Wednesday, August 15, 2012

DAP HARBI PANAS DENGAN SEKOLAH PONDOK.



Telah difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah.

Menyusul pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa'amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.

Yang benci akan fatwa tersebuta sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia.

Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Abdullah kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa soeang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?

Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun. 

Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan 'tahaluf siyasi'.

PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.

Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.

Tidakkah PAS sedar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?

Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?

Tidakkah insiden terbaru di mana ADUN Kota Shah Alam, M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?

DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.

Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.

Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.

Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!

Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.

Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.

Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.

DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.

Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman dan segala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.

Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.

40 comments:

Anonymous said...

Sokonglah kafir harbi demi undi...!!!!

Megat Alam Gempita said...

DAP bukan setakat kafir harbi atau khawarij, tetapi lebih teruk DAP sebenarnya adalah golongan zindik yang berfahaman ekstrem dan rasis dahulunya diperangi habis-habisan oleh khalifah-khalifah Ummaiyah, sama seperti golongan syiah dan khawarij. Kini golongan kafir harbi, zindik dan syiah bersama-sama golongan munafik moden berusaha menjatuhkan kerajaan Islam di Malaysia.

Anonymous said...

Aku tertarik dengan kenyataan seorang bekas pemimpin PAS.Katanya penentangan DAP secara terbuka, berterusandan konsisten kepada undang2 hudud bukan sahaja mencerminkan penentangan terhadap undang2 islam,tetapi secara tidak langsung telah menunjukan penentanganya kepada agama islam itu sendiri.

Maknanya DAP telah menolak agama islam yng dianuti lebih 1.6 billion penduduk di muka bumi.
Tapi yng haram jadah sial ada pemimpin dari PAS yng sanggup mati untk DAP.

Memang hanjing la pemimpin PAS!

Anonymous said...

PAS yg wujud dr kekecewaan akibat tewas dlm merebut jwtn dlm UMNO trs2an menyimpan dendam kesumat thdp UMNO wlpon dah berpuloh tahun kisahnya...

Dendam xbrkesudahan itu di pupok dan di baja dgn fitnah dan tohmahan tanpa sempadan thdp UMNO wlpon UMNO tlh brsilih ganti pemimpinnya..gitu gak PAS wlpon pmimpinnya brtukar ganti namun dendam thdp UMNO telah di bw turun temurun oleh pemimpinnya yg di katakan ULAMAK...

ULAMAK kah itu apabila ia mnyimpan dendam tahap gaban thdp UMNO??? ...bknkah antara ciri2 ulamak itu seorng yg PEMAAF n akan berusaha mnyatupadu umat Islam ....adakah sifat2 itu ada pada diri ULAMAK PAS???

UMNO mmg xsempurna , mmg ada kekhilafan sana sini sbb ahlinya saja dah berjuta...tapi ia masih lagi dianggotai oleh org2 yg mnyembah Tuhan sama dgn PAS..tapi apakah PAS betol2 dilandasan esp skrng nih sejak berkolaborasi dgn DAP Kafir HARBI itu...

Apakah betol pembawakan Islam PAS dgn bkrjasama dgn DAP kafir HARBI utk menjatohkn kjaan pimpinan UMNO yg seagama dgn PAS? apakah betol tawaran SYURGA PAS dgn bkrja sama dgn Kafir HARBI?

Kembali la PAS ke jalan yg betol...jgn tunggu shingga negara dah trlepas ketgn kafir HARBI baru nak sedar....

Anonymous said...

Buat SEMUA umat Islam terutamanya orang orang Pas dan PKR, ... kita dah dapat HINT untuk siapa kita akan undi dalam PRU nanti .....

Anonymous said...

PAS nie penuh dengan kegoannya. UMNO itu ahlinya adalah orang islam sama macam PAS yang juga menyembah ALLAH s.w.t.Kenapa kerana ketaksuban politik sanggup menghukum UMNO sesuka hati disamping menyanjung mahluk yang terang2 menentang hukum ALLAH? Tak salah kah itu? Apakah wadah politik boleh menghalalkan apa sahaja perkara? Berapa kerusi yang PAS akan bertanding pada PRU13 untuk PAS menguasai kerajaan dan seterusnya menjalankan hukum HUDUD? Boleh ke PKR & DAP bersetuju dengan PAS dalam perkara ini? Saya percaya semua orang islam yang beriman tak kan berani menentang secara TOTAL apa2 hukum ALLAH. Justeru tidak timbul soal penentangan atau penolakan hukum ALLAH. Apa ingat orang PAS ajer ke tahu hukum hakam agama islam nie? Cuma persoalannya bila PAS gunakan HUDUD untuk laba politik mereka.

Anonymous said...

.
IBARAT BUMI DAN LANGIT

marhaen atas pagar duduk di chalet usang dalam usaha untuk belajar agama

politburo sosialis/kebajikan bermewah-mewah duduk di bangunan bertingkat-tingkat.

donia, donia

Anonymous said...

Terbaik ulasan dari GAP..!

Anak Lenggong said...

