Wednesday, July 18, 2012

MENJAWAP FITNAH TERHADAP TUANKU SULTAN JOHOR (BHG 3).


Dalam artikel ke 3 ini, kami akan perlihatkan kepada pembaca betapa 'sakitnya otak' si kamal hisham .

Dokumentasi ke 2, iaitu pendedahan kandungan email peribadi kamal hisham akan dilakukan.

Tujuannya untuk memperlihatkan perbandingan.

Perbandingan jiwa kacau dan betapa sakit otaknya kamal hisham yang tak pernah berkesudahan memburukkan nama baik Tuanku Sultan Johor.

Artikel ke 3 ini agak menarik kerana pembaca akan dipertonton secara dokumentasi akan 'split character' si kamal hisham dalam menelusuri kegiatannya yang sudah terkantoi.

Minggu lepas kami telah dedahkan satu surat milik kamal hisham yang bertarikh 27 januari 2012.


Intipati kandungan surat itu mudah. 

Kamal hisham merayu ronta memohon maaf di atas kesilapan dan keterlanjuran yang telah beliau lakukan terhadap Tuanku Sultan Johor.

Malah kamal hisham juga telah 'mengaku' kononnya beliau tiada terlibat dalam apa juga kegiatan menghasut memburukkan nama Tuanku Sultan Johor.

Namun kamal hisham adalah manusia yang lupa pada janji yang dilafaz.

Dia adalah penabur fitnah pada tahap yang kritikal.
Dia lupa apa yang dia pernah cakapkan.

Jika pada kandungan surat 27 januari 2012 dia merayu ronta memohon maaf di atas kesilapannya membusukkan nama Tuanku Sultan Johor, lain pula yang berlaku pada kandungan email kamal hisham yang kami perolehi.

Pada 11 dan 12 april 2012 kamal hisham telah menghantar email kepada Majlis Peguam johor.




Dalam kandungan emailnya, kamal hisham sekali lagi telah menyerang lantas memburukkan nama Tuanku Sultan Johor.

Pelbagai alasan dan mainan persepsi diberikan kepada Majlis Peguam dengan tujuan untuk meyakinkan Majlis Peguam Johor agar mempercayai setiap kata-katanya.

Jelas 3 muka surat penuh hasad dan fitnah tersebut merupakan rekayasa fitnah ciptaan beliau sendiri.

Kamal menipu dan dia lupa apa benda yang dia tipu.

Dalam kandungan email tersebut kamal hisham mendakwa bahawasanya beliau telah bekerja dengan Tuanku Sultan Johor sejak tahun 1994 lagi.

Ini adalah pembohongan yang kantoi. Kamal hisham mengikut rekod mula berlegar di istana Johor pada tahun 2003. Bagaimana dia boleh claim dirinya dah bekerja di istana pada tahun 1994 ?

Khayal kena morfin ke kamal hisham ?

Kamal hisham juga mengambil peluang menghentam Tuanku Sultan Johor di hadapan Majlis Peguam Johor dengan mendakwa kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 'telah melangkau' dari skop tugasan asal dan perlu dibubarkan.

'Telah Melangkau' pada maksud asal kamal hisham adalah Askar Timbalan Setia Negeri Johor ( ATSNJ) telah mendapat latihan ala komando dan Anti Teroris.

Inilah masalah apabila dangkal dan cuba menjadi jagoan isu tanpa menyertakan kepelbagaian fakta yang sepatutnya dinyatakan.

ATSNJ sudah wujud sejak tahun 1885, jauh lebih tua daripada kewujudan RAMD.

ATSNJ telah berkhidmat mempertahankan kedaulatan negeri johor baik pada perang dunia 1 dan ke 2.

Antara pra syarat kemerdekaan yang dibincangkan oleh Istana Johor dan Tuanku Abdul Rahman adalah ATSNJ punyai hak untuk kekal dan hanya boleh dibubarkan di parlimen setelah mendapat persetujuan daripada Sultan Johor sendiri.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Tun Saleh Abas bekas Ketua Hakim Negara.

