Krisis Air Bakal Jahanamkan Ekonomi Selangor
Tidak berapa lama dulu Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP) di Kedah pernah di timpa dengan masalah bekalan air bersih yang pada peringkat awalnya menyebabkan banyak pelabur menanggung kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi kilang mereka secara berkala.
Apabila masalah bekalan air bersih masih berterusan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan PAS Kedah, akhirnya para pelabur mengambil keputusan drastik menutup operasi masing-masing menyebabkan beratus-ratus pekerja hilang mata pencarian.
Sedangkan sejak KHTP dibangunkan pada 1996, sekurang-kurangnya RM23 bilion nilai pelaburan asing berjaya dibawa masuk sekaligus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negeri dan rakyat.
Namun setelah pembangkang (PAS) mengambil alih kerajaan negeri, kawasan industri tersebut mula layu disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dengan baik termasuklah gagal menyelenggara bekalan air untuk kegunaan kilang-kilang di kawasan tersebut.
Semacam sudah menjadi badi dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila diberi peluang memerintah negeri, mereka akan menjadi seperti 'tikus membaiki labu', mengubah itu ini sesuka hati konon atas sebab untuk penjimatan atau tambah baik perkhidmatan, tapi akhirnya bukan kebaikan yang diperolehi sebaliknya banyak mengundang bala dan menjahanamkan.
Apa yang terjadi di KHTP tidak mustahil bakal berulang di Selangor kerana polisi dan dasar kerajaan negeri Selangor hampir sama dengan kerajaan Kedah - gemar mengubah perancangan asal pembangunan kemudian banyak beretorik bermain politik tanpa mengambil kira kesannya pada rakyat dan ekonomi.
Apabila MB Selangor, Khalid Ibrahim dari PKR secara rasmi dua tahun lalu menolak pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dengan alasan untuk penstrukturkan semula bekalan air bersih, kesan negatifnya kini sedikit demi sedikit mula terasa.
Para pelabur mula menjauhkan diri, yang mana sudah bersetuju sebelum ini untuk membina kilang operasi mereka, kini masing-masing mengambil keputusan samaada membatalkan atau menangguhkan dulu pelaburan kerana ragu dengan sistem bekalan air di negeri ini.
Angka terkini menunjukkan Selangor telah kehilangan sekurang-kurangnya 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM dan sepatutnya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada 12,000 orang.
Mudah untuk Khalid Ibrahim ataupun pemimpin pakatan pembangkang yang lain berkata projek Langat 2 atas alasan bekalan air mentah mencukupi sehingga tahun 2019.
Tapi, kilang mana yang sanggup menggunakan bekalan air mentah dari lombong atau sungai untuk menjalankan operasi kilang mereka?
Isu sekarang bukannya soal air mentah masih memenuhi empangan atau sungai, sebaliknya isu sekarang ialah bekalan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan rakyat dan kilang-kilang.
projek Langat 2 bukan sekadar tambahan satu loji baru yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang, ia juga satu perancangan jangka masa panjang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi Selangor.
Tapi, perkara sebegini sukar difahami oleh pemimpin-pemimpin negeri yang lebih selesa beretorik mencipta polemik politik.
Mereka hanya nampak banyak air di empangan tapi gagal memahami isu asas yakni sebahagian besar loji rawatan air sudah beroperasi melampaui kemampuan sebenar. Mahu tidak mahu, loji rawatan air yang baru tetap diperlukan dan penyelesaian jangka masa panjangnya ialah Langat 2.
Namun disebabkan Khalid Ibrahim terasa terlebih cerdik, tanpa berfikir panjang ditolaknya pembangunan loji rawatan air yang baru di Sungai Langat. Dua tahun berdolak dalik gagal mencari penyelesaian, masuk angin keluar asap.
Kesannya nanti sekiranya krisis air mula meluas ke seluruh Lembah Klang, bukan sahaja ekonomi Selangor akan jahanam, silap-silap pelabur asing pun akan menjauhi Malaysia.
34 comments:
kilang kulim kat mna woi yang kena tutup pasai takdak ayaq??? tolong la tulis nama kilang biaq panas sikit..
Jika Khalid ambik alih Syabas, adakah boleh menyelesaikan masalah ? Saya rasa masalah tetap sama kerana demand lebih dari supply. Berapa byk logi yg boleh memenuhi keperluan ? Berapakah kepadatan penduduk ?
masalahnya pusat B2B dan hotel budjet yang bercambah macam cendawan ini lah pengguna air yang banyak, 1 orang 10/20 x mandi sehari mana air nak cukup.
Samada Khalid boleh atau tidak selesai masaalah hanya masa yg menentukan...tapi yg pasti Syabas mmg tak mampu..yg depa tau suruh kjaan negeri buat loji..lembu pun boleh manage air mcm tu...apa yg kita mau ialah operator yg efficient tanpa kjaan perlu membelanja capex yg banyak...
kpd Syabas pula sori to say tapi ini satu lagi contoh syarikat kroni melayu yg tak dpt bersaing bila tak dpt perlindungan...
