepertimana yang dilakukan oleh PAS dalam BERSIH.
3... Berdasarkan sirah Nabi dan sahabat, demonstrasi terhadap pemerintah Muslim dalam bentuk seperti ditunjukkan oleh masyarakat dunia hari ini (sama ada secara aman atau liar) tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat radhiallahu ‘anhum.
Kekuatan sanad kisah perjanjian Al-Fudul juga pernah dipertikaikan. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 1/40 berkata:
"Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Hasan, berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Utsman bin Abi Syaibah berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid bin Shalih berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Aban dari Ishaq bin Abdullah dari Aban bin Shalih dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Umar bin al Khattab."
(*sanad: bermaksud salasilah atau pertalian antara beberapa orang rawi yg meriwayatkan sesuatu hadis. Atau jalan yang bersambung sampai kepada matan, perawi yang meriwayatkan matan hadits dan menyampaikannya. Sanad dimulai dari rawi yang awal (sebelum pencatat hadits) dan berakhir pada orang sebelum Rasulullah saw yakni Sahabat. Misalnya al-Bukhari meriwayatkan satu hadits, maka al-Bukhari dikatakan mukharrij atau mudawwin (yang mengeluarkan hadits atau yang mencatat hadits), perawi yang sebelum al-Bukhari dikatakan awal sanad sedangkan Sahabat yang meriwayatkan hadits itu dikatakan akhir sanad.)
Taraf riwayat ini sangat lemah dan ia bertentangan dengan hadith-hadith shahih yang lain. Kelemahannya adalah dari segi sanad dan matan.
4... Adapun dari segi sanad adalah kerana di dalam riwayat tersebut terdapat seorang yang bernama Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah.
Imam an Nasa’i berkata: “Dia seorang yang matruk (orang yang ditinggalkan haditsnya)”.
Imam al Bukhari berkata: “Para ulama’ meninggalkannya”.
Imam Baihaqi berkata: “Dia matruk“.
Imam Yahya bin Ma’in berkata: “Dia pendusta”.
Imam Ibnu Hibban berkata: “Dia membolak-balikkan sanad, memarfu’kan hadith mursal, dan Imam Ahmad melarang meriwayatkan hadithnya”.
5... Dari segi matan pula, riwayat tersebut menyebut Umar bin al Khattab, kerana kasahihan Umar ke dalam agama Islam ketika itu boleh dipertikaikan. Maka riwayat ini bertentangan dengan beberapa riwayat shahih yang lain.
Mengenai Islamnya Umar bin al Khattab seperti diriwayatkan dari Abdullah bin Umar disebut sepertimana yang dinyatakan diantaranya hadis yang terdapat di dalam Shahih al Bukhari serta hadis Bidayah Wan Nihayah 3/81 oleh Imam Ibnu Katsir.
Jelaslah jika dilihat fakta 3, 4 dan 5 sahaja secara terang-terangan menunjukkan hujjah-hujjah yang diguna pakai oleh PAS adalah terlalu lemah untuk mengISLAMkan demonstrasi.
Tidak ada satu pun panduan dari ulama salaf yang berdalilkan hadith sahih yang membenarkan demontrasi jalanan.
Ketahuilah wahai juak-juak PAS dalam Pakatan Haram bahawa amalan agama yang bersifat pasti dan qati’e berkaitan aqidah dan rukun Islam tidak boleh disamakan dengan amalan muamalat atau hubungan sesama manusia yang bersifat kurang pasti dan dzanni.
Ketahuilah wahai juak-juak PAS dalam Pakatan Haram bahawa amalan berdemonstrasi adalah sesuatu yang bid’ah dhalalah (perkara yang diada-adakan dan sesat hukumnya) jika ia dikaitkan dengan amalan beragama (contohnya mewajibkan orang ramai menyertai demonstrasi atas ‘fatwa’ agama atau justifikasi bahawa ia merupakan suatu ibadah).
6... Dalam bab muamalah, ulama usul fiqh telah membina satu kaedah usul iaitu “al-aslu fil asyyia al-ibahah ma lam yurid dalil at-tahrim” bermaksud “hukum asal sesuatu perkara itu adalah harus kecuali ada dalil tentang pengharamannya”. Yang secara terang menjelaskan terdapat banyak kemungkaran-kemungkaran yang didapati dari amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah Muslim.
