Saturday, May 19, 2012

KALID GAGAP BONEKA DAP.



Cafe Rocket Bukti Penyalahgunaan Kuasa Kerajaan Selangor

Selama ini DAP dan pakatan pembangkang PR sering mendabik dada dan kerap bercakap besar seolah-olah merekalah juaranya dalam isu kredibiliti (kebolehpercayaan) dan integriti (kejujuran dan ketulusan). Dan, tidak sedikit penyokong DAP dan PR khususnya dari kalangan keturunan Cina yang menelan bulat-bulat retorik tersebut.

Malah ada juga segelintir orang India dan orang Melayu yang menyokong pembangkang turut sama menaruh kepercayaan serta terpengaruh dengan propaganda bombastik itu seolah-olah bagi mereka PR adalah paling telus, jujur, teguh amanah dan penuh kredibiliti. 

Hakikatnya, realiti dengan fantasi jauh berbeza apatah lagi bila tiap bait kata dan janji mulus itu dilaungkan oleh golongan politikus yang resam kerja hariannya memburu kuasa dan harta berselindung disebalik retorik dan propaganda.

Pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz berkaitan cabang perniagaan DAP, Cafe Rocket yang beroperasi tanpa kelulusan majlis bandaran hanyalah satu daripada pelbagai isu yang sudah sekian lama sengaja dipendam begitu saja oleh kerajaan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.

Satu pendedahan yang menarik kerana ianya menambah lagi koleksi kepincangan urus tadbir negeri oleh kerajaan Selangor yang turut dianggotai DAP sebagai rakan sepakatan dalam memerintah negeri Selangor. 

Sebelum ini dalam kes Teon Beng Hock, isu rasuah dan penyalahgunaan tender kontraktor Bumiputera oleh penyokong Cina DAP pernah didedahkan dalam inkues terbuka beberapa tahun lepas namun telah dipolitikkan pemimpin negeri kononnya ia permainan politik oleh BN.

Menurut Tunku Aziz, Cafe Rocket tersebut yang terletak di Petaling Jaya dimiliki oleh ahli kanan DAP hingga kini bebas beroperasi tanpa permit sah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak hampir tiga tahun lalu.

Menurut Tunku Aziz lagi, apabila isu tersebut dibangkitkan oleh ahli-ahli DAP yang lain tiada tindakan konkrit diambil untuk menjawabnya melainkan seperti sengaja di sapu ke bawah karpet.

Mengikut rekod, perlancaran rasmi Cafe Rocket telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua menteri Pulau Pinang pada 4 Oktober 2009. 

Timbul pertanyaan besar di sini, apakah punca utama yang mengecualikan Cafe Rocket daripada tertakluk pada undang-undang hingga dibenarkan beroperasi secara haram tanpa tindakan dari majlis bandaran?

Apakah disebabkan DAP sebagai komponen pendukung utama kerajaan negeri Selangor maka ia mendapatkan keistimewaan untuk melanggar aturan undang-undang tatkala banyak penjaja di tepi jalan terpaksa berdepan dengan langkah penguatkuasaan oleh MBPJ?

Mengapakah sehingga kini Menteri Besar Selangor, khalid Ibrahim terus berdiam diri sedangkan isu ini bukan sahaja berkait rapat dengan soal ketelusan dan kejujuran malah turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya tiada mana-mana pihak pun terkecuali.

Adakah kerana pemimpin utama DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkuasa penuh sebagai EXCO ataupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan maka kerana itu Cafe Rocket diberi kelebihan untuk beroperasi secara haram?

Adalah agak jelik dan memalukan bila selama ini DAP gah berkokok mendabik dada sebagai juara demokrasi yang memperjuangkan kredibiliti dan integriti namun bila saat memiliki secebis kuasa pemerintahan sampai masanya tidak berupaya merealisasikannya.

Selama hampir tiga tahun cafe Rocket beroperasi tanpa permit seperti mana kata Tunku Aziz bermakna selama tiga tahun ini kerajaan Selangor membenarkan berlakunya perlanggaran undang-undang dan penyalahgunaan kuasa.

Baru diberi nikmat menguasai kerajaan di peringkat negeri pun dah terpampang ketidaktelusannya mentadbir, bagaimana mungkin untuk mengurus tadbir sebuah negara yang tentunya menuntut lebih ketegasan dan integriti yang tinggi.

Jika beginilah realiti dan hakikatnya, tiada guna untuk DAP mahupun kerajaan PR Selangor untuk terus mendabik dada sebagai pejuang demokrasi yang berintegriti apatah lagi untuk terus beretorik mendakwa diri sebagai anti rasuah dan anti penyalahgunaan kuasa.

22 comments:

Anonymous said...

jgnkan kafe roket,skandal korek pasir pun x selesai2 lg.kes DUMC beroperasi scr smpi kantoi oleh hassan ali pun mmg x beroperasi scr haram.pusat urut?huh...cerita mcm tebal buku novel pun x habis lg..

Anonymous said...

bro Karpal nak hapuskan hak orang melayu dalam Komen Malaysiakini Hari ini..19 June 2012....

