Tuesday, October 2, 2012

( ISU SELANGOR ) YBK : PERMULAAN SEBUAH KEBANGKITAN !


ingat lagi kes YBK ?

kalau korang masih ingat, YBK adalah institusi pertama di selangor yang dibalun oleh pakatan selangor sejurus selepas mereka menang pru 2008.

YBK nak buat UITM di serendah.
menggunakan kos dan perbelanjaaan sendiri.
tapak cadangan pula akan dibuat di serendah.

namun cadangan YBK ini mula dilanyak oleh gerembolon pakatan selangor.

pelbagai alasan diguna pakai bagi menghalang SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN MELAYU dibina di selangor.

ya, IPTA melayu.

persoalan kutipan cukai dijadikan alasan pakatan merampas tanah milik YBK.

rampas tanah kerana tidak mahu UITM dibina. itulah motif utama namun alasan teknikal diguna bagi merampas tanah.

YBK telah dibantu. ali rustam telah membayar wang cukai yang perlu dibayar oleh YBK.

namun pakatan selangor taknak terima WANG DARI PIHAK KETIGA membayar bagi pihak YBK.

apa punya baral cara pakatan selangor mentadbir.
sukati YBK lah nak bayar macamana.

jelas penolakan pembayaran cukai ini menunjukkan kebodohan pakatan dalam mengutip cukai.

bayangkan..kalau UITM di serendah wujud, berapa banyak kutipan cukai boleh dikutip oleh kerajaan selangor. cukai pintu, cukai tanah.. kedai-kedai di sekitar hulu selangor akan membangun.

pembinaan UITM bakal melonjakkan ekonomi khasnya di hulu selangor dan amnya di selangor.

hari ini niat jahat kerajaan selangor melanyak YBK tidak tertunai.

BODOH PUNYA PAKATAN SELANGOR !!


Hari ini, pada 2.10.2012 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan rayuan PYBK dibenarkan dengan kos dalam kes tanah di Serendah dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah kepunyaan PYBK di Serendah adalah TIDAK SAH. Tindakan Kerajaan Selangor melucuthakkan 4 blok tanah dan mengembalikan semula bayaran cukai tanah adalah SALAH dari segi undang-undang.


PYBK adalah anak syarikat YBK yang memiliki tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM, Serendah di mana cukai tanah bagi 4 lot tersebut sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 (‘bayaran pertama”) sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Pada awal bulan November 2009, PYBK telah menerima Borang 6A untuk menuntut cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta bagi tanah seluas 797 ekar. Pada 1.2.2010, pihak Yayasan Melaka telah membantu membayar cukai tertunggak tersebut (“bayaran kedua”) walaupun tarikh akhir Notis 6A ialah pada 29.1.2010.

PYBK melalui peguamnya telah memberi peringatan, oleh kerana kegagalan Pentadbir Tanah membuat pengendorsan mandatori di bawah Seksyen 97(2) Kanun Tanah Negara maka Notis 6A yang dihantar adalah defektif dan oleh yang demikian tempoh sah Notis 6A belum disifatkan wujud atau mula beroperasi. Namun begitu Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor pada 4.2.2010 telah memulangkan bayaran-bayaran di perenggan 1 dan 2 di atas kepada PYBK:-

i) Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut;

ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka.

Pada 11.2.2010 PYBK telah menerima Notis 8A daripada Kerajaan Negeri bagi sebahagian tanah-tanah PYBK tersebut. Tindakan Kerajaan Negeri ini adalah tidak wajar memandangkan PYBK telah membuat bayaran tetapi dipulangkan atas alasan yang tidak munasabah dan bertentangan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara. Memandangkan kepada perkara di atas, PYBK telah mengambil tindakan membuat Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pentadbir Tanah Hulu Selangor dalam melucuthakkan 4 Blok tanah dan mengembalikan semula bayaran-bayaran cukai yang telah dibuat melalui Notis-Notis Usul Pemula No. 21-99-2010, 21-100-2010 dan 21-101-2010 (“Kes tersebut”).

Pada 6.9.2012 Kes tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi dimana kedua-dua pihak telah memberikan hujahan masing-masing secara bertulis dan lisan. 

-Portal rasmi YBK

19 comments:

Anonymous said...

Dosa Khalid pada orang Melayu. Kerana hasad dan dengki. Marah nyamuk kelambu dibakar.

JawaJohor said...

MELAYU NI KALAU DAH BERHASAD DENGKI BURUK SEKALI.
LUPA UGAMA, LUPA BANGSA.
DAH NAK MATI NANTI BARU MENYESAL, BUT THEN.......TOO LATE.
ITU ORANG PKR.
ORANG PAS LEBIH DAHSHAT. UGAMA DIPERMAIN.
SEMUA TAHU KAN.

ITU LAH KALAU PIMPINAN BERQUALTY MR BEAN.
BODOH SELALU.
MORE TALK, MORE STUPIDITY HEARED.

Anonymous said...

DOA YANG TERANIAYA............MAKBUL.....

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

LUPA DIRI. DIA INGAT MENTERI BESAR, ADA KUASA.
TETAPI LUPA KUASA MILIKI ALLAH SWT.

IKUT RASMI PADI, JANGANIKUTRASMI LALLANG.

warisan tmk said...

Jelas sekali, bagi Khalid Ibrahim, perhitungan politik ANTI-UMNO mengatasi segalanya. Malah mengatasi kepentingan Agama dan Bangsa.

Inilah akibat dari berkawan dengan DAP, yang matlamatnya tidak lain dari meruntuhkan kuasa UMNO yang dilihat sebagai benteng kuasa Melayu di Persekutuan Tanah melayu dan Malaysia ini. DAP tahu, DAP mustahil boleh runtuhkan kuasa Melayu, tetapi kalau DAP gunakan orang-orang Melayu BODOH seperti Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim, sekurang-kurangnya boleh 'menggoncang' kuasa Melayu, kalau pun tidak berjaya meruntuhkan.

