Wednesday, July 25, 2012

NAJIB BIKIN HOT LAGI !


Kenapa Pembangkang Meroyan Dengan Tema Hari Kemerdekaan?

Slogannya mudah, “Janji DiTepati” tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat meroyan.   Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pembangkang telah tanpa segan silunya, meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini.   Marah benar mereka dengannya.  

Tidak semena-mena, slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik.   

Tidak dapat difahami, di manakah politiknya dalam menepati janji?   Sedangkan, yang politiknya ialah apabila kita menabur janji bulan, bintang dan matahari yang mustahil untuk ditepati.  

Malang bagi pembangkang apabila slogan ‘Janji DiTepati’ yang digunakan sebagai iklan bagi mempromosi bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan kini dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan pula.   

Maka, dua kali meroyanlah pembangkang. 

Sakit benar pembangkang apabila ditampar oleh slogan ini.  Maklumlah, mereka belum mampu menepati satu pun janji-janji mereka.   Lihat saja Kampung Buah Pala, Pulau Pinang di mana PR berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu sahaja tetapi akhirnya, kampung itu yang lenyap begitu saja.  

Dan siapa yang boleh lupa akan Janji 16 September?  Atau janji hudud di Terengganu sebaik ayam berkokok jika PAS memerintah pada PRU1999?.  

Ada juga janji ‘syurga akhirat’ tetapi hasilnya ialah ‘syurga dunia’ iaitu rumah-rumah urut, pusat karaoke, pusat judi dan hiburan malam yang tumbuh bagai cendawan di semua negeri yang diperintah mereka.  

Sungguhpun begitu, pembangkang tidak serik untuk berjanji.   Sehingga hari ini, pembangkang terus-terusan menabur janji, pendidikan percumalah, harga minyak turunlah, penghapusan tol dan berbagai-bagai lagi janji yang tak masuk akal.  

Sedangkan, setelah 3 tahun memerintah di beberapa negeri, pembangkang masih gagal memenuhi manifesto mereka termasuk yang mudah-mudah.  Malah dalam beberapa janji ‘bulan-bintang’ yang dibuat, hasilnya ialah ‘racun-tuba’.  Contohnya, tariff air di Kedah dan bekalan air di Selangor.  

Walaupun dibentangkan logik matematik untuk menangkis janji tidak masuk akal mereka, pembangkang tetap tegar mengulangi janji yang sama.  Kerana apa?  Kerana itu saja yang mereka mampu lakukan iaitu ‘berjanji’ dan bukan ‘menepati janji’.  

Dengan mengambil sikap meroyan sebegini, jelaslah bahawa pembangkang cukup sedar akan ketidakmampuan mereka memenuhi janji.  Kerana itu, pembangkang benar-benar fobia dengan ayat ‘janji ditepati’ ini.   

Hakikatnya, ‘janji ditepati’ adalah slogan kerajaan, bukan UMNO dan bukan BN.  Ia merupakan satu kenyataan terhadap komitmen kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat.   Dan komitmen ini telah membuahkan hasil di mana rakyat dapat menikmatinya.   Seharusnya semua rakyat meraikan tema ini dan bukannya fobia dengannya.  

Tidak wajar kita mengaitkan segala-galanya dengan politik sepertimana yang cuba diterapkan oleh pembangkang.   Jika kita melihat dunia secara jujur, kita pasti memahami bahawa tiada salahnya dengan slogan yang membawa kebenaran.  Lainlah jika slogannya bertulis ‘janji ditepati’ tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.  

Tetapi, hari ini, kita menerima segala-galanya yang dijanjikan oleh kerajaan, maka kenapakah kita perlu mempertikaikan tema yang benar tersebut?   

Pembangkang boleh menuduh tema yang jujur itu sebagai politik, tetapi apa yang penting di sini adalah kejujuran itu sendiri yang mana pembangkang tidak memilikinya.  Kerana itulah mereka meroyan dan menggelupur bagai cacing kepanasan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini.

43 comments:

Anonymous said...

Puak pakatan watla slogan depa sendiri...

BERJANJI SAMPAI MATI

atau

jANDI TAK DI TEPATI..

Anonymous said...

.

Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .

.

Anonymous said...

Pembangkang amat sensitif dengan slogan janji ditepati. Bukti pembangkang selama ini tak tunai janji.

