Monday, September 10, 2012

PAS KEPADA DAP : KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT.


Ya! selayaknya PAS cocok sekali digelar sebagai anjing DAP. Kenapa tidak? Banyak bukti, fakta dan realiti semasa semuanya menjurus kepada hakikat PAS adalah anjing kepada DAP.

Setianya menurut perintah si tuan dan patuh mendengar arahan lagak seperti anjing kurap hinggakan kawan sendiri pun tergamak diratah dan diterkam.

Malah prinsip perjuangan yang mendasari PAS sekian lama pun sudah tergadai, segalanya kerana mahu sesuaikan dirinya dengan kehendak dan kemahuan DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan lemah kekuatan jatidiri serta kurangnya penghormatan pada agama sendiri, PAS membiarkan saja kalimah suci Allah s.w.t digunapakai oleh penganut Kristian.

Demi kerana DAP dan disebabkan terdesaknya PAS berpaut pada kekuatan tuannya itu, akhirnya dibiarkan saja pub hiburan, rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata pelusuk negeri Selangor dan Kedah.

Demi kerana DAP dan disebabkan bacul dalam mendepani kekuatan palsu DAP, pemimpin PAS mengorbankan Hasan Ali hanya semata-mata Hasan banyak terlibat dalam gerakan membasmi kegiatan maksiat dan rumah pelacuran.

Demi kerana DAP dan disebabkan akal pemimpin PAS hanya sejengkal, satu demi satu orang Islam dibiarkan murtad sedang bila saja Jabatan Agama bertindak untuk membendungnya, jabatan agama itu pula yang PAS balun bertubi-tubi.

Demi kerana DAP dan disebabkan rendahnya sensitiviti dalam diri pemimpin PAS, satu demi satu surau dan masjid menjadi lokasi untuk pemimpin Kristian DAP melaksanakan aktiviti politik termasuklah bersenamrobik dan memberi 'tazkirah' pada orang Islam.

Demi kerana DAP dan disebabkan bangangnya PAS mengalahkan keldai, orang Melayu Islam yang dipecat oleh kerajaan DAP Pualau Pinang dibiarkan sengsara begitu sahaja dek kerana perintah pemimpin DAP dianggap jauh lebih utama berbanding untung rugi nasib saudara seagama dan sebangsa.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS lebih setiakan pada tuannya DAP, di diamkan saja perancangan DAP yang mahu mengecilkan saiz kakitangan awam walau diketahui kesannya buruk pada masa depan ramai insan.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah selesa dibelai mesra oleh si harbi DAP, semua perancangan kerajaan pusat seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA yang bermanfaat untuk rakyat dihentam diperlekehkan semata-mata untuk menggembirakan hati tuannya DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS tidak cakna pemasalahan rakyat, nasib penduduk India Kampung Buah Pala dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan, sedangkan sebelumnya PAS jugalah yang menyokong janji pembelaan yang ditaburi sekutu utamanya.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah kemaruk dengan lamunan mimpi di puncak kuasa, PAS cuba ranapkan keharmonian perancangan FELDA dengan propaganda dan tipu daya fakta demi memenuhi cita-cita DAP yang mahu melihat FELDA hancur berkecai.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS kemaruk mengejar harta duniawi, banyak tanah milik Melayu dan Orang Asli di alibabakan terutama sekali di Kelantan dan Kedah, semata-mata untuk mendapatkan komisyen bagi mengisi tabung parti dari Cina DAP dan Cina Singapura.

Demi kerana DAP dan disebabkan longgarnya semangat persaudaraan sesama Islam, PAS lebih redha bersahabat baik dengan DAP untuk melemahkan kekuatan kuasa politik Melayu Islam yang sekarang ini masih diterajui oleh UMNO yang merupakan saudara seIslam dengan pemimpin PAS.

Demi kerana DAP dan disebabkan taat setianya PAS pada perintah tuannya dari DAP, bekas Timbalan Presidennya sendiri mahu dihentam dan diperlekehkan hanya semata-mata menyuarakan cadangan supaya PAS mengkaji semula hubungannya dengan DAP si harbi.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS hanya berminat memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, hukum hudud yang sekian lama diperjuangkan akhirnya terpaksa dibakul sampahkan hanya kerana tidak mendapat kelulusan pemimpin DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah lama sebati mempergunakan kesucian Islam demi parti, akhirnya dasar negara Islam yang berpuluh tahun dikendung keliling kampung di campak ke longkang konon katanya tiada dalam Al-Quran kini diganti dengan negara kebajikan semata-mata untuk memenangi hati pemimpin DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan hidup mati PAS hanyalah mengejar kuasa duniawi dan bukannya demi ukhrawi, siang malam pagi petang sejak 1998 kerja PAS hanyalah mencuci tahi dan daki bagi menggilap dan membentuk imej suci si harbi DAP pada pandangan orang Melayu Islam.

