KUALA LUMPUR 10 Ogos - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.
Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.
Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.
Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.
Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.
"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.
Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.
Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.
Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.
Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.
27 comments:
Jib..! Bila hg nak munikah lagi ni? Munikah 2 tak perlu izin bini tua...!
Syhhh...toksah takut sama dia la...!
BOMO Siam ni IBLIS ke ?
FAKTA BENAR PEDIH UNTUK DITELAN, BUKAN ?
Zaman rwah dato fadhil nor jadi presiden pas, mereka taklah seteruk sepertimana hari ini.
Baca dulu apa Raja Petra tulis lepas tu buat komen.
JANGAN LAYAN BOMO SIAM, YOU WILL BECOME STUPID LIKE HIM.
OTAK DIA KAT JIBOK.
Sian gua nengok kualiti cybertroopers pakatan.
kesian bomo siam kerana sesuap nasi terpaksa bersidai kat sini....gi bazar ramadan la bulih dpt lebih dr sesuap nasi....
Manusia yang takde otak, takde fikiran, takde mata dan takde hati aje yang percaya dengan PAKATAN. Siapa pun yang "BERJAYA" sekarang adalah hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional. Kalau ikutkan PAS yang merupakan serpihan UMNO kerana Pengasasnya kalah bertanding dengan YAM Tgku Abd Rahman Putra terus tubuhkan PAS. PAS bukan ditubuhkan kerana Islam tetapi kerana "MERAJUK". PKR pun ditubuhkan kerana "MERAJUK" disingkir daripada TPM. Cuma DAP saja yang "TEGAR" diwujudkan untuk menindas orang Melayu dari dulu, kini dan selamanya. Ketiga-tiga parti ini ditubuhkan kerana apa? Adakah kerana DENDAM?
BUMU SIAM dah kehabisan akal.
Dibulan yg mulia ini saya menyeru kpd umat islam dan org melayu marilah kita mahasabah diri kita, dan banyak2 kan meminta ampun drp ALLAH sbab terlalu banyak dosa yg kita telah lakukan. Dibulan yg mulia ini ALLAH luaskan pintu keampunanya. Marilah kita melihat dengan mata hati dan berbecara mengunakan akal dan berfikir mengunakan almu ini yh dituntut barulah kita dapat keputusan yg bernas. pepatah melayu ada berkata "Ikut rasa benasa ikut hati mati" renong2 kan lah. semuga dapat memberi feadah kpd kita semua Amin.
kepada zek...
Terimakasih krn mengingatkan pelayar2 di entry ini.Sdr zek cuba nasihatkn juga pelayar blog yng pro oposition, kongsikan juga hukum menyebarkan fitnah bila berita yng tidak benar disebarkan dan di baca oleh berjuta2 orang.
mana pulak datang munikah ni...gila takde issue..jaga bini sendiri dulu sebelum sibuk dengan hal rumahtangga orang lain..what a dick..
TERBARU DARI KARPAL MENGENAI HUDUD
KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.
Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.
"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.
"Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.
tuan2, bolih percaya ker si raja petra ni. dia ni pun ulaq juga atau lebih tepat gergaji dua mata, tolak masuk tarik pun masuk.
Daripda berzina kan...mana lagi baek?habaq mai!
Tok Moh awat suruh PM nikah lg dia x minat. Hang yg gatal nikahlah lg 2, 3 & 4 sampai cukup kouta. Ade berani dgn bini hang
Bila RPK ngata puak PR hang x prcaya, bila dulu RPK fitnah PM, family & BN prcaya habis hang walau pun tanpa bukti, memang kepala otak PR dah kena liwat dgn si AlJuburi
RPK KATA ADA BENAR DIA RAPAT DENGAN ANUAR SEGALA RANCANGAN TELAH DIATUR DENGAN TELITI OLIH ORG TERTENTU TAPI APA PUN RAKYAT SUDAH TAHU CERITA SEBENAR DARI DULU LAGI SIAPA YG BUAT ONA DI BUMI MALAYSIA INI SEKARANG ALLAH TELAH TUNJUKAN SIAPA YANG AKAN TERJERAT DAN DIJERANYA OLIH ORG NYA SENDIRI.
GAP,
Allah SWT Maha Kaya. ALHAMDULILLAH, pembuat fitnah terbesar di negara ini telah disingkapkan oleh Allah. ds najib tak perlu bersusah payah nak ke seluruh dunia menafikan fitnah ni lg. nama pun FITNAH...
APAPUN DS NAJIB TELAH BERSUMPAH MUHABALAH MENGIKUT CARA YG DIANJURKAN ISLAM. HIMPUN ORG RAMAI & CUKUPLAH DGN MENYEBUT NAMA ALLAH SUPAYA DITIMPAKAN LAKNAT KE ATAS DIRI SENDIRI JIKA BERBOHONG MENAFIKAN PERBUATAN.
JIKA PIHAK YG MENFITNAH DS NAJIB PULA TIDAK BERSUMPAH, PUN BALA AKAN TETAP MENIMPANYA SUATU HARI NNT...
Sbb tu puak PR dah tak berani nak buat solat hajat Allah bg cash dah nampak sikit2
.. Jadi apa nak tunggu lagi?. Hishamuddin silalah tunjukkan belang kamu, jika kamu benar benar anak jati Johor!. Tak bolehkah dilakukan sesuatu jika buktinya dah ada?...
.. Jadi apa nak tunggu lagi?. Hishamuddin silalah tunjukkan belang kamu, jika kamu benar benar anak jati Johor!. Tak bolehkah dilakukan sesuatu jika buktinya dah ada?...
Hisapuddin dah teramat selesa idop dia..tu yg dok trsengehhhh manjangggg...nnt sy bagi amarannnn...
senang cerita, sapa saja yang duduk di kerusi PM, akan ada cerita tak baik mengenai peribadi dia. dulu dr mahathir dan dr siti hasmah pun banyak cerita tak manis timbul. pm dulu dulu saja tak ada cerita. mungkin orang dulu lebih amanah dan jujur. korang tengok, bila najib letak jawatan saja, semua cerita buruk tu akan hilang. sebenarnya musuh politik lah yang buat cerita, masing masing nak jadi PM. WALAUPUN DIRI TAK LAYAK, NAK JUGA JADI PM.SAMPAI BAWA MIMPI KE BINTANG
sesiapa yang menuduh PM dan Isteri sebelum ini baik minta maaf segera.Kenapa ada orang senang sangat percaya semuanya ini...Bukti tak ada?tapi video seks china doll menafikan sekeras kerasnya pula...itu pun orang tal caya....
Dah banyak kes didedahkan dan dah banyak laporan polis dibuat tetapi tindakan nampak lembab. Cuma yang pasti saman "HAD LAJU" laju ja sampai kat rumah. Tak kira orang nak raya ke apa ke. Saman had laju tetap kena bayar.
Post a Comment