Saturday, October 22, 2011

HIMPUN !

24 comments:

Anonymous said...

BIAR MATI BERBANTALKAN LENGAN PENGKHIANAT MESTI DITENTANG!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Anonymous said...

.


Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .



.

fulisiakantora said...

Assalamualaikum, aku memilih utk SETUJU!!!

Anonymous said...

saya agak himpunan tak jadi,ada lah geng2 yg suruh polis selangor batalkan,jadi nampakla mcm pihak berkuasa yg suruh batalkan.solat takjaga,undang2 guna undang2 british tak mau hudud sibuk pasal murtad.isteri menteri2 tak tutup aurat sibuk2 pasal murtad,rasuah sana sni cerita pasal mutad.hukum ALLAH dilanggar tak kearah mutad juga ke.jenayah guna undang2 kristian sibuk2 pasal murtad.

fulisiakantora said...

Assalamualaikum sahabat, kau berzina kau muslim tak??? kau rasuah kau muslim tak??? kau tak tutup aurat kau muslim tak??? kau minum arak kau muslim tak??? kau makan riba' kau muslim tak??? kau mencuri kau muslim tak??? Semua jawapan diatas...YA kau masih lagi MUSLIM!! Tapi kalau kau murtad??? apa hukumannya??? Besar dia punya impak tu kawan. Ya aku akui permasalahan murtad ni secara tak langsung berpunca dari kita sendiri, semua sekali...pemimpin2, ibubapa, sahabat handai, persekitaran. Di perhimpunan HIMPUN ni lah kita nak perbetulkan apa yg tak betul. Nasihat kpd pemimpin, teguran kpd ibubapa, peringatan kpd masyarakat & amaran kpd pihak kafirun, ini matlamat sebenarnya. Mgkn kawan2 rasa himpun2 ni remeh sbb bukan anak kawan2 yg murtad. Aduhai... kita buanglah sekejap perasaan taksub kepartian yg tak membawa ke syurga ni. Kita berhimpun atas dasar iman, bukannya nak tunjuk belang tapi nak ingat mengingatkan.

Anonymous said...

Semua berpunca dari PAS.

Anonymous said...

PAS ape kisah pasal murtad ni pun. Dulu kisah la... sekarang ni hanya kesahkan undi dari Cina je....

Sebab tu la agama Islam pun diorg tak kesah boleh jual dengan harga yang murah demi undi. Kalau PKR tolak ketepi la... ketua parti pun amalkan Islam liberal. Anggap semua agama adalah sama, depan belakang pun taruh sama rata je.....

Anonymous said...

Alhamdulillah, HIMPUN sudah hampir. Satu gabungan phenomenal dan bersejarah antara pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam di Malaysia bagi menyatakan kesatuan dalam isu mempertahankan aqidah Islam dan menentang gerakan-gerakan memurtadkan umat Islam.

PEMBINA telah menyatakan komitmen semenjak mesyuarat pertama sekretariat penganjuran bagi menjayakan HIMPUN, dan telah bertungkus lumus di semua peringkat bagi mempromosi, mempropaganda dan menarik penyertaan belia dan mahasiswa ke HIMPUN. Bahkan PEMBINA terpaksa menangguhkan satu karnival kekeluargaan yang asalnya dirancangkan pada hari HIMPUN, bagi memberi laluan dan memastikan aktivis PEMBINA menumpu kepada HIMPUN.

Dalam sekretariat HIMPUN, PEMBINA telah diamanahkan satu tugasan besar untuk meneraju unit belia dan mahasiswa. Sepanjang kempen HIMPUN, PEMBINA telah bersama NGO-NGO belia lain seperti GAMIS, GPMS dan wakil-wakil MPP dari IPT seluruh Malaysia bermesyuarat, merancang, mengeluar kenyataan rasmi bersama, dan bergerak mempromosikan HIMPUN dari peringkat nasional ke negeri ke daerah hingga ke IPT. Usaha dari PEMBINA termasuk menyelenggara promosi HIMPUN di internet, mengedar risalah-risalah, menyusun pertemuan antara persatuan-persatuan belia dan siswa serta bertemu dengan pihak-pihak pentadbiran IPT.

