Thursday, September 13, 2012

TOLAK PAS , ISLAM SELAMAT.



Sejak PAS ditubuhkan 61 tahun lalu, dasar dan polisi perjuangannya sudah acapkali berubah-ubah menggambarkan betapa longgarnya asas perjuangan dan halatuju PAS dalam arena politik negara.

Perubahan ketara yang paling dirasai ialah bilamana PAS mula menyerap semangat revolusi Islam Iran pada awal 1980-an dan serentak dengan itu, apa saja perjuangan atas nama bangsa Melayu ditolak ke tepi.

Serentak itu, dalam kamus perjuangan PAS tiada lagi keperluan mengangkat unsur-unsur politik untuk kepentingan kaum bangsa apatah lagi mahu mendaulatkan dan memperkasakan kuasa politik Melayu Islam.

Satu ketika, PAS melalui bekas Presidennya Allahyarham Fadhil Noor pernah menganggap Melayu itu tidak penting dan bangsa Melayu itu tidak diperlukan kerana bagi PAS, polisi dan dasarnya hanyalah Islam.

Namun PAS tidak dapat menafikan realiti sejarah telah merekodkan kewujudan PAS tiga dekad sebelumnya adalah berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam, sama seperti UMNO malah asal usul kelahirannya juga datang dari 'perut' UMNO.

Malah negeri Kelantan yang waktu pertama kalinya dikuasai oleh PAS pada 1959 juga berlaku tatkala PAS diketuai oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi yang sekian lama diketahui mendukung kuat semangat nasionalisme Melayu Islam.

Dr Burhanuddin yang menyertai PAS pada tahun 1956 adalah pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang di awal penubuhannya condong kepada idea mewujudkan Melayu Raya, satu gagasan kemerdekaan yang mahu menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

Seterusnya fakta sejarah juga menunjukkan selepas kematian Dr Burhanuddin, PAS diambil alih oleh Datuk Asri Muda yang juga adalah seorang tokoh nasionalis Melayu Islam. 

Bagaimanapun selepas PAS dirasuk oleh semangat revolusi Iran, akhirnya beliau didesak meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Pusat semata-mata untuk menguburkan imej dan semangat kebangsaan Melayu Islam yang pernah mengalir dalam darah perjuangan PAS.

Selepas itu gara-gara rasukan semangat revolusi Iran begitu mengasak pola pemikiran pemimpinnya telah membawa kepada kepercayaan bahawa perlunya untuk PAS kelihatan berbeza dari UMNO jika mahu mengatasi komponen utama BN itu.

Lantaran itu pemimpin PAS bekerja keras mendoktrinkan pemikiran pengikutnya bahawa perjuangan berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam yang sekian lama menjadi tunjang kekuatan UMNO adalah salah dan bertentangan dengan Islam.

Apa sahaja yang bernama Melayu dan ada unsur Melayu, PAS akan segera membangkangnya serta tidak teragak-agak untuk memfatwakan sebagai sekular, perkauman sempit dan haram.

Namun seperti mana sejarah tiga dekad (1951 - 1981) sebelum revolusi Iran, telah memaksa PAS berubah arah semata-mata demi kepentingan politik duniawi, kini selepas tiga dekad revolusi Iran (1981 - 2012) sekali lagi PAS berpusing arah dan cuba kembali menonjolkan keMelayuannya.

Dalam edisi terbaru akhbar suara rasmi PAS, Harakah misalnya dengan tajuk besar "Melayu Wajib Sokong PAS", Presiden PAS sekarang Abdul Hadi Awang menyatakan adalah wajib untuk orang Melayu menyokong PAS dan menolak UMNO demi menguatkan kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya lagi bukan sahaja UMNO tidak berjaya menguatkan kedudukan dan persaingan kaum Melayu serta Bumiputera dalam bidang ekonomi malah Hadi berpendapat UMNO telah gagal memperkasakan kuasa politik Melayu Islam.

PAS dan Presidennya kelihatan semacam baru tersedar dari mimpi panjang berkaitan revolusi Iran yang selama ini dipuja puji oleh PAS sehinggakan sanggup memperlekehkan peri penting perjuangan berunsurkan Melayu Islam.

Perubahan drastik polisi dan dasar PAS ini berkait rapat dengan gelombang kesedaran ramai pengundi Melayu Islam yang semakin kuat menolak kehadiran PAS yang kini langsung tidak membawa manfaat kepada orang Melayu Islam.

Wujudnya PAS dalam PR bukan sahaja gagal memartabatkan kuasa politik Melayu Islam malah lagi menjahanamkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri.

Oleh itu, amatlah wajar untuk masyarakat Melayu Islam semakin menjauhkan diri dari PAS dalam PRU 13 kelak malah seluruh orang Islam dari pelbagai kaum bangsa wajib untuk menolak kewujudan PAS disebabkan ketidaktentuan polisi parti tersebut yang celaru dan berubah-ubah.