Dijelaskan bahawa berdemonstrasi terhadap pemerintah Muslim adalah berbentuk tasyabbuh, iaitu menyerupai perbuatan orang-orang kafir.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka termasuk golongan tersebut.” [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]
(Tidak semua perkara atau perbuatan orang-orang kafir mesti ditolak atau dilarang iaitu sesuatu yang bukan merupakan ciri-ciri khusus orang-orang kafir, sama ada aqidah, adat-istiadat, atau peribadatannya, dan hal itu tidak bertentangan dengan nas-nas serta prinsip-prinsip syariah, atau tidak dikhuatiri akan membawa kepada kerosakan. Maka yang demikian itu tidaklah termasuk dalam tasyabbuh.)
7... Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani berpendapat bahawa perbuatan demonstrasi adalah termasuk dalam bentuk tasyabbuh terhadap orang kafir.
Pendapat beliau ini boleh dipakai terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 kerana demonstrasi Bersih yang pertama dahulu telah membuktikan bahawa ia telah menimbulkan kerosakan, kesusahan dan kerugian harta benda kepada masyarakat awam.
8... Demonstrasi terhadap pemerintah juga boleh dimasukkan ke dalam kategori khuruj (keluar menentang pemerintah) yang mana ianya dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadith shahih.
Salah satunya sepertimana disebut didalam riwayat bahawa Said bin Jahman r.a. berkata:
“Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, matanya buta, aku mengucapkan salam." Beliau bertanya kepadaku: "Siapa engkau?" "Said bin Jahman, jawabku." Beliau bertanya: "Kenapa dengan ayahmu?" Aku katakan: "Al-Azariqah telah membunuhnya." Beliau berkata: "Semoga Allah melaknat Al-Azriqah, semoga Allah melaknat Al-Azriqah. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka."
Aku bertanya: "(Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) Al-Azriqah sahaja atau Khawarij semuanya?" Aku katakan: "Beliau menjawab: Ya! Khawarij semuanya." Aku katakan: "Tetapi sesungguhnya pemerintah telah berbuat kezaliman kepada rakyatnya?" Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: "Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a'zham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a'zham.
Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya." [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]
9...Sedarlah wahai juak-juak PAS dalam Pakatan Haram, bahawa kalian tidak akan mendapat sebarang pahala kebaikan sepertimana yang telah dinyatakan Abu Ishaq al-Sabi’i r.h. daripada pembesar ulama Tabiin berkata:
“Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan (mereka) akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani]
Walaupun Islam memang mewajibkan rakyat menegur pemerintah yang zalim walaupun kepada firaun sekalipun, nasihat kepada pemerintah itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin di hadapan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t: Surah Taha: 43-44:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.
Berdasarkan surah ini sahaja telah menunjukkan bahawa Demonstrasi BERSIH itu sahaja telah bertentangan dengan seruan dan firman Allah s.w.t. Lebih memburukkan keadaan penganjur BERSIH telah menjemput wartawan-wartawan asing demi memutar belitkan fakta serta memburuk-burukkan dan mengaibkan kerajaan.
Sedarlah wahai juak-juak PAS bahawa kalian telah menentang seruan dan firman Allah s.w.t.
10... Bukan sahaja perbuatan bersekongkol dengan Demonstrasi Jalanan BERSIH itu bertentangan dengan firman ALLAH, tetapi ia juga menentang apa yang telah diseru oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]
Jika kita rujuk dari fakta 1 sehingga fakta ke 10 sudah jelas lagi bersuluh bahawa Haji Hadi dengan sengaja memutar belitkan fakta dan menyembunyikan kebenaran.
68 comments:
terima kasih gap
Jawab hj adi, jangan tak jawab
boleh juga lembu-lembu pas tolong jawabkan...
Nice piece... terima kasih GAP.
Good Job, well done
Tak habis melayu tipu melayu.Cina dan Keling jugak pandai.....moga moga jauhkan bala dari Allah....
org PAS takkan fahamnya kalau sekadar tulisan bukan lukisan kartun...
Kene suruh karpal singh jawab baru sedap
Kalau hujah tersebut ditaip menggunakan komputer, maka ketahuilah bahawa ianya adalah bohong kerana komputer itu juga hanyalah BESI semata-mata.
Orang PAS memang suka menjual kalam ALLAH dengan harga yang murah. Ini lah akibatnya kalau fanatik sangat dengan politik. Kalam ALLAH diambil separuh-separuh dan dipesongkan. Kerana itu mereka sanggup menggelar orang umno kafir. sesungguhnys ALLAH itu maha adil. lihat dan nilailah sendiri apa yang berlaku pada PAS sekarang. tak perlu aku terangkan banyak-banyak kerana aku percaya anda booleh berfikir
haji hadi kena sekolah balik nih...
Alhamdulillah... Bagus GAP!