Alhamdulillah, PEMBINA sendiri telah berjaya mempersiap dan mengisi lebih 90 biji bas dari seluruh Malaysia untuk mara ke HIMPUN. Kita percaya apabila digabungkan dengan rombongan NGO-NGO lain, sudah tentu akan menggegarkan Stadium Shah Alam.

PEMBINA akan turun dengan slogan-slogan dan warna-warna PEMBINA bagi bersatu dengan pelbagai NGO lain untuk menunjukkan kesepakatan gerakan-gerakan Islam di Malaysia yang bersatu memperjuangkan kesucian Islam dan menentang segala usaha meruntuhkan aqidah umat.

Sepanjang kempen HIMPUN, kita telah menyaksikan berbagai cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi, dari kesusahan-kesusahan menyusun gerak kerja kepada pandangan curiga sesetengah pihak. Tidak kurang hebat adalah kritikan-kritikan tentang keperluan dan awlawiyatmenganjurkan HIMPUN serta kesyar’ian penganjurannya. Ada yg menuduh HIMPUN sekadar membuang masa lalu tidak menggalakkan golongan belia untuk turun. Pada kami, dan kami serukan kepada para belia, inilah usaha kita menggemakan suara kerisauan dan kemarahan terhadap gerakan-gerakan mengancam aqidah Islam. Di sini saya ungkapkan kata-kata Abu Ammar Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, tokoh Ikhwanul Muslimin dari Iraq: “Setiap Muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa kebaikan di dalam proses ‘penyelamatan’ ini berdasarkan kemampuannya. Tiada makna kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat kenikmatan di dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha untuk memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya.”

Anonymous said...

sambungan……

Antara cabaran besar lain seperti kritikan dari beberapa pihak seperti ahli-ahli politik bahawa isu murtad dan kristianisasi bukanlah ancaman utama kepada umat Islam, bahkan angka-angka murtad sebenar lebih kecil dari 250,000 yang digembar-gemburkan. Sepatutnya, satu kes murtad pun sudah patut menggentarkan hati beriman yang sensitif dan sayangkan saudaranya. Apatah lagi dengan pendedahan-pendedahan berterusan bahawa gerakan memurtadkan umat Islam ini berjalan secara ligat dan mempunyai modus operandi yang tersusun. Oleh itu, kerisauan kita adalah sesuatu yang wajar dan patut diberi perhatian oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Antara tuduhan yang paling ridiculous adalah bahawa HIMPUN ini didalangi parti-parti politik tertentu untuk mendapatkan political mileage atau untuk menjatuhkan parti lawannya. Kami katakan kepada penuduh itu, HIMPUN ini adalah anjuran tangan-tangan kami yang lemah ini, hasil titik peluh dan sengkangan mata kami rakyat marhaen ini, dan ditaja oleh duit poket kami yang tak seberapa ini, tapi kami laburkan agar menjadi saham kami di akhirat.
Maka, kepada golongan-golongan skeptik, lapangkanlah dada anda, hentikanlah prasangka, mari kita sama-sama keluar dari kemelut umat yang membelenggu kita dan kita melangkah seiringan untuk menegakkan agama Islam tercinta. Apalah erti kita bersengketa sambil melebarkan senyuman golongan penentang Islam. Usah terpengaruh dengan pemikiran politik sempit yang cuba memecahbelahkan kita. Kita ketepikan itu semua dan bersatu demi mempertahankan kesucian aqidah kita.


Akhir kata, kepada semua belia Islam, ayuhlah turun ke Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini, meramaikan dan menguatkan lagi gema HIMPUN. Kita buktikan bahawa generasi muda amat prihatin kepada aqidah Islam dan masa depan agama ini di tanah air kita.

Khusus kepada ahli-ahli dan aktivis PEMBINA, saya berpesan agar kalian ikhlaskan niat, sempurnakan ikhtiar dan bertawakkal kepada Allah agar HIMPUN yang telah kita sama-sama usahakan ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat penganjurannya.

