Sunday, October 14, 2012

ANAK YATIM : MESEJ TERBAIK PERAK TODAY !



aku ucapkan terima kasih kepada editor perak today yang menyokong artikel aku mengenai keperluan masyarakat melayu kita untuk membantu secara konsisten anak yatim.

artikel lengkap tu boleh baca kat sini. KLIK SINI

dah tiba masanya kita perlu mulakan gerakan komuniti islam dalam membantu secara konsisten anak yatim ini.

terima kasih editor perak today yang sanggup membuat video menarik ini..move terbaik !

5 comments:

Anonymous said...

.

Saya mendoakan supaya orang-orang melayu bersatu .

.

Anonymous said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Anonymous said...

Yang jadi trend..boleh dikatakan tiap=tiap negeri melalui Baitul Mal macam adu satu target sarasan untuk megutip zakat. Dari satu sudut boleh diterima, sebab dengan sasaran tertentu wang zakat boleh disalurkan kepada asnaf yang layak. Tapi Baitul Mal lebih cenderung pada baki ditangan yang banyak...sedangkan wang zakat hendaklah digunakan dan disalurkan dengan niat untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan dengan berhemah dan berkesan. Kalau asyik berbangga denga jumlah terkumpul saja nak buat apa? Mungkin kita pun tak harapkan wang zakat hanya tinggal sekupang..tapi itulah kedudukannya..wang zakat haruslah disalurkan..kena ada outreach..macam GAP cakap..kita tak boleh nak harapkan orang yang memerlukan bantuan datang memohon ke pejabat Baitul Mal, sedangkan dalam poket mereka mungkin ada 2 ringgit yang sangat bernilai utuk kelangsungan hidup untuk hari itu..
Berikut ialah dari Majlis Fatwa yang sepatutnya tidak timbul jika ada usaha untuk salurkan wang zakat secara berkesan tanpa meninggalkan bagi terkumpul yang banyak?!

Tarikh Keputusan: 31 Jan, 2007
Huraian Tajuk/Isu:
Memohon pandangan Jawatankuasa Fatwa Mengenai penggunaan Wang Zakat Terkumpul
Keputusan:
Mesyuarat bersetuju bahawa : Kutipan wang Zakat yang tidak dapat dihabiskan kepada Asnaf pada tiap-tiap tahun hendaklah kekal sebagaimana wang zakat.
Jika wang tersebut terkumpul hingga berjumlah sebegitu banyak, maka bolehlah digunakan untuk apa-apa tujuan pembangunan yang mana faedahnya kembali kepada Asnaf Zakat.

Makna dari Segi Bahasa:
Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.

Makna Dari Segi Syara':
Zakat dari segi syarak bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/ tanaman/ ternakannya sama ada dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan kadar tertentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongan-golongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada pihak berkuasa menguruskannya.

Brittany Jenkins said...

. Saya mendoakan supaya orang-orang melayu bersatu . .

Burns said...

. Saya mendoakan supaya orang-orang melayu bersatu . .