Thursday, October 11, 2012

TANDA PUTERA SUDAH MASUK PARLIMEN !


Sewaktu isu filem tanda putera dibawakan oleh ahli Parlimen bebas Zaharain Zain Zulkifli Nordin mencelah dengan mengatakan bahawa pembangkang terutamanya cina DAP seperti Nga Kor Ming dan Lim Kit Siang terlalu taku fakta sebenar diketengahkan untuk pengetahuan rakyat.

Kerajaan wajar membenarkan filem itu ditayangkan supaya rakyat tahu kejadian sebenarnya.


Sinopsis filem Tanda Putera
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. 



Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).


Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). 

10 comments:

Anonymous said...


KUALA LUMPUR 10 Okt - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak mengait mana-mana parti atau individu ketika beliau membidas pemimpin-pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa.

Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Nasharudin ada menyebut nama Pas ketika menyampaikan kertas kerja dalam Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

"Kenyataan Nasharudin mengenai pemimpin-pemimpin Islam adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada siapa-siapa. Hanya mereka yang makan cili akan terasa pedasnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Dakwah Islamiah Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia di seminar berkenaan, Nasharudin membidas golongan yang lebih mementingkan maslahah dan strategi daripada melaksanakan prinsip-prinsip asas dalam Islam semata-mata disebabkan percaturan politik.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121011/po_04/Nasharudin-tidak-sebut-nama-parti---Ismail-Mina#ixzz28vxTLKzw
© Utusan Melayu (M) Bhd
''''''''''''''''''
PAS LAH TU SAPA LAGI,,,SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

rizal said...

Cerita perang salib ..kingdom of heaven pun Bleh lepas keluar wayang seluruh Negara ....takan la cita tanda putra tak lepas...logik la sikit

Anonymous said...

PAS NI MAKAN DIRI SENDIRI.
REPUT PERLAHAN PERLAHAN.........

Anonymous said...

standard la cina....mana nak mengaku...bagi betis nak peha....
melayu pulak???? perasan lebih....menang sorak kampong tergadai....!!!!!
esok bila dah terhantuk baru terngadah.....menyesal pun x guna...kampong habis tergadai....
pengajaran 13 Mei tak pernah nak di ambil iktibar....

hangkedee said...

Melayu Umno,PAS lebih teruk PKR sudah hilang kuasa.

hangkedee said...

Melayu Umno,PAS lebih teruk PKR sudah hilang kuasa.

anti bohmau said...

GAP,

buat apa puak2 pr terutamanya pas nak tuduh UMNO?

buakankah selama ni pas kata dlm UMNO tak ada ustaz yg berkelayakan mcm dlm pas? tak ada ulama mcm ulama pas? tak ada pakar agama mcm dlm pas? tup2 nak kata ucapan nasha tuju pd orang lain?

poooorah!!

Anonymous said...

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh no 1 - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat,

Anonymous said...

Anon 11:28 AM

DSN nak jumpa sapa pon tarak hal nyer...bukan nyer DSN jumpa Soros sambil membawa TIN MELO utk di isi dgn DANA spt yg dilakukn oleh ANUwar, Bershit, MalaysiaPukini, Suaranakharam dan pelbagai NGOk's yg haram di Malaysia dgn brtujuan utk mnjatohkn kjaan pimpinan BN yg di PILIH OLEH RAKYAT...

Anonymous said...

Pahala free untuk dsn..buat lagi bro!