Tuesday, September 11, 2012

INI BARU AIR : BELUM LAGI YANG LAIN-LAIN. PAKATAN TERUS DIGANYANG !



Kumpulan pertama 711 pengguna air Selangor yang hari ini menfailkan saman tuntutan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar dan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini kerana Menteri Besar menyatakan bahawa manifesto bukan satu janji sedangkan pelaksanaan air percuma telah dibuat di negeri Selangor selepas pakatan pembangkang memerintah negeri Selangor tetapi memilih-milih kumpulan yang menerima air percuma ini.


Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, meraka kan menfailkan saman ini merupakan kumpulan yang tertindas atau mereka yang teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri kerana tidak mendapat air percuma, 20 meter padu seperti yang dijanjikan, nilainya RM11.40.

“Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com , daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.


Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit,” ujarnya kepada pemberita selepas bertemu kumpulan pertama penduduk yang menfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini hari ini.

GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12, perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.

“Kalau 50 bulan, lebih kurang RM570 untuk satu pemegang akaun. Kawasan perumahan yang telah kita kenalpasti di Petaling Jaya ada 479 kawasan perumahan, Klang ada 273, Gombak (462), Hulu Langat (84), Kuala Langat (10), Hulu Selangor (23), Kuala Selangor (7) dan Sepang (40). Jumlah keseluruhan 1,378 kawasan perumahan.

Kita minta satu keadilan dan ketelusan seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri untuk ‘negeri berkebajikan’ kononnya, tolong prihatin dan peka terhadap permintaan rakyat Selangor. Mereka tak minta lebih, mereka tak minta kurang, mereka minta hal mereka, hak yang patut mereka dapat dalam manifesto yang dijanjikan,” ujarnya yang juag EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.  

10 comments:

Anonymous said...

GAP AKU RSSA BOMO DA XDTG LG..DIA DA DOK MELEKAT KAT BLOG LAIN...DA...

APA KATA KO OPEN BLK KOMEN

KALU BOLEH LA..

Anonymous said...

.

Merokok merbahayakan kesihatan . Kurangkan merokok .

.

Anonymous said...

huuueyyy..banyaknya manifesto bukan janji yg taburkan tuuuu.....

yg telah beri...suam-suam kuku air 20m3.....ramai yg melepas...!!
khairat kematian m2500 separuh ambil kat tangan ahli politik yer...

tabung TAWAS..sape nak memohon jer..

masuk universiti dapat rm1000..sape yer?

takaful warga emas..mohon jangan tak mohon!! ingat PR cari dan beri?

niiii jer...kuang kuang kuang!!!

BlueBird said...

http://umbnsabah.blogspot.com/2012/09/pakatan-rakyat-menafikan-tidak-terlibat.html

Anonymous said...

patut la takut sgt sgt

''JANJI DITEPATI''

JANJI MENIPU MANIFESTO PILIHRAYA..

korang nak tahu apa kaunter pkr nanti

xkira air dpt free ke tak JANJI BERSIH


.

Anonymous said...

"Kes ujian ini akan memberi satu pandangan mahkamah tentang kebajikan. Contohnya pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)."

"Jika orang tidak ikut syarat-syaratnya, adakah orang yang tidak mengikut syarat itu akan dibenarkan peruntukan itu?"

ada otak cuba pikir...

Anonymous said...

kena ingat beb..dia kata manifesto tu bukan janji..

so..lepas ni,

jika depa buat manifesto sebelum pru13..ludah balik je muka depa.

Anonymous said...

janji tinggal janji

usin said...

gap, tak perlu BUKAK SANGAT ruang komen tu. kalau bukak, balik2 makhluk sempadan tu je yg kontrol. bukan apa, malas nk carutkan makhluk tu sbb idea nya bodoh2 belaka tp belagak mcm pandai (sekejap melayu sekejap inggeris, tp copy paste). biar dia meroyan carik blog lain. esok2 blog lainpun buat moderasi jugak. rasanya satu komen bodoh dia tu ada imbuhan, ntah berapa kupang tak tau la...

Anonymous said...

wah...bomo siam da tak de? Harap tenggelam terus... Dia berusaha sungguh nak potray diri serba tahu, asyik nak perbetulkan orang... Hakikatnya dia memang tin kosong... ramai lagi yg berilmu tapi tak ghairah menonjolkan diri mcm bomo ni...