Wednesday, April 18, 2012

PAS... BARUA TERBAIK DAP !


Undi PAS Dapat DAP

Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru.  Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.  

Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL).   Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.  

Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka.      Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam. 

Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.  

Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen.  Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam.  

Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi. 

Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan.  

Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.   

DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun.   DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.    

Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka.  Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam.  

Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina.  Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.  

Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.  

Namun, yang mengambil ‘tugas’ berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.  

Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP.  PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi.   Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato’ Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR.  PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah. 

Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.  

Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu?  Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.  

Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP.  PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara.  Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.    

Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP.  Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya.  Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.

Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.  

Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.  

Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini.  DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya….

15 comments:

Anonymous said...

Ini antara artikel terbaik GAP. Model pemerintahan DAP boleh dilihat di Pulau Pinang. Sedikit demi sedikit tanah orang Melayu dirampas. Rumah kos murah dan sederhana hampir tiada didirikan. Kelab malam, minuman keras, perempuan jalang tumbuh bagai cendawan...volume laungan azan, bacaan tarhim sebelum subuh bahkan tazkirah selepas subuhpun dah tak ada... kalau adapun dibeberapa tempat di mana masih ada orang Islam yang majoriti... saya berada hampir 10 hari di Pulau Pinang.. sempat solat subuh di masjid kapitan keling di tengah2 bandar.. suasananya sunyi sepi... tiba2 azan berkumandang dengan suara yang terbatas... tapi bila saya utarakan perkara ini...saya diserang kononnya satu fitnah... saya solat Jumaat di salah satu masjid sebelum ke bukit bendera.. imam membaca khutbah berapi2.. tapi masih tak sedar ke diri... masih kutuk BN dan UMNO... sedangkan sekeliling mereka roh Islam sudah terhakis... inilah model terbaik pemerintahan DAP... saya juga menjemput para pembaca supaya sentiasa layari you tube dan lihat gelagat MP pembangkang berbahas...penuh dengan maki nista.. pembohongan... kadang2 ternampak benar lever "low class". Hari ini mereka bakar lagi semangat mahasewel dengan PTPTN.. tapi bila dicabar supaya pulangkan duit beribu ringgit yang dah dipinjamkan... beronar pula mereka.. mereka ini gelandangan yang amat biadap... sudah tiba masanya kita kuis mereka dari arus perdana melalui PRU 13. Jom! GAP kita bakarkan semangat anti PKR, PAS dan DAP laknatullah...

Anonymous said...

Penganut tegar PAS kalo ada yg masih brfungsi akal tu sila la panjatkan akal itu kuar kotak PAS, LIHAT akan hakikat yg selama ini PAS dah tunduk akur pada DAP...

DAP melaungkn yg BN/UMNO penoh dgn rasuah siap dgn figure2 yg di cetak, xke anda trfikir bhw dalam DAP,PAS n PKR pon penoh dgn rasuah n kemungkaran..UMNO/BN mmrintah dah 54 tahun, mesti ada kepincangan disana sini, maklumla pelbagai jenis manusia yg mnganggotai...

Lihat kat Selangor krn trlalu mngutamakn kroni, mslh asas pengutipan sampah pon nak di politikkn..belum lagi mslh pasir, penggadaian harta rakyat Selangor..

Kat Kedah ,berebut tendernyer pasal , brgaduh mcm budak Tadika...Kat PP kian ramai org n peniaga Melayun India di halau kuar secara tipuhelah mahupon secara paksaan..ch Kg Buah Pala..

Kat Kelantan, mslh kelemahan pentadbiran , dah 21 tahun mmrintah mslh asas penduduk cam air pon xtrlaksana lagi..

Sejahat n sezalim kjaan skrg kalo ikot tudohan puak pembangkang masih kesemua rakyat Malaysia menikmati sgl mala subsidi n kemudahan yg disediakan kjaan..pelbagai jenis bantuan utk rakyat di beri tanpa mngira perbezaan ideologi..kalo yg trlepas tu adatla, bkn senang nak memuaskn kesemua brjuta penduduk Malaysia..

Akhirnya kalo semata2 nak tukar kjaan skrg krn bencikn UMNO xtrpikir ke anda bhw yg akan anda naikkn nnt ialah makhlok yg rendah moral n xpon si kafir Harbi yg sememangnya ANTI ISLAM..