Anonymous said...

The Promised Land beckons!

Got a ticket?

No...its faked and was compromised!

By whom?

By the DAP's cahots!

Anonymous said...

.
KAH KAH KAH

sekarang ni mana ada benda yang bukan politik? sebut apa sajelah:

krim - politik
tayar politik
air politik
islam - politik
kristian politik
liwat - politik
zina - politik
keretapi - politik
janggut - politik
keldai - politik
anjing/babi - politik

cuba LKS tolong habak mai kat lakyat apa slogan/perkataan yang bukan politik.

atau ada siapa boleh tolong LKS?

KIK KIK KIK

Anonymous said...

RASULULLAH SEBUT 3 SIFAT ORANG MUNAFIK. CAKAP BOHONG. MUNGKIR JANJI. DIBERI AMANAH KHIANAT. PATUTNYA PAS KENA SOKONG TEMA INI SEBAB MENGIKUT KEHENDAK ISLAM. MUNGKIN PUAK NI TERASA SANGAT BAB INI SEBAB DEPA MEMANG SUKA MUNGKIR JANJI.

Anonymous said...

DENGO BAIK-BAIK YE:

lar nih plaster luka pun dah jadi isu politik, bro

Anonymous said...

Korang nak percaya atau tidak, tak lama lagi perkataan janji tak boleh sebut; perkataan tepati diharamkan dalam majlis tertentu.

Anonymous said...

kalau NEGARA ISLAM bawaan pas boleh menyakitkan telinga, tak hairanlah kalau "janji ditepati" lebih menyakitkan telinga Dap. he he

Anonymous said...

TV Pas bila nak haramkan bait-bait lagu yang ada perkataan "janji" dan "tepati"?

Anonymous said...

MEMANGLAH DORANG MEROYAN..
SEBAB DORANG BERJANJI UNTUK TIDAK DITEPATI.

JADI BILA SLOGAN JANJI DITEPATI DIWAR-WARKAN...DORANG PUN SUSAH HATI LAAAA...TAK BOLH DAH KELENTONG RAKYAT DENGAN JANJI2 BULAN, MATA DAJJAL DAN ROKET...HEHEHE

Anonymous said...

Heran ye, pejuang Islam seperti puak pas gementar pala lutuk mendengar janji ditepati, sedangkan ianya slogan keIslaman dan keperimaknusiaan. Bila dah berjanji kena buktikan janji ditepati bukan pandai buat janji nakkan hudud tapi 22 tahun di Kelantan masih macam dulu-dulu. Apekes? Buat keje ke dak deme ni, atau reti nak rebut kerusi saja, lepas tu asyik cari kelemahan orang dalam ceramah sana-sini. Apa rakyat kawasan depa dapat kalau sekador reti ceramah saje yeop? baik buat parti ceramah mengutuk dan berjanji. watdehel...

Anonymous said...

eh? baguslah tu slogan tu. yang puak2 pakatan esp pas meroyan apehal? kalau berjanji, maka tunaikanlah. kalau tak mampu nak tunaikan, jangan berjanji. nak jadi orang munafik ke?

Anonymous said...

INI LAH PELAKON LUCAH YANG SETANDING DGN ARIEL PETERPAN.

ANWAR LUCAH ANAK BINI PON SAMA LUCAH JUGAK.

PAS LAGI BEST ALAHH MENCAROT.

CACAT OTAK SEMUA SPESIS2 BANGSAT NI!!

rakab said...

Slogan yang ini barulah betul...

Janji Ditepati !

Kalau setakat menabur janji sesiapa pun boleh lebih-lebih lagi puak Pakatan yang sangat kemaruk nak berkuasa.

Yang penting ialah iltizam dan kemampuan untuk menepati janji.

Pemimpin Umno/BN dah pun membuktikannya.

Anonymous said...

anon 331,

Masalahnya sebab Ah Beng salah guna plaster.

Bila zip seluar diganti dengan plaster luka,... mengamuk sakanlah yg didalamnya...hehehe.

Handyplast ke, elastoplast ke,...mana mau lawan dgn zip 'besi'!

Anonymous said...

NII ORG UMNU PUN TOLAK TEMA UMNU------>

http://seafailed.blogspot.com/2012/07/tema-kemerdekaan-paling-bodoh-dalam.html

Anonymous said...