Terima kasih banyak2 pada insan yang email ko tuh. Kami rakyat Malaysia amat terhutang budi dengan ilmu yang dikongsi ini.
Juak2 pakatan haram dan langau2 berserban nak kata apa sekarang? Mari sini kami tengok kamu punya spin.
yang kurik itu kendi.. yang merah itu saga.. yang baik itu budi.. yang hebat tu AMBIGA.. otak bergeliga!..
Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mengirm email dan juga kepada GAP. Semoga Allah SWT akan membuka mata hati Hj Hadi dan penyokong2nya untuk menerima kebenaran.
Hujahan yang baik !
Bukan tujuan Haji Hadi nak memutar belitkan fakta dan menyembunyikan kebenaran tetapi dia sendiri tidak tahu.
Hukum dan fatwa PAS senang aja "HARAM UNTUK ORANG LAIN, TAPI HALAL UNTUK DIA DAN SEKUTUNYA"
Thank & bravo GAP.why this aji namoto.read alot but his brain still lot of...mud????who is muslim he or Umno?I think he learn from Brother Anuar bin Ibrahim(BABI)bentcock.
SALAM,
SAYA AMAT AMAT HARGAI ENTRI INI. SAYA NAK SANGAT MENDENGAR APA REAKSI HAJI HADI DAN PENYOKONG2NYA TERHADAP KANDUNGAN ENTRI INI. TKASIH GAP !
larangan Allah swt mengadakan demonstrasi dari al-quran surah al-a'raf ayat 86 :-
dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakut-nakuti dan menghalan-halangi orang yang beriman dari jalan Allah,dan menginginkan jalan itu menjadi bengkok.dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakkan.
Salam semua:
Saya mempunyai seorang murid sekolah berbangsa cina. Keluarga mereka memang tergolong orang yang kuat beribadah mengikut ajaran2 agamanya. Pun begitu keluarganya mengamalkan amalan bermuhibah dan bertoleransi sesama penganut2 agama lain terutamanya agama Islam.
keluarga ini menggalakan anak2nya mempelajari ilmu pendidikan Islam untuk peperiksaan SPM mereka. Anak ini (beliau) tergolong dalam kalangan pelajar pintar. Beliau mendapat gred A (A-,A atau A) ke atas semua matapelajaran ketika di tingkatan 4 dan sebahagian matapelajaran tingkatan lima nya.
Baru2 ini beliau menemui saya atas beberapa kekeliruanya mengenai amalan agama Islam. antaranya ialah:
1) Dr. Asri dan beberapa ulama lain telah berbalah mengenai sesuatu hukum. Di dalam perbalahan tersebut Dr. Asri telah merendah2kan ulama2 yang lain sebagai dangkal tentang pengertian haditz Rasulullah s.a.w. Ini memperlihatkan (menurutnya) bahawa amalan agama Islam mengalakan umatnya untuk menunjuk2 siapa yang lebih islamik.
2) Di negara2 timur tengah tempat dimana agama Islam mula awal di turunkan umatnya pada masa itu adalah berkabilah kabilah dan sentiasa berperangan untuk kepentingan puak2 mereka sahaja. Agama Islam (menurut beliau) diturunkan di atas muka bumi timur tengah adalah untuk memperdamaikan mereka supayahidup dengan rukun sesuai dengan apa yang di firman oleh Allah bahawa manusia di turunkan di bumi adalah sebagai Khalifah Allah. Apa yang mengelirukan beliau ialah pada hakikatnya sehingga hari ini bukan sahaja di negara2 timur tengah tetapi di negara2 dimana ada umat islam di situlah ada perpecahan. Iraq, Mesir, Afghanistan, pakistan, libya dsb termasuklah juga negaranya Malaysia. Oleh yang demekian menurutnya agama islam gagal mencapai objektifnya dan seolah2 sebagai agama yang menghalalkan perpecahan.
3) Negara2 islam walaupun mempunyai kekayaan seperti minyak dan lain2 tetapi negara2 ini masih mundur dan di se2 tengah negara amat mundur sekali..pada pendapat beliau ialah sebenarnya umat islam tidak pandai mengurus sumber yang telah tersedia di hadapan mereka. Pemimpin2 mereka tamak untuk berkuasa. Oleh kerana negara di timur tengah adalah ber kabilah2 dan kabilah2 ini sebenarnya ingin berkuasa. Oleh yang demekian kerajaan yang ada sekarang sibuk dengan usaha2 untuk mempertahankan kekuasanya dari diasak oleh kabilah2 lain. Kabilah2 lain ini walaupun mereka mempunyai segalanya dari segi ekonomi dan keselamatan dan sebagainya tetapi mereka tetap tidak bersyukur selagi tidak mempunyai kuasa pemerentahan. Oleh itu kerajaan yang ada pada masa kini sibuk dengan hal2 sebegini sehingga mereka gagal untuk mengurus sumber negara mereka dengan berkesan.