Semoga segala amal kita semua diterima Allah SWT. Selamatkan aqidah umat!
Akhukum fillah,

Aizuddin Khalid
Naib Presiden I
PEMBINA

Anonymous said...

Dibawah ni petikan kata2 dari seseorg yang mgkn anon 4:31 am hukumkan tak solat tak jaga, guna undang2 British, tak mau hudud, rasuah sana sini... nak tau sape??? Baca la sendiri:-


Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok di Stadium Shah Alam. Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam.

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

Hassan Ali berkata demikian dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor di sini hari ini.

Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memberi kelepasan kepada mana-mana penjawat kerajaan Selangor yang mahu menyertai perhimpunan atas dasar individu.

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN.

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.

Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah.

Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut mengalukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar.

"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya.

Anonymous said...

PAPTI turut ke Stadium Shah Alam

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Stadium Shah Alam esok.

Sehubungan itu, Presidennya, Dr. Shamsul Bahar Abdul Kadir menggesa ahli-ahli persatuan itu agar menyertai perhimpunan tersebut kerana ia penting bagi membuktikan keutuhan dan kekuatan umat Islam di negara ini masih menebal.

"Kami percaya Himpun dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada semua pihak baik kawan mahupun lawan, termasuk mereka di luar negara agar tidak memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

''Islam adalah agama negara ini, biarlah umat Islam menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia tanpa campur tangan pihak luar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PAPTI merupakan persatuan yang menghimpunkan rakyat Malaysia yang pernah mendapat pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi di Indonesia.

-----------------------------------

Alhamdulillah, bertambah lagi NGO yang akan turut dalam HIMPUN hari ni. Hanya parti yang kononnya mewakili Islam di Malaysia ni je buang perjuangan dek kerana takut kehilangan undi Cina Kristian.... Kesiannnn

Anonymous said...

Puaka PAS dan Lelaki 'Y' memang haram jadah pun.

GERAKAN MELAYU BERDAULAT- said...

Saudara saudara semua.....

Mana perginya rasa kasih sayang sesama kita...

Mana perginya kasih sayang terhadap agama...

Bila gejala murtad INI di golongkan sebagai HANYA ISU POLITIK semata mata...

Sedangkan isu ini adalah berkaitan dengan AKIDAH KITA... SYAHADAT KITA... KESUCIAN AGAMA KITA... MARUAH KITA SEBAGAI UMAT ISLAM...

Sudah butakah akal fikiran hingga tak tahu membezakan antara ISU POLITIK dgn ISU AGAMA...

Sanggupkah kita lihat KESUCIAN AGAMA KITA di injak injak oleh tgn2kafir laknatullah...

Yg sanggup menggigit bagai ANJING selepas kita melepaskan dirinya DARI TERSEPIT...

LALU kita bagai kerasukan selepas digit oleh sang anjing gila yg melepaskan VIRUS ANJING GILANYA..

Hingga KITA sendiri tak mengenal antara DOSA DAN PAHALA.... POLITIK DAN AGAMA....

PALING MALANG..., KITA BERKELAHI SESAMA KITA..., KITA MENGEJI SESAMA KITA... KITA MENUDUH SESAMA KITA....


HMMM...



MALANG... MALANG SUNGGUH MALANG...




NASIB PAK KADUK....
MENANG nya SORAK, KAMPUNGNYA TERGADAI...

BAGAI SI JANTAN..,
KOKOKNYA BERDEDAI DEDAI.. EKOR BEGELUMANG TAHI....

LALU YG DIKEJAR PUN TAK DAPAT..
YG DIKENDONG LANTAS BERCICIRAN..

KERANA KITA HANYA MELIHAT KUMAN YG DISEBERANG LAUT..
TAPI GAJAH YG DI DEPAN MATA KITA TAK ......

NAMPAK..................

INI BUKAN ISU PAS - Walaupun pencetusnya dari DR HASAN ALI DAN JAIS..

INI BUKAN ISU UMNO - hanya DIJADIKAN KAMBING HITAM OLEH sang politik yg telah BUTA....