Minta apungkan tajuk ini dan ini bola tanggung....segera

Juara Wira said...

DAP...bijak...
pkr...rojak..
pas...cicak...

pas nak muzakarah????
umno ckp takda masalah...
mahfuz dan mustafa taknak???
niajis hadi auta ckp lantak la...
lepas dua hari apa jd???
pas bg syarat...
syarat apa???
perbetulkan sistem pilihanraya..
sebelum ni ada ckp syarat??
tak..
pasai apa tiba2??
tanya DAP...

Anonymous said...

Ganas!! 5 anggota polis rempuh pagar rumah Perdana Menteri Malaysia...... Apa maknanya????
5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana
NORAIZURA AHMAD
19 Mei 2012
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh./SinarHarian

-----------------

Allah Maha Mengetahui

Unknown said...

Bila dia buat, semua OK.. Langgar peraturan pun xpa..

HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

DAP skrg bukan lg setakat parti cauvinis cina tapi dah jadi parti evangelis kristian. Byk la cina2 kt m'sia yg berugama buddha da kene tipu. Kesian2.

Undi PAS = Undi DAP

Anonymous said...

Anon 6.57

Maknanya undi BN la pru 13..haha
nk undi pembangkang x buleh..x..x..
mne buleh nk tumbangkan Kerajaan yg sedia ada dn x buleh pru 13 pembangkang menang...Timbalan dn Pengerusi SPR org UMNO jadi jgn risau ye..?

kehkehkeh

Anonymous said...

May 19, 2012 6:57 PM

Kalau benda dah nak berlaku mcm itu la..
Jgn nk mencari keburukan kerajaan..
Apa-apa je la..

Anonymous said...

.

Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

.

Anonymous said...

Gerai2 orang Melayu kebiasaanya mesti dirobohkan.Pusat2 hiburan dan kelab malam tiada lesen atau lesen tamat tempoh tiada tindakan.Inilah pemerintahan pembangkang.

Anonymous said...

Sokong Anon 8:08 !!!

Anonymous said...

Saturday, May 19, 2012
Lima polis cedera rempuh pagar Seri Perdana di percayai mabuk..
Ambik ko.... inilah, mentang-mentang UMNO dok tatang dan belai mereka,,, apa dah jadi ....


Boleh ke dalam tugas di daerah Shah Alam pergi bersiar-siar guna kereta kerajaan ke Putrajaya, kemudian dipercayai mabuk..... baguih-baguih.... ini standard Polis Malaysia di bawah UMNO.....


---------------

Allah tunjukkan satu persatu..moga menjadi iktibar bagi kita semua.

UMNO PARTI PENJARA said...

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

Anonymous said...

Aku memang sokong 'kump. Adik2 keluar UMNO'. Sebab yang jelas adalah untuk masa depan anak cucu aku juga. Nak pertahankan benda2 salah pemimpin2 lama sampai bila? bodohkan diri saja. Masa depan negara untuk anak2 kita pun tak fikir. Bodoh kan..

usin said...

terlalu kuat sangat berkokok, tak sedar ekor bergelumang taik!!! SELAMAT DATANG KE SELANGOR!!

Anonymous said...

Anak muda keluar umno? bila masuk? rasa-rasanya dok jadi pembangkang dah kot. Rakyat tak suka mereka akan pangkah PRU 13 nanti, jgn risau. Banyak guru, penjawat awam, bekas tentera dll yang dah tak tahan tengok orang Melayu Islam berjaya. Mereka nak rasa bagi orang lain memerintah supaya boleh dapat hak sama rata..cerdik sungguh...

Anonymous said...

Woi bodoh asal benda jahat je unno.. habis tu byk pelacur di kelantan,penang dan selangor tu pasal PAS ke??
Hanya golongan munafik saja yg suka menfitnah

Anonymous said...

Adek2 semua blum balil cakap pun meroyan.

Anonymous said...

Anon 9:01
Pastike polis2 semuanya UMNO.... Mereka cari makan .. Ada UMNO ada PAS ada PKR... kalau dari rakyat kelantan da PASTIla banyak pas... Kena ingatla ... Kau cuba cek... Kalau makbapak orang PAS... anak2 depa gerenti baik2 ke?

Anonymous said...

Kebetulan je tu anak ko baik. Cuba cek baik, kalau anak2 dia umno. Mak bapak dia baik tak? Rasuah?

Anonymous said...

Anon 9:01 label Polis jahat je UMNO salah
Anon 11:11 label bila rasuah je .. UMNO salah

Tula .. Banyak sangat baca harakah

Rasuah di selangor ni sapa salah, nik aziz rasuah bersih sapa salah? Ooo... Tu bukan rasuah ... Tu sedekah...

Anonymous said...

anwar azmin kaya sapa rasuah ? Inila bapak2 rasuah... Dan anwar jugalah yang melabelkan UMNO rasuah... Anwar ni memang kaki spin.... Zaman tun... Anwar heboh pasal kroni tapi sebenarnya diala yg berkroni.. Bila dipecat dia kata konspirasi ... Sebenarnya diala yg berkonspirasi.... Begitulah juga dengan rasuah... Sebenarnya diala raja rasuah...