Segala-galanya demi kerana DAP, ini semua bukannya lagi fantasi atau sekadar halusinasi sebaliknya sesuatu yang hakiki. Bukankah ini semua sudah memadai sebagai bukti PAS adalah anjing DAP.

Masihkah lagi kalian redha memberi undi kepada PAS anjing DAP?

27 comments:

Anonymous said...

Welcome para pemimpin vateren PAS...To PutraJaya ..

insyAllah Kerajaan Campuran Umno -Pas boleh terlaksanaa

sekurang2 4 negeri

Kedah
Kelantan
Perak
Trengganu


hilang tulang dap dapat daging ayam

KUASA ISLAM AKHIR ZAMAN SERING DISEBUT DARI ASIA...

IA XMUNGKIN DTG DGN KERAJAAN PR yg memeningkan kepala org islam...

POSIBILITY UMNO -PAS xdpt ditolak..

rupa2 nya ada hikmah Anwar dijadikan gelojoh kuasa..

ia dpt neutralize otak benci pas pada umno.. skrg kita baru tau susahnya kuasa islam nak bertahan...

TRANSFOMASI POLITIK KUASA ISLAM AKHIR ZAMAN....

bermula.

2013


KUASA ISLAM UNGGUL HARIMAU BARU ASIA

BENDA NI YG DITAKUTI YAHUDI ANTARABANGSA..JANJI ALLAH AKHIR ZAMAN...
.

Anonymous said...

...dulu aku redho undi pada parti punaisihat hingga tumbangya kerajaan UMNO di Selangor.

...la ni dunia akhirat xkan ku redho undi ku kepada puak2 al-juburi & al-khalwati. Enough is Enough!

-nik ajis mahafiraun-

Anonymous said...

Johnny...!!!!

Woof..! Woof..!!!

Good boy..!!!

Anonymous said...

ake ake
sekian kalinya pas menapi2kan demi islam yang besar nilainya untuk diri sendiri juga negara. macam malaysia tempat selesa sejak lahir dan mati.
ake ake
nun jauh tu. segelintir manusia pas mengejar mursyid dan taksub diri sendiri menapi2kan semau-maunya. ake ake
bn lebih ok dari pr!

Anonymous said...


ada peluru tu hoi... pls chk urself..

http://novandri.blogspot.com/2012/09/bodyguard-anwar-yang-acu-pistol-kepada.html

Muhammad Hilmi b Mohd Hamdan said...

50 tahun merdeka, 50 tahun juga PM orang melayu, TPM orang Melayu,Menteri kewangan melayu, menteri Agama JPM melayu.

Tapi melayu masih lemah ekonomi, undang2 Islam pun masih tak mampu laksanakan. Kemudian sibuk perlekehakan hasrat PAS nak laksanakan hudud, bila PAS ada krisis dengan DAP ttg isu Hudud, tiba2 umno dtng kunun nak jadi hero Hudud.

Kat Universiti kebanyakan mahasiswa dah menyampah dengan UMNO. teruskanlah dengan perangai gangster, baling cat, serbu majlis orang, pukul dan lain-lain.

benarlah kata Tun Mahathir, "UMNO dah berpuluh- puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno"

Anonymous said...

Saudara/i,

undi yang diberi bertujuan agar pemerintah dapat merapatkan jurang ekonomi dan pendidikan (aspek paling kritikal)tetapi kalau beri undi sekadar mahu memakmurkan rumah ibadah, Dap akan terima dengan tangan terbuka.

Sesungguhnya Dap takdak masalah untuk sesiapa saja memakmurkan rumah ibadah tetapi dalam bab mengurangkan jurang ekonomi dan pendidikan, fikir-fikirkanlah sama ada akan memikul tanggungjawab berkenaan.

Kalau Dap tak mahu, apakah Pas boleh diharapkan? Soalan ini harus ditanya sebelum undi diberikan kepada mereka. Kita tidak mahu, sedikit pemilikan yang sedia ada berciciran, yang dikejar nanti tak dapat-dapat juga.

ATAS PAGAR

Anonymous said...

Yang kesiannya penyokong jumud dan rakyat dipendalaman ..terus-terusan ditipu oleh pak lobai PAS dengan menjadikan agama islam,hudud dan cara pemakaian serta kesederhanaan dalam kehidupan sebagai topeng untuk terus menipu penyokong. Walaupun pun terdapat para ilmuan dan ulamak dikalangan mereka tetapi mereka terus hanyut dengan dongengan nike ajis dan kumpulan yang tak berpelajaran didalam PAS iaitu Mat sabu dan Mahfuz..

