Sunday, July 8, 2012

PKR VS DAP VS PAS !


PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU 13

Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.

Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.

Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.  

Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.

Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.

Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.

Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.

Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.

Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.

Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.

Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.

Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.

20 comments:

Unknown said...

SIOT JE GAMBAR LU GAP, HAHAHA ...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

GAP.....gambar tu boleh buat Peraduan Teka Kata hehehehe....

GAP KEMBALI said...

HAHAHA
SAJA NYAKAT.

JAP LAGI BUMUH PAS MAI.

Tukang Komen said...

PKR memang dah tenat dan paling kritikal. Kalau pesakit dah terus masuk wad ICU. Kt sepital doktor nasihat supaya bawak balik dan cuba cara kampong sbb doktor dah habis ikhtiar. Dikampong pulak pak dukun kata kumpulkanlah sedara mara sebab dah nak masuk waktu...

Anonymous said...

kebanyakan panglima PKR sudah lompat parti. Anwar wpun mengharapkan reformis tp dr segi nk tadbir atau paling kurang pun sbg wajah di parlimen Anwar takkan beri kpd budak2 n mamat2 kaki demo. tu sebab khalid ibrahim n chua jui meng cepat naik. kpd kaki2 demo n blogger2 pkr klu u all berangan nk jd YB, u all still sleeping. tak caya tanya bro Hamidzun.

komandomelayu said...

Jangan caya tipu Tu kalu nampak bontot tak jd mampus!

komandomelayu said...

Jangan caya tipu Tu kalu nampak bontot tak jd mampus!

Zaeydee said...

Sifirnya cukup mudah...nak urus parti sendiripun kucar hanyal...ni nak urus negara? Mintak ampun...mintak selisih malaikat 44.....PAS? modus operandi mereka...ceramah...tadbir urus mereka ...ceramah...pelan ekonomi..ceramah ...gagasan dan slogan...TAKE BEEEER!

Anonymous said...

Senarai Pemimpin PKR keluar parti
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin.................
PUJUKLAH DIAORANG MASUK BALIK PKR BOLEH JADI CALON

Anonymous said...

AKU TAK TAU MENGAPA SI ANWAR ALJUBS NI NAK UNDUR. YANG AKU NAK DGR IALAH SI ALJUBS, N.AJIS TUA KUTUK DAN CINA DAP KOMINIS BANGSAT LIM ANAK BERANAK DAH MAMPOS KENA LANGGAR LORI BALAK!!

Anonymous said...

AKU TAK TAU MENGAPA SI ANWAR ALJUBS NI NAK UNDUR. YANG AKU NAK DGR IALAH SI ALJUBS, N.AJIS TUA KUTUK DAN CINA DAP KOMINIS BANGSAT LIM ANAK BERANAK DAH MAMPOS KENA LANGGAR LORI BALAK!!

July 8, 2012 9:40 AM

---------------------------------------------------------------

OH YA LUPA LAGI SATU KELUARGA, KELUARGA BENGGALI KARPALA BUTOH SINGH PON MAMPOS JUGAK!!

Anonymous said...

PAKATAN RAKYAT ada lah PARTI untuk orang2 yang kecewa, Bermasaalah Akhlak/Nafsu dan fahaman Kominis perosak Bangsa dan Agama.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim nak ke Nibong Tebal. Dengan reputasinya yang jatuh menjunan dek kerana segala bapak sekandal tentunya Anwar Ibrahim akan ke Nibong Tebal dengan muka 'tebal'nya.

Pusing ikut mana pun, bohong macam macamana pun Anwar Ibrahim tidak akan dapat 'membersihkan' diri dan PKR dari segala KEKOTORAN yang dilakukannya. Sudah terlewat - Damage has been done.

Satu2nya yang boleh Anwar Ibrahim lakukan ialah mengikut nasihat yang pernah Karpal Singh keluarkan ' Anwar Ibrahim mesti BERTAUBAT' . Soalnya bersediakah Anwar Ibrahim BERTAUBAT?

Anonymous said...

aku boleh ape

yogibear's season said...

Dok sibuk nk pi Putrajaya, masjid jadi lengang, aktiviti dakwah stop...alahai

..."Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara," katanya.

..."Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita berkuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?...keluhan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud.

Knock 3x,

Bomo, mcm mana ni 'balkoni' hg dh kosong ni!

Apa dh jadi dgn taqwa depa2 ni? Khusyuk dh hilang, angkat takbir nampak Putrajaya...adoi

Memang betul kata ulama', ilmu yg mula2 diangkat oleh Allah swt di akhir zaman, ilmu khusyuk dlm sembahyang.

Anyhow, 'bungalow' vs 'balkoni' brapa skor?

Tukang Komen said...

Dia banyak TIPU rakyat.Kalau dia jadi PM dia akan tipu negara sana dan tipu negara sini akhirnya Malaysia berperang dengan negara yg di tipu. Mampus kita dibuatnya.

Anonymous said...

Dalam PRU12 yang lepas PKR mencalonkan 'lembu' pun boleh menang. Sepatutnya hari ini mereka tidak menghadapi masaalah selepas berjaya memerintah beberapa buah negeri. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Selepas PRU12 lalu semakin ramai pemimpin dan ahli PKR yang meninggalkan parti tersebut. Nama2 besar PKR seperti YB Zulkifli Nordin, YB Zaharin, YB Chow Chee Keong, YB Gobalakrina dan ramai lagi telah menjadi MP bebas yang mesra BN. Pemimpin2 PKR yang cerdik telah meninggalkan PKR. Jadi yang tinggal ialah kalangan pemimpin2 yang tidak cerdik. Sudah pasti kepimpinan PKR hari ini diterajui oleh mereka yang tidak cerdik. Jadi apa lagi yang tinggal kepada PKR?

Nampaknya kalau dalam PRU12 PKR banyak calon dari kalangan 'lembu' maka pada PRU13 kelak ada kemungkinan PKR akan mencalonkan 'kayu dan batu' kerana mereka sudah tidak ada lagi calon yang sesuai untuk menjadi calon PRU13.

PKR dalam keadaan yang amat tenat dan menunggu mati sahaja. Justeru rakyat Malaysia tidak perlu pening kepala untuk memikirkan siapa yang patut mereka pilih.

BN dan UMNO adalah yang terbaik. Pilihlah UMNO dan BN.

mtk

Unknown said...

wau nak bersara...bersaralah untuk keluarga hahaha hahahaha xpyah tgu jd PM

Anonymous said...

.


Pangkahlah DAP... jika menang 51-49

TEMPAHLAH KONFLIK BEREBUT KERAJAAN (Perak)

rakyat yang rugi...


.