Skrg pon korang dah bole tgk, kat negri pakatan sgl keputusan atas kebenaran DAP..bole ke Islam akan berkembang seandainya Pakatan mmrintah? jgn sok kite semua menerima nasib yg lebih terok dr Melayu spura...

Kahak kahak haktuiiiii..

Anonymous said...

PAS & DAP..

Lain Kulit tapi isi sama.

Lain penampilan tapi sama perjuangan.

Dua2 Pelacur Bangsa dan Agama.

Anonymous said...

KESIAN PUAK2 UMNOLEMBU NIH...SEMAKIN UMNO NAK MAMPUS...SEMAKIN MENJADI-JADI MERAPUNYA...TERUSKAN LAH MERAPU...SEBELUM UMNOLEMBU NI DIGANTUNG BINGA MALAI MENANDAKAN MENDIAN UMNO AKAN IKUT MENDIAN NAJIB...

MENDIAN UMNOLEMBU AKAN DIBAKAR...ABUNYA AKAN DIBUANG KE LAUT...

Anonymous said...

Lembu pr bila nak registerkan PR dlm ros..x payah pusing bnda lain

Anonymous said...

anon April 18, 2012 11:23 AM... (kalau kamu melayu... ini hujah aku)
ku ucapkan selamat berjuang utk menjahanamkan agama & bangsa mu sendiri...
sila berfikiran terbuka dan melihat ke hadapan dgn article yg ditulis itu...apa kah kamu suka & gembira apabila anak cucu cicit kamu esok merempat di tanah air sendiri,agama nya di hina & di perlekeh, hanya layak kerja peon, tukang sapu dan paling tinggi pun jadi kerani jer??

kalau kamu bukan melayu, ini hujah aku....
sedarlah diri wahai bangsat....

Anonymous said...

anon 11:23 am

Bertaubatlah kau dgn segera .. itu saja nasihat aku sebagai seorang Muslim! ..!!

Anonymous said...

Passhit!!! Pok zis mlm nie kita pergi karaoke nak? Lepas karok kita gi urut anu plak!!! Masuk waktu subuh LGE azankan!!! Nak tak?

Anonymous said...

Totok PAS ni dah lama mati. Mati hati mati pemikiran. Bagi mereka gajah terseregam depan mata tak nampak tapi kuman non jauh diseberang lautan jelas kelihatan. Inilah dasar PAS. Parti laknatullah.

ANWAR EJEN ISRAEL said...

Sebuah artikel yang baik.

Tanpa fitnah. Semuanya FAKTA. Very well said GAP. SYABAS!

Penyokong pembangkang buat buat lupa, buat buat tak nampak bahawa bukan semuanya yg meluat dgn pakatan rakyat adalah penyokong kerajaan BN atau UMNO.

Ramai di kalangan kami yg sudah terasa makna 'sudah terhantuk baru tengadah'.
jika dahulu, kebencian melampau yg cuba disuburkan ke atas BN dan UMNO atas isu isu kronisme dan nepotisme, hari ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa amalan kronisme dan nepotisme amat dahsyat dipraktikkan oleh kerajaan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Selangor di bawah pakatan rakyat lebih hebat amalan kronisme dan nepotismenya. Lebih lebih dahsyat pentadbiran kuku besi dan diktator pula menokok tambah dalam amalan kronisme dan nepotisme tersebut. Lihat saha YBK, isu arak yg dirampas dipulangkan semula dan sekian byk lagi kisah dan isu yg menggambarkan pemerintahan rejim kuku besi pakatan rakyat yg sebenarnya tunduk kepada kehendak DAP.

Pemerintahan kuku besi becampur kronisme dan nepotisme hari ini, dapat dilihat juga di penang. Sebagai contoh, ruang ruang bagi peniaga geai di kakai lima yg bangsanya bukan Cina dipaksa tutip atau lebih kejam dirobohkan sahaja.