Tukang Komen said...

Pas sekadar menjadi penumpang dalam pakatan. Kekadang diangaap sebagai laibiliti setiap kali menyentuh soal islam. Pas sedar itulah sebabna Pas pilih untuk ikut telunjuk DAP.

Pas pernah bersuara bahawa mereka parti yg terbesar didalam pakatan dgn jumlah ahli melebihi Dap dan Pkr. Mungkin benar. Tapi Pas juga penakut.pengecut dan bodoh sombong. Bodoh sebab tiada ahlinya yg cerdik untuk diangkat menjadi PM.Mengharapkan otak2 orang Pkr dan Dap untuk menerajui kabinet.

Pas tahap barua yg sanggup makan taik sekiranya diarah berbuat demikian. Jangankan controlling power, bagaining power pun ilek.

Macam pendekar Mustar daaaa. Jadi guru silat tapi kena ikat daa!

Anonymous said...

Sudah lebih drp 50 thn Pas dakwah kapal dan kit siang tp xberjaya jgk....Rasullullah saw dulu dakwah selama 23 thn je....mungkin silap teknik dakwah kotttttt.......minta komen tuan.

Anonymous said...

NIK AZIZ KATA DAP LEBIH BAIK DRP UMNO SBB CINA DAP MASIH BUKAN ISLAM.SBB TU MEREKA SANGGUP BERSEKONGKOL DGN DAP.LOGIK KE STATEMENT MCM TU?????CUBA PIKIR BETUL2......SEDANGKAN PAS SUDAH UJUD LEBIH DRP 50 TAHUN.APAKAH XCUKUP LAGI MASA YG DIPERLUKAN UTK DAKWAH DAN PHMKAN MEREKA TTG ISLAM?????

Anonymous said...

Last2 mr khalid jadi ketua hal ehwal.agama islam di selangor.......org pas xlayak ke?????sedangkan mereka claimm perjuangan islam...

rakab said...

Saudara Mohd Hilmi,

Secara ringkas,...

1. Mentadbir sebuah negara yang majmuk macam Malaysia ni bukannya mudah.

Ketika baru merdeka orang melayu berada dalam keadaan amat lemah dari berbagai segi. Macam-macam dugaan dan kerumitan yang harus ditempoh serta diselesaikan oleh pihak pemerintah.

Ancaman berterusan pasukan bersenjata komunis, monopoli kaum cina dalam bidang-bidang utama negara , manipulasi agama Islam oleh puak pembangkang. Perkara ini semua antara yang menekan kemajuan orang melayu dan memporak-perandakan mereka.

2. Sudah terang lagi bersuluh, Umno hanya menyokong hukum hudud yang terkandung dalam al quran tetapi bukan hudud politik Pas yang menghukum orang Islam sahaja sedangkan pesalah bukan Islam bebas dari hudud.

Anonymous said...

Tun M sudah kata tidak setuju dengan hukum hudud ala PAS dan tidak menolak hukum hudud islam sebenar.

Mereka perintah Kelantan sudah 22 tahun , mereka ada kuasa, kenapa tidak buat hukum hudud disana.

Cakap tak serupa bikin. manifesto bukan janji rakyat Selangor kena kencing oleh Fuckatan.

Kerajaan Persekutuan tolong teruskan project Langat-2, ini untuk rakyat Selangor. kita tengok apa dia nak buat , nak bawa ke mahkamah, rakyat Selangor akan keluar beramai-ramai sokong Langat-2.walaupun Ggap tidak beri kelulusan. dia nak mampos biarkan kami tidak mahu mati kehausan.

Anonymous said...

Agaknya orang PAS yg baring atas jln halang sultan, baling kasut kat hakim, rempuh polis dan pukul polis dalam BERSHIT tu tak gangster? Baik sungguh akhlak depa.

Anonymous said...

Sunyi dan sepi tanpa Komen Bangang dari Bumuh "Nizar" Sial "Lambai".

Bumuh Sial pernah dengar pepatah inggeris tak??

"SEE NO TOUCH" Wahkahkahkahkahkah..

Makan Hati sampai mampus la ko Bumuh Sial!!

Anonymous said...

DAP = KOMINIS

PAS = BARUAH KOMINIS

Anonymous said...

Rupa2 nya yang mengaku pejuang Agama Islam (PAS) tak sa Islam yang kita fikirkan.

HAMPAS!!!

Anonymous said...

Muhammad Hilmi b Mohd Hamdan said..
50 tahun merdeka, 50 tahun juga PM orang melayu, TPM orang Melayu,Menteri kewangan melayu, menteri Agama JPM melayu.

