Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor
sedang berhadapan dengan situasi yang amat
kritikal. Kontraktor-kontraktor yang baru dilantik oleh setiap PBT di
seluruh Selangor, nampaknya telah gagal menjalankan tugas yang
diamanahkan secara berkesan.
Bertentangan dengan pendapat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh
Khalid Ibrahim, pemecatan dan penyingkiran Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB)
akan menambahbaikkan perkhidmatan pembersihan dan sisa pepejal di
seluruh Selangor.
AFSB dikatakan telah gagal melaksanakan tugas tersebut dengan lebih
cemerlang. Bukan itu sahaja, dikatakan juga bahawa kontraktor-kontraktor
yang dilantik oleh AFSB adalah kroni-kroni UMNO walaupun sebahagian
daripada mereka merupakan penyokong dan ahli PKR serta PAS.
Selepas penyingkiran AFSB, Khalid Ibrahim berlakon konon-kononnya
para kontraktor pembersihan dan sisa pepejal dipilih menerusi tender
terbuka, walaupun hakikatnya kesemua mereka adalah kroni Ahli Majlis
PBT, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku di
Ampang.
Kini, selepas dua bulan, masalah sampah di seluruh Selangor berada
pada tahap kritikal. Bukan peningkatan standard perkhidmatan pembersihan
yang diberikan, sebaliknya seluruh Selangor seolah-olah telah bertukar
menjadi sebuah negeri sampah-sarap.
Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.
Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan
daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan Negeri Selangor menerima
peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun.
Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang Pakatan Rakyat untuk menukar
peruntukan tersebut sebagai dana pilihanraya dan aktiviti Pakatan
Rakyat di Selangor sangat besar.
Dengan penyingkiran AFSB, Kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim
telah berjaya mencuri dan menyalahgunakan peruntukan berkenaan. Sama
seperti peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalanraya,
Kerajaan Negeri Selangor menjadikan peruntukan sampah dan sisa pepejal
sebagai SURPLUS untuk mereka bangga-banggakan.
Hasilnya seperti yang dapat dilihat sekarang. Sampah tidak terurus
dan rakyat Selangor semakin meluat dengan kebongkakan Kerajaan Negeri
Selangor yang bukan sahaja enggan menangani masalah sampah dengan lebih
berkesan sebaliknya menyalahkan pihak UMNO, kononnya UMNO yang
menghalang lori-lori sampah daripada masuk dan memungut sampah di
kawasan-kawasan tertentu.
Kesalahan yang dilakukan adalah pihak Kerajaan Negeri yang membuat
keputusan bahawa peruntukan sampah serta pembersihan sisa pepejal mesti
masuk ke kantung parti-parti Pakatan Rakyat, tetapi mereka dengan pantas
dan tanpa segan silu menuding ke arah UMNO.
Adakah kuasa UMNO terlalu besar di Selangor, sehinggakan UMNO boleh
dan mampu menghalang lori-lori sampah milik taikun PKR daripada
menjalankan tugas?
Kalaulah kuasa UMNO terlalu besar, mengapa pula UMNO tidak berjaya
menghalang Kerajaan Negeri Selangor daripada melucutkan AFSB daripada
tanggungjawab membersihkan sampah di seluruh Selangor?
Cerita kononnya beberapa PBT mengambil inisiatif ‘mengerahkan’ Ahli
Majlis agar turun membersihkan jalan, hanyalah satu usaha retorik
semata-mata.
Cerita sebenar tentang Ahli-Ahli Majlis yang mengaut keuntungan besar
hasil kontrak sampah dan pembersihan, tidak pula disebut dan cuba
dilindungkan daripada didedahkan.
Maka tidak hairanlah pada 2 Januari lalu, Pengurus Besar Hebat Abadi,
anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir
membuat laporan polis kononnya pihak UMNO telah mengugut dan membuat
sekatan terhadap kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan
Negeri.
Konon-kononnya UMNO bimbang sekiranya kejayaan Kerajaan Negeri
Selangor menguruskan sampah di negeri ini selepas AFSB disingkirkan,
maka UMNO tidak akan berpeluang merampas semula Selangor dari tangan
Pakatan Rakyat.
Laporan polis tersebut menyusul selepas media melaporkan tentang
sampah-sampah yang terbiar selama lebih 2 bulan tidak diangkut terutama
di Seksyen 7, Shah Alam. Masa yang diambil terlalu lama untuk memikirkan
alasan berkenaan oleh pihak terbabit.
Malangnya, masalah sampah tidak hanya berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, sebaliknya di seluruh Selangor.
Di Ampang, masalah sampah membelenggu penduduk di Pandan Indah,
Pandan Mewah, Tasik Tambahan, Tasik Permai dan kawasan-kawasan
sekitarnya.
Anehnya, kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat DAP seperti di Taman
Muda, Teratai, Pandan Perdana dan Kampung Cheras Baru serta Kampung Baru
Cheras, masalah sampah juga menjadi rungutan dan kemarahan orang ramai.