6 comments:

Anonymous said...

Tolak PAS bkn brmakna kite tolak Islam sbb PAS bkn agama tapi cume parti yg mnggunakn Islam sbg nama dan utk meraih sokongan....

Penganut TAKSUB yg lahir dalam PAS itulah jenis yg sgp mngkafirkn sesama Islam, yg sgp mnghina pmimpin yg bkn sealiran dgn prjuangan mrk, mmfitnah , mncaci , merusoh serta mngkhianati negara...mcm yg trjadi smasa Bershit 4.0 baru2 ini..

Perasaan BENCI thdp kjaan pimpinan UMNO/BN yg di semai sejak dr kecil melalui PASTI, melahirkn generasi yg xtau brterima kasih serta brsyukur thdp apa yg tlh mrk nikmati di negara trcinta ini..

Sedari kecil dah di terapkn nilai keAGONGan serta keDEWAan pmimpin puak mrk, maka lahirla kelompok generasi yg TAKSUB serta UJUB dgn prjuangan dan pemimpin mrk....

Apa saja yg kuar dr mulut pmimpin mrk adalah ungkapan EMAS yg xbole LANGSONG di prtikaikn..

Budaya TAKSUB inila yg memudahkn pmimpin PAS mngawal hala tuju parti mrk krn BUAT LA APA SAJA penganut akan tetap brTAKEBEER dan menurut perintah tanpa SOAL...

Jadi xheranla dasar perjuangan parti kerap di tukar mcm org bawa keter lak,,sat kona kiri satlagi kona kanan tetiba wat U TURN lak..

Kalo PAS betol2 nak prjuangkn Islam nape saudara seagama di anggap musoh sehingga sgp brsekongkol dgn puak yg sememangnya ANTI ISLAM utk mnjatohkn UMNO, kemudian tergamak pula mngangkat makhlok yg terang2 rendah moral mnjadi pemimpin ..

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

Islam tolah Pas.

Anonymous said...

ramai org percaya dgn menjadi penganut Pas islam mrk lebih baik dr yg lain....jd siapa sokong Pas mmg totol sbb pas bkn jln singkat masuk syurga dan bkn tmpat tuk melahirkan insan yg berakhlak tinggi....

yg lahir dr ajaran Pas ialah perasaan benci dan busuk hati sesama islam..

takeBEeRrR

Anonymous said...

Satu ketika dulu Nik Aziz kata dia tak rasa bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu walaupon dia sendiri berbangsa Melayu, mak bapak dia bangsa Melayu, Seluroh keluarga berbangsa Melayu. Satu sikap ANTI MELAYU. Hanya banga menjadi orang Islam.

Cuba kita fikir secara mendalam. Siapa Nik Aziz ni? Nik Aziz ni petualang bangsa sama seperti Anwar Ibrahim. Orang yang mahu melihat bangsa Melayu hancur di bumi bertuah ini. Tindak tandok PAS yg bersekrongkol dgn DAP salah-satu contoh yg jelas PAS merelakan "kehancuran bangsa Melayu" itu berlaku.

Kalau mereka benar2 sayangkan bangsa Melayu, bangsa mereka sendiri, bangsa ibunda mereka, bangsa keturunan mereka? Mengapa mesti mereka bertindak demikian? Sejarah telah membuktikan. Empire kesultanan Melaka runtoh bukan kerana kesultanan Melaka itu lemah kepada ancaman kuasa asing, TETAPI ujudnya beberapa makhluk2 bernama SIKITOL petualang bangsa yang melakukan "pengkhianatan" memberi ruang luas kpd penjajah ketika itu merampas takhta menyebabkan keagongan empire kesultanan Melaka lenyap dari muka bumi ini buat selama2nya. Satu keagongan bangsa Melayu. Mengalir air mata darah sekali pon orang Melayu tidak akan dapat memilikinya kembali. Kita lupakan sajalah kisah itu kerana ia sudah berlalu berabad lamanya. Yang berlalu biarkan ia berlalu. Tidak guna di kenang lagi.

Apa yang perlu kita fikirkan ialah kisah SIKITOL ini tetap berulang lagi. Dizaman morden ini SIKITOL yang sama tetap ujud dan mereka ini kita tahu dan kita kenal. Mereka terang2 mahu melihat negara ini hancur semata2 kerana politik mereka. Orang Cina berpolitik kerana kepentingan bangsa mereka sendiri. Mereka bersatu-padu. Orang Melayu berpolitik mahu melihat bangsanya berkubur. Itulah PAS.

Anonymous said...

Kepala hotak kau UMNO bodoh , kata dah kuat kenapa dapat undi 47%saja. Bebal dan low IQ macam brahim ali, dan Zul nordin saja,