Saturday, October 20, 2012

PRU 13 : KOMEN A KADIR JASIN MENGENAI BLOGER.



Unsur anarki dalam media terutama berasaskan Internet di Malaysia dijangka akan menjadi lebih buruk melalui perang siber menjelang pilihan raya umum.Ia dikhuatiri mengakibatkan pengundi membuat pilihan kerana kekeliruan dan bukan kefahaman, kataTokoh Wartawan Negara Datuk A.Kadir Jasin.
Semasa berkongsi pemerhatian itu dalam wacana "Komunikasi Massa: Antara Demokrasi dan Anarki" di Petaling Jaya. Khamis beliau berkata anarki dalam media digital secara terang-terangan memutar-belitkan fakta dan dalam masa yang sama tidak menghormati hak menjawab (mereka yang dilibatkan).
Katanya unsur anarki dalam media berlaku apabila mereka yang tidak terlatih dalam selok belok kewartawanan, tidak arif mengenai undang-undang berkaitan dan etika kewartawanan serta mentakrifkan kebebasan secara literal, telah melantik diri menjadi 'wartawan'.
"Boleh dijangkakan perang siber ini mungkin memburukkan unsur anarki ini yang akan berlaku dengan lebih hebat dalam masa yang singkat apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan tarikh PRU (pilihan raya umum) ditentukan. "Ini situasi yang perlu diperhatikan oleh pengkaji-pengkaji media, PRU akan datang banyak bukan ditentukan oleh kefahaman, tetapi kekeliruan.
"Ini kemungkinan yang sangat berbahaya apabila orang yang akan keluar mengundi, tidak keluar mengundi atau merosakkan undi kerana kekeliruan," kata Kadir.
Kadir yang juga blogger 'The Scribe A Kadir Jasin' berkata pengendali blog tidak harus menyiarkan komen-komen yang memihak kepada mereka sahaja.
Bernama melaporkan beliau berkata kewartawanan warga di alam siber kini juga sudah dicemari oleh orang politik dan kapitalis.
Beliau berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laman-laman blog terang-terangan dimiliki, diilhamkan dan dibiayai parti-parti politik, dan sekaligus memberi gambaran bahawa medium Internet itu diakui berkesan dan mempunyai peluang ekonomi dalam kegiatan itu.
"Dulu tidak ada blogger upahan, sekarang banyak blog yang sudah tidak berkecuali. Dulu nampak anti-establishment atau tidak menyokong pihak berkuasa, hari ini tidak lagi bersikap demikian," katanya.
Kadir ketika menyimpulkan wacananya berkata anarki siber sudah menjadi sebahagian landskap komunikasi massa malah merumitkan industri itu sendiri.

"Hari ini seorang programmer mencipta satu program yang dihakmilikkan, sebaik sahaja disebarkan atau dilancarkan akan ada beratus-ratus atau beribu-ribu orang yang cuba memecahkannya, mereka (ini) juga adalah anarkis alam siber," katanya.
Beliau juga menyimpulkan bahawa ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi memberi kesan dalam pendemokrasian maklumat selain memecahkan monopoli media tradisional dan media arus perdana ke atas maklumat dan pendakyahan (propaganda).
"ICT sudah mula melahirkan generasi tanpa sempadan, tanpa wajah dan terdedah kepada penerimaan berita 'hearsay' atau cakap mulut. Bagi saya ia membimbangkan akibat ketidakcekapan dan ketidak bertanggungjawaban pengguna dan pemilik teknologi," katanya.
Kadir yang ditanya mengenai cadangan penubuhan Majlis Media Sosial, berkata beliau tidak menentang penubuhan majlis itu. "Tubuhlah, kalau hendak buat, saya tidak bangkang. (Tapi jika) hendak kawal media Internet, hampir mustahil sebab 
sampai sekarang tidak boleh kesan semua pemilik blog, tutup hari ini, esok (timbul) yang baharu," katanya.