Saya telah memberi kaunseling kepada pelajar ini tetapi beliau keluar dari bilik saya dengan wajah yang masih bercelaru kerana apa yang nyata amat bertentangan dengan ilmu yang beliau pelajari.
Kesian kita ia....
TQ GAPS:Tahniah
to PAS
Memang BABI Hj Adi ni masih tak serik pasal peristiwa Memali lagi...perangai ulamak sial macamni tak pernah berubah...ulamak palsu...Pada orang PAS sila jawab si ulamak tegur ulamak sialan ni
Mantappppp dan penjelasan yang sangat bagus. Tahniah
Thkas GAP dan Saudara/i yang hantar email. Aku yakin bahawa didunia akhir ini ugama islam menjadi bahan dagangan oleh " Ular-Mak " spt Hadi,Nik Ajis dan beberapa Ular-mak dalm PAS.
Saya syorkan artikel ini di siarkan di akhbar-akhbar arus perdana termasuk Harakah.Biar tercabut serban Hj hadi,cari apa apa fakta palsu yg blh di gunakan untuk memutarbelit sejarah dan fakta sebenar.
LEBIH ELOK KALAU GAP FORWARDKAN JAWAPAN INI KE AKHBAR2 UTAMA KERANA BUKAN SEMUA GOLONGAN YG MENGGUNAKAN INTERNET..BAGI MEREKA YG SELALOO DI MOMOK KAN DGN HUJAH2 GENG PAKATAN ATAU USTAZ2 PAKATAN BAGI SAYA INI LAH JAWAPAN YG PALING TEPAT UNTUK KITA TUJUKAN KEPADA GENG2 PAKATAN HARAM TERSEBUT...
hifl al fudul adalah perhimpunan kabilah-kabilah arab yang bersengketa dengan menadah air dari pancuran emas di kaabah beramai-ramai dengan disaksikan oleh nabi muhammad saw...
tidak ada unsur-unsur demonstrasi ...tidak ada terjerit-jerit,tolak menolak,dan tuntutan melalui syarahan,tidak ada maki-memaki...
kalau ini diambil sebagai demonstrasi maka sial lah hadi todi...ini adalah perhimpunan bukan demonstrasi...
PAS for ALL .. Peneraju masa depan MALAYSIA.. Takbir!!!
maksudnya, sebelum nabi s.a.w. terima wahyu dah ada muslimin?
gap...boleh tanyakan pandangan ustaz fathil bari tentang hil al fudul
muslim dah ada zaman nabi adam...nabi ibrahim...dan nabi-nabi lain...
Bro,
Penulis artikel ni baru tubuhkan blog
Minta tolong link kat blog bro
Pewaris Wasiat
http://pewaris-wasiat.blogspot.com/2011/07/pendedahan-putar-belit-dan.html
"Udah nyata lagikan sahih..udah terang lagikan bersuluh".
mmng x salah para2 cendiakawan Islam/pemikir2 Islam...menyatakan PAS udah terkeluar jauh dari landasan Islam Sebenar...
Banyak mereka-reka mengada2kan benda yg xde...Bida'ah sungguh "PAS"
Ana sokong pada siapa2 yg mengatakan PAS >>> Bermazhab """Ahlul Fitnah Wal Jamaah"""
nauzubillah min zalik
apakah hukumnya orang Islam yang memutar belitkan fakta?? Kita perlu ingat Kerajaan Malaysia sekarang ni adalah kerajaan ISlam...Kita lihat dari dahulu sampai sekarang berapa ramai tokoh2 agama dan para ulama yang telah lahir di bawah kerajaan sekarang...selain itu, terdapat juga golongan profesional Islam yang ramai. Oleh itu, marilah kita bersatu padu di bawah kerajaan Malaysia yang telah dipilih oleh Majoriti Rakyat...Marilah sama2 kita tentang demonstrator2 ini...yang diketuai oleh orang kafir...