Bagaiman seorang loyar buruk seperti kamal boleh mengeluarkan ide picisan murahan seperti ini dalam usahanya mahu lari dari masalah lantas menyerang satu institusi yang telah banyak berjasa kepada negeri johor.

'Split Character' itulah gambaran mudah untuk mendefinisikan manusia bermasalah bernama kamal hisham.

Pada suratnya di bulan januari dia memohon maaf atas silapnya pada Tuanku Sultan.

Tak sampai sebulan kemudian mengadakan sidang media memburukkan nama Sultan.

Kemudian pada april 2012 sekali lagi menyerang Tuanku Sultan.

Dua surat milik kamal telah kami kemukakan kepada rakyat.
Tujuannya nak bagitahu rakyat betapa sakit otaknya manusia bermasalah bernama kamal hisham.

Surat ke 3 akan menyusul.
Saksikan video kantoi kamal hisham dan loyarnya.

33 comments:

Servant of God said...

Aku harap mamat ni akan dimakan kata2nya sendiri dengan cara yang amat memalukan dan menyakitkan.

Anonymous said...

mamat ni dulu bila dekat dgn Tuanku paling eksyen..tengok kita macam sampah aje padahal dia tahu siapa kita ni..bak kata orang Johor padan muka eksyen sangat!!!!

Anonymous said...

.

Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .

.

Anonymous said...

majikan dan pekerja ada badan yang mengawalnya

menggunakan majlis itu dan ini dan tidak menggunakan pihak sepatutnya adalah jelas satu usaha yang sia-sia.

Anonymous said...

brouhaha council waima peringkat daerah adalah badan profesional

badan profesional pastinya akan mendengar dua belah pihak iaitu pengadu dan pihak yang diadu.

dalam konteks ini, apakah pengadu berharap pihak council akan bertindak semberono dan mengabaikan prinsip itu dan ini...

Anonymous said...

pernahkah kedengaran pihak celik undang-undang yang memberikan servis mengadu itu dan ini

yang selalu kedengaran ialah pelanggan mengadu itu dan ini terhadap pihak pembekal perkhidmatan

terbalik kot ler pulak..

Anonymous said...

alamakkk bro. jgn buang masa la bro. tangkap mamat ni sumbat dlm penjara 40thn habis cerita. manusia yg ada split character mcm anwar brahim ni, perlu dihukum dgn hukuman yg setimpal.

mcm anwar kita kene perlu kalahkan dia dlm politik dulu baru boleh ke perundangan. mcm kamal hisham ni sementara org pun tak kenal dia, sementara org tak kisah pun dia masuk penjara. elok bebeno la disumbat dlm penjara.

lagi pun dia dah emanggg jahat arkkk. so manusia mcm ni jgn beri second thought la. sumbat jee...

otai
subang

Anonymous said...

Apakah GAP , kau buat cerita tongang langang tak logik dan susah na terima cerita kau lah GAP, kau kata lepas Peguam tu tulis surat minta maaf dia hantar surat kat Majlis peguam Negeri Johor, surat tahun 2011 lah GAP bukan 2012, surat maaf 2012. Kau ni blogger murahan yg tak sekolah agaknya.

Anonymous said...

betullah GAP nampak sangat kau buat cerita bohong , email tu 2011 lah.

Anonymous said...

Jahat juga sultan Johor rupanya, takut juga aku baca surat peguam ini ke Majlis Peguam Johor. Ya Allah selamatkan Peguam ini dan selamatkan rakyst Johor

Anonymous said...

Lawyer ini memang baik masa Kembara Mahkota dia banyak tolong orang susah dan kurang bernasib baik, ramai cemburu dgnnya kerana dia rapat dengan Sultan Iskandar, dengar Sultar Iskandar hantar dia belajar dan hadiah kan Merz merah JHR 4. Sebab tu anak anak sultan iskandar ada yg geram dan jelous. Sabar Tuan Lawyer, jasa dan kebaikan kepada rakyat Johor yg Tuan lakukan akan menyelamatkan Tuan dari segala ujian dan dugaan,

Anonymous said...

