Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.
Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).
Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.
Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.
Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.
Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.
Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.
Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.
Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.
Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.
Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.
Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.
Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.
Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.
Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.
Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.
Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.
Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.
Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.
Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.
Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.
Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.
Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.
Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
16 comments:
alahai Khalid.. ke longkang lah kau
.
Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .
.
Hiburan melampau juga x baik untuk kesihatan..kesian kat kedai kain
Khalid mengikut telunjuk BABI Tamak dibelakangnya..
Babi tamak ni tak ada kerja lain selain mengongker & mengongkong manusia lain..
Dahla kaya..bukan boleh bawak mati pun..sombong lagi..
Ingat Babi..Birch, Gadafi Saddam dikorbankan akibat tamak & sombong
AHHHH....Tak kisah lah apa korang nak kata,ABU....!!!
BNUMNO dah PANIK skrg....!!!
Tak beberapa bulan lagi,BNUMNO nak kena bungkus,beb....!!!
Dr.M pun kata gitu" Kalau PAKATAN perintah,habis semua....HAHAHA....
Dr.M dan konco2 korup akan HABIS.!!
Tu yg TAKUT Bebenor tu..HUhuhuhu
KITA 2-CAR
Aku Setuju 110% yop 2-CAR,untuk kita TUKAR ini BN,Cakap semua dah TAK bolih Pakai Lagi....
Perintah Malaysia pakai TIPU2...
Nak PILIHANraya pon,Nak TIPU2...
Akhirnya,BN,UMNO puno,rano....
Tok lamo lagi noh...HOHOHO
UMNO jadi PEMBANGKANG selepas PRU 13,mungkin menang 50 kerusi je...
MCA,MIC,Gerakan,PPP bolih diTALKINkan...!!!
Rakyat Malaysia akan Bangkit, SPRING...!!!!
PAKATAN akan Perintah lepas PRU 13!
Tak kisah kalo Malaysia jadi sistem2 Parti,mana ada huru hara????
Skrg di Selangor,Penang,Kelantan dan Kedah,OK je...Tak de pon Berbunuh2???? UMNO aje yg GEMPAK2!!
Wah caya lu lah....Kalau Rasuah,Jenayah tak boli dikawal,kita Tukar aje lah BN ni, Dah lama sangat buat belander dia orang ni...Fed up lah..!!!
Resign aje..lah Khalid.Ada sapa sapa pernah tgk ni tak..http://bit.ly/MMUg8t
Olang Cina cakap ahh..kalo itu ikan kapala busuk,itu ikan satu badan semua busuk,mah....
pasni khalid akan majukan kerajaan
dibawah air. sebagai menggantikan
kerajaan langit ayah pin.
ataupun bila jatuh nanti sprm akan
sambut dan tumpangkan dia kat resort
sungai buluh..kalau..kalau lah ada
penyelewengan semasa hayatnya di
selangor. bukan tak biasa macam tu
kan, kan??
website low quality...isi kosong... dpt duit rm2500 sebulan sronok sangat le tu... anok bini jadik bodo lembu..
"Pemberian wang tunai untuk meramaikan sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan membuktikan kegagalan polisi 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatukan rakyat Malaysia", kata ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang hari ini.
“T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta ” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti.
...apa nak jadik ni UMNU woi...! Dah terdesak sgt dah ka? Patriotik pun kena beli ka???
Mmuuaahhahahahaha...!!!
Betul la..aku pun fedup dgn BN nie...asyikbawa kemajuan jer sampai anak2 aku belajar dapat pointer 3.9. Lepas tu anak aku di arahkn tak payah balik pinjaman...siot betul la BN nie.
Klumcm nie la BN mentadbir sorryla BN....aku akan pangkah cap dacing lagi.
2-CAR,2-CAR.....
Yeaaahhhh...kite tukar..kite 2-CAR..
Ya beda bedoo...ya budak bodooo....
Khalid Flinstone nyer tagline...
Kasi makan taik pon lu org ttp sokong itu tokeh vavi ..
muahhaahahahahah
Betul la..aku pun fedup dgn BN nie...asyikbawa kemajuan jer sampai anak2 aku belajar dapat pointer 3.9. Lepas tu anak aku di arahkn tak payah balik pinjaman...siot betul la BN nie.
Klumcm nie la BN mentadbir sorryla BN....aku akan pangkah cap dacing lagi............>>>>>>>>>>
AKUPUN SAMA JE ANAK AKU TUNGGU NAK KE IRELAND JPA TAJA SEMUA, TQ BN KENA UNDI BNLE PRU13 NANTI
Post a Comment