Thursday, October 18, 2012

HAKIKAT SEORANG POK NIK.


Sehari dua lepas kita berpeluang menghiburkan diri dengan persembahan silap mata dari Exco kanan Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa yang cuba menonjolkan bajet negeri kali ini kononnya telah mencatat rekod kerana ada lebihan RM45.8 juta.

Walhal, apa yang berlaku ialah kerajaan Kelantan dengan sengaja cuba menyembunyikan hakikat bahawa bajet 2013 bagi negeri itu sebenarnya mengalami defisit sebanyak RM154.18 juta.

Mereka juga cuba mengabui mata khalayak daripada mengetahui hakikat sebenar bahawa anggaran perolehan negeri pada tahun depan telah berkurangan kepada RM381.77 juta.

Tambahan angka RM200.00 juta yang kononnya adalah wang perolehan tuntutan royalti hakikatnya tidak wujud pun, ia sekadar satu angka perolehan bersifat halusinasi sahaja malah kes perbicaraan di Mahkamah Putrajaya sehingga sekarang masih belum dimuktamadkan.

Tapi biasalah, Husam itu sendiri adalah anak buah kepada Nik Aziz dan anak didik tersayang Anwar Ibrahim, mahu tak mahu, tetap akan ada bakat menipu sama macam tok guru haprak dan mentornya.

Sementara itu, mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentangkan beberapa hari lepas, menunjukkan negeri Kelantan yang telah 22 tahun diurus tadbir oleh PAS itu, kini sedang menanggung hutang yang agak besar mencecah RM1.14 bilion.

Jumlah tersebut menunjukkan sedikit peningkatan berbanding RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya. Sebahagian besar hutang ini melibatkan pinjaman bagi projek bekalan air yang berjumlah RM639.00 juta termasuk RM30.00 juta datangnya darinya pinjaman untuk projek baikpulih loji rawatan pembetungan.

Dari segi pembayaran pinjaman pula, Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat itu juga sedang menanggung bebanan tunggakan pembayaran balik berjumlah RM179.81 juta. Peningkatan lebih RM50.00 juta berbanding sebelumnya yang cuma tertunggak RM121.57 juta sahaja.

Rupanya dalam pada pemimpin PR sibuk mempertikaikan hutang negara yang kononnya akan memufliskan ekonomi Malaysia, diam tak diam, kerajaan negeri yang diperintah rakan sepakatan mereka pun ada hutang yang besar.

Bezanya, negara kita walaupun menanggung hutang namun dimasa yang sama ekonomi negara berkembang dan rakyat pula tidak perlu merempat mencari peluang pekerjaan di luar negara.

Tapi Kelantan pula yang sudah 22 tahun diperintah oleh PAS, hutangnya bukan sahaja meningkat malah penduduknya sendiri pula makin ramai terpaksa berhijrah demi mendapatkan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik di luar dari Kelantan.

Paling menarik, tatkala belanjawan negara terus menunjukkan peningkatan anggaran perolehan pendapatan tapi PAS di Kelantan pula terpaksa menerima hakikat anggaran perolehan untuk kantung negeri untuk tahun depan semakin menyusut.

Sementara itu, tatkala Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini tidak perlu pun melakukan silap mata dengan memasukkan anggaran perolehan pendapatan yang tidak wujud atau belum pasti, hanya semata-mata untuk melindungi wujudnya defisit dalam belanjawan.

Jauh bezanya dengan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, yang terpaksa bermain silap mata untuk menipu khalayak umum dengan sengaja memasukkan perolehan wang royalti yang tidak pasti hujung pangkalnya semata-mata untuk memberi harapan palsu pada rakyat.

Hutang dahlah meningkat sehingga melebihi RM1 bilion, perolehan untuk negeri pula makin berkurangan dan tunggakan pembayaran pinjaman pula bertambah. Entah teori ekonomi jenis apa yang digunapakai oleh pemimpin PAS, memanjang saja tak membawa manfaat untuk rakyat.

Sia-sia 22 tahun PAS diberi peluang memerintah negeri Kelantan.

32 comments:

Anonymous said...

Pulak dah....!

Dari seorang yg mengangap dan diangap sebagai ulamak kini pok nik mahu di anggap seorang artis pulak.

Artis ada banyak pok nik,pok nik klu di katakan artis dari band under ground memang tak molek.Kalau penyanyi jazz kurang tepat.Klu penyanyi nasyid dah nampak tua sangat.Klu pemain dram tenaga mungkn dah kurang.Klu guitaris tak kena...
ermmmmm. .....

Arrrrrrr. ...artis Maharaja Lawak lagi tepat dan ramai setuju muahahahaha.

Anonymous said...

...tadi aku dah kata org melayu pulai pinang bodoh belaka sebab ada pemimpin2 bahalol mcm anwar, pak lah, mat sabu, mansor othman.