Sekiranya DAP yang marah tu ada alasannya serta tidak menghairankan....tetapiii...ni yang marah sangat adalah penyokong dan pemimpin PAS yang selama ini dok mengeji dan mengkapirkan kaum sebangsa dan seagama bekerjasama dengan MCA dan MIC..sedarkan pak lobai2 tersebut selama dalam bekerjasama MCA dan MIC cukup menghormati agama islam dan tidak pernah mempersoalkannya. tetapi DAP belum memerintah lagi dah nunjukkan belang.

Anonymous said...

amat menakzubkan apabila masih ada premis usang tepat penyebaran ilmu agama jadi mercu tanda sebuah negeri teokrasi terbaik dalam kategori masuk bakul angkat diri sendiri.

Anonymous said...

aku baca blog pembangkang kata sekolah pondok tersebut dapat sumbangan 2 juta dr kerajaan. betul ker? GAP mintak tolong sahkan.kalo betul aku pun nak kuarkan fatwa gak la.

Matt said...

Org Islam pas dan org Islam umno bersaudara..

Jgn sombong ye..

Anonymous said...

DR MASZLEE PATUT BACA DAN FAHAMKAN ARTIKEL INI...
DITULIS DENGAN MUDAH, DAN SENANG DI FAHAM.
THATS ALL
KALAU AK FAHAM TAK TAU LAH........

Anonymous said...

a12:28 PM,

"ku baca blog pembangkang kata sekolah pondok tersebut dapat sumbangan 2 juta dr kerajaan. betul ker? GAP mintak tolong sahkan.kalo betul aku pun nak kuarkan fatwa gak la."

KOMEN:

ini adalah trend yang telah lama ujud di serambi mekah diambang pru sejak Tanah Melayu merdeka, tiada yang pelik kalau dua pihak bersaing mengungkapkan "ada ubi ada batas ada hari ada balas".

Anonymous said...

LA PULAK TETIBA MASUK PULAK CERITA SEKOLAH PONDOK TERIMA SUMBANGAN UMNO. KALAU BETUL APA SALAHNYA?

ISUNYA SEKARANG BOLEH TAK KITA TERIMA FATWA TERSEBUT? KITA SEMUA TAHU CERITA DAP NI, TAK PERLULAH CERITA PANJANGGGGGG.. SAYA JELASKAN LAGI BOLEH TAK KITA UNDI DAP, PARTI KAFIR HARBI ANTI ISLAM/MELAYU?

PAShit said...

PAS SEDAP BERZINA DGN DAP!

Ahli2 PAS di seru buka mata dan minda cepat2lah bertaubat dan keluar dari PAS ataupun sekurang2nya berpakat mintak PAS keluar dari Pakatan Syaitan ini.

PAShit

Anonymous said...

pemimpin pas telah silap percaturan sebenarnya!!......dan telah tertipu dgn lakonan dap.......tipu daya mempersonakan.......

1-konon dap telah mudah dijinakkan...pemimpin dap sudah berani
masuk masjid dan dpt petik ayat suci al quran dan hadith

2-pas lebih mudah mendengar dan akur pd dap berbanding dr parti melayu,sebangsa melayu,seislam!

3-pas menolak kewujudan di depan mata.....negara ini tanah melayu,melayu perintah dan negara islam!

Anonymous said...

yang selalu kena tipu dah tentunya orang bodoh shj. kalau kat malaya ni, parti yg selalu kena tipu ialah PAS.

Anonymous said...

.
memang pandai gap bela bomo siam,
biarkan lepas komennya yang
dibenci oleh ramai pengunjung
blog ini...

bila bomo siam takda, komen lansung
tak meriah. dari pagi tadi cuma
ada 18 komen disini..

wooiii bomo siam,, mailah acah
dorang ni...!!

Anonymous said...

BOMO SIAM SEMPUT SELEPAS BACA ARTIKEL INI.
TENGAH CARI LIM KIT SIANG UNTUK MINTAK TOLONG.
WENG WENG WENG.....................KESIAN.

Anonymous said...

Anon 12.49

Aku ingat Dr Mazslee ni cerdik, Dan punyai AKAL yang tajam. Ada KURANG jugak nampak nya.

Anonymous said...

'Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?'

...malangnya PAS melihat bahawa pencetus May13 ialah UMNU....bukannya DAP!

Anonymous said...

Anonymous said...
aku baca blog pembangkang kata sekolah pondok tersebut dapat sumbangan 2 juta dr kerajaan. betul ker? GAP mintak tolong sahkan.kalo betul aku pun nak kuarkan fatwa gak la.

August 15, 2012 12:28 PM
...........................
AKU TAK KESAH KALAUPUN BETUL SEKOLAH PONDOK ITU MENDAPAT 2J KE 10j pun tak pa KAN JADI TANGGUNGJAWAB KERAJAAN UNTUK MEMBANTU SEKOLAH PONDOK, SEKARANGNI MASUK TANDAS PUN KENA BAYAR 30SEN, DULU KITA BELAJAR QURAN PERCUMA AJA, SEKARANG BELAJAR QURAN KERAJAAN BAYAR PADA USTAD2 LAGI!!TAK PERLU JADI POLIMIK KERAJAAN BANTU SEKOLAH PONDOK

Anonymous said...