.
Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .
.
Where on earth la you dapat gambar ni GAP heeheehehhehe
bulan bulan puasa ni kurang tak pahala puasa gelakkan gambar macam gini? :D
Tak bolih salah PAS ,salah diri sendiri pasai apa pilih PAS.
senang je cerita..khalid nak tutup malu sbb tak boleh bagi air dan nak tutup hutang dgn syabas lepas tu nak hentikan projet air baru dari pahang ke langat sbb projek tu kerajaan pusat punya bukan kerajaan negeri..
Zat nak tunggu sampai air takdak dari paip air. Khalid mmg tak akan benarkan penambahan loji rawatan air sbb nak sumbat kroni dia lak dlam syabas.
Huh..politik...politik..kroni..kroni...kroni.
Bapak segala kroni PKR..anak, bini, laki, kekasih, bini kekasih yg suri rumah pun...boleh kaya sbb jadik kroni.
Diikuti dgn DAP, anak bapak..
GAP, aku suka gambor ni.. :-)
sat lagi mai lah bomo taik babi (mcm yang gap sebut dulu tu) menyibuk kat sini!!!
cakap dia dapat rm2 satu komen, dia nak bukti pulak. ada kes yang dah siap bukti bgmbaq pun...tak pcaya jugak!!!
aduhai bomo taik babi!!!
Zat,aku rase kau ni jenis owg suro kau nganga,kau ikot je...syabas ni sykt perkhdmatan air..dy cume jalankan ap yg diarahkan oleh krajaan ngeri je....yg control semua kerajaan negeri..tarif,bekalan...kau pon janganlah bengap sangat mcm kalid gagap...kau ingat dengan kalid gagap ambil syabas bole selesai ke,?unisel pon nk dilacurkan ,syabas pon kene...kroni melayu pon,ad inisiatif nk bantu melayu..jgan mcm kau,tadah ajelah taik kiasu yg x reti bersyukur tu.
dasar baru mengkerajaan syarikat....
khalid gagap
syabas ikut arahan je? abis apasal nk catu air...sapa punye arahan?..lagi satu kau bayar dia org mahal utk ikut arahan je...?? duduk bawah payung BN/UMNU boleh la..bila org kata syarikat melayu lemah kau org marah...ini salah satu contoh besar...
MB Sgor skrang sdg cuba membuat terbaik utk rakyat..tak mau berbelanja ikut ckp operator..& tak mau bekalan terganggu..
kau pegi la bergaul dgn org2 dlm industri...byk cerita pasal Syabas...
Zat, byk cerita pasal syabas eh..apasal tak byk cerita pasal air kelantan?
Sbb org yg suka membangkang mcm ko, amat suka mengadu domba, memfitnah dan mengumpat. Itu keje full time spesis org mcm ko.
Tak byk citer pasal air kelantan yg kuning mcm air kencing, sbb org suka membangkang mcm ko tak nak lak bercerita.
Mb SELANGOR cuba buat yg terbaek utk rakyat??
Ye la tu..terbaek..mcm kes sampah dan kes pasir.....
Samalah mcm dia ambik portfolio agama di selangor....maksiat makin bermaharajalela
Anon 4:22pm
bang, kita tgh cerita pasal air kat sgor bukan kat k'tan..k'tan lain forum lah..
ini bukan isu fitnah..situasi sdg berlaku skrang ni di sgor..spt yg aku katakan td aku rasa MB tgh doing the best utk settle masalah ini..doing the best bermakna tak ikut arahan Syabas..Syabas kena sedar dia tu operator saja..MB Khalid bertindak sbg CEO bagi rakyat Sgor yg menjadi tuan punya aset2 Sgor..so sori la aku sbg rakyat sgor aku berdiri di belakang MB Khalid...kalu aku ada share dlm Syabas & yes, aku mungkin akan sokong tindakan Syabas utk mengaut keuntungan dari air yg menjadi keperluan asas kita..
PI LANTAK KAU ORANG LAH ORANG SELANGOR UNDILAH LAGI PR DALAM PRU 13 NANTI PADAN MUKA KAU
zat since kau dh ada kt sini jwp je la pasal air kat klantan.kau pun slalu lari tajuk masa bgi komen kt sini.
GAP tolong bagitau nama kilang di kulim hi-tech yang kena tutup pasal tkde air tu, sebab ini modal terbaik BN nak rampas kawasan kulim dari pembangkang.
Ku Li yang dinobatkan sebagai ketua Angkatan Perpaduan Ummah sebagaimana Anwar hari ini, mendapat inspirasi dari kekalahan parti kongres kepada bharatiya janata party (BJP) utk mengalahkan kerajaan UMNO baru pada pilihanraya 1990. Masihkah ingatkah sahabat2 bahawa jikalau x kerana tengkolok salib (Kpd para pembesar nehara berhati-hati ini adalah dakyah kristian) yg dipakaikan kpd Tengku Razaleigh, tentu PM selepas pilihanraya 1990 adalah Ku Li bukannya T. Mahathir. Sahabat2 ingat tak lagi siapa MB Kelantan sebelum TG Nik Aziz, MB UMNO namamnya Mohamed Yaacob. Kalau itu pun rakyat telah menolak Tengku Razaleigh. Sekarang berlaku kpd DS Anwar yg jelas membuat kemungkaran demi kemungkaran, kita nak angkat jadi PM?