Mujur, kekukubesian di perak tidak berlarutan dgn angkatan kronisme dan nepotisme keluarga ngeh dan nga tidak lagi dapat berleluasa. Dgn pemberian tanah 999tahun pada rakyat malaysia yg keturunannya baru menjejakkan kaki ke tanah Melayu kurang dari 200 thn. Ada lagi yg masih mempunyai datuk nenek yg zaman mudanya masih menjadi rakyat Tanah Besar Cina juga mendapat hak tersebut. Di manakah logiknya?

Di samping amalan dahsyat kronisme dan nepotisme melampau yg melibatkan anak, bini,suami, sepupu, menantu dan kuku besi, ada pula watak seumpama keldai yg rela dicucuk hidung dan dihenyak ke sana sini.

Tidak lain, PAS la watak tersebut. PAS rela dikeldaikan, diperkudakan malah di anjingkang, dari Presiden partinya hinggalah ke ahli ahli nya yg mengheet anak bini utk mengibar maruah DAP dan mendengar ceramah maki hamun.

Ketaksuban dan kebodohan ahli PAS sungguh mempersonakan. Arak dipulangkan, kilang arak tidak jadi ditutup, idea negara Islam hilang, hudud juga hilang.

Dalam pada hilangnya ideologi PAS di peringkat arus perdana, ada pula ahlulnya yg dgn malu malu kucing masih me war warkan ideologi lapuk yg sudah ditolak sendiri oleh kepimpinan pusatnya. Dgn jayanya PAS sudah diganti DAP dan dgn jaya nya PAS mengelirukan umat Islam akan ideologinya yg sebenar.

Jadi, memilih PAS samalah memilih agama rasmi BUKAN lagi agama Islam. Keana kita semua maklum, itulah perjuangan DAP dari dulu, kini dan selamanya. Api perjuangan tersebut tidak pernah padam. Cuma PAS sahajalah yg memadam sendiri api perjuangan asal penubuhan mereka.

Kepada yg di atas pagar dan masih mencari, tepuk lah dada..

Anonymous said...

satu peluru GAP KENA TIGA EKOR MUSANGGG...

PUAK2 Pas resah dgn bayangan munafik pd muka masing

puak2 DAP TEEBAKAR krn GAP MEMBOGELKAN KEBABIAN MRK

PUAK2 Pkr 'deny' state MCM BIASA..(melayu yg hilang kuasa, tersisih dan ketagih kuasa...merayu pd sesiapa hatta yahudi sekalipun)



'

satu peluru GAP KENA TIGA EKOR MUSANGGG...

PUAK2 Pas resah dgn bayangan munafik pd muka masing

puak2 DAP TEEBAKAR krn GAP MEMBOGELKAN KEBABIAN MRK

PUAK2 Pkr 'deny' state MCM BIASA..(melayu yg hilang kuasa, tersisih dan ketagih kuasa...merayu pd sesiapa hatta yahudi sekalipun)



'

Zaeydee said...

Itulah yang mampu dihujahkan oleh 11:23... dan yang seangkatan dengannya... rasional...hancus.. kematangan...hancus...yang tinggal hanyalah hasad dengki...hati yang Allah S.W.T dahpun kunci... jadi bagus jugak GAP paparkan komen bala tentera DAP, PKR dan PAS yang bodoh sombong...supaya kita boleh kenal yang mana satu orang dan yang mana satu haiwan! PRU13 ni pegi mampuslah mu semua...pakat larilah ke nagara luar sana... paling dekat kat Indon... boleh bebas2 pak...no problem... pluralism kita orang tak kisah pak..belakang depan kita orang lagi tak kisah pak....

Anonymous said...

ABU MAYAT PAS DAN PKR DIBUANG DALAM TONG JAMBAN YANG MASIH DIANGKUT DIWAKTU MALAM.

Fencesitter said...

Anon 11:23 Eh eh eh ... Kesian tengok puak babi macam kau tu .... Tak lama lagi BERKUBURLAH PR .... Jangan menangis yer ......

Anonymous said...

GAp.. cuba ko siasat siapa pemilik no plat PKM 1-10. Adakah milik babi2 yang dok menyokong komunis? agak ko mat sabu ada x tender utk no PKM? La nie da plat dah PKN. Aku rasa aljuburi akan tender no PKR 1 smpi dpt.