Ketika ditemui pemberita selepas wacana itu, Kadir menggesa wartawan supaya memainkan peranan mereka dalam usaha mencegah penyebaran unsur anarki dalam media.
"Wartawan perlu selalu mengingatkan diri agar menulis berdasarkan fakta, selalu membuat kajian dengan banyak membaca dan tidak terlalu bergantung pada kenyataan akhbar dan teks ucapan semata-mata,"katanya.
Katanya wartawan kini lebih seharusnya jauh lebih berpengetahuan dan bijak menggunakan maklumat yang terdapat dalam Internet untuk memberikan artikel yang bermaklumat tepat kepada khalayak.
Kadir yang terkenal dengan gelaran tukang cerita serba boleh, mula melibatkan diri dalam dunia kewartawanan sebagai pemberita kadet di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada tahun 1969.
Setelah itu, beliau berhijrah ke Business Times untuk menceburi bidang kewartawanan ekonomi dari tahun 1976 hingga 1984, dan pernah memegang jawatan Pengarang Bersekutu Business Times.
Beliau juga pernah dilantik ke jawatan penolong pengarang kumpulan Berita Harian dan seterusnya pengarang kumpulan itu pada tahun 1986.
Pada tahun 1988, selama 10 tahun, Kadir dilantik sebagai Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan seterusnya Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad dari tahun 1998 hingga 2000.
Kadir kemudian menerajui syarikatnya sendiri yang terlibat dalam penerbitan beberapa majalah.AGENDADAILY

31 comments:

Anonymous said...

Satu artikel yang baik dan cyber warrior UMNO BARU harus ambil iktibar. Jangan hanya nak membuat cerita palsu/memfitnah dan memalukan parti UMNO BARU.Rakyat Malaysia memerhatikan setiap tindakan kamu.

Unknown said...

Cerita fitnah yg bertalu2 dr pecacai pakatan mcmna pula?
Yg dilihat byk fitnah ialah pecacai pakatan haram.

Gap. Jgnlupa Link blog aku ye.

Anonymous said...

Cerita yang sahih dari sumber yg sahih. Aku harap, ada bloger BN buat cerita tiap hari dgn intiviu Anwar dan Mahathir.,, Pakai Talipon pun tak pe... baru hot.

Servant of God said...

Peringatan yang amat tepat waktunya.

Janganlah semata2 mengejar visitor count, kita memalsukan cerita atau headline.

Janganlah semata2 kerana kita dah habis ulas satu berita, kita tokok tambah untuk buat lebih menarik.

Janganlah pulak kita dah habis modal, kita kaitkan individu2 yang tidak bersalah.

Itu semua kerja orang sebelah sana. Jangan kita jadi macam dorang.

Tapi, kalau dorang masuk sini dan nak sebar fitnah, dipersilakan balun!

Anonymous said...

Sebab itu aku kata Blog BN sekarangni tak lagi boleh bertahan aja tetapi kena menyerang pencacai2 PR Contohnya
ceciter2
Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah ALLAH -Haron Din
Sinar Harian : 5.1.2010

Pemimpin bukan Islam Termasuk DAP tetap boleh guna kalimah ALLAH-Nik Aziz
Bernama: 15 Mei 2010 :9.23 pm

PAS dah lari dari perjuangan asal....
Prof Shahnon Ahmad mantan ahli parlimen PAS!
Mingguan Malaysia: 14.10.2012
WARTAWAN SINAR HARIAN

Anonymous said...

nampak sgt tak ikhlas...

hoi kick fidela tu sapa dulu..

sampai pok nik tak nak ulas lansung...buat2 pekak..paham tak tu..

masllah org cuba bgtau benda betul..takut punya pasal..jadi tak ngaku..tuduh org fitnah..ha...propembangkang plak percaya..masuk harakah keldaiaan...


aku dulu terang2 hantar artikel pendek pada harakah zaman2 reformasi...bila kluar jadi lain ..lagi power lu..

Anonymous said...

.

Perlu banyak minum air suam setiap hari untuk kesihatan yang baik .

.

Anonymous said...

Lapuran Audit 2012: 9 buah syarikat GLC alami kerugian 3 tahun berturut-turut dengan jumlah RM 2.446 billion.

Antaranya:
1. Halal Industry Development Sdn Bhd,
2. Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd,
3. Indah Water Konsortium Sdn Bhd,
4. Jaring Communication Sdn Bhd,
5. Inno Bio Ventures Sdn Bhd,
6. Jambatan Kedua Sdn Bhd,
7. Assets Global Network Sdn Bhd,
8. Keretapi Tanah Melayu Berhad,
9. Syarikat Prasarana Negara Berhad.

JANGAN MAIN2, ... SIASAT & AMBIL TINDAKAN!

Siapa BoD nya?
Siapa CEO nya?
Siapa pegawai2 nya?

Apakah mereka2 ni yg mengakibatkan kerugian Negara dan rakyat sebanyak RM 2.446 billion tu?

