SUMBER UTUSAN.
PENDIRIAN MCA berkaitan perjuangan hudud versi Pas telah menimbulkan pelbagai reaksi hingga parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dikatakan menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
Yang berikut adalah kenyataan dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) semalam bagi menjelaskan kekeliruan dalam isu tersebut:
1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan daripada beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam.
4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap hudud versi Pas pula Pakatan Rakyat hendak melibatkan Yang di-Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.
5. Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan bantahan umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini terdapat ramai pemimpin Pas yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.
6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.
7. Seperti mana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi Persekutuan.
8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak merdeka.
9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto Pas 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. "Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang (PRU-13) seperti mana Pas meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
10. MCA juga ingin mencabar pendirian Pas dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekiranya negara Islam hendak ditubuhkan di negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya, mereka juga perlu menyatakan pendirian terhadap tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?
11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak ? Sekiranya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi Pas, maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi Pas di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.
12. Justeru, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletakkan hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.
33 comments:
ini lah bezanya ulamak umno.. memberi penjelasan dan akhirnya difahami oleh bukan islam...
ularmak Pas bila agama dipertikaikan, bukannya hendak membantah atau memberi penjelasan tapi sama2 bertakbeerr beramai2 menyokong apa saja kenyataan menghina islam dari bangsa bukan islam terutama cina Dap...
maka keluarlah patua ularmak Pas yg tersohor TG demi utk mempertahankan kenyatan menghina, bukan islam keatas agama islam....
"bukan islam boleh hina islam sbb dia bukan islam..." hancorrr
Ulama UMNO beri kefahaman.... ulama PAS tambah kesesatan. Dalam ceramah PR buat tak reti je kalau orang bukan Islam petik ayat Al-Quran untuk maki orang lain. Udah le baca tunggang-langgang, lepas tu di sambut dengan TAKEBEER pulak...
Memang sesat lagi menyesatkan puak hamPAS ni....
JIKA ANDA2 SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM LAGI PENYOKONG PR... FIKIR SEJENAK... SETINGGI MANA ANDA LETAK AGAMA ISLAM, AGAMA ALLAH SWT YANG DITURUNKAN KEPADA NABI JUNJUNGAN MUHAMMAD SAW UNTUK UMATNYA. ADAKAH BENAR ANDA LETAK AGAMA ALLAH SETARAF DENGAN AGAMA-AGAMA LAIN? MANA DEWAN ULAM PAS? MANA PEMUDA PAS? JGN MAIN PAKAI SEMBANG SAJA LEBIH.. KITA TGK APA KATA NIK AZIZ, JIKA DIA JUJUR DENGAN LIDAH DAN BADAN YANG SIHAT YANG ALLAH SWT BERIKAN.
Syabas ufb.....sudah kukatakan tak semua cina tentang Islam....tapi yg pasti cina dap/kristian tentang Islam!
malas nak komen apa2...
cari lah maklumat dlm lain2 blog juga.
ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA2NYA..
dulu pak adi kata umno bergabung dgn mca adalah kafir, tapi la ni pak adi kata boleh gabung dgn dap... apa cite ni..?!! tapi gabung dgn dap, kita lehh murtad tauuuu...!!!
ye lahhh Anonymous said... November 5, 2012 9:46 PM
skrg nie...kita tgg statement dean pemuda pas lak...!! ilmuwan dh tarbiyahhh CSL.. kita tgk pulak pemuda pas (PP) tarbiyahh LGE... PP ada bran keerrr???
jika pas ajar beri pencerahan pd dap tentang islam...hilanglah pulak kaum kafir dap jadi tukang sembelih trhdp orang islam umno bagi pihak pas!!
pas tak mahu rugi nanti setelah beri lesen kpd dap.....
di bukit subang shah alam penduduk mengumpul bantahan terhadap rancangan pembinaan gereja dikawasan mereka yg didiami oleh majority org muslim..
keje khalid gereja punye keje la ni..
di bukit subang shah alam penduduk mengumpul bantahan terhadap rancangan pembinaan gereja dikawasan mereka yg didiami oleh majority org muslim..
keje khalid gereja punye keje la ni..
Mak Menakan aku dengan Pak Menakan aku orang PAS tolong jawab.
Cik Gu Zainab Pencen tolong jawab.
Orang-orang PAS yang masih hidup tolong jawab untuk yang telah meninggal sekali.
Hampa semua tanggung segala dosa yang hangpa dah buat kat kami.
