Saturday, April 14, 2012
KETUA UMUM YANG PENAKUT.
ANWAR TAKUT SUMPAH MAKAN DIRI
Antara kegemaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ialah bersumpah.
Disamping kegemaran-kegemaran yang lain, beliau nampaknya berkecenderungan untuk bersumpah.
Pada ceramah-ceramah politik di seluruh pelusuk negara samada semasa kempen pilihan raya kecil atau pilihan raya peringkat negeri mahu pun ketika bertemu rakyat di kampung dan desa, Anwar suka bersumpah.
Contoh kalimat sumpah yang paling digemarinya ialah, "Wallahi (Demi Allah!) Satu sen duit rakyat pun saya tidak ambil."
Atau satu lagi sumpah kesukaannya, "Demi Allah! Satu inci tanah pun saya tidak curi" atau pun sumpah yang ini, "Demi Allah! Satu saham pun saya tidak ambil."
Seseorang bersumpah dalam situasi yang berbeza.
Ada yang bersumpah untuk membuktikan ia berada di pihak yang benar atau pun untuk menunjukkan bahawa ia tidak melakukan sesuatu kesalahan yang didakwa ke atas dirinya.
Ada juga sumpah yang bersifat peribadi untuk melakukan sesuatu apabila sesuatu hajat telah dicapai dan dimakbulkan Tuhan.
Dalam hal ini, Anwar bersumpah untuk menunjukkan dirinyya amat bersih daripada segala kekotoran peribadi, moral dan akhlak.'
Anwar mahu meletakkan dirinya sebagai seorang yang bersih dari segala rasuah, menonjolkan sosok peribadi mulia sebagai seorang Muslim yang bertaqwa serta pemimpin yang mempunyai kredibiliti.
Mungkin kerana terlalu banyak dakwaan kepincangan peribadi, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa ketika menjawat posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu, terfikir Anwar untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya.
Walau bagaimana pun, satu perkara pelik dan ajaib timbul apabila Anwar marah tidak terhingga serta enggan bersumpah ketika ia dikaitkan dengan dakwaan liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Mengapa Anwar mengambil sikap talam dua muka apabila pada satu sisi lidah beliau amat mudah sekali bersumpah di hadapan masyarakat kampung dan rakyat jelata.
Tetapi Anwar kelu dan bisu apabila diminta bersumpah bahawa beliau tidak meliwat Saiful.
Perangai begini mengingatkan akan karakter 'Dr Jekyll and Mr Hyde" dalam buku karangan Robert Louis Stevenson yang memaparkan sikap dwi peribadi dalam diri seseorang.
Anwar berhempas pulas mencari alasan aqli dan juga syarie untuk menjustifikasikan tindakannya untuk tidak mahu bersumpah.
Di heretnya ulama yang sudah uzur, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi untuk mengeluarkan fatwa untuk memberi sokongan kepadanya seolah-olah dakwaan Saiful adalah satu konspirasi musuh politiknya dan perbuatan bersumpah adalah tidak selari dengan Al-Qur'an dan Sunnah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
untuk mengelak dari mendapat aib la si sial ini menyimpan puak pas dalam pakatan!!ada sesiapa org islam dr pkr yg mengeluarkan kenyataan mengenai sumpah laknat nuar?kesemuanya dari pas!!seolah olah kata kata pemimpin pas ini sama taraf ngan Nabi...tunggu je la kiranya ditakdirkan Allah bergaduh puak puak ni..waktu itu akan keluar la pelbagai tuduhan dan skandal... waktu itu mari berpakat ramai2 meludah sijanggut dari pas ni... pas melacurkan agama kerana politik!!!
Dia memang takde teloq utk bersumpah tetapi dia ada kote yg digunakan sepenuhnya hinggakan mencocok lbg tak disukai manusia normal. Dia memang pun tak makan duit rakyat tetapi adakah dia betul2 bersih tidak menyalahguna kuasa. Jangan cerita pasal duit saja tetapi moral & integriti perlu diambil kira. Parti anak beranak nak kelaskan apa? Org UMNO tak boleh, dia boleh. Pemilihan parti dipertikaikan ahli sendiri. Baru parti kemetot. Dlm UMNO dulu bukan dia buat kerja pun. Dia buat kerja hanya melobi nak kuasa cepat. Itu halatujunya dlm politik yg ada sekarang. Manusia yg perlu dihancurkan kerana mementingkan diri sendiri..
Oleh kerana dia pernah mengaitkan Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi untuk menyokongnya, mengapa tidak ulamak ulamak kerajaan pula pergi berjumpa dengan Dr. Yusuf Al-Qardhawi untuk menerangkan kepadanya akan keadaan sebenar supaya beliau faham. Atau lebih elok lagi bawa Dr. Yusuf tersebut kesini dan sebarkan kepada seluruh negara dan dunia akan kesilapannya menyokong silaknatullah tu. Dengan ini seluruh makhluk akan tahu tentang penipuan anak Pak Ibrahim ini bagi mendapat sokongan dari Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang disegani ramai itu. Kita mampu lakukannya......salam dari MM NATAR Subang Jaya.
Oleh kerana dia pernah mengaitkan Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi untuk menyokongnya, mengapa tidak ulamak ulamak kerajaan pula pergi berjumpa dengan Dr. Yusuf Al-Qardhawi untuk menerangkan kepadanya akan keadaan sebenar supaya beliau faham. Atau lebih elok lagi bawa Dr. Yusuf tersebut kesini dan sebarkan kepada seluruh negara dan dunia akan kesilapannya menyokong silaknatullah tu. Dengan ini seluruh makhluk akan tahu tentang penipuan anak Pak Ibrahim ini bagi mendapat sokongan dari Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang disegani ramai itu. Kita mampu lakukannya......salam dari MM NATAR Subang Jaya.
anwar seorang homoseksual semua orang di dalam dunia sudah tahu. Semua orang di dalam dunia sudah tengok konek bengkok dia.Sekarang semua orang sudah tahu lagi berganda. anwar seorang biseksual.
Post a Comment