Apakah mereka ini perlu dilindungi atau dibela, sedangkan mereka pengkhianat Negara dan penipu rakyat???????????????!!!!!!!!!!!!!!!!

tolak UBN... tolak RASUAH & KERUGIAN...

Anonymous said...

DULU A KADIR JASIN NI PUN KAKI SPIN DOK AMPU MADEY GAK.... SEKARAN NK TUNJUK BAIK KIK..KIK...KIK... KELAKAR TUL PRODUK UMNONGOK NIH..

Ghazali said...

Saranan Sdr. A. Kadir Jasin... saya anggap kurang sesuai. Apa yang beliau maksudkan sebagai "anarki"? Tidakkah beliau juga mengamalkannya?
Tentang blogger upahan, hak mereka. Mereka juga perlu pendapatan. Yang penting niat. "Innamal 'amalu binniat..' Segalanya bermula dengan niat..... Ikhlaskah niat A.Kadir Jasin....? Hanya beliau boleh menjawabnya.

Anonymous said...

tolak UBN... tolak RASUAH & KERUGIAN...
__________________________________
glc negeri bawah pembangkang pn byk yg rugi...unisel, ladang rakyat etc...napex komen????tolak PR..tola rasuah dan kerugian

Anonymous said...

Dato AKJ,
Tahniah sbb berani berckp tp jaga2 terpalit semula. Saya kenal Dato sbb saya kolumnis migguan akhbar Dato masa kat NST dulu selama lebih setahun. Saya berhenti bila diarahkan menulis mengikut acuan chief editor yg menyekat kekreatifan saya. Malah kita selalu jumpa kat Taman Desa.

Nak cerita psl rasuah dan sewaktu dengannya, tggu Bro Gap mggu depan dan seterusnya.

Anonymous said...

Tolak PR, tolak lembap, tolak penipuan, tolak bala yang bakal melanda....

Servant of God said...

tolak UBN... tolak RASUAH & KERUGIAN...

October 20, 2012 5:34 PM

------------------------

Mana kau punya kambing jamnapari?

Mana kau punya ladang rakyat?

Mana kau punya stadium?

Piiirah mabuk! Tu laa selalu sangat takebeer, kan dah mabuk.

Servant of God said...

Anonymous said...

DULU A KADIR JASIN NI PUN KAKI SPIN DOK AMPU MADEY GAK.... SEKARAN NK TUNJUK BAIK KIK..KIK...KIK... KELAKAR TUL PRODUK UMNONGOK NIH..

October 20, 2012 5:37 PM

----------------------------

Dulu n. ajis kata nak letak jawatan lepas Tun M. Hik hik hik.

Kelakar laaa anjeng2 DAP nih.

Anonymous said...

Mari kita belajar bahasa....

PAS itu adalah ANJING - Serbian / Crotian
PAS itu adalah KARAT - Azerbaijaini / Turki
PAS itu adalah TIDAK - Perancis

meU said...

Dulu HadiAwang nak laksana Hudud sebelum Ayam berkokok.....sampai ayam betina berkokok Hudud yillek! PENIPU HANGIT

UMNO dikafirkan kerana bersama MCA N MIC, sekarang dia jatuh kafir dgn fatwa sendiri!!!

TAK sedar lagi.....MEMANG BAHLUL pencacai PR.

Anonymous said...

KELENTONG SPR... & UBN




Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya.

Katanya, garis panduan setebal empat muka surat sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan.

"Di Australia, mereka memang menghormati peraturan kerajaan sementara. Tidak menggunakan harta awam, media awam, pejabat awam, kakitangan awam, yang ada awam, awam ini, jangan pakai.

"Mereka menghormatinya. Kerana kita tidak serius perkara ini, rakyat tidak menekan perkara ini, sehingga PSC dan sekarang rakyat sudah menyentuh perkara ini. Dan rakyat telah membuka mata.


============

penggunaan dewan sekolah, dewan maktan, atau ruangan pejabat kerajaan oleh UMNO/BN berleluasa untuk parti.... bila nak siasat dan ambil tindakan?

atau hanya N.A.T.O... no actin but talks only!

bila tiba pru/prk semua jentera kerajaan, peruntukan bermusim akan diguna secara seleweng oleh umno/bn...


pru13--ABU...


Anonymous said...

siri kelentongan SPR...11

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.

"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.

Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu.


---------------

apakah terlalu bengap pegawai2 spr yg dilantik, ditugaskan smpai tak tau nak buat kerja betul nih?????