Syabas dan tahniah kpd GAP. Inilah yang sebenarnya. Dah lali dgn fatwa dan amanat dari PAS iaitu MATLAMAT MENGHALALKAN CARA .. PUAK INI pun sanngup Sudah Meludah Dijilat Balik .. Geli betul perangai PAS ini Dan kadangkala lebih kotor dan hina daripada liwat dan zina SI ANWAR>
islam hadi ni islam israel..dia membunuh tp dimasa yg sama cuba menegakk kebenaran..org mcm ni patut tuhan turun bala ker...nak sgt tgk nik aziz sakit tenat nazak nak mati
kah kah kah said... tv 9 tadi Mat Rempit diberi pesan bawak motor elok2.. begitu jugak MAT SABU BAWA MOTOR ELOK2
orang yg sombong dan bongkak mcm hadi jer yg sanggup merendah2kan ilmu org lain .... walaupun setinggi gunung ilmu yg di kaut kalau hati tiada taufik hidayah kelam juga akhlaknya ..ambil lah pelajaran jalan cerita dari seorang Nabi bernama Khidir mengajar seorang Nabi dan Rasul bernama Musa ....mudahan kita digolong antara orang yang dikasihaniNya...
nice info. :)
mmg sejak akhir2 ni apa2 sahaja penerangan pas berkaitan kesalahan yg dilakukan mengikut undang2 amat meragukan... lebih2 lg berkaitan sirah nabi.. maklumlah ramai muslim yg tidak berapa fasih berkenaan sirah ni.. sy selalu meneliti dan mencari mana dtgnya hujah2 pas.. syukur ada yg sudi share.. makin kelaut perjuangan pas ni... nauzubillah...
sanggup menipu umat islam demi ambiga
Dah tahu siapa musuh kamu?
Jadi perangilah mereka habis - habisan, dan selamatkan la mereka yang masih mampu diselamatkan.
Hancur PAS, Selamat ISLAM.
THE BEST..............
udah akhir zaman. nk harapkan ulamakpun, yg mana berkenan cerita. yg mana rugikan 'mileage', sorok. makin lama makin sesat, jauh dari landasan. ada peluang lg ke pas nak dipulihkan? kalau dpt kuasa, apa akan jadi?
Jom kita lemparkan persoalan ini kepada Dato Ustaz Harun Din? Tgk diam bebenor ustaz Harun ni, apa kecil hati ke dgn PAS akhir ahkir zaman ni, perangai pemimpin "moden" PAS yg dah hanyut dek Anwar Ambiga Azmin Ajijah (4A)?
Elok posting dlm UM kat Awang Selamat syok gak hari minggu layan UM mcm mcm ada ahahahahahah
Bagi aku, Hadi Awang Adalah KAFIR, dan lebih laknat drp kafir lain. Aku haramkan bersentuh kulit dengan HadiAwang Kafir Laknat ini kecuali dia BERTAUBAT
HAJI "HADI" SUDAH BOLEH MURTAD DAN TUKAR NAMA JADI "HADDIQ".
NO HAL AL-JUBURI WAL AL-CHINA DOLLI AKAN MEMBERI SOKONGAN.
Outsider.
APAPUN, AKU TETAP SOKONG HADI... DIA SOKONG MELIWAT. DIA SOKONG MAIN PELACOR AMOI, DIA SOKONG ORG MAKAN BABI, DIA SOKONG ORG KAKI MABUK. DIA SOKONG ORG MAIN BINI ORG, DIA SOKONG ORG BOHONG, DIA SOKONG ISTERI YANG BOHONG UTK DUAMI. DIA SOKONG BELASAH HARTA RAKYAT CURI PASIR KERAJAAN, DIA SOKONG ORG SEMBAH TOKONG. DIA SOKONG ORG SEMBAH MAYAT DGN LILIN... PALING AKU SUKA, HADI SOKONG KAUM2 YANG MENYEMBAH JESUS DAN HANTU2.... AKU SOKONG HADI....
Suatu ketika dulu Kami Pelajar2 Bahasa Arab di UIA M'sia menonton TV Al-Jazeerah >> Hj.Hadi ditemuramah oleh pemberita Arab "Soal Jawab mengenai perkembangn politik di M'sia" dlm bahasa Arab...siaran itu adalah dlm masa satu( 1 )jam...tapi malangNya...Penerbit siaran terpaksa memendekkan 20 minit sahaja>>di memandangkan Bahasa Arab Hj.Hadi berterabur>> Mutu bahasaNya amat rendah..kami bersama Dekan kami tersenyum/tergelak2..aku rasa amat malu menontonNya...aku terfikir pulak...kalau2 Tn.Guru N.ajis di temuramah...lagilah teruk kott..sebab sebutan "Islam" pon X betul jadi "Isle"...Inikah yg dikatakan pemimpin2 Islam..????
tahniah! hujah yang mantap dan bernas... terima kasih kerana menyebarkan ilmu.. semoga pahalanya berpanjangan..
saya sokong pendapat pelajar UIA.. sebenarnya pada waktu itu orang kemaruk dengan isu anwar.. dan astora jabat antara orang awal yg komen bahasa arab haji hadi.. tapi pada waktu itu tiada siapa yang menyokongnya kerana taksub dgn pas n percaya dengan anwar.. saya juga pelajar seperti anda tetapi saya berada di upm dan setia di belakang dengan dr. mahathir walau majoriti menbenci tindakannya waktu itu..