DAN INI BUKAN....
ISU POLITIK.......

BUKAN...
ISU POLITIK...

DAN BUKAN....
ISU POLITIK...


INI ISU KITA SEMUA UMAT ISLAM....
UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA KITA... KESUCIAN AGAMA KITA.. MARUAH KITA SEBAGAI UMAT ISLAM..

SAYANGNYA AGAMA KITA...
SAYANGNYA SAUDARA KITA...
SAYANGNYA DIRI KITA...

JIKA perkara WAJIB ini tak kita pertahankan...

TAHUKAH KITA.... SEDARKAH KITA..

BAHAWA MEMPERTAHANKAN AGAMA ITU SESUATU YG WAJIB...?????

MAKA, SEDARLAH KITA BAHAWA KITA WAJIB MERPERTAHANKAN AGAMA KITA...

DAN.. PERHIMPUNAN INI ADALAH SALAH SATU DARI CARANYA....

BUANGKAN PRASANGKA SERTA SENGKETA.. AYUH KITA SAMA SAMA MENUNJUNJUNG KEDAULATAN DAN MARUAH AGAMA KITA...

MURTAD..
WAJIB...
KITA...
MATI...
KERANANYA...

- LAILA HAILLALLAH -
- MUHAMMADAR RASULLAH -

- GERAKAN MELAYU BERDAULAT-

Anonymous said...

fuhhh caya bebbb.....nak menitik air mata aku tengok video ni...

insyaAllah aku dtg.....

from
Seremban 2 with love

Anonymous said...

buang je nama islam pada parti PAS. letak parti kapir semsia.

Anonymous said...

Dari Utara...
Kita berhimpun atas dasar mempertahankan agama Allah... semoga kita mendapat petunjuk dan perlindungan dari NYA...

AGAMA ISLAM untuk semua umat manusia di atas mukabumi ALLAH. AGAMA ISLAM diturunkan melalui NABI MUHAMMAD bukan untuk PAS ka, UMNO ka tapi untuk semua penduduk dunia ini.

ALLAH Maha Mengetahui KEJUJURAN kita dalam mempetahankan AgamaNYA atau bercakap untuk kepentingan golongan tertentu sahaja termasuk kepentingan peribadi..

Hidup ku dan mati ku kerana ALLAH tuhan yang memerintah sekelian alam

Anonymous said...

Aku bersyukur kerana manusia mampu bersatu atas landasan agama bukannya parti politik mahupon atas sebab piliharraya.

bukan mcm satu puak tu guna nama islam tapi buat demo tuk benda lain. siap bole buat2 mati plak

Anonymous said...

kami anak anak sabah menyokong himpunan ini, dari jauh kami doakan agar himpunan ini berjaya

Anonymous said...

PAS bole ikut mast sabu masuk hutan jadik komunis sebab itulah salah satu perjuangan PAS loh ni

satu lagi PAS bole tukar nama parti jangan guna nama islam kalau asik nak bela orang kafir yang murtadkan orang islam.

pi demo pilihanraya bole buat demo tuk islam tak bole plak

buat malu je guna nama islam pada nama parti tp tak nak bersama orang islam menyelamatkan akidah.

tula kalau politik didahulukan agama dikemudiankan

Anonymous said...

aku tak heran kalau PAS tak join himpunan ni....kan sikap dia kata dia je yang betul orang lain semua salah....dia je yang islam orang yg tak sokong parti dia kafir....dia je yang boel amsuk syurga orang tak sokong tak bole....


dah sesat ajaran puak2 ni

Anonymous said...

nk pegi Himpun ni, atas dasar apa? ...keimanan?... keinsafan?.... assobiyyah melayu? .. kerahan umno? ..upahan ubn? .... riya’?... takabur?...... atau........ ikut2an massa? .... betullkan niat............. atau... cari kaedah lain untuk hapus gejala riddah ni secara istiqamah.