SPR terlalu banyak "errors" ... rumah 4 tingkat ada penghuni ditingkat 7... lucu betul alasan SPR...

rugi saja rakyat bayar gaji banyak2 kpd pegawai bodo ... terutama wan ahmad ni....

SPR pun kerjanya nak tipu rakyat macam Peguam Negara jugak ke?

selagi pegawai2 awam ikut telunjuk ketua2 uBN nk lanunkan harta rakyat... selagi itu kerajaan UBN penuh korupsi!

pru13... TUKAR kerajaan yg korup!


Anonymous said...

PGayR kata pondok letak motor pun ade pengundi, rupa-rupanya tu alamat kedai kat sebuah kampung. Main serkap jarang dan hearsay je... bila SPR bagi penerangan lebih detail, buat dek je... alahai Penipu rakyat ni...

Anonymous said...

MCA musuh Islam--- apa yg umno 55 tahun dok layan "kehendak2 cina" sehingga kaya-raya selama ini dibalas dgn najis terhadap Islam & Melayu ....

kehendak2 umat Islam & perintah Allah terpinggir kerana cina & india... walaupun muslim majoriti!

UMNO dok dokong MCA, MIC yg sabotaj hak bumiputera melalui BN.... sekarang UMNO nak lepas diri dari tanggungjawab kebiadapan cina & india terhadap Islam!

melayu umno masih dikhayalkan dengan DADAH pembangunan & tolenrasi...... cina semakin menekan Melayu, Islam!!!!

bila Umno nak ceraikan MCA ... seperti mereka desak PAS keluar dri PR?

umno hipokrit!!!

Anonymous said...

MCA anti Islam

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Anonymous said...

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

MCA anti Islam

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Anonymous said...

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

NONE"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Anonymous said...

GOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!! 3-2

Anonymous said...

pr serupa jugak.. Tetapi kita harus ingat, negeri-negeri di bawah PR tidak boleh lari dari memiliki individu-individu atau kumpulan yang pelahab, penyeleweng dan sebagainya.

Ini tugas pimpinan negeri yang mesti peka dan cepat bertindak untuk membenteras golongan perosak ini. Inilah yang berlaku di Kedah sebuah negeri yang ditadbir oleh PR. Mengikut laporan Malaysiakini, terdapat bayaran telah dibuat kepada kontraktor di mana tiada keperluan untuk berbuat demikian. Di mana silapnya?

Laporan Malaysiakini yang memetik Laporan Ketua Audit Negara menyebut, " Kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. Ia antara masalah yang dikenal pasti dalam projek program perumahan melibatkan 12,749 unit di 79 program perumahan. Semakan secara rawak mendapati pembayaran dibuat sebanyak RM29,800 untuk tiga unit berasingan. "Rumah tidak wujud memandangkan blok tersebut hanya mempunyai 4 tingkat dan nombor rumah terakhir ialah F-4-20," laporan itu dipetik. Bayaran sebanyak juga dibuat RM14,740 untuk kerja-kerja pembaikan yang tidak siap."

Jika kejadian ini benar, kita tidak mahu hipokrit dan kita mahu Kerajaan Negeri menjawab isu ini. Bukan tugas kita untuk melindungi perbuatan yang memalukan PR ini walaupun jumlahnya sedikit namun jika dibiarkan tidak mustahil akan menjadi kebiasaan dan melibatkan jumlah yang besar satu masa nanti.

Di manakah pemantauan kerajaan negeri di atas segala projek atau peruntukan yang disalurkan?

Anonymous said...

melayu jilat melayu halal lagi
melayu jilat babi ayoyooo

Anonymous said...

jgn takut wahai dap...

nca dah berjasa 55thn pd org melayu..dan hormati hak melayu dan islam

kalu dia bising 2.. ada la dia nak tu...tp bukan TPM la babi dap..

Anonymous said...

CALON BN MELAYU LAWAN PR MELAYU KITA UNDI BN
CALON BN CINA LAWAN CINA PR KITA UNDI BN
CALON BN CINA LAWAN PR(PAS) MELAYU KITA UNDI PR
CALON BN CINA LAWAN CALON PR(DAP) KITA ROSAKKAN UNDI

Anonymous said...

tula dia...DAP DIBAGI MUKA..

dulu xda cina2 mca berani mcm ni...

Anonymous said...

Subhanallah..Masyallah..mengucap panjang ..nak tahu???

baru baca di blog ..malaysia in crisis..

tepuk dada tanya iman..Allah beri kita akal untuk menilai yang mana betul dan yang mana palsu..yang mana permata dan yang mana kaca..