Hangpa takbir bila menghukum kami kafir dan murtad.
Masanya dah sampai segala apa yang hangpa hukum kami dikembalikan kepada hangpa di dunia nilagi.
Hudud in Malaysia is a joke. Follow Saudi Arabia, the craddle of Islam. Turn back to Al-Qur'an and the authentic sunnah's of rasullulah s.a.w. Shaik Muhammad ibn Abdul Wahhaab said: "Turn back to Al-Qur'an and the direct sunnahs of Prophet Muhammad, may Allah's peace and blessing be upon him. Don't celebrate birthday like Christians do and don't practise singing of Quranic verses because it's mockery on Islam. WE HAVE NO RIGHT TO MODERNISE A REVELATION FROM ALLAH SUBHANAA WA TAALA. A heavy punishment will fall on nations who dwell homosexuals, adulterers and scumbags.
Anwar did it in the shitta hole..., shitta hole..., shitta hole...
Anwar did it in the shitta hole..., in Saifuls pretty buttock.
(Song: The three little pigs, check youtube)
Pig 1: Anwar Ibrahim
Pig 2: Lim Guan Eng
Pig 3: Firaun = Nik Roti Ajiz
kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan hukum hudud sebagaimana diucapkannya dalam Sidang DUN Johor pada 20 Jun lalu telah menerima mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.
cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah (Johor) Datuk Ayub agar negeri Johor merupakan negeri pertama di negara ini yang melaksanakan hukum hudud.
“Pelaksanaan hudud di Johor akan meliputi semua kaum dan bukan seperti di Kelantan yang mahu melaksanakannya terhadap masyarakat Islam sahaja,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini.
Kesimpulannya Chua Soi Lek dlm kenyataan terbarunya ini hanyalah muslihat politiknya semata mata.
Hudud versi Pas dia tentang dan bagi org Islam dlm Umno yg mencadangkan Hudud utk semua dianggapnya sebagai hilang akal!
Tak menghina hudud ke tu?
Woi Apek, sama UFB bolehlah ko nak klentong!
PAS punya lah teruk sampai Anwar Ibrahim pun tak nak jadi ahlinya. PAS memang bodoh, mudah diperbodohkan & sampai bila pun bodoh.
PAS tolong tinggalkan Pakatan & taubat lah.
Pak ayub dun kemelah tu ikut versi pas. Chua soi lek.. Nak versi THE REAL ISLAM. . SOILek x mahu pak ayub terbawa bawa hudud 0.01%. . Mcm pak adi kata. Soi lek nak hudud yg menyelaraskn hukum qisas dan takzir. . Bukankah Versi PAS . .Video itu besi. . Perlu 4 saksi yang adil. .
Yg soilek mahu ialah perjelasan hukum takzir dan qisas islam seperti ostaz jam 3
pagi buat walaupun dah ada saksi adil lebih dari 4 org. . Lainlah kalau saksinya mcm anon Langsi yang kekadang fikir mcm lancau. .
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.
Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.
"Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.
Pok Ngah Nik Ajis, klu bawak kete jgn tekan minyak baru nk engage kluc...alamak masuk longkanglah!
Hidup Chua Soi Lek! Mari Kita tengok dan dedahkan kebenarannya... Pasang telinga betul2
http://www.kedahlanie.info/2012/11/dedah-bukti-video-bahawa-chua-soi-lek.html
Anon 12:27. . Jgn putar round de bout. . Versi PAS itu yg ditentang soi lek sama juga hujah kamu. . Bukankah kamu berbicara kanun jenayah syariah 11 versi kelantan itu bersalahan.
Pak yub berbicara hudud pertama dijohor atas kapasiti apa yg dicanangkan oleh pemimpin kelantan. . .
Kenapa tak berbicara secara muzakarah spt UFB buat. . Ni tetiba canang kat DUN. . Soilek memang xpaham. . Tapi kalau dicerna dan ditarbiah. . Secara pro siapa pun faham yg mana betul yg mana salah seperti zakat yg ada 8 asnaf. . Tapi kalau amil tak kenal asnaf. . Buat apa jadi amil. . Begitu juga pengertian fakir dan miskin. . .Fakir dah xada dimalaysia kecuali miskin. . Dan kini ada 4 asnaf sahaja yg ada dim'sia. . .
Ada 3 panel dikaki minyak,klas dan brek. . Kalau brek main peranan. . Tak masuk longkang beb walaupun xpernah bawa keta. .!!!!!