Dot said...

orang ckp pasal HIMPUN ada lg yg korner pi ke hudud la apala. yg nak sangat hudud tu tp masih tak paham2 kenapa tidak boleh dilaksanakan mengikut pandangan ulama di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=k_TtsRaBk-c

sempurnakan akidah terlebih dulu... gerentika semua orang melayu Islam di kelantan tu paham apa dia akidah Islam? kalu bab akidah pun tak semua paham, jgn harap hudud Allah boleh dilaksanakan!

pakistan yg dah lama jalankan hukum hudud pun ramai wanitanya terasa dianiayai sbb memang teruk pun layanan wanita2 pakistan malah hak mrk dinafikan terus!!! baca di bawah ni:
http://www.jihadwatch.org/2011/07/pakistani-islamic-party-leader-a-woman-should-not-report-rape-unless-she-has-four-witnesses.html
dan ambo ambik sedikit komen2 pembacanya dari 130 Comments:
katharina | July 8, 2011 12:24 PM | Reply
This Pakistan country is evil throgh and through - many evil and savage men there, who treat women/girls and non-Muslims,e specially Christians, like animals! And yet, never a word of condemnation by most cunning Caliph Hussein Obama on such evil - but to send in more weapons!

Buraq | July 8, 2011 12:29 PM | Reply
.....under Hudud law, rape victims are required to produce four pious male witnesses.

And why the hell would four pious men just stand by and watch a woman being raped? Why don't they jump on the rapist and beat the sh*t out of him?

"Hey, Ahmed, Shahid and Mohammed, there's a woman over there being raped. What should we do?"
"Well, Reza, we'll just stand by and watch. We're four pious witnesses who can save her tattered reputation in court.
And anyway, she probably brought it on herself by walking around in a flimsy see-through burqa. Y'know what women are like."
boneshack | July 8, 2011 12:36 PM | Reply
All of this madness just because Aisha was accused of being a slut and ol' Mo saved the day by declaring: "Bring 4 witnesses."

Wow! 1380 years later, 1.2 bn people believe that rape is perfectly okay (without for pious male witnesses, that is.)

sblm jalankan hudud allah pastikan dulu adab. paling ringan JAGA TUTUR KATA

Anonymous said...

bila kerajaan kata tak mau huddud, bukan main marah, sejak zaman dulu lagi tolak UMNO kerana UMNO menentang Hudud. kononnya! tapi bila karpal singh kata tak mau Hudud, sengeh saja, ok la pulak, konon benggali tu tak faham. boleh pulak ampun maaf kat benggali tu. boleh pulak gugurkan perjuangan untuk Hudud, alasannya sama pulak dengan alasan kerajaan. yang penyokong pulak sampai sekarang dok menyalak salahkan UMNO kerana tolak Hudud. apa hal ni?

Anonymous said...

korang sebenarnya nak sokong islam ke, nak hentam pas.. dalam 2 3 menjak baru korang melalak.. dulu semasa kes murtad berleluasa dan dibentang oleh ahli parlimen pas di dewan rakyat, umno tak terima..

lani kan kenyataan oleh penganjur tidak menerima penyertaan parti politik, takut disalaherti dan salah tanggapan.. korang pun tak nak terima.. kalau ahli pas dan umno, dap, pkr nak datang, mmg xde masalah.. datang la tapi bukan penyertaan rasmi dari parti politik. bacalah habis dulu baru la boleh cakap. nanti orang kata kita ni kurang cerdik..

korang bile bincang pasal hudud, macam korang ni betul.. hukum allah ini bukan ciptaan manusia.. hikmahnya adalah pendidikan dan pedoman.. sebab hudud dan qisas itu ialah kehidupan.. hidup sebagai manusia yang bertaqwa..

bila korang melalak ni, apa korang nak sebenarnya.. selain berhimpun, memberi saranan, apa yang kita kena fikirkan ialah pendidikan dan penguatkuasaan.. pendidikan ini ialah agama dan sistemnya, penguatkuasaan ini adalah undang2 dan perlaksanaannya..

pengkianat sebenarnya adalah orang yang membenarkan gejala ini berleluasa dalam masa yang sama dia mempunyai kuasa..