Ahamdulillah. makin banyak pihak berani bersuara tentang jenayah dan tingkah laku Sultan Ibrahim, makin banyak laporan, tunjukkan makin ramai yg benci pada Sultan Ibrahim, Apakah nasib Sultan Ibrahim akan tertulis dalam Sejarah sebagai cerita yg sama dengan "Sultan Mahmud Mangkat dijulang?" Ini bakal sejarah baru moden Sultan yg zalim. Rahsia kezalimannya dah didedahkan dan sandiwaranya selama ini hanya menipu rakyat Johor

Anonymous said...

Peguam Kamal bila bulan ramadhan setiap tahun bersama keluarga dan kakitangannya akan masuk ke pelusuk kampung pendalaman menghantar bantur kepada orang miskin. Zakatnya hampir 500k setahun dia agih-agihkan. Semoga Allah selamatkan Peguam Kamalyang berhati mulia ini. Saya setiap tahun dapat bantuannya sejak tahun 2007-2010.

Anonymous said...

Majlis Peguam tahu siapa penjenayah sebenar, kempen Sultan guna blogger pembodek mcm GAP tiada kesan langsung krn tiada asas dan tiada nilai bukti langsung. Peguam Kamal Hisham baru mendapat perlanjutan sebagai Panel Disiplin Majlis Peguam Malaysia. Peguam ini memang di pihak yang betul, cuma Sultan Johor yang banyak menipu rakyat dan negeri Johor

Anonymous said...

GAP, youtube tu pun kau edit nak kelirukan orang ramai??? GAP nak masuk neraka ke? Sanggup buat kerja tipu ni nak bodek Sultan? Berapa dia bayar? Zaman kejatuhan sultan Johor dah bermula, malapetaka akan diturunkan Allah

Anonymous said...

Saudara GAP, blog saudara saya suka baca dan hormati, tapi bila saya baca cerita penuh pembohongan kepada peguam Kamal, saya rasa hilang hormat. Jagalah etika sebagai blogger. Ceritakan yg benar walaupun tak dapat imbuhan atau pujian. Ingat hidup di bumi Allah ini hanya untuk sementara.

Anonymous said...

Sempena bulan ramadhan yang mulia elok lah DYMM Sultan dan Tuan Kamal berbaik semula, tiada siapa yng untung di dalam isu perbalahan dua gergasi besar ini. Satu mentimun satu durian, mentimun boleh jadikan durian kotor juga, hingga org tak suka baru dan tak selera pd durian. Duarian juga akan busuk satu hari nanti. Biar durian buat hal durian dan mentimun bual hal mentimun. Rakyat aman. Jika tidak aib Sultan yang lama akan keluar dan zaman ini semuanya cepat tersebar. Berdamailah.

Anonymous said...

ada jugak penCACAI LOYAR BURUK datang nak defend bos.!!! Kihkihkih.

woi penCACAI LOYAR BURUK.! Ayat pun tonggang langgang, ada hati nak defend bos ko yg punyai mslah split character cam anuGAYrah tuhan tu..lol.

Anonymous said...

Pinjam ayat loyar tua si karpal singh jap...

"LOYAR BURUK KAMAL HISHAM HARUS BERTOBAT.!!!"

...Lol, penCACAI LOYAR BURUK pun harus BERTOBAT.!!! Kihkihkih...

Anonymous said...

Anon 8.50pm brg2 yg diagihkan oleh sengal kamal tuh adalah sumbangan DYMM Tuanku ler...kau dengan sengal tuh mmg bahalol..x tau cerita jangan berbual...Zakat 500k..mmg kau bulat2 kena tipu dengan sengal tuhh. Kalau menipu org 500k ada ler..

Anonymous said...

Sengal camel rapat dgn sultan iskandar?.. Kalau rapat dengan sultan iskandar si camel ni boleh terkencinggg..dia takut setakut2 nya dengan sultan iskandar.

Anonymous said...