Kalau benarlah alasan UMNO yang menyekat kontraktor-kontraktor
terbabit daripada menjalankan tugas mereka, mengapa pula kawasan yang
hampir seratus peratus didiami oleh bukan Melayu seperti Taman Muda,
masalah sampah tidak diangkut terus berleluasa?
[SUMBER]
NOTA KGC : Seperti biasa, setiap kegagalan Pakatan
di Selangor, waima dimana sahaja pasti jari akan dituding kepada UMNO.
Ini bukan perkara baru, malah rakyat juga sudah mula meluat dengan
alasan lapuk dan alasan yang tidak menjawab persoalan rakyat. Laporan
polis berkenaan agak kelakar sikit la pada aku kerana kebanyakan kawasan
yang mempunyai masalah kutipan sampah ini bukannya diceruk ulu banat
tetapi kebanyakannya di laluan jalan utama. Jika benar lori kontraktor
sampah ini ditahan, tak kan tak ada satu makhluk pun di muka bumi Allah
ni yang nampak kejadian. Apa jadi dengan laporan polis berkenaan, aku
sebenarnya masih menunggu susulan dari laporan polis yang dibuat
kontraktor terbabit. Tak kan laporan polis yang dibuat itu adalah
LAPORAN PALSU ! Jika laporan palsu, tak kan kontraktor tak tahu apa
tindakan yang akan dikenakan ke atas laporan palsu ni. Setiap
kepincangan pentadbiran Pakatan Selangor pasti akan disalahkan kepada BN
mahupun UMNO.
Apakah Pakatan Selangor tidak ada kredibility langsung sampai hidup dan mati dibayangi BN dan UMNO ???
Sudah-sudah lah menjawab isu rakyat dengan mengalihkan salah sendiri
kepada UMNO. Ayat tipikal pakatan adalah "Ini semua salah UMNO" dan "Ini
konspirasi UMNO", sangat memualkan. Rakyat dah muak dan menyampah
dengan alasan sebegitu. Tidak ubah seperti budak bawah 2 tahun yang mana
bila jatuh dan terhantuk dilantai kemudian memukul lantai. Tidak
malukah Pakatan bila setiap sesuatu menyalahkan UMNO ??? Ingat rakyat ni
bodoh sangat ! Jangan cuba memperbodohkan rakyat kerana
rakyat kini
lebih bijak dari PKR, DAP mahupun PAS !
22 comments:
Negeri terkaya di Malaysia telah menjadi negeri Darul-sampah.
nasib lah kau umno tempat orang buang sampah.
AKU DAH KATA SEPANJANG HAMPIR 5THN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH KESIMPULANYA PERLAKSANAAN PENTADBIRAN MEREKA MEMANG MACAM SIALLLLLLLLLL!!!
MEREKA PERASAN BAGUS KERANA ADANYA ORNG2 MCM MUSANGKA.BODOH TAK BOLEH DI AJAR,PERASAN CERDIK TAPI BODOH!
setakat masalah macam ni tak boleh settle ada hati nak ambil alih putrajaya. sedar diri la sikitttt. hampehh!
perintah dah dekat 4 tahun tp masih umno bn yg dipersalahkan..seolah olah umno bn yg perintah selangor ni..kepada yg ada akal blh fikir la..klu negeri pun dah ada contoh mcm ni takkan klu dpt pusat mereka ini tak akan guna taktik yg sama???aku tak kisah sgt pakatan ni ckp mcm tu coz dasar lidah ahli politik...kita la yg harus bijak.. kalau pun umno bn ni zalim perasuah atau apa pun la gelaran yg diberi tetapi sekurang kurangnya tak pernah dgr mrk tuding jari keatas pakatan klu negeri yg diperintah ada isu!! be gentleman la bro... p/s pusing pusing kat selangor ni aku nampak poster kalid gagap lebih dari gambar tuaku sultan!glamour siot!!
anon 5.56
allo bro anwar tu sampah laa. dari UMNO dulu lari tubuh PKR, ramai pecacai PKR sampah sarap dari UMNO. kepala hotak hang penuh sampah.
Bukan UMNO tempat buang sampah, tapi Pakatan Haprak yg beria-ia mahu memperlihatkan sifat sebenar mereka seperti sampah yg terbuang dan tiada nilai dimata majoriti rakyat.
Sudah2lah berlakon, buatlah kerja yg berkesan utk rakyat, takkan itu pun tak mampu nak laksanakan. Bercerita bukan main hebat, sikit2 utk rakyat, sikit2 demi rakyat. Sampaikan berceramah pun demi rakyat.
Kalau tak mahu tunaikan janji bantuan kewangan PRU12 dulu kpd rakyat pun tak apalah, sebab rakyat pun dah tahu Pakatan Haprak penipu dan kedekut, janganlah tambah lagi dgn kebodohan dan kedegilan utk memberi keselesaan hidup pada rakyat. Rakyat pun tak mahu setiap hari menghidu bau busuk sampah sarap yg bertaburan merata-rata tempat.
lori sampah ada datang , sampah busuk dia tak kutip tapi di kutip adalah botol dan kotak kotak....
