Tuesday, April 3, 2012

PRU 13 : KITA PERLU KERJA LEBIH KUAT !

 Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia.  Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya.   Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada bulan Jun/Julai.  Ada yang juga yang meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka.

Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis.   Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah.

Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan.  

 Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.

Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri.  Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan.

Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan.

Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.

Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh.    Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.

Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas. 

 Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala.   Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala.

Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat.

Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang.  Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.

Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas.  Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun.

Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara.

Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti  masalah pembuangan sampah dan bekalan air.

Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi?

Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga.   Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M,  Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi.  Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.

Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam.  

 Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin.

Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum.
Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat.    Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.

Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.

8 comments:

datok t said...

mcm bodo je artikel ni..syok sndri la ko ni..huhu

Anonymous said...

Datok T (lah sangat), cuba cek dlm sluar, ada basah ka?

-DM- said...

kalu terasa bodo bg la pendapat yg bernas..at least admin bg pendapat dia,bg insight dia dlm hal2 yg dia kupas..ape ko bg dato t??..aku xnampak ape2 pun melainkan ayat dari org yg butt-hurt je dlm komen ko..hampas..ok cukupla pasal tu..to bro GAP aku sokong psl perlu kerja lebih kuat tu,tekankan isu2 yg penting supaya org2 politik ni sedar benda2 yg perlu diambil perhatian n lakukan..kene sebut selalu kalu x nanti ada yg goyang kaki je..

Anonymous said...

PAKATAN RABAK AKAN TERSUNGKUR DI PINTU NERAKA..KRN BERANI MENTIGAKAN ALLAH

BG PULAK MASUKKAN KAPIR DLM MASJID KERANA 'AGAMA' ??#%%#??

dah banjir masjid kasi cuci masjid ada najis anjing PAKATAN

ADA PLAK HAMBA ALLAH ISLAM YG BERANI NAIKKAN BENDERA DAP KAPIR TERKUTUK PENENTANG ISLAM - DI KENAKAN RENJATAN ELEKTRIK..

SBG TANDA2 murkaNYA..KHALID GEREJA KO KENA ISTIFAR BYK2 ...jgn ada benda melebihi kalimahnya..hujan2 jgn kluar yop...takut ko kena panahan petir oleh malaikat plak..

aku tak doa ..tp jaga2 ..kalu aku xdoa ramai lg rakyat selangor akan doakan

.agar ko diberi sedikit keinsafan..


.

Abang Sayang said...

Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Pergerakan Bodoh Dan Tolol..Generasi Muda teraniaya dan terancam. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa


Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Skandal NFC - Bukti Jelas Bahawa Wanita2 UMNO Bukan Ibu2 Yang 'berguna' kepada generasi baru..
1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33143
2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65624

ANWAR EJEN ISRAEL said...

Keh...keh...keh...

Abang sayang oi....terdesak nampak...siap buat iklan kat blog GAP.

Tak jalan la wei lu punya racun...

Ko konar la cemana pun...Kita dah kenal sape dia Imam Mahdi PKR.
Peliwat.
Penzina.
Penyokong murtad.
Pendokong pluralisme agama.
Penyokong ISRAEL
Penghina negara sendiri.
Talam seribu muka.
Pelanggan pelacor.
Penjolok bini orang.

Ketua mcm tu....yg lain...laaaaaaaagi la....


Yang dato t tu pulak..
Dah tau bodo, buat apa ko baca...ko lagi la 2 kali bodo. Satu kali kau baca. Kali kedua, ko komen lak bodo...

Wakakakakakakakaka...

fairuzkhan said...

FGVH kiranya disenarai dibursa saham sape yg untung dan sape yg rugi?? pastinya peneroka senyum panjang dan pakatan rapuh berduka..nuar ni dah kecot telor dah..ialah kiranya FGVH tersenarai dan berjaya mana dia nak letak muka??mgkn thailand atau US kot..alasan paling bingai aku dgr dr puak mereka ni..tanah tergadai??felda idea ayahanda tok najib dan takkan la najib nak hapuskan felda ni?kot ya pun fikir sikit la org felda antara penyokong kuat umno bn..takkan najib ni begitu jahil hingga buat keputusan yg begitu serius yg mana klu salah pasti blh kehilangan majoriti sokongan warga felda...lg satu yg paling lucunya bila tersenarai dibursa nanti felda ni blh jatuh ke tangan org asing..come on la.. habis hicom,tnb.telekom.maybank,petronas dan bnyk lg syarikat malaysia yg tersenarai dibursa ini sudah dimiliki oleh orang asing??malah bila ada rancangan dari sebuah syarikat telco malaysia ingin menjual sahamnya kepada pihak luar dihalang dan digagalkan oleh kerajaan..apatah lg felda...yg boleh dikatakan nadi pembangunan negara...kata org org tua..klu org yg betul betul tido boleh dikejutkan tetapi kalau yg berpura pura tido memang susah untuk dikejutkan...

Anonymous said...

Aku sokong blog GAP ni kerana memberi peluang pada kedua2 pihak pro pr dan pro umno berkongsi pendapat dan pandangan.Jadikanlah blog GAP bagi perkara yang membina minda.Diharap GAP tapis mana2 komen lucah dan biadap.