...kelantan pun x kurang hebat juga bodohnya kerana ada pemimpin2 bodoh seperti si tua wali keramat hidup wali selipar & husam kambing.

...maka berterusanlah rakyat melayu kelantan menjadi bodoh minum air limbah, perigi, kolam, longkang untuk selama 20 abad akibat kebejatan dan kedungungan mereka takut kepada si keramat hidup melebihi takutkan Allah SWT akibat ditipu selama2 oleh golongan yg mempergunakan agama demi kuasa yg sedikit.

-nik ajis mahafiraun-

Anonymous said...

Cuba bayangkan tokoh2 seperti ini diberi kuasa perintah Malaysia???
Hancussss....

Anonymous said...

kebodohan, kebangangan, kepekakan, kebutaan dan kebebalan pok nik semakin tarserlah.

Anonymous said...

pok nik semakin maha pekak,maha buta dan maha habuk pun tarak.

Anonymous said...

Inila agaknya baJET Rohani atau baJET TAKua yg Nik Ajiz mahu...

Sgl kekurangan sorok bawah karpet...baJET halusinasi....

muahahahahahahhahahah

Anonymous said...


HARAPAN nak dapat hasil minyak secara mudah..itu lah harapan tinggi menggunung yang menjadi mimpi indah pok nik and the gang yg dungu tu.. Tapi tak sampai hajat sebab minyak tak di izinkan Allah berada di perairannye.. sian2..

Mimpi sampai meracau..

Anonymous said...

Dulu ada org UMNO pun terikut -ikut panggil 'nik ajis' Tok Guru, termasuklah Pak Lah... Tapi aku memang sejak dulu tonggeng buntut bila sebut pasal nik ajis. ada yag nasihat aku "oii tak baik oii.. dia tu tok guru. nanti kau ketulah.." aku jawab "aku peduli apa... bukan Tok Guru aku.. tok guru org Pas.."

Tok guru ke tu yg sekongkol Isu Liwat, LGBT, Islam Libral, termasuklah fitnah Najib terlibat membunuh ANtutuya... Tok Guru ke tu?

Servant of God said...

Anonymous said...

Dulu ada org UMNO pun terikut -ikut panggil 'nik ajis' Tok Guru, termasuklah Pak Lah... Tapi aku memang sejak dulu tonggeng buntut bila sebut pasal nik ajis. ada yag nasihat aku "oii tak baik oii.. dia tu tok guru. nanti kau ketulah.." aku jawab "aku peduli apa... bukan Tok Guru aku.. tok guru org Pas.."

Tok guru ke tu yg sekongkol Isu Liwat, LGBT, Islam Libral, termasuklah fitnah Najib terlibat membunuh ANtutuya... Tok Guru ke tu?

October 18, 2012 2:26 PM

----------------------------

Aku setuju 10000% ngan ko!

Servant of God said...

Kepada rakyat kelantan,

Undilagilah pas di PRU13 nih. Korang undi pas, memang korang hanya layak dapat badut2 ni sebagai pemimpin korang.

Anonymous said...

Pok Nik hanyalah ulama kulit bawang, otak dan hatinya kosong dan kering kuntang.

Anonymous said...

biarkan kelantan di bwah pas utk selama-lamanya.Kalau umno dpt ambik balik kelantan ianya pasti akan menyusahkan. lantak dialah.

Anonymous said...

Lagi ok dari PM yang x boleh bezakan najis mughalazzah,,

Anonymous said...

Pak Nik dah tua uzur nyayuk...dah lama memerintah..kecek kelate je pok nik pandai..

Anonymous said...

Servant of God..patut kamu ketulahan..tunggu dan lihat!

Anonymous said...

Kutuk dan hinalah Tg Nik Aziz..kelak pasti dapat berbaloi..tunggu dan lihat kebenaran ayat ini.

Anonymous said...

Aku setuju ngan Anon 2:57. Biarkan aje Kelantan tu pada Pas. Kalau BN Kelantan menang PRU13 ni, habis lak nanti bajet negeri lain kena tarik sebab nak betul kan kerosakan 22 tahun. Biarkan aje si Luncai terjun dengan labu-labunye...

Anonymous said...



Aku pun setuju pAS terus memerintah Kelantan.. DAn pok nik ajis terus menjadi MB dan menjadi idola orang PAS kelantan sampai mampos.. tak payah kita beri tumpuan yg banyak kad negeri ini. menbazir karan je.. pengikut tutok mereka mmg bebal tk boleh nak ubah.. mereka boleh bersahabat dengan kerajaan langit ayah pin..

gerakan anti pkr said...

Dah tiba masa nya Nik Aziz berundur

Anonymous said...

nik aziz dengan punaisihat tukang karut masih lagi bermimpi nak lawan d mahkamah pasal royalti minyak. mereka sapu ketepi undang2 laut yang mengatakan jika hasil minyak dalam lingungan 3 batu dari pantai maka kelantan ada hak tetapi pelantar minyak sekarang 60 batu dari pantai masih nak lawan. ada akai kah.