Khalid Ibrahim tahu, pembinaan UiTM di Serendah akan menjadi catalyst kepada pembangunan pesat di sekitar kampus tersebut, sebagaimana kawasan Gombah mendapat faedah dari UIAM, kawasan Bangi dari UKM, kawasan Serdang dari UPM, Bandar Seri Iskandar dari Universiti Petronas/UiTM dan lain-lain.

Yang nak masuk UiTM pula bukannya orang lain, tetapi anak-anak ahli PKR dan PAS juga, selain dari anak-anak orang UMNO. Yang nak dapat faedah dari kutipan cukai pintu dari pembangunan hasil dari pembinaan kampus pun Majlis Perbandaran di bawah Kerajaan Selangor juga...

Aku fikir Khalid Ibrahim tidak yakin yang Pakatan boleh pegang Selangor lebih dari satu penggal...

Langsi said...

Dapat balik..... baru nak janji buat U. Kalo tak, pasti dah jadi habuan puaka2 pemimpin UMNgOk Be-eNd

usin said...

alhamdulillah, perampas tanah telah dimalukan. kt mana nk sorok muka ko khalid...

usin said...

alhamdulillah, perampas tanah telah dimalukan. kt mana nk sorok muka ko khalid...

Anonymous said...

melayu ke khalid tu?

Anonymous said...

Dapat balik..... baru nak janji buat U. Kalo tak, pasti dah jadi habuan puaka2 pemimpin UMNgOk Be-eNd

October 2, 2012 11:31 PM

Ko memang lebih teruk dari berok, berok pun boleh harap panjat pokok kelapa - langsi@bomo siam

Anonymous said...

Apapun, YBK masih perlu diperkasakan supaya dapat betul-betul membela dan memajukan orang2 Melayu di Selangor. Jgn hanya tau berperang politik antara UMNO dan PKR, tapi akhirnya kroni parti yg untung dan sasaran sebenar tak juga terbela. YBK masih byk yg perlu diperbaiki. kalau mnag PRU-13 nanti, harap pemimpin UMNO Selangor sedar diri dan lebih amanah.

Anonymous said...

lagi satu bukti PR ni betul2 Perosak Rakyat. baru berkuasa dah rampas sini sana..

Anonymous said...

Alhamdulillah.

YBK ditubuhkan untuk membela dan menaik taraf kehidupan orang miskin dan membela kebajikan anak2 yatim.

Kerajaan Selangor dibawah pimpinan PKR dan Khalid Ibrahim ternyata ZALIM dan menzalimi kumpulan yang dari segi ajaran Islam WAJIB dibantu. Merampas harta YBK bererti merampas harta dan menafikan hak anak yatim. Pasti anak2 ini berdoa kepada Allah AWT untuk mendapatkan balik hak mereka yang dirampas secara amat zalim. Khalid Ibrahim lupa kuasa Allah SWT tidak terbatas jika dibandingkan dengan kuasa yang dipinjamkan kepadanya. Juga Khalid Ibrahim pasti lupa bahawa 'DOA ORANG YANG DIZALIMI TIDAK ADA HIJAB DISISI ALAAH SWT'.

Hari ini yang berhak telah mendapat kembali hak mereka. Justeru mereka yang memegang amanah ini WAJIB menjalankan amanah ini dengan ikhlas supaya yang benar2 berhak mendapat bahagian haknya. Wallahualam.

Ulat Gonggok said...

Ye la wei, kalau masih PR perintah, semua urusan pembangunan akan di sekat oleh kerajaan Negeri. Once bitten twice shy..... Buat apa nak cari susah, PR pun bukan suka UITM kan.....

Anonymous said...

Bodoh ke giler dia ni...???

Jangan tuduh orang tak pasal.pasal...Allah marah....tak pasal pasal kutukan tu koner kat ngko pulak nanti....

Apa pon ...pakai otak..
Nyesal pulak karang...

Anonymous said...


INGATKAN ALLAH..

DOK KUTUK KUTUK ORG;

LUPAKAN ALLAH PULAK..

Anonymous said...


ZURIAT PEMERINTAHAN PR DISELANGOR AKAN PADAM TIDAK LAMA LAGI, HARI INIPON IBARAT DAH MATI SEBELUM MATI. SEGALA KEMUSNAHAN TELAH DILAKUKAN UNTUK MENUTUP JASA DAN BAKTI KERAJAAN TERDAHULU. MEMERINTAH (1) PENGGAL HAYAT YG SINGAT, NAMUN MENINGGALKAN SEJARAH HITAM YG TIDAK TERPADAM SELAMA2NYA. KEBODOHAN, KERAKUSAN DAN KEGILAAN MENGGUNA KUASA YANG DIAMALKAN OLEH SEKUTU-SEKUTU MUNAFIK DAN KAFIR ZIMMI SEDIKITPON TIDAK MEMBANTU RAKYAAT.

Anonymous said...

Dapat balik..... baru nak janji buat U. Kalo tak, pasti dah jadi habuan puaka2 pemimpin UMNgOk Be-eNd

Bodohnya ayat ko ni..

bukan kah tanah ni cuba di rampas oleh khalid jambul untuk bagi kat puaka2 PKR (ayat ko kan) atas alasan dulu tak bayar cukai.. yg ko kata pemimpin UMNO pulak yang nak balun tu mcm mana..

tapak tanah tu kan memang dah YBK rezabkan utk dibangunkan UITM dari dulu lagi..

kalu cakap taraf pemikiran ko bawah dpd pemikiran berok ..ko marah sangat.. tp tu lah hakikatnya..