Sultan Iskandar hantar Lawyer Kamal belajar buat Master di USA dan hadiah Merz Merah JHR 4, apa lagi bukti kau nak pertikai dirapat ke tak dgn Sultan Iskandar, pergi checklah kat JPJ rekod kereta itu. Memang kau semua jeles dgn Lawyer Kamal sebab di jauh lebih bijak dan istemewa. Aku rasa bala akan turun kat Johor lagi, ainaya org beriman macam Lawyer Kamal, Allah pasti turunkan bala.

Anonymous said...

Tuan Kamal, usah di hirau kata kata orang yang tidak sedar dan tidak berpijak dibumi yang nyata, mereka hanya tahu membodek dan becakap bohong, mereka tidak boleh terima ada manusia lebih baik dari mereka. Tuan , manusia istemewa jangan rendahkan taraf Tuan seperti mereka yang "bahlol" ini. Saya doakan Tuan sentiasa dilindungi Allah

Anonymous said...

Keberanian menghina dan mengkritik Sultan Johor sudah terlalu banyak,rakyat Johor dah sedar selama ini mereka tertipu. Tahniah! Peguam Kamal Hisham kerana keberanian menentang Sultan yang Zalim di dalam Sejarah Moden Johor. Saya doakan dia bertaubat dah tidak jadi "Firaun Baru" di bumi Malaysia

Anonymous said...

Mamat ni mohon dihantar belajar ...lagisikit permohonan ditolak..kalau x direcommend oleh boss lamadia..kete tu bukan sultan iskandar yg bagi...jpj nak tukar log book tu tapi mmamat ni x bagi...konon nya nak tunjuk kat org yg sultan iskandar yg bagi...sudah2 lah jangan nak belit2 kan crita pada org yg tau crita sebenar..

Anonymous said...

Kesian susah orang yang tak mahu terima fakta yang hakiki, pergilah ke JPJ, buat history search kereta JHR 4, dari nama syltan iskandar terus ke nama Kamal Hisham. Kenapa cemburu sangat dan busuk hati sangat. Akuilah dia lebih baik dari diri kau. Kau nak sangkal apa algi , memang Kamal, sultan Iskandar beri Biasiswa belajar ke USA, checklah dulu. Kesian manusia miskin ilmu dan akhlak ini. Kamal teruskan pejuangan, tiada org boleh lawan kerana dokumen terlalu jelas berbanding penipuan GAP yang tiada sokongan atau bukti.

Anonymous said...

Tuan Kamal Hisham, saya kagum dengan keberanian dan semangat Tuan, di Johor semua orang tahu yang berani tegur dan marah sultan sekarang masa dia TMJ, hanya Tuan seorang, yang lain tu tidak ada keberanian. Saya jadikan Tuan sebagai contoh kepada anak anak murid saya, bahawa Tuan setaraf atau lebih tinggi dari Hang Jebat. Melayu Johor perlukan "hero" macam Tuan.

Anonymous said...

Apa dia jebat...dia ni penderhaka. Yang amat mengenali si penderhaka ni yang tau crita sebenar. Jangan harap nak balik msia lagi. Berkampunglah kau di sana jadi org pelarian.

Anonymous said...

Bro Kamal, kau jangan takut dengan gegar dan gempak dari pembodek bodoh keliling sultan, dah meluat aku dengar. Kau memang berani bro, ada prinsip hidup, aku respek kau dari dulu. Kau ajar je kerabat yg berlagak dan lupa diri. Biar mereka tahu tinggi rendah langit ini dan berpijak dibumi yg nyata. Kau hero kami bro, teruskan Perjuangan Bro Kamal.

Anonymous said...

Kami penduduk2 Muar, sentiasa menyokong Lawyer Kamal, lepas solat terawikh malam jumaat, Masjid kg Kami akan buat solah hajat khusus untuk Lawyer Kamal akar selamat dan dilindungi Allah.

Anonymous said...

Abg Kamal Hisham, saya dan kawan kawan di UTHM sentiasa mendoakan abg sentiasa tabah dan berani. Allah akan lindungi abang.

Anonymous said...

Hello Brader and sister, buka youtube "rayuan seorang peguam",

Anonymous said...

Saya dan keluarga sentiasa berdoa, Peguam Kamal selamat dan berjaya di dalam perjuangan yang mulia ini. - Lin, Pengerang.