Tapi melayu masih lemah ekonomi, undang2 Islam pun masih tak mampu laksanakan. Kemudian sibuk perlekehakan hasrat PAS nak laksanakan hudud, bila PAS ada krisis dengan DAP ttg isu Hudud, tiba2 umno dtng kunun nak jadi hero Hudud.

Kat Universiti kebanyakan mahasiswa dah menyampah dengan UMNO. teruskanlah dengan perangai gangster, baling cat, serbu majlis orang, pukul dan lain-lain.

benarlah kata Tun Mahathir, "UMNO dah berpuluh- puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno"

September 10, 2012 1:40 PM
___________________________

Yang pertama - elantan kan Pas yang punya kenapa tak laksanakan Hudu sampai sekarang??

Yang Kedua - Memang lah Tun M tak bagi orang pandai masuk UMNO. Tapi yang Tun M tak bagi orang pandai masok UMNO ialah Orang yang pandai Menfitnah, pandai memecah belah bangsa, pandai Meliwat, pandai, berzinah, pandai Aiskrim dalam Jamban, pandai, mantat bini kawan pat bilek 121, pandai memutar belit agama islam, pandai beri ceramah bini orang pat bilek hotel pukol 3 pagi dan seterus nya.........

Anonymous said...

Kesian aku tengok si Helmi terus menipu diri sendiri. Atau si Helmi ni sa jenis Bumuh Sial yang makan hasil dari PR.

Mungkin orang Melayu PR Buduh ni tak faham pepatah ong puteh tak?

"The needs of the many out-weighs the needs of the few".

Jadi Majority pilih BN/UMNO. Yang Minority ialah PR jadi ko kalah. Hentikan lah kerja bodoh ko yg memecah belah bangsa.

Anonymous said...

mohd hilmi, bila hang kata di universiti ramai mahasiswa yang menyampah dengan UMNO, aku memang rasa nak termuntah. pada hang mahasiswa bijak sangat ya? sepatutnya mahasiswa bersyukur kerana kepimpinan yang ada inilah yang membolehkan melayu ramai masuk U. tahun 59an dan 60an berapa orang siswa kejuruteraan melayu? setelah kerajaan melakukan sesuatu, sekarang berlambak jurutera melayu. hang patut kaji kenapa dulu tak ramai melayu. dan sekarang ramai. sepatutnya berterima kasih bukan nak tunjuk lagak. bangang punya masiswa.

Anonymous said...

kalu pas jadi ngo biasa je sejak.50 thn

aku ingat kurang2 separuh dah ahli dap masuk islam

Anonymous said...

sebab kau percaya...

mcm aku dulu masa mahasiswa...baca harakah sajalah..

skrg baru paham..parti politik sama sajalah..

Anonymous said...

Selama 50 tahun, apa yg PAS buat utk Islam n org Melayu ye?

Anonymous said...

Ekonomi melayu lemah? Bandingkan ekonomi org melayu sebelum tahun 2000 dan selepas tahun 2000. Tak kan takde perubahan. Banyak perubahan bro. Jgn kerana ketaksubpan bangkai gajah depan mata pun taknampsk. Cuma masih belum mencapai sasaran. Ingat dibawah kerajaan PR melayu akan berubah lebih baik atau makin teruk? Tengok Selangor cukup bro. Isu Unisel, Talam, CEO PKNS dah terlepas kat org lain. Jgn dengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan.

Anonymous said...

Hello bro...kau ingat senang ke nak perintah negara? Sepatutnya mahasiswa macam kau bersyukur dapat masuk U. Dan bersedia nak bantu kerajaan yanfpg dah bantu kau jadi terpelajar.

Mahu ingat bro, kalau datuk nenek moyang kau tak pikir pasal kau, hari ni kau belum tentu senang dan pandai.

Kalau kau terror nak complaint, kau pegi main SIM CITY dulu.

Rosak betul lah Melayu sekarang ni..Makan telo B.A.B.I Dajjal Melayu dan hasutan Syaitan Bisu.

Muhammad Hilmi b Mohd Hamdan said...

"Makan telo B.A.B.I Dajjal Melayu dan hasutan Syaitan Bisu".

"Atau si Helmi ni sa jenis Bumuh Sial yang makan hasil dari PR"

-Komen Anonymous yg mengarut mcm ni betul2 mebuktikan lagi kesahihan kata2 Tun Mahathir.

- Budak universiti skrng reti bezakan "kerajaan' & "Parti". orang smua dah reti bezakan apa itu "wang kerajaan" & "wang parti".

-Harap anonymous2 yang sembang kencang berhenti tunjuk bodoh.