Ingat! May13 berlaku kerana konspirasi Tun Razak utk GULINGKAN Tunku....setelah Perikatan tewas teruk!!!

Anonymous said...

Jual beli fatwa lebih untung daripada berniaga jual unta...!

Kuah kuaah kuaaah...!!!

Anonymous said...

Hanya dgn mengatakan MCA & MIC yg telah sah punya pemimpin yg BERZINA & menentang dasar Islam...itu bukan kafir harbi!

DAP yg sanggup masuk penjara kerana membela maruah gadis Islam & mempertahankan definasi perlembagaan yg dia faham...dikatakan HARAM utk disokong....

Lalu dapat menjana pendapatan hingga RM2juta hanya dlm tempoh seminggu...???

Anonymous said...

Isu Abdullah Saamah ni, jelas membuktikan yg slogan Najib..."LU TULONG SAMA KITA, KITA TULONG SAMA LU...!", adalah benar belaka!

Apakah ulama pondok pun dah tak mampu lawan RASUAH???

Anonymous said...

Jelas sekali, ulama2 Islam di Msia sebenarnya hanyalah insan biasa...

Buleh DIBELI dgn wang ringgit & harta dunia!

Tahniah UMNU dlm isu ini! Melemahkan peranan ulama dlm pentadbiran negara!

UMNU begitu berjaya kali ini...!!!

Anonymous said...

Namun...utk menjejaskan sokongan kpd PAS, makin jauh jadinya...umpama langit dgn bumi!

Menghakiskan samasekali pengaruh Abdullah Saamah dlm PAS...!!!

Anonymous said...

apa yang dapister buat pada 13 mei tak ada ularmak yang mampu basuhkan doser-dosernya melainkan Dapister sendiri bertobatun di depan tuhan depa.

Anonymous said...

jangan rasuah diri sendiri dengan sorga (contohnya: undi keme dapat sorga) walhal nawaitu sebenar-benarnya adalah kerusi empuk kuasa duniawi. stop it!

Anonymous said...

apakah sumbangan Dapister tidak dianggap rasuah tetapi habuan mukmeen yang tidak sehaluan akan di cop sebagai rasuah? apakah jampi yang Dapister gunakan sampaikan hangpa sume fening lalat?

zat said...

kalau haram undi DAP makna haram juga lah undi UMNU...sbb pendirian DAP dlm isu hudud amat konsisten dgn pendirian UMNU...boleh Ular Mak tu tlg jwb...

Anonymous said...

Ulama boleh d beli dgn harga rm2k ke? Nampaknya org melayu umn ni mata duitan

zat said...

Anon 6:01pm

kau jgn fitnah...sapa kata dia dibyr RM2k...dia di bayar RM2 juta la...hehehe

aduiyai..aku pun tak tau lah nak maki ke nak ketawa kat Pak Dolah ni...aku gerenti kalu ulamak PAS kata begini terhadap UMNU mmg kena ISA la...ular mak depa buat dapat habuan lagi...ABU..!!

Unknown said...

BOMO SUNDAL dengan Zat Bangsat dah mai bawak sial kat sini.. Dua2 mangkuk ni patut di buang negara!! Muka tak tau malu!

Unknown said...

BOMO dengan Zat ni mmg penjilat jubor Lim Kit Siang.. diaorang ni lebih sayang DAP dari bangsa sendiri.. dua2 ni dulu kecewa dengan UMNO sebab dulu joint UMNO sbb ada kepentingan, lepas tu keluar UMNO jadi la UMNU puak kecewa..

BOMO=Zat=UMNU=Puak Kecewa

Kesian aku tengok! Kan lebih elok kalau korang ni mampus!

Hehehehehe!!

Anonymous said...

"sesungguhnya org yang ingin agar(berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan org beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.dan ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui" surah nuur ayat 19

"seorang muslim itu saudara bagi muslim yang lain.dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia terniaya.siapa yang menolong keperluan saudaranya maka ALLAH akan menolong keperluannya pula.siapa yang menghilangkan kesusahan seorang muslim,ALLAH akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat.dan siapa yang menutup keaiban seorang muslim,maka ALLAH akan menutup keaibannya di hari akhirat-riwayat al-bukhari

"wahai manusia yang beriman dengan lidahnya,(namun) belum masuk iman ke dalam hatinya.janganlah engkau sekalian mengumpat orang orang islam dan jangan membuka aib mereka,(kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka ALLAH akan membuka aibnya.dan siapa aibnya dibuka ALLAH,maka dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya-hadis riwayat muslim,abu daud dan at tirmidzi

Anonymous said...

Aduhai Bomo Siam. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kau tuduh seorang ulamak pondok yang disegani sebagai pemakan rasuah tanpa bukti kukuh.

Astaghfirullah! Aku berlindung dengan Allah daripada kemurkaanNYA disebabkan kau..

Anonymous said...

UNDI DAP HARAM!!!
UNDI PAS = UNDI DAP.
MAKA UNDI PAS PUN HARAM! HEHE