Thursday, July 12, 2012

LGE NAK JADI 'JAMIL' CERITA MADU TIGA !



Cadangan pemimpin MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian pembohongan (poligraf) sewajarnya disambut baik memandangkan itu antara caranya untuk mengetahui kebenaran kes moral yang sedang hangat diperkatakan sekarang.


Tika ini orang ramai khususnya penyokong DAP dari kalangan kaum wanita agak tersentuh hati mereka dengan dakwaan skandal Lim Guan Eng dengan seorang wanita muda yang bernama Ng Phaik Kheng. 



Sukar untuk mereka menerima hakikat kelakuan curang seorang suami pada isterinya apatah lagi bila wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng adalah pekerjanya sendiri.



Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.



Sebagai pemimpin muda DAP yang meningkat naik dalam dunia politik hasil pertolongan 'tongkat ajaib' yang dimiliki ayahnya yang juga Penasihat DAP, sepatutnya Lim Guan Eng memiliki keberanian untuk menyahut cabaran tersebut.



Jika selama ini aura amalan nepotisme dan dinasti Lim yang kerap menjadi pelindung kepada kerjaya politiknya, mengapa tidak untuk pertama kalinya beliau menggunakan inisiatif dan fikiran sendiri untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf itu.



Bagi memastikan ujian poligraf ini mencapai matlamat dan mampu menutup mulut pengkritiknya, disarankan kepada Lim Guan Eng untuk membawa bersama isteri beliau, Betty Chew yang juga merupakan wakil rakyat DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.



Turut disarankan menyertai ujian itu nanti ialah Ng Phaik Kheng, wanita 'malang' yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng. 



Adalah lebih baik sekiranya ujian itu nanti dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam bagi membuktikan ketelusan dan memuaskan hati semua pihak. 



Soal dari mana mahu dipinjam mesin tersebut tidak menjadi kerumitan kerana agensi-agensi penyiasatan tertentu pasti sahaja ada yang memilikinya.



Rasanya Lim Kit Siang sendiri pun tiada halangan untuk membenarkan anak jantan kesayangan bersama-sama menantu garangnya itu menjalani ujian mengesan penipuan tersebut. 



Lim Kit Siang selaku pelopor politik dinasti dan pengamal nepotisme paling lama dalam sejarah tanahair tentunya tidak sanggup melihat anak lelaki dan menantu perempuannya dikenali sebagai pembohong, penipu dan pengecut.



Cukuplah gelaran tersebut hanya lekat di dahi Anwar Ibrahim hingga kini hanya dek kerana takutnya dia dengan ujian mesin poligraf. Dah namanya penipu dan pembohong tentulah takut dengan mesin mengesan pembohongan, tak begitu?

15 comments:

Anonymous said...

parut kerana terkena pisau cukur, massa tak hairan dan nak jaga tepi kain orang

tetapi kalau plaster di dahi ada kaitan dengan luvite dan rentetan selepasnya, makanya masa 'wajib' tahu kalau pihak terbabit adalah idola mereka.

Anonymous said...

justeru kalau tak mahu masa ambil berat kesejahteraan anda...usahlah jadi idola depa, yoep.

Unknown said...

"Mesin poligraph ni tentunya telah di konspirasikan oleh UMNO!" sekiranya mesin itu menyatakan bahawasanya LGE berbohong... err... UMNO gak???!!

Anonymous said...

tak dak pulak Clinton saman paper kerana Lewinsky...itu sikap gentleman; berani buat berani tanggung

jangan berani buat, berani saman...ini lebih dari kuku besi waja

zat said...

bagi Najib & Tun M pakai mesin tu dulu...

zat said...

apasal tak suruh buat sumpah laknat...!! berat betul cai2 UMNU ni...dah tak de isu dah kot...

Anonymous said...

ALLAH MAHA BESAR..ALLAH NAK TUNJUK TEMBELANG PAS .... ASAL BUKAN PASS..


Datuk Seri Khaled Nordin telah dihantar sebagai Wakil Khas Perdana Menteri untuk berjumpa dengan Presiden baru Mesir bagi menyampaikan ucapan tahniah kepadanya kerana terpilih sebagai Presiden Mesir.

Pertemuan berlansung di Istana Rasmi Mesir pada 8 Julai 2012. Menurut blog salah seorang pelajar Malaysia yang sedang berada disana , dalam pertemuan itu Presiden Mesir menyatakan hasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai role model kepada sektor pendidikan di dalam negaranya.

Beliau juga berkata akan menjalinkan kerjasama yang baik dengan negara Malaysia.

Haji Hadi pun ke Mesir juga semalam untuk berjumpa Presiden baru.....HAAA APA TU HADI ....BUAT APA TU...HAAA..
-rbf-

NAK BUAT NEGARA ISLAM KA HADI...HADI..AWANGG?? 2013 TARIIKH KERAMAT NEGARA ISLAM ....BARU SMLM MUSLIMAH DICERAIKAN KERANA PI CERAMAH HASSAN ALI.....ADA APA2=KE HADI...

HANG BAI AH APA2 RAMAI2 Ni...

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/07/pas-sunggguh-sesat-dicerai-pasal-datang.html

Anonymous said...

Zat...., LGE sumpah laknat? KAAAAAAAAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAAAAH!!! Tahniah PR satu lagi mangkok dah berjaya disesatkan. Zat.., Lepas ni kalau jumpa LGE suruh dia jadi imam solat pulak ye....

Nat

zat said...

Anon 9:10pm

dh ko org beriya2 sgt meroyan tak tentu hala...baik terus angkat sumpah terus..lepas tu kalu LGE tak sumpah kau orang boleh la seronok sebab betul la tu ada scandal...

eh buat malu org melayu je lah ko org ni..

Anonymous said...

Bagi ko dulu r..nk suro owg..mcm bgos ns ko ni..

Anonymous said...

Bapak ko anugay pon x brani nk sumpah laknat..ni kan komunis moden lak....bengap tu simpan siket bro..jgn tunjukkan sgt

komandomelayu said...

Zat, anuagay tu bapak ko?
Patut la hang sama bangang!

zat said...

komando

kalu hang takde bende yg cerdik nk cakap...apa kata kau amik senapang kau dan jolok bontot kau...

komandomelayu said...

Zat besi karat,

Aku dah kata kalu dah otak kau memang bangang apa kata ko dtg je sg udang biar senapang aku nk rasa bontot ko pulak!
Tak pun aku boleh pg kat kau?

Anonymous said...

Pada sesi penggulungan perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0 dalam persidangan DUN Melaka pada Isnin, Datuk Gan Tian Loo (BN-Duyong) bertanya kepada Betty sama ada beliau mengenali Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Guan Eng, namun Betty enggan mengulas mengenai perkara itu............
BAGUS PUNYA BINI NAK COVER PERANGAI BINI IKUTLAH PERANGAI WAN AZIZAH.....PERSATUAN BINI2 BODOH PEMIMPIN PR, BINI MACAMNI LAH YANG PAS MAU...