Bila penduduk Seksyen 23 buat demonstrasi kepala lembu pemimpin PAS marah konon hina agama Hindu. Beberapa pemimpin PAS buat lapuran polis simpati kepada penganut Hindu. Akhbar Harakah siar gambar kepala lembu tuduh UMNO jadi dalangnya. Mereka bersimpati kepada penganut Hindu. Kenapa pengunjung kuil Seksyen 19 datang dari kawasan lain ganggu ketenteraman penduduk Islam pembangkang diam?. Kuil sudah diarah oleh BN pindah ke Seksyen 22 pada Dis 2007 tetapi dibatalkan oleh PR pada April 2008. Selepas itu gangguan menjadi2, bergendang hingga tengah malam, buat perarakan bawa patung depan rumah penduduk Islam, majlis penduduk diganggu bising lagu Hindu. Penduduk tegur diugut bunuh, panggil polis mereka jerit Melayu bodoh, rumah penduduk diconteng besar angka gengster 303, pemuda Hindu bising dan mabuk. Ada usaha besarkan lagi kuil itu. Aduan dibuat kpd wakil rakyat tiada tindakan serius. Jan 2009 penduduk ngadu NGO Islam tetapi Khalid Samad tuduh gerombolan UMNO datang buat provokasi kpd Kuil Hindu. Beberapa artikel Khalid Samad pd 10/1/2009, 12/01/2009, 18/8/2009, 19/8/2008 dan 30/8/2009 menyalahkan NGO, UMNO dan penduduk Islam Seksyen 19. Tidak ada langsung komen mengenai gangguan kuil Hindu kecuali masalah parkir kereta saja. Selepas campur tangan NGO kuil diarah pindah ke Sek 23. Penduduk Sek 23 bantah kerana tahu masalah di Sek 19 tetapi bantahan tidak dipedulikan. Mereka bawa kepala lembu sebagai tanda protes. Kecuh satu dunia salahkan UMNO. Kenapa pembangkang tidak salahkan Hindu Kuil Seksyen 19 yang buat provokasi kpd penduduk Islam. Pada Okt 2010 sebuah film dokumentari di tayang di Menara PKNS PJ bertajuk Tauke Mancis dan Minyak Tumpah. Filem itu ditaja kedutaan asing menujukkan betapa ekstrimnya penduduk Islam 23 bantah kuil Hindu. YB Adun dlm ucapannya menyalahkan UMNO dlm isu kepala lembu. Dalam filem itu Khalid Samad buat komen mereka yang berdemo sebagai tidak bertamadun. Beliau menyalahkan UMNO dalam isu kuil Sek 19 dan Sek 23. Kenapa tidak rasa bersalah memalukan bangsa sendiri. Kenapa pihak yang menceroboh tanah milik PKNS dan gangu ketenteraman awam di Sek 19 yang dibela? Ini kah sikap pemimpin BERSIH? Berbohong dan sering menyalahkan pihak lain.
Anon 9:47pm
"Dalam filem itu Khalid Samad buat komen mereka yang berdemo sebagai tidak bertamadun."
Ada juga demo yang tak halal kalau mengikut Kalid Gereja ni yek. Asal mana yang tak pihak pada dia, haram saja. Meluat aku dengan perangai parti hijau ni lah.
Aku dah tak mau panggil parti tu dengan nama dia. Buat malu Islam saja.
betul punya power jawapan GAP..sebenarnya ramai yang tau hj hadi cuma cari alasan nak halalkan sokongan pada ambiga selepas ramai yang pertikaikan sokongan pada penentang Islam ni..tapi tak jumpa alasan terpaksa la reka cipa alasan..hehe kesian hj hadi..kesian lagi segala pengikutnya yang macam lembu kena cucuk hidung..
Ulamak palsu mcm Hadi Awang atsu Nik Aziz mmg akan merendah2kan ulamak2 lain yg tak bersetuju ngan diorang mcm Dr. Uthman El Muhammady,Mufti Harussani dll....Pastu makin menjadilah diorang pasal pengikut taksub diorang sokong membuta tuli dan sanggup menghina ulamak2 yg tak sependapat ngan diorang....Sikap bangga diri ini sgt menebal dari Tok Guru sampailah ke pengikut2nya sekali...