SAMPAH SARAP merupakan taman permainan lalat, langau, bab1 & anjing.....hehehe
nasib kau la Selangor....ni la namanya REFORMASI.....yeahhhh!!!...itu dulu, skrg dah BASI dah....hehehehe
bila kita nak dgr lagu "Sampahku, salah UMNO" dr cina kapir harbi cauvinist namewee???
nak tgk Anwar menari sambilk menyanyi...hehehe
bila BERSIH 3.0 nak lancar kat Selangor???....boleh tolong kutip & buang sampah angkut kat rumah masing2???....hehehehe
perasan BERSIH tapi rupanya PENGOTOR....ekekeke
PR PEMALAS!!!....korup...tak sedar diri....assobiyah...dan yang paling penting suka SAMPAH....hohoho
malangnya...ramai rakyat Selangor TERRRpilih wakil rakyat yg suka SAMPAH....ahaksss
reforBASI!!....reforBASI!!!
PKR la lagi sesuai jadi tempat buang sampah.
Sampah mcm zaid ibrahim yg dikutip oleh BABI. Siapdpt jolokan hero la kunun.
Dan oleh kerana zaid ibrahim tak tahan dengan kebusukan melampau tong sampah tersebut (PKR), maka dia pun angkat kaki....tubuh kan parti...
Jadi, PKR lagi cocok jadik tong taik dari tong sampah..
Keh keh keh
Penduduk di Bandar Pusat Jengka lebih beruntung dari Negeri Selangor apabila Alam Flora tetap komitted menguruskan sampah penduduk, walaupun dengar cerita Alam Flora mengalami kerugian beroperasi di negeri Pahang.
mana musangka? senyap je? tak nak komen apa2 ker? takkan dah ngaku kalah kot? tak sangka musangka pengecut!! haha..
11.02...
musangka tengah merangka rangkak gerak kerja besar2an Bersih 3 suku secara berkhayal utk mengerakkan jangkaan 500 riban utk 28 april nie bagi mengajak pencacai2 PR membersihkan Selangor dari sampah sarap... duduk bantah nak buat pe.. takde faedah... hahahahhahahaha
KALAU TENGOK SAMPAH BERLONGGOK TU, TERINGAT PEMERINTAHAN AGUNG TALIBAN DI AFGHANISTAN, HAIWAN DI ZOO PUN KURUS KERING SEBAB KEBULURAN TIDAK DIBERI MAKAN OLEH PEMERINTAHAN TALIBAN. SELANGOR PULA JADI NEGERI TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH SARAP DAN SARANG MAKSIAT YANG TERMAJU DAN TERMODERN DI DUNIA MASA KINI.
Tulaaaaaaa
terlampau sgt pikir DANA PILIHARAYA...
nak sgt menanggggg
duit rakyat tu wahai Pakatan Menipu Rakyat PMR...
nak sebat jaa ka?
pastu salahkan umngok jugakkk..HOI takda alasang lain KA..boring la...
Itulah manusia yg otaknya sentiasa berprasangka buruk pd org lain. Sendiri tak mampu laksanakan tgjwb apb berkuasa. Komen lebih mudah dpd melaksanakan. Golongan sampah yg gila kuasa...
musangka sibuk. tengah kutip sampah yg bertaburan dekat depan umah dia. bau busuk jgn kira la. serupa mulut busuk dia. yg bertaburan dekat simpang2 jalan, musangka kata nk kutip lepas pru13.... sempat ke der???
Ada hikmahnya umno kalah di Selangor,ini adalah ubat yang sangat pahit untuk ditelan.Rakyat boleh menilai dengan bijaksana antara pemerintah dahulu dan sekarang,semoga lain kali jangan marah nyamok kelambu dibakar.PR menjanjikan bulan dan bintang tetapi BN hanya berjanji apa yang mampu dutunaikan kerana pada waktu itu mereka memerintah.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak memangkah PR tanggunglah sendiri akibatnya.PR hanya minat berpolitik sahaja sepanjang masa,pemimpin mereka dari atas hingga ke bawah penuh dengan skandal dan masaalah moral,inikah pemimpin yang diharap untuk menjadi pemimpin kita?Tepuk dada tanya selera.....BN juga tak semua pemimpinya bagus tapi yang bagus lebih banyak dari yang teruk dan jagan harap yang anda akan selalu sahaja menang dalam pilihanraya,kalau duduk di atas jangan lupa pandang kebawah sama...
Fuckatan kasi tambah lagi nyamok, aedes, lipas, gagak, tikus..selamat maju jaya negeri yang termaju di Malaysia...sampah kat belakang dan depan kedai ni bila korang nak angkut...ni kat shah alam..ibu negeri darul sampah...
Post a Comment