@zat
tahu kah anda apa peranan syabas?..kalau bahlol nak terliti kontrak jgn main kritik saja.
syabas hanya membekal air bersih kepada pengguna.semua station pembersih kepunyaan kerajaan selangor..bodoh!!
tugas kedua syabas adalah kutip hasil air dan servis paip2.
syabas tu pun kerajaan selangor ada saham.tunggu lah syabas saman balik kerajaan negeri.
Abd Razak
Syabas nak saman? Kalu Syabas nk tunjuk lagak dia..aku cadangkan MB Khalid bayar pampasan kat depa ni and suruh get the hell out..tgk kat mana biznes dia org boleh dpt...
ko tau tak pasal pembangunan.... Rumah bertambah..kilang bertambah... Perniagaan bertambah...living kualiti semakin tinggi.... semua nak bersih.... Nak penstukturan buat je la... Tu pasal pengagihan bekaln air...Cakap2 je dah bertahun... Skarang orng citer treatment plant... Tak cukup air bersih nak tampung pembangunan.... Benda tu bukan sebulan dua bulan siap... Ni bukan benda politik... Mb ko tu nak jadi hero tak bertempat...
ni untuk zat tolong explain.....kalid ada cakap, air sungai kat selangor melimpah2......so, no worries....
yang dia tak tahu, air yang disupply tu treated water, dari treatment plant, bukan nya dari sungai.....
dah pekak ke tuli kalid ni, org cakap lain dia jawab lain......
aku cakap ni sebab aku memang operate water treatment plant, raw water supply and distribution.....throughput treated water supply lebih bergantung pada treatment plant capacity bukannya cuma raw water supply.........aku rasa aku lagi layak dari kalid kalau nak cite bab ni......tapi kelentong kalid memang aku tak leh lawan aaa......
-anti jubur-
jakarta
Kulim hi Tech
Intel Corporation & First Solar - dah tutup beberapa unit operasi depa melibatkan kehilangan kerja untuk sekitar 500 orang.
Kajatuhan Singapura ke tgn LKY adalah angkara PAS. 1964 Tungku diserang pelbagai penjuru sama mcm DS Najib. Dlm perarakan Maulidulrasul 1964 (Penyokong PAS)kaum cina tlh membaling objek yg menibulkan huru-hara, aksi membakar bangunan terjadi yg dijadikan modal oh LKY utk melobi antarabangsa dgn selogan "Msia 4 Msian". Dimasa yg sama PKM berperanan menentang ala gerila dan memburukan Tungku melaui siaran radio (kalau skg melaui media sosial) berpengkalan disempadan siam. Akhirnya Tungku hilang sokongan padu org Melayu terpaksa menyerah pulau itu kpd LKY. Sejarah akan berulag lagi jika kita mengamati keadaan sekarang PAS berkerjasama dgn DAP (dulunya PAP)DS Anwar mengabil peranan sbg LKY memburukkan PM diarena antarabangsa, PAS ganyang PM melalui semangat kebencian kpd DS Najib. P.P, Perak,Sabah dan Swk diambang MAUT
Isu air Sgor apa kita nak memihak kpd TS Khalip. Skrg tauke SYABAS org melayu, kaya camanapun melayu, kontraktornya pu byk melayu. MB Sgor kena tekan dgn DAP bkn pasai apa. Bila SYABAS kjaan Sgor ambilalih sudah pasti DAP gembira besar kenapa? Sendiri jawap la boh...
Anon 12:16am
sy suggest u jumpa MB Khalid & lead team baru..sy tak tau samada u lagi bagus dari MB Khalid or not tapi sy percaya u r definitely better than sapa nama CEO Syabas tu..do some value engineering & control this capex spending..
Ali
kalu melayu pun takde ke melayu yg lg cekap...sy percaya ramai ada.. memproses air bukan lah satu bende yg unik..
problem bukan sbb dia melayu..problem sbb dia tak cekap !!
hurm.. boleh tolong bagi aku faham sikit tak.. kuasa pasal air ni sebenarnya under kerajaan negeri or kerajaan pusat ek? and another thing, kenapa kerajaan perssekutuan sangat2 concern untuk air di selangor? Hari tu cakap air kelantan paling kotor.. So apa yang kerajaan persekutuan nak/dah buat untuk air kelantan plak? just curious..
Bro itu bkan pusat rawatan la bro...itu empangan langat
untuk da supply air mentah...
but skarang...air empangan da penuh lagi...
the point is syabas mogok sbb kerajaan BN Yang korang puja tu wat perjanjian untuk naikkan tarif air sebanyak 5 kali.... percubaannya gagal sbb kerajaan selangor menolak
saya putar halim...
Post a Comment