Thursday, May 24, 2012

ADUAN RAKYAT SELANGOR TINGGI , PAKAR JUGA SETTLE KAN.

(PAKAR) atau pusat khidmat rakyat yang ditubuhkan pada 10 mei 2012 oleh BN selangor berjaya meyelesaikan banyak aduan.

aduan yang datang dari pelbagai peringkat dan golongan khususnya dari rakyat yang menetap kat selangor.

dah hampir sebulan PAKAR ditubuhkan, agaknya bagaimana prestasi PAKAR setakat ini ? pakatan selangor malas buat kerja.

16 comments:

Anonymous said...

UALA LUMPUR: Harapan rakyat untuk melihat debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampa apabila ditolak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Setiasaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

"Tidak perlulah moderator debat semalam mengajukan cadangan supaya Perdana Menteri berdebat dengan Anwar kerana semua maklum bahawa geng-geng pembangkang ini, apatah lagi Anwar akan sengaja (dalam debat itu nanti) nak cetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik.

"Lagi pun ada perkara-perkara lain yang lebih penting dari politik dengan Perdana Menteri sendiri ketika ini bekerja keras nak pastikan nasib rakyat terus terbela.

"Kita nak pastikan janji kita ditunaikan untuk rakyat sebab kalau tengok di Selangor sendiri yang diperintah oleh kerajaan negeri PKR banyak sungguh janji masih belum ditunaikan.

''Tambah lagi sistem politik kita berbeza dengan di Eropah dan Amerika Syarikat... di sini tidak ada presidential election (pilihan raya Presiden)," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tengku Adnan mengulas cabaran yang dilontarkan Dr. Maszlee, pengendali debat bertajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Kompleks Karangkraf kelmarin supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai isu-isu politik tanah air.

Debat anjuran akhbar Sinar Harian berkenaan melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli.

Harakah Daily

hangkedee said...

Debat bergegar bagai nak runtuh bangunan Hasilnya Janji janji PRU12 sehingga kini tak tertunai yang tertunai hanya kote terus bengkok.

Anonymous said...

.

Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

.

kucing1 said...

Legenda Shio...nk tau apa disebaliknya... ikuti dulu kucing1

Menurut legenda tradisional Cina, ke dua belas binatang dikumpulkan dalam satu hari untuk menentukan siapa yang menjadi pemimpin dalam siklus pertahunan. Sang Khalik membuat kontes tersebut: siapapun yang dapat menyeberang sungai akan mendapat giliran pertama, dan sisanya akan mengikuti urutan sesuai dengan kedatangan mereka.

Pada awalnya kedua belas binatang berkumpul di dalamnya termasuk kucing. Kucing memberitahu berita ini kepada teman baiknya si Tikus, dan mereka setuju untuk pergi berdua keesokan harinya. Namun, ketika hari dimana kontes dimulai Tikus tidak membangunkan Kucing, yang sebagai seorang kucing senang sekali tidur sepanjang hari. Maka itu kucing tidak mengikuti lomba dan tidak masuk dalam siklus tahunan shio.

Pada saat kompetesi, tikus yang penuh akal menumpang pada si Kerbau yang kuat dan gagah untuk menyeberangi sungai. Ketika kerbau sudah mau meloncat ke tepian seberang sungai, tanpa sepengetahuan Kerbau, si Tikus meloncat dari punggung kerbau, dan menjadikan dia pemenang kontes.

Binatang terakhir adalah binatang malas yaitu Babi yang pemalas, oleh karena itu Tikus menjadi tahun pertama dari siklus shio, dan diakhiri oleh babi tanpa adanya shio Kucing dalam dua belas siklus tahun itu. Dan oleh karena itu juga, menurut legenda, permusuhan antara kucing dengan tikus dimulai dan masih berlanjut sampai sekarang.

kucing 2 - Naga said...

Tahun 2012 adalah Tahun Naga. Menurut perhitungan kalender lunar (Yin Li atau Imlek), awal tahun jatuh pada 23 Januari 2012, tetapi berdasarkan kalender Hsia, awal tahun jatuh pada 4 Februari 2012. Perhitungan menurut kalender bulan menjadi tradisi dan senantiasa dirayakan, sedangkan perhitungan berdasarkan Hsia tidak banyak diketahui orang.

Banyak orang ingin mengetahui apakah tahun mendatang akan memberikan keberuntungan bagi dirinya atau tidak. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, harus diketahui lebih dahulu, bahwa dalam astrologi Cina terdapat lima unsur (elemen), yaitu logam, air, kayu, api, dan tanah. Teori ini dipakai untuk menjelaskan mengapa seseorang akan lebih beruntung dari orang lain secara lebih terperinci.