Pok Ngah 2:08 am,
Org politik mana2 pun pandai kuntao nk lepaskan tengkok mcm penjaga gol...dinampaknya striker lawan nk skor gol, dialihnya tiang gol, sampai kiamat tkleh skor!
Yg jadi bahlolnya kesana kemari, si referee yg cuba nk perbetulkan keadaan!
2:41
Ya amat benar sekali!
Contoh terbaik ia lah N.Ajis klu tak boleh nak clearkn sesuatu isu jawapan keramatnya ialah
" ini semua salah umno.."
Dan ostad2 PAS pun menyelitkan lah di dalam kuliah magribnya dengan perkataan yng sama sebagaimana tok guru mereka sebutkan
"ini semua salah umno"
Dalam politi PAS tak ada refree mereka semua adil dan betul semaksum guru mereka.Kerana mereka adalah penghuni syurga yng tak pernah buat salah.Perasaan yng lebih kurang macam ayah pin dan pengikutnya muahahaha.
Pas tidak pernah muha Sabah diri atau muha sarawak diri. Tabe beer!
Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas pada 12 Ogos 2009 secara terbuka mengeluarkan kenyataan: 'DAP kalau dia menghina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam itu menolak Islam lebih menghina Islam'.Kenyataan Nik Aziz tersebut dilihat sebagai 'membela' pemimpin2 kanan DAP dan PKR yang lancang dan biaDAP menghina Islam. Ekoran dari kenyataan Nik Aziz juga telah memberi lesen besar kepada pemimpin2 non muslim DAP dan PKR untuk melakukan provokasi keatas Islam.
Dalam konteks ini apa bezanya antara Peminpin MCA dan DAP? Dr Chua Soi Lek adalah bukan Islam sama seperti pemimpin DAP. Bagimana pula dengan isu Nurul Izzah yang sedang hangat diperkatakan hari ini? Bukan kah Nurul Izzah seorang Islam dan kenyataannya terang membawa maksud menghina Islam? Adakah Ulamak2 Pas termasuk Nik Aziz telah terlepas pandang? Wallahualam.
mtk
wakakakakaka....
terkentut2 nik aziz baca ni..
meroyan pencacai2 nuarr al jubb baca ni....
wakakakaka....
well said soii lekk...tq tq tq
otai
subang
kalo hudud versi pas, bukan soi lek saja yg tentang, aku pun tentang sbb hudud pas bleh liwat isteri. auwwwww.....akitt youu
pnyokong pas pening ho
pkr kaki putar sibuk cari tipu helah nk cover anak puaka pkr
ALLAH MEMELIHARA MALAYSIA RAYA DAN RAKYAT NYE.
HUDUD tu pasti cuma perlaksanaan yang bermasalah kena buat merangkak rangkak kemdian duduk pastu baru berdiri last sekali berlari terutama negara cam Mesia ni..do leh serta merta..tu yang pengikut PAS jadi sasau soh wat seta merta mana bulih..
cam ni lah kalau mahu HUDUD subur di Mesia ni cuba bagi mojariti kekuatan MELAYU 100% dan kemdian separuh ekonomi Mesia MELAYU pegang baru HUDUD full blast dilaksanakan..ni nak makan tercungap cungap, kuasa politik pun ciput camana nak wat HUDUD...HUDUD the very best LAW in the Universe..lagi satu selagi POLITIK POWER Melayu lemah jangan harap apa apa law nak dibuat..kena tendang adalah..
Patutlah adek Nurul Izzah yang tinggal dengan Azmin Ali tu macam SETAN boleh pakai bikini dikhalayak ramai loooo.
hudud PAS ini istilah politik UMNU je..kalu benar2 nk sokong hudud drpd mengutuk kita ke depan perbetulkan kelemahan hudud yg nk dilaksanakan oleh PAS..itupun kalu betul ada kelemahan lah...ini tidak...kau biarkan Soi Lek lps tu kau sokong..
UFB ni aku tak tau la...masih muda & ada ilmu agama...tp syg dh mula hanyut dlm politik..
fathul bari .... sokong kafir harbi chua soi lek?
kantoi... punya budak!
nampaknya tiada undi untuk puak PKR & the gang.
Undi depa kita bakal jadi gila dengan permainan politik tipu helah puak ni.
Kenapa laa penyokong PAS terlalu taksub dengan kawan setan dorang tuh haa?
Post a Comment