Sudah jatuh WAJIB umat Islam menolak PAS. Dan sudah jatuh WAJIB berjuang untuk menghenyakkan PAS ke lembah yg paling hina.
Memecahbelahkan umat Islam, budaya kafir mengkafir berasal dari kempen PAS.
Rumah Allah menjadi platform utk mencarut, memfitnah, memaki hamun.
Paling aku tak boleh terima nama Allah disyirikkan kepada triniti kristian, bible bahasa Melayu, murtad bukan shaja dibiarkan malah disokong penuh.
Ya Allah, kau berilah petunjuk pada mereka yg membutakan hati pada kebenaran yg nyata. Amin.
AMIN.
"Anwar ejen yahudi"
UMNO lagi bukan sekadar bersekongkol dengan kafir TETAPI penganut tegar akidah kafir IDEOLOGI SEKULAR ASSOBIYYAH yang ditolak Allah & Rasul SAW. UMNO menganut ajaran sesat ideologi sekular mazhab Kamal Attaturk- pisahkan Islam dengan urusan politik & kehidupan harian. Tapi melayu umno terasa dirinya saja yang amat Islam dek kerana ada "ilmuan agama" yang kaki bodek yang menghalalkan "kefasikan" mereka.
Wahai GAP & konco2 belaci berkarat UMNO! Aku menyeru supaya setiap hari balik kerja, selepas maghrib pergilah kau orang cari mana2 masjid/ surau/ majlis pengajian agama. Ambil masa untuk duduk mengaji, dengar dan fahami sejelas2nya tentang kandungan Islam & syariatnya yang luas itu semoga kita semua mendapat hidayah & membersih minda dan hati yang kotor selama itu. Aku pun masih jauh dengan Islam yang hakiki tetapi akan berusaha membahagi masa untuk mengaji agama keseluruhannya. Semoga Allah mengampuni dan meredhai kita semua. Amin.
Anon 12.28
Puki mak hang. Hang ni manusia yang Allah dah butakan mata hati dan selayaknya hang menjadi penganut pas forever.
'Daki' dunia yang tak akan dapat melihat baik buruk secara rasional.
GAP: statement budak tak sekolah macam ni pun hang release ka,
Kadang2 orang kafir menyamar jadi ISLAM...bertitle TOK GURU dan USTAZ tetapi sebenarnya penganut YAHUDI dan KRISTIAn..! AWAS! AWAS! AWAS!.. orang2 ISLAM yg BERIMAN sebenar2nya dgn ALLAH SWT!..TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH. NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.. setakat Tok Guru nak memasukkan kita keneraka JAUHKANLAH!.. NASIBNYA MUNGKIN TERUK DARI KITA DISANA!.. Ingat semasa masih hidup, disana jgn menyesal!
Kesian pulak...bila baca comment PRO>PAS...ialah baru tgh belajor agama Islam...Ilmu Allah SWT lautan dekk...bersungguh2 lah belajar...semoga mendapat pentunjuk "Taufik dan Hidayah"...aku mohon PRO>GAP...marilah kita sama2 berdoa supaya mereka kembali ke jalan yg benar lagi dirodhi Allah SWT.
Amin
Anon 1:34am
"UMNO lagi bukan sekadar bersekongkol dengan kafir TETAPI penganut tegar akidah kafir IDEOLOGI SEKULAR ASSOBIYYAH yang ditolak Allah & Rasul SAW. UMNO menganut ajaran sesat ideologi sekular mazhab Kamal Attaturk- pisahkan Islam dengan urusan politik & kehidupan harian blablabla blablabla."
Hahahah. Kesian pulak kau dengan sekor ni. Ehem. Yang kata "Allah" tu orang kafir boleh pakai UMNO ke? Yang tiba-tiba lepas 30 tahun buat kebinasaan antara sesama saudara Islam di Malaysia kata tak de negara Islam dalam kitab tu, UMNO ke? Yang salam peluk cium dengan kafir yang pernah kata "Negara Islam over my dead body" tu, UMNO ke?
UMNO tu tak de lah sempurna. Dan memang kita yang bukan ahli mana-mana parti ni pun tak pernah hukum dia sempurna. Tapi keadaan sekarang ni, baiklah UMNO yang "assobiyah" tu daripada PAS yang entah benda jenis Islam nya tu.