Anonymous said...


Kutuk dan hinalah Tg Nik Aziz..kelak pasti dapat berbaloi..tunggu dan lihat kebenaran ayat ini.

DOA PEMERINTAH ZALIM MACAM NIK AJIS NI MASA BILA NAK DAPAT PERKENAN.. ADA KE PATUT DOA UTK DS NAJIB PECAH PERUT.. SEBAGAI PEMIMPIN BESAR DUNIA ISLAM YANG BERJAYA MENDAMAIKAN JUTAAN ORANG YANG BERSENGKETA DI SELATAN FILIPINA (MISI AKAN DATANG PULAK DI SELATAN THAI DAN DI MYANMAR), DS NAJIB SENTIASA DI DOAKAN OLEH JUTAAN UMAT ISLAM DISERATA DUNIA UNTUK KRSEJAHTERAAN BELIAU..BEGITU JUGA TUN M.. DOA BUSUK HATI SEPERTI PECAH PERUT NIK AJIS HANYA AKAN BERBALIK KEPADA BELIAU SAHAJA NANTI.. PANJANG UMUR KITA LIHAT LAH SAMA-SAMA..

Anonymous said...

pok nik aih ni jenih/setaraf tok dalang wayang kulit jer,reti kecek serupo burong kakaktuo tp tak tahu gapo hok dio ghoyat.

KASI PANAS said...

Teman heran sungguh pasai apa PAS sayang dan takut sangat dgn Pok Nik ni , yg banyak beri komen ni cuba bagi pandangan , teman nak bagi satu daripadanya mengikut firasat teman - BILA PR MEMERINTAH DIA NAIK TOCHANG LEPAS TU DIA KO , DIBERI GELARAN SEBAGAI TOKOH NEGARAWAN NEGARA DAN DISEMADIKAN KAT MESJID NEGARA (KONON NYE...... PI RAH.......)

LAIN DARI TU , YANG DOK KOMEN BANYAK-BANYAK NI BAGI LA PANDANGAN PADA TOK GURU MULUT INSURAN TAK LEH NAK RENEW PASAI DAH LEBIH USIA LAW KATA TAK BOLEH DIINSURANKAN




Anonymous said...

...adu lawak sial kutuk tok guru boleh kena tulah, tu pakai dalil/hadis mana tu?

...pengikut taksub sgt ni...apekata buat patung si wali selipar keramat hidup, lepastu ramai2 rakyat kelantan pergi sembah.

hahahahaha...bodoh dulu kini selamanya la kelantan oii..tu sebab negeri ko minum air limbah!!!

-nik ajis mahafiraun-

Anonymous said...


DULU BUAT PATUNG BUDHA DUDUK TERBESAR DI DUNIA DI KELANTAN..

selePas ni bila pok nik meninggal dunia..buat pulak patong peringatan pok nik di sebelah patung budha tu..patung ala-ala mcm gambar sticker pok nik yang selalu ditampal pada kereta sipentakjub pok nik tu.



Anonymous said...

Dalam menyokong satu2 pihak, jgn pula mencerca dengan melampaw pihak yg satu lg

Anonymous said...

COOL DOWN BRO..JGN TERLALU EMOSI KUTUK MENGUTUK DAN MENGHINA SATU SAMA LAIN.KITA SEMUA PASTI MATI DAN BUKAN HIDUP SELAMANYA.TUJUAN UTAMA KITA MEMPERBETULKAN DAN BERI PANDANGAN DEMI KEBAIKAN SEMUA.

Anonymous said...

harapkan pagar, pagar makan padi, pagar tangkap ikan, pagar rosakkan sawah, pagar bunuh tuan sawah

Anonymous said...

pok nik dah perintah kelate lebih 22 thn. sepatutnya hasil negeri dah bertambah berlipat ganda. tapi pok nik tak usoho ke arah tu sebab tulah hasi negeri tak naik-naik malah makin turun. siang malam asik gi kempen dan ceramah, mcm mana nak bangunkan ekonomi kelantan. dah tak ada pitih nak mintak senang2 duit petronas walaupun duit tu kelantan tak ada hak. pok nik pikirlah sendiri

Anonymous said...

Orang PAS... tolong tutup mulut Nik Ajis.. makin banyak dia cakap makin merapu pulak.

Macam mana org nak hormat pembangkang? Cara cakap budak2 pun kalah.

Takde ciri2 pemimpin dan ilmuwan langsung

Anonymous said...

Ade pemimpin yg tau najis tp bergelumang ngan najis, cinadol jugak kasi taruk..

Anonymous said...

Betul ke? Ko ni dh taksub sgt ni. N.ajis tu dewa mane?