Bila slogan "negara islam" tidak lunak pada telinga Dap, PEMILIK slogan prihatin lalu ditukar pada slogan lebih lunak "negro berkebajikan"

Bila telinga Dap dan Pas terganggu dek slogan "janji ditepati" apakah Pok Jib peka akan rintihan ini? Pok Jib please, please oblige me...

Anonymous said...

Betol lah tu kenapa PKR sasau dgn slogan tu eh??

Anwar dan Assmin pon dah "Tepati Janji" per.

Dua ekor Pelakon Politician Lucah terhandal di Malaysia ni dah Tepati Janji Parti Lucah PAS/PKR.

Tepati janji untuk menjadi Pelakon Lucah Terbaik \.

Pelakon terbaik Anwar dgn aksi istimewa bersama Chinadoll dlm bilek hotel.

Di tangga kedua di sandang oleh Pelakon Lucah Assmin dgn aksi Makan Aiskrim dlm Jamban.

Hadiah saguhati jatuh kapada dua Pelakon Lucah yang beragama Islam PAS Sesat ia itu....

Mat Sabu dgn aksi Bilek 121 dan Os_start Badigol dgn aksi ceramah pukol 3 pagi di bilek Hotel.

Yang satu

Anonymous said...

bila 'agama tidak dapat dipisahkan dari politik' diterima sebagai realiti dunia

makanya otomatik semua benda akan dilihat dari sudut politik waima cukur rambur bayi dan cukur kenin mukminah adalah isu politik.

*cumanya kenapa cukur kening dah macam bukan isu agama? kenapa ye?

Servant of God said...

Mana tak sakit hati, dah janji dorang tak tertunai.

Sekarang Rafizi sudah janji, kalau PR menang, harga kereta akan turun.

Konon nak mansuh cukai laa tuh.

Nampak sangat penipu.

Dah laa dulu punya janji tak reti2 dorang tunaikan. Apa solution dorang? Tabur janji baru!

Hai.. apa laa bodohnya.

Cukai keta ni adalah salah satu sumber pendapatan terbesar negara. Kalau dimansuhkan, janji2 lain dalam Buku Jingga tuh nak biaya dengan duit mana? Duit Petronas lagi kaa?

Saya harap saudara-saudari sekalian tidak laa tertipu lagi dengan PR laknat nih.

Anonymous said...

GAP,

tolong buka pertandingan mengarang slogan hari merdeka bukan berkategori politik boleh?

sebagai entri pertama, slogan saya adalah:

1. "Bersatu Hapuskan Lalat Hijau"

Sekian permohonan saya

TQ

Anonymous said...

"Komunis Musuh Teokrasi"

Anonymous said...

SLOGAN KEDUA SAYA..

HINDARI DAJJAL!!!

TQ

Anonymous said...

Heran ye PAS mengaku Parti Islam tapi kepanasan mendengar janji ditepati. Bukan kah menepati janji ajaran Islam. Islam mengajar sesiapa yang mungkir janji hukumnya munafik. Sah PAS tidak mengamalkan ajaran Islam sebab itu takut dengan janji ditepati. Jadi selama ini PAS mengamalkan ajaran apa ? Ajaran syaitan kot...

usin said...

congak matematiknya mudah. slogan sambutan ulangtahun kemerdekaan boleh dikongsi juga oleh pakatan.....melainkan PAKATAN TIDAK MENEPATI JANJI. ibarat kokok berderai2, ekor bergelumang taik!!!

Anonymous said...

Dalam Islam: Janji mesti ditepati.

Dalam PAS/PKR: Janji tinggal janji...

Anonymous said...

pas ngan pkr pun janji jugak........

janji menang.......apa pun nak jadi.......jadila....

-anti jubur-

Anonymous said...

Nak tujukan lagu PELANGI SENJA nyanyian Stacy utk yg mulia Khalifah LGEnd.


Lirik lagu Pelangi Senja- Stacy

Ku bermimpi engkau kembali
Wajah tenang kau berkata
Sayang aku cinta

Namun kita takkan bersama
Dikau pergi takkan kembali
Sesal ku kecewa

Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika sayang tak ku lihat
Kini tiada ohhhh

Ku terjaga
Dari mimpi lena
Sedang pipi di basahi
Tangis ku sendiri

Merintih perasaan ini
Tiada kata mampu di ungkap
Tiada yang mengerti

Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika
Sayang tak ku lihat
Kini tiada ohhh

Jika mampu ku kembali
Mengunlangi masa
Pasti ku tunaikan permintaan terakhir

Kini hanya tinggal kenangan
Hanya waktu menentukan
Kita kan bersama

HU HU HU AIYAAAA MANYAK SEDIH WOOO...CINTE KITE XKESAMPAIAN...HU HU HU..PALSTER OOO PLASTER TOLONG SAMA GUA....

Anonymous said...

Saya pun tak tahu pembangkang tak menepati janji. Tapi bila pembangkang marah pada Najib fasal janji ditepati, saya pun hairan juga. Tanya sana tanya sini rupanya pembangkang memang tak menepati janji. Terima kasih Najib kerana janji ditepati, terbuka pekong di dada pembangkang. Kalau lah pembangkang tak bising tentu ramai yang tak tahu rahsia pembangkang yang mungkir janji...
Muahaaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

BONUS KAKITANGAN AWAM SETENGAH BULAN GAJI MINIMA RM500 DIBAYAR SEBELUM RAYA ,SYUKUR ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH PM

Anonymous said...

KAKITANGAN AWAM YANG SOKONG PEMBANGKANG ATAU PR BOLEHTAK JANGAN AMBIL BONUS TU

Anonymous said...

Anonymous said...

KAKITANGAN AWAM YANG SOKONG PEMBANGKANG ATAU PR BOLEHTAK JANGAN AMBIL BONUS TU
July 25, 2012 6:09 PM

----------------------------------------

Kakitangan awam yang menyokong pembangkang dan sentiasa memaki hamun dan mencerca kerajaan memang tak tahu malu, orang yang mereka cerca dan hina itulah yang membantu mereka untuk mencari rezeki, memang rezeki itu adalah dikurniakan oleh Allah, tapi kalau orang yang membayar gaji itu adalah kerajaan, kalau korang sibuk memaki hamun kerajaan yang membayar gaji korang sebagai kerajaan yang zalim dan kejam, saya nak tanyalah, selama ini ada pernah dibeza-bezakan ke kakitangan kerajaan yang berbeza parti? Ada ke kakitangan kerajaan yang sokong kerajaan diberikan bonus dan kakitangan sokong pembangkang tak dapat bonus, tak ada pun berbeza-beza, sama saja, malahan gaji pun sama juga, ikut gred dan senioriti, jadi apahal mereka ini masih tak sedar diri lagi menghina majikan yang membayar gaji mereka iaitu kerajaan? Ayat selalu diorang cakap itu duit rakyat, memang duit rakyat pada mulanya, tapi bila rakyat bayar cukai kepada kerajaan, maka ianya jadi duit kerajaan, ada faham ke? Macam pergi ke kedai, bila kita beli barang, bila kita bayar duit, maka duit kita dah jadi duit pekedai yang jual barang itu. Ada juga yang masih bangang nak menegakkan benang yang basah, katanya kerajaan tak jual apa-apa pun kepada rakyat, tapi fikirkah orang itu yang jalan raya, klinik kesihatan, perkhidmatan polis, tentera, jabatan itu dan ini yang memberikan bantuan kepada rakyat, itu ibarat perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan, jadi kena bayar cukailah, cukai pun tak seberapa berbanding apa yang diorang ni dapat dari kerajaan, misalnya sakit pergi klinik kerajaan, bayar RM 1 saja untuk berjenis-jenis ubat, kalau pergi klinik swasta mau kena RM 100, tapi kerana prihatinnya kerajaan terhadpa rakyat diorang yang kutuk kerajaan tapi pergi ke klinik kerajaan dapat subsidi RM 99, tak malu ke ambik subsidi duit kerajaan tapi sibuk maki kata kerajaan zalim dan jahat? Kalau kerajaan zalim dan jahat, habis semua pesakit yang ahli parti pembangkang dihalang ke klinik dan hospital kerajaan, semuanya dibiarkan mampus menderita begitu saja kerana mereka penyokong pembangkang. Tapi kerajaan tidak sekejam itu, tak sokong kerajaan pun, kerajaan benarkan mereka ini mendapat rawatan tanpa mempedulikan fahaman politik. Sedarlah kepada mereka ini bahawa jangan melampau sangat menghina dan mengutuk kerajaan kerana korang dah banyak makan dan nikmati jasa kerajaan, korang kalau asyik mengutuk dan menghina kerajaan yang banyak berjasa kepada korang, ibarat tidak mensyukuri nikmat Allah kepada korang, nanti dapat bala baru korang tahu, padan muka korang waktu itu.

