KENYATAAN
MEDIA BERHUBUNG JANJI MENGURANGKAN CUKAI
PINTU RUMAH KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIAL SEBANYAK 10%
ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM
1MALAYSIA
Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji
manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada
Rakyat.
Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi.
Bukti paling nyata adalah manifesto
Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang
termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis
pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.
Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah
berjanji akan mengurangkan cukai pintu
rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai
salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil
dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.
Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang
lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai
kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam
semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi
lain-lain.
Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor,
MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman
bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial
tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji
manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji
untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.
Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai
pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada
pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor,
ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.
Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan
bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak
aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah
yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat
Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih
100% dan mengikut harga pasaran.
Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa
tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap
apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor
merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.
Rakyat
Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu
kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban
cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional
memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan
diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini,
pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak
mampu mereka laksanakan.
Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak
untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak
Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami
sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik
mungkin.
Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat
walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan
tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara
langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan
pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya
banjir.
Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar
Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat
keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam
kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang
bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah
sifat munafik.
Terima kasih, Sayangi Selangor ; Yakini BN
Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012
11 comments:
janji mcm ni apa barang??lain la klu depa janji menang je semua china doll dpt melancong sambil belajar ngan pimpinan tertinggi pr...mesti dah lama tertunai!!!
Yang paling aku tak puas hati bila perkara perkara yg terlalu dekat dgn idup kita sehari hari.
1. Sampah yg berbulan tak terurus. Kejapangkat kejap tak angkat.
2. Jalan raya yg berlobang. Seumur hidup aku yg duk area ukm-bangi lama, kerja kerja tamak, mengorek pasir berdekatan dgn ukm cukup merimaskan, dgn signboard yg ala kadar..lori pasir keluar masuk di simpang yg merbahaya..jalan raya yg sedia kecik dan berliku liku berbenggol benggol.
3. Kafir mencemar kesucian masjid dan surau.
Rimas tau tak!!!!!
dah dekat PRU13 nanti PR turunkan premium tanahlah tu...selepas dorang naikkan sebelum ni...
bertempeklah setiap ceramah..."lihatlah PR dah turun cukai"!!!...hahahahaa...
bijakkan....?hehehe...tertipulah lagi?....cukup! nohtah!!
tiada lagi penipuan ala-ala dungu!!
I'm a businessman at area of Klang, I'm quite dissapointed with the increment of MPK's fee, after 2008 the fee has become triple, added with the worse area management such rubbish, dustbin and the quality of pedestrian area of my business area.
I urge the businessman out there, stop our support and sponsorship to the this type of governor, none of their promises are true. Together we bring back BN to Selangor.
Thank you.
padan muka sokong lagi kaki pembohong
GAP!!
AKU LEBIH MINAT NAK TENGOK ATAU DENGAR CERITA ANWAR AL JUB DGN SAMSIDAR MAKAN ESKRIM LAH.
KOPEK LAH CERITA NI. AKU CUMA NAK TAU KENAPA SI SAMSIDAR LEBIH SERONOK MAKAN ESKRIM DGN SI AL JUB DARIPADA LAKI DIA SI ASSMIN?
ASSMIN... ASSMIN... APA NAK JADI DGN KAU??
Adakah BN mampu bersatu untuk rampas Selangor..
Insyallah BN akan perolehi kembali Selangor sekiranya...Bersatu semuanya.
Bro tumpang lalu..
kat puchong pun sama, apa kejadah byk hotel2 murah naik kat sini? ada pusat peranginan ke kat sini? dulu xda pun hotel,
kembalikan kesejahteraan dan keamanan negeri selangor..UNDI calon Barisan Nasional
Aku Undi BN PRU13
setakat ni kawan2 aku dri UM dulu semua dah tak sabar nak undi BN..
Post a Comment