Aku setuju dengan artikel GAP. Puok2 demo nih dah teruk sangat dah. Pemikire ke laut. Bukti dah nyata di depan mata tapi masih nak nafikan. Dari segi psikologi, mereka nie just selective hearing. Cume nak dengar ape yang mereka nak dengar dan gambarkan sahaja. Mereka nie dalam kategori TAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH....KUFUR DENGAN NIKMAT ALLAH... ......lalalala bak lirik lagi kapila..."Demo la nie....x supoooo mulooooo"...kekeke.
anon 12:28am.
serabut sangat ilmu pengetahuan dunia politik awk. siapalah yg assobiyah sekular ni? awk tuduh umno sekular mazhab kamal attaturk? pisahkan politik dgn agama?
awk kena belajar lg dik oi. zaman nabi dulu ada politik ke? ada demokrasi ke? ada pilihanraya ke? kenapa dunia kini mengamalkan politik? kenapa ulamak2 pas lebih taksub dgn politik & demokrasi? melebih2kan demokrasi sedangkan tiada sepatahpun perkataan demokrasi dlm al_Quran? korek & kaji dlm2 sebelum melontarkan tuduhan & fitnah yg tidak berfakta. x perlulah berbangga sgt anda kaki masjid. org yg sokong umnopun pergi masjid solat berjemaah jugak.
Aku dah ckp bro yg geng2 PAS ni memang geng2 yg amat bangga diri....Baru berjemaah dan dgr ceramah kat masjid dah rasa besar....Hanya salah org lain saja yg dia nampak, diri sendiri dianggap hebat hasil dari tarbiyyah ulamak 'pseudo' mereka....Pigidaahhh....
TQ pada bro yg mengulas dan memutihkan kembali kepalsuan hamPas...
Tapi satu masalah ialah bagaimana kita nak menyedarkan penyokong2 hamPas yg pemimpin2 mrk bukan Nabi....malah mrk lah yg terus 'melacurkan' Islam demi kepentingan periuk nasi mrk...
Umno...ada bran?
Ramai yg nak dengar apa kata hadi tentang entri ni....
Bagi aku, hadi ini dah hitam hatinya....mana tak nya...pernah anda dengar dia minta maaf dari jutaan rakyat negara ini yg beragama Islam yg pernah dikafirkannya...lanjutan dari itu ramai yg bercerai-berai disebabkan perbezaan parti, ramai yg berpecah belah atas isu berimamkan umno, ramai yg dipulaukan bila sakit / mati akibat menyokong umno...dan macam2 lagi...
Aku tak pasti samada dia menyesal akan ketelanjutan mulutnya...tapi dari ego luarannya...dia nampaknya masih belum bersedia menghadap Ilahi.
manusia babi yang bertopengkan ulamak babi nii jugak di memali ni menyebabkan mat libya mati katak...
Syabas pada tuan yang mengirimkan kebenaran
yang BATHIL tidak dapat melawan yang HAQ.
jiwa munafik yg keras lagi subur dikalangan umat PAS ini tidak mampu lagi kita tarbiah..
berserah pada Allah SWT jua apalah tindakan-NYA untuk hamba-hamba yang sesat spt HADI ini..
Inilah yang dikatakan PERTOLONGAN ALLAH PADA KAUM YANG BENAR...
kita tidak pelru susah payah untuk melawan kaum MUNAFIK PAS spt HADI
Kebenaran Allah SWT akan sampaikan melalui hamba-hambaNYA melalui ilmu dan gerak hati yang akan memusnahkan KEJAHATAN PAS ini.
Tidak semena2 ilmu ini disebarkan dengan IZIN ALLAH SWT..yang MAHA BERKUASA untuk MELAWAK PUAK MUNAFIK PELINGKUP AGAMA ini..
Allah datangkan kita pertolongan dari kalangan org yang berilmu, wpun kaum UMNO masih jauh dan dianggap jahil dari sudut penghujahan Islam, kerana mereka masih bersuka ria dengan HIBORAN-ARTIS2, tidak berminat untuk mendalami kitab2 (sama seperti PAS yg tidak minat berkitab-mereka minat ceramah politik) UMNO juga masih tidak betul2 mahu kenal Islam, itupun hanya di kala PAS kini begitu sesat dan jahat.
Oleh itu, ini pengajaran yang jelas buat kita org Melayu Islam. UMNO pun masih lemah, Islam tak lengkap. PAS pula sudah jauh sesat, meroyan entah ape2.. skrg ni kita hanya mampu bawa diri mencari ulamak2 yang benar..
dan jika kedua2 PAS atau UMNO ini tidak mahu berubah, percayalah..ALLAH AKAN HANCURKAN KEDUA-DUA PARTI ini!
fikirkan2..
Post a Comment