Ada juga yang anggap semua yang kerajaan sediakan itu adalah tanggungjawab kerajaan dan rakyat tak payah berterima kasih. 'Indah' benar bahasa sebegitu, kalau macam itu, ibu bapa pun tak payahlah kita terima kasih, kerana tugas membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa, jadi buat apa nak terima kasih, bila dah besar panjang, ibu bapa dah tua, biarkanlah saja hidup melarat ke apa ke lantaklah, macam itu ke?

Beginilah sikap orang yang mengalami sindrom penafian, dia tidak dapat menerima hakikat kerana tidak memihak kepadanya, kalau memihak kepadanya, kesesatan pun dianggap kebenaran, masyaAllah, teruk benar golongan sebegini yang bukan saja buta hati, tapi buta pemikiran hingga tidak boleh menilai baik dan buruk, semoga kita semua dijauhi dari sikap buruk sebegini, amin.

Oleh itu, marilah sama-sama membantu kerajaan dalam menjayakan negara ini, bersama-samalah kita berusaha untuk mengurangkan jenayah, mengurangkan pencemaran alam sekitar, menjaga akhlak muda mudi, mencegah pengedaran dadah, mencegah lumbah haram dan lain-lain perkara keji. Bukannya sibuk berdemontrasi liar dan ceramah maki hamun serta hasutan siang dan malam.

Anonymous said...

tkasih PM bagi bonus raya, Insha Allah didoakan kekal memerintah lps pru13 ni..

Anonymous said...

Well said bro, well said, u deserve my respect

Anonymous said...

i beg to differ:

ak rasa xsesuai la slogan kemerdekaan kali nh
aku bukan juak2 yg antai BN
tp slogan janji ditepati nmpk kempen murahan trhadap kerajaan BN la
Ak xnk jd mcm juak2 PAS yg tau sokong walopn benda xsesuai

n yg paling ak xsetuju design logo yg stakat pendidikan seni darjah 6
xde art lgsg

Abd Razak said...

janji ditepati bermakna malaysia menyuruh rakyatnya menjadi insan yang baik dalam menjanjikan sesuatu kepada semua perkara seperti
1.janji peniaga kepada pembeli
2.janji kakaitangan kerajaan kepada rakyat
3.janji pemimpin kepada rakyat
4.janji kepada diri sendiri
5.janji kita pada tuhan
6.janji kita kepada anak2 dan keluarga
7.janji suami kepada isteri
banyak lagi laaaa malas nak tulis

itu pun nak dipolitikan pehak pakatan

Anonymous said...

Memang lah ada perkara yg pembangkang tak dpt tunaikan sbb mereka bukan kerajaan negeri.apa ke banggang punya org.

Anonymous said...

Tak lama lagi UMNO digantikan...

pct8031 said...

PKR akan pasti kan cina lebih ramai jadi jutawan...kalau tak caya suruh rafizi kira,,,berapa ramai melayu jadi jutawan

Servant of God said...

Anonymous said...

Memang lah ada perkara yg pembangkang tak dpt tunaikan sbb mereka bukan kerajaan negeri.apa ke banggang punya org.

July 26, 2012 3:43 AM

-------------------------

Habis tu, kenapa janji kalau tau benda tu luar kemampuan?

So ini kes tipu ke, pecah amanah nih?

Anonymous said...

JANJI DITEPATI ITU JUGA SECARA HALUS MENEMPELAK MAHASEWEL2 YANG TAK NAK BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN..HEHE

Anonymous said...

SYABAS KERAJAAN BAWA BALIK PELAJAR DARI SYRIA, AKU NAK TENGOK SAPA ANTARA MEREKA YANG BERTERIMA KASIH, YANG PASTI HARINI BALIK ESOK TENGOK CERAMAH PAS LUSA NGUTUK KERAJAAN PULAK, TAK PERCAYA CAKAP AKU? TUNGGU!!!!