Friday, March 29, 2013

ANWAR SALAH ORANG : KIRAM BAHALOL BUKAN SULTAN DAAAA !


AIDCNews – 29/03/13 – Jamalul Kiram III, individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu adalah sultan palsu kata Dzulasree bin Hajat, pengkaji dan penulis buku “Tausug, and the Sulu Sultanate“.
Dzulasree yang lebih dikenali sebagai Asree Sug berkata Jamalul Kiram III bukan pewaris kesultanan Sulu kerana beliau anak kepada Datu Punjungan Kiram yang tidak menepati salasilah kesultanan Sulu.
Dua orang anak Datu Punjungan Kiram iaitu Jamalul Kiram III atau nama sebenarnya Datu Jamalul Dalus Kiram dan Datu Esmail Dalus Kiram ( Esmail II) telah menobatkan diri mereka sebagai Sultan Sulu bersama, manakala seorang lagi saudara mereka Datu Aghbimuddin Darus Kiram (Azumudie) dilantik sebagai Raja Muda Sulu.
“Walaupun mereka mengangkat diri menjadi ‘Sultan Sulu’..namun dalam kenaikan protokol Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa,” kata Asree Sug.
Dalam kajian bertajuk “Salasilah Kesultanan Sulu,” berkata keluarga Kiram kehilangan hak mewarisi kesultanan itu kerana melanggar protokol Diraja Sulu (Tartib Diraja Sulu) iaitu penggiliran takhta antara “Keris dan Tombak” seperti yang tertera dalam bendera Sulu yang memang wujud sejak kurun ke-17.
Menurutnya, pelbagai pihak mengaku menjadi ‘Sultan’ selepas Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram-II mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat.
Memetik tulisan Mulid Sahaya, Asree Sug berkata selