Friday, December 30, 2011

PEMUTIHAN 6P KELAM KABUT :KELUHAN YANG PERLU PENAMBAHBAIKAN.

2 malam lepas buletin utama melaporkan akan kesesakan luar biasa di pejabat imigresen putrajaya.

semuanya kerana free. free dalam maksud pendaftaran sistem 6P yang dilakukan di pejabat imigresen putrajaya tiada dikenakan bayaran. 

sebaliknya pendaftaran melalui agen yang sebelum ini menjadi keutamaan pendaftaran sudah semakin tidak mendapat sambutan.

malam tadi aku lepak kat uptown damansara dengan kawan-kawan. sambil makan sotong goreng sempat jugak kami berborak dengan peniaga yang dikenali.

mereka mengeluh mengenai keadaan kelam kabut dalam mendaftarkan pekerja asing (pekerja mereka).

datang seawal pagi pun pun tidak memungkinkan pendaftaran mereka boleh selesai pada hari yang sama.

jika yang mereka yang berdekatan sekitar putrajaya pun mengeluh susah, bagaimana pulak yang majikannya datang dari kelantan dan trengganu.

keadaan ini telah menimbulkan keluhan. buang masa ,berhimpit dan tidak teratur.

tadi KSU kdn kata masih ada 1.2 juta lagi PATI belum mendaftar. imagine kalau 10% daripada jumlah itu datang menyerbu pejabat imigresen dalam 2-3 hari ni ?


tak ke sesak dibuatkan. 
hari tutup pendaftaran tinggal beberapa hari lagi.

sistem dan penyelarasan.  kenapa sungguh kelam kabut ?

kenapa hanya beberapa pejabat imigresen sahaja yang jalankan operasi.

kenapa tidak pada setiap negeri, kata peniaga yang aku jumpa semalam.

kami difahamkan sistem yang digunakan juga tidak di uji terlebih dahulu.

majikan menyerbu pejabat imigresen kerana pendaftaran percuma namun ianya tidak melepasi kehendak dan ekspstasi majikan. kalau dah datang beratus kilometer segala kos terpaksa ditanggung.

peralatan yang digunakan (NERS) jugak tidaklah secanggih yang didakwa. siapa yang promosikan peralatan NERS ini ?

jelaslah malam tadi keluhan majikan adalah luar biasa.

tolonglah buka pendaftaran PATI ini pada setiap negeri. janganlah create ketidakpuasan majikan pada isu yang tidak sepatutnya timbul.

16 comments:

Anonymous said...

biasalah orang Malaysia last minit.....

Anonymous said...

ni masalahnya kalau pikir pakai pala lutut. nak design application. apanama. ners.hehehe. database design, dah amik kira ke load balancing, concurrent users, down time. system architecture tu ada brapa tier, ada pakai component file tak, .ocx,.dll. webbase ke, atau client server. tu mesti KP putrajaya nak bgitau depa ada sistem canggih. convince menteri terus luluskan. tup2 beribu yg serbu. mula la KP panik. pikir pakai pala lutut mcm tu la jadiknya.

AKUMELAYU said...

bro..kan ada dalam paper..diaorg kerja 24 hours plus buka new outlet untuk pendaftaran nih..check dulu bro..

GAP KEMBALI said...

betul 24 jam, keperluan setiap pej imig di setiap negeri lakukan benda yang sama ditagih.

kesian yg dtg jauh bro.

sesejuk mata memandang said...

Minta laluan: sememang nya pendaftaran PATI telah dibuat dengan cantik sekali oleh KDN dan agensi yang berkaitan. malangnya tidak semua agensi bersatu hati dalam usaha memerangi dan melupuskan PATI kepada Pekerja Asing yang SAH mengikut undang-undang.

Contoh ketidakpuasan hati majikan tidak lain adalah sewaktu berurusan dengan JTK yang mempunyai kerenah birokrasi yang bersikap aku lah raja kuasa segalanya sehinggakan semua kuasa meluluskan JCS dulunya dikendalikan oleh cuma diperingkat Pejabat JTK Daerah tetapi kerana ingin kan kuasa serta tamak maka ditarik kuasa meluluskan JCS tersebut hingga Pengarah Unit Pekerja Asing di peringakat Ibu Pejabat sahaja yang boleh meluluskan nya sedangkan mereka sendiri tidak berupaya untuk memyuraikan masaalah perlambakan PATI. Juga ketidak kepercayaan terhadap Pengarah Negeri. Itu telah menunjukkan sikap tidak pandai bodoh KP JTK dalam soal mengendalikan pekerja bawahan nya

Agensi-agensi yang bersama-sama KDN juga gagal memahami tujuan dan matlamat kerajaan mengapa pemutihan perlu dilakukan .

KIta tidak perlu bercakap soal sistem canggih atau tidak atau siapa yang membekal sistem kerana majikan juga seharusnya juga bertanggungjawab untuk mendaftarkan PATI yang bekerja dengan mereka dalam tempoh 3 bulan sejak tamat sahaja proses peringkat 1 iaitu proses pendaftaran. Jika melihat dan mendengar cakap majikan memang lah mengambarkan mereka sahaja yang betul tetapi kenapa mereka tidak mengambil inisiatif segera mendaftarkan pekerja mereka yang secara terang mereka telah gajikan tanpa permit dan sebagainya.

KDN telah mengambil langkah awal membuka pusat tambahan dengan menempat pegawai dari KDN untuk melaksanakan proses mempercepat kelulusan tanpa kerenah. Membuka pusat di setiap negeri bukan lah satu langkah bijak kerana berapa banyak sekali pun pusat memproses PATI dibuka , sikap rakyat Malaysia baik majikan atau siapa sahaja memang suka melakukan kerja pada saat terakhir (last minute job). JAdi KDn tidak perlu melayan kehendak majikan kerana sikap memberi betis hendakkan paha harus dihapuskan dalam minda majikan kerana tidak akan ada kesudahan kerana lihat lah selepas 3 tahun , majikan yang sama akan terus bersukarela akan menggajikan mereka-mereka ini untuk bekerja walaupun kerajaan tidak akan meyambung permit setelah tamat tempoh 3 tahun. Tidak percaya.. kita tunggu dan lihat.

praha2 said...

ini korano disobab kan perangai oran malaysia. dio suko last minit dan percumo. ini lah akibatnyo. eden lihat di tv ado yang kato mintak lobih pegawai. masaalah nyo bukan pegawai tapi porangai oran malaysia sondiri. macam saman lah tak bayar nak bayar last minit atau bilo ado discount.
6P ni pun macam tu bilo dah freee mulo lah datang ramai ramai.

Anonymous said...

DALAM SEJARAH ORANG MELAYU TIDAK PERNAH ADA WATAK JAHAT MELAYU SEJAHAT AL-JUBURI INI. ITULAH KATA NENEK AKU YANG DAH BERUSIA 98 TAHUN.

Servant of God said...

Hmm.. takpe. Kita cuba uraikan masalah ni. Kita open dan mahukan kemajuan. Insya Allah boleh berjaya.

Anonymous said...

anon 10.09

nenek ko dah nyanyuk agaknya hingga tak ingat yg semuanya. dia dah lupa agaknya pd mona fendy, pd 2 org mata2 gelap yg letupkan wanita mongolia, nenek ko kata nuar jahat haha agaknya dia marah sbb nuar tak layan dia sbb tu di fitnahnya nuar. saifool dgn rela hati di liwat bkn di paksa lah

Anonymous said...

Kau tahu sapa yg dpt kontrak Ners tu.Cmpany Nexbis.ko tahu sapa punya Nexbis tu.Menantu muhiyideen yaasin.ko tahu berapa harga nexbis dpt untuk 6p?900 juta.ko tau x yg imigrese akan bertukar2 system setiap tahun dan berlainan vendor.semua system claim sampai ratus2 juta tapi system mcm taik.semuanya menyusahkan public n officer mcm aku.

Servant of God said...

Anon December 30, 2011 11:22 PM,

Jadi kau pun mengaku yang si Anwar tuh meliwat....

Hai.. apa nak jadi pengikut2 Anwar nih? Memang dah buta hati yer? Aku nak suh kau taubat pun malas dah. Bukan tak tau benda tu salah.

Lantak kau laa.. boleh teman Anwar kat Jahannam

Anonymous said...

Laaa...11:22PM, potong la.

"...nuar tak layan dia sbb tu di fitnahnya nuar. saifool dgn rela hati di liwat bkn di paksa lah"

Kalau ya pun nak ngaku nko tak waras, jgn la tunjuk hipokrit diri nko & kebodohan puak2 PAS. Kalau Nabi PAS tahu, masak nko. Tak dpt masuk Syurga PAS tau.

Anonymous said...

Check akaun mahmood adam

Anonymous said...

Jangan dilayan lagi..masa yg panjang telah di berikan.

Anonymous said...

Jangan dilayan lagi..masa yg panjang telah di berikan.

Izman said...

BIla la umum last minit, baru la berbut-rebut nak datang. sedangkan sebelum ni. lengang je aku tengok dewan kat bawah tu.