Sementara itu dalam perhitungan Capjie Shio (12 Horoskop), seringkali perhitungan tersebut dibuat sederhana saja. Jadi, langsung disimpulkan shio mana yang baik peruntungannya dan shio mana yang kurang baik peruntungannya di tahun tersebut.

Karena Naga itu hap (cocok) dengan shio Monyet, Tikus, dan Ayam, maka banyak orang mengatakan ketiga shio itulah yang mempunyai keberuntungan besar. Di lain pihak, Naga Chiong besar dengan shio Anjing mendatangkan perpisahan (bisa dengan nyawa, kesehatan, harta atau dengan pasangan).

Tahun Naga kali ini merupakan Tahun Naga Air (Ren Chen). Berdasarkan teori, Naga mempunyai kandungan elemen Tanah, Kayu, dan Air. Sesungguhnya Naga adalah “gudangnya air”.

Anonymous said...

Saya percaya PM kita bukan mahir berdebat. Tapi saya tahu kualiti pada dirinya setelah melihat perubahan dlm negara kita. Dia mungkin tak cakap banyak tapi kuat bekerja serta banyak merancang perubahan utk rakyat walaupun baru 3 tahun memerintah. Tak sia2 bimbingan Tun M sejak dari muda lg rasanya dia menteri termuda dlm kabinet Tun.
Ehem..jgn marah

Anonymous said...

KAMI DAHULUKAN KEPIMPINAN

bukan pemerintah baru taknak berikan perkhimatan tetapi kami mahu tunggu syarikat dan kontraktor kroni kami jadi matang dan berpengalaman, sebelum perkhidmatan kepada rakyat disempurnakan.

selagi syarikat dan kontraktor kroni kami belum matang dan cukup pengalaman, diharapkan warga marhean bersabar dengan keadaan yang tidak sempurna sekarang ini.

sebagai tanda pemimpin didahulukan kami berharap anda lakukan sedikit pengorbanan buat negeri tersayang:

*nampak sampah tolong pungut
*nampak bau tolong sedut dengan vakum
*nampak lalat tolong ketuk.

Kerjasama anda kami dahulukan dengan ungkapan:"rasakan korang".

KAMI

Anonymous said...

BERKOKOK SING DAN MALAM BELUM TENTU BOLEH BUAT KERJA

CONTOHNYA: JP MORGAN TERGOLEK DOG MESKIPUN PERDEBATAN DITONTON SATU DUNIA

Anonymous said...

Orang bumiputera perlu bersatu, negara ini mencapai kemajuan yang amat memberangsangkan dan ramai orang bumiputera telah menjadi maju dan kaya raya, yang miskin pun dah tak ramai, ramai ada telefon bimbit, ada ASTRO, anak pun dibekalkan dengan telefon bimbit walaupun baru darjah tiga, beginilah kehidupan kaya raya orang bumiputera terutama orang Melayu sekarang ini.

Kemewahan dan kesenangan ini telah menyebabkan orang bumiputera terutamanya orang Melayu lupa akan kepentingan bersatu padu untuk mengekalkan kuasa pemerintahan yang menjalankan dasar-dasar untuk kepentingan orang bumiputera. Orang Melayu mula berfikiran liberal, mula mempertikaikan keistimewaan bangsa sendiri kerana mereka rasakan mereka telah senang sedangkan kesenangan itu adalah hasil dari dasar-dasar kerajaan yang banyak membantu mereka, golongan peniaga Melayu perlu sedar, tanpa bantuan dari dasar-dasar kerajaan, jangan haraplah mereka dapat bersaing dalam arus perniagaan di negara ini. Begitu juga dengan golongan profesional Melayu terutamanya, jangan terlalu sombong dengan kedudukan anda sekarang ini, anda kalau tidak kerana dasar kerajaan yang membantu anda belajar di luar negara, belajar di universiti, biasiswa dan kuota pengajian tinggi, jangan haraplah anda akan berada di tempat sekarang ini, jadi sedarlah diri jangan kerana telah berjaya, maka anda mempertikaikan dasar-dasar kerajaan kerana anda sendiri sebenarnya adalah golongan yang menerima ihsan dari kerajaan hingga anda berjaya, jadi sedarlah diri dan jangan berlagak sangat mempertikaikan dasar-dasar bantuan kerajaan terhadap golongan bumiputera, kerana ramai lagi bumiptuera terutama di Sabah dan Sarawak yang perlukan pembelaan, jangan fikir pada orang Melayu saja, fikirkanlah golongan bumiputera lain juga. Kepada golongan profesional dan golongan peniaga bumiputera terutamanya orang Melayu jangan angkuh dengan kedudukan anda hingga mempertikaikan dasar-dasar kerajaan yang membantu bumiputera, kerana saya pasti ramai peniaga Melayu seperti kontraktor, pekilang dan sebagainya akan muflis dan punah perniagaan mereka kalau dasar-dasar membantu bumiputera dimansuhkan, jadi jangan berlagak sangat, kepada golongan profesional bumiputera terutama orang Melayu, anda kalau nak angkuh sangat pun, tak ke mana, malahan golongan profesional bumiputera terutama orang Melayu ini pun bukanlah hebat sangat, kalau tanpa bantuan dari kerajaan, kamu semua juga akan merudum jatuh hingga tidak boleh bangun kembali, jadi jangan takbur sangat.

Kepada golongan muda bumiputera terutama orang Melayu yang anti-establishment, kamu semua jangan berlagak sangat kerana kamu semua lahir dalam keadaan serba serbi senang, kamu jangan ingat dengan bersenang lenang dan hidup sesuka hati tanpa usaha kamu semua akan boleh hidup senang selamanya, kerana kamu semua akan jadi porak peranda, jadi kuli dan dihina oleh orang lain selepas hilangnya kuasa politik bumiputera.

Golongan pimpinan dan generasi terdahulu berhempas pulas memajukan negara ini, mengusahakan kesenangan kepada golongan sekarang ini, tetapi golongan sekarang ini, tidak tahu mengenang budi, tidak tahu bersyukur, tidak mahu bersama-sama berusaha untuk memajukan negara, sibuk dengan gerakan anti-establishment yang berselindung di sebalik slogan retorik yang sangat tidak berguna. Sedarlah semua orang bumiputera terutama orang Melayu sekalian, kamu semua berjaya kerana bantuan dan usaha gigih golongan yang terdahulu, janganlah kamu semua berlagak sombong, angkuh, memandang hina tarhadap usaha pimpinan dan generasi terdahulu yang gigih menjayakan negara ini hingga kamu semua berjaya hidup mewah dan senang sekarang ini. Kerana kalau pimpinan dan generasi terdahulu berperangai seperti kamu semua sekarang ini, maka kamu semua jangan haraplah merasa kemakmuran dan kesenangan seperti sekarang ini, malahan kehidupan kamu mungkin akan jadi seperti orang di Somalia, di India atau di Bangladesh yang terpaksa merempat di negara orang lain. Jadi sedarlah dan berusahalah.

Tukang Komen said...

Buang nafas Najib je debat ngan orang tak bermoral dan busuk hati. Yang layak debat ngan Anwar malaikat maut je. Tak sempat nak sebut pisang si Nuar dah kena das. Banyak hujah yg ditujukan rakyat kpd Anwar masih tak terjawab. Selesaikan dulu soal Shamsidar dan china doll baru ajak orang lain berdebat. Ada faham?

Anonymous said...

terbukti BN aktif bekerja .. sebaliknya pakatan haram meroyan sepanjang masa ! !


☺ ♂ ☺

Anonymous said...

Generasi muda sekarang ini perlu mencontohi kegigihan generasi muda pada dekad awal 90an dan ke bawah yang gigih untuk memajukan negara. Saya melihat generasi muda sekarang ini telalu senang memperolehi itu dan ini hingga menjadi 'anak manja' yang tidak tahu untuk berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan atas usaha sendiri, semuanya dengan bantuan dari orang lain. Sikap ini adalah tidak bagus, kerana selepas perginya generasi terdahulu ini, siapakah yang akan 'menyuap' generasi muda sekarang ini? Lihatlah budak kecil darjah tiga pun sudah ada telefon bimbit yang lebih canggih dari cikgunya kerana ibubapanya membelikan telefon itu kerana sayang tahap memanjakan yang akan merosakkan kepada anak-anak. Saya bukannya nak membangkan membuta tuli, tetapi lihatlah apakah keperluan telefon bimbit kepada seorang kanak-kanak darjah tiga? Apakah mereka telalu sibuk hinggakan perlu kerap berhubung dengan pelajar di luar negara dalam menjalankan penyelidikan? Rasanya tidak pun begitu, telefon itu digunakan untuk hiburan, mendengar lagu, menghantar pesanan ringkas yang merosakkan bahasa kepada teman perempuan atau teman lelaki walaupun baru di sekolah rendah, yang sekolah menengahnya pula apatah lagi. Oleh itu perkara ini perlu dilihat oleh ibu bapa supaya anak-anak tidak dirosakkan oleh ibu bapa yang silap menilai apa itu kasih sayang dan kemanjaan yang sebenarnya yang perlu diberikan kepada anak-anak.

Saya melihat generasi muda sekarang ini dengan berbagai kemudahan dan kecanggihan, mereka mahir dalam menggunakan alat-alat canggih seperti telefon yang pelbagai bentuk dan jenisnya, komputer pun dengan berbagai versi yang begitu canggih, tetapi kepandaian menggunakan tanpa kepandaian menghasilkan adalah suatu perkara yang juga tidak bagus kerana kita selamanya hanya akan menjadi pengguna tetapi tidak pengeluar, kita selamanya akan menjadi golongan yang bergantung kepada oarng lain untuk mendapatkan alat-alat itu.

Kerana kesenangan dan kemewahan hasil pengorbanan dan usaha gigih dari pimpinan dan generasi terdahulu, maka generasi sekarang menjadi pemalas, suka disuap, terlalu sombong, tidak tahu untuk bersatu, suka mempertikaian itu dan ini sedangkan mereka sendiri tidak dapat membuat dasar yang lebih baik dari dasar yang mereka pertikaikan itu. Keadaan ini adalah amat berbahaya kepada mereka dan juga kepada kelangsungan negara ini. Kerisauan yang berlegar sekarang ini adalah selepas perginya pimpinan yang telah berumur pada masa ini, apa akan jadi dengan kelangsungan negara ini? Kualiti pimpinan muda negara ini banyak yang boleh dipertikaikan, terlalu banyak beretorik dan terlalu banyak memepertikaikan itu dan ini sedangkan mereka sendiri tiada pengetahuan untuk membuat penambah baikan untuk apa yang mereka pertikaikan itu, jadi apa gunanya mereka pertikaikan itu dan ini? Apakah mereka ini berfikir sebelum bercakap atau mereka ini tidak pernah berfikir dalam percakapan mereka?

Mungkin ramai yang akan marah kepada saya. Mungkin ramai akan beranggapan saya seorang yang kolot dan tidak berwawasan, tetapi kekolotan dan sikap tidak berwawasan adalah sikap yang suka bersenang lenang tanpa ada usaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta asyik suka 'disuap' oleh orang lain sekiranya memerlukan sesuatu. Oleh itu, fikir-fikirkanlah, berubahlah kerana nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah melainkan kaum itu merubahnya, malahan dari segi individu pun sama juga, ini adalah firman dari Allah sendiri dalam Al-Quran, maka kita semua, terutamanya generasi muda perlu menyelusuri sejarah, perlu menambahkan pengetahuan, perlu memperkuatkan kesatuan bernegara, perlu mengamalkan sikap-sikap baik untuk menjadi orang yang berjaya bukan saja di dunia, malahan di akhirat.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek.


PUAS KITA KATA SHABERY CHEEK YG MENANG..

TP PUAK PAKATAN KATA ANWAR JUGAK YG MENANG

SO KALAU NAJIB MENANG PUN PUAK PAKATAN YG DAH BERAHI NAK MASUK PUTRAJAYA AKAN KATA ANWAR MENANG JUGAKKK

TGK SMLM RAFIZI KONAR POLITIK BERTUJUAAN NAK MALUKAN ORANG.. BUKAN DEBATes YG BAIK pun..

YG TERBAIK DEBAT BUKAN TOP DOWN...SEBAB DOWN SENTIASA NAK DOWNKAN YG ATAS... FAKTORNYA 'DOWN' KAN YG dah DOWN, org XRASA APA 2 , sebab dah down..
contoh TOP TOP PULAK...NAJIB DEBATE DGN LKY (haa baru seraraf...amacam LKY mau rentap ka)

YG TERBAIK DEBAT anwar ANTARA DOWN-DOWN
sebab..semua sama level...kepentingan politik kosong kosong

CONTOH..PAS DGN DAP..

TAJUK yg nak bg clear otak pengundi dari KELIRUAN

HUDUD ... PAKATAN NAK NAK BUAT KE TAK NAK

yg cina ingat pas dah insaf bertobat..xkan buat hudud

yg walaq plak ingat pas akan buat jugak hukum hudud...org pertama kena hudud ialah org DAP PASAL ENGKAR DGN HUKUM HUDUD..kasi tebas konek2 semua utk masuk islam

lepas tu negara huru hara..

Anonymous said...

kalau dah meroyan sangat nak berdebat ,buat je antara org-org tua

nik ajis dgn kapal pusing

tgk siapa pulak nak menang.

seorg cakap kelante..seorg cakap pusingx2...elok lee

Ms Pearl said...

serious ar?
mine belum settle lah.
PBT malas sebab kerajaan dipenuhi dengan ketua-ketua yang really care lah.

dalam case ni i tak pernah salahkan PKR, DAP atau PAS atau parti parti yang bersekutu dengan 3 parti ni.

I salahkan BN. parti yang dah lama perintah selangor.

BN bukan perfect ada banyak masalah. cuma i tengok PAKAR ni satu cara untuk tebus kesalahan. I hope bukan propaganda untuk menang pilihanraya saja.

Anonymous said...

Saya telah membuat aduan kepada Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Aduan saya sampai sekarang tidak diselesaikan.

Selepas beberapa bulan, saya telah membuat aduan kepada PAKAR Hotline.

Aduan saya masih tidak dapat diselesaikan.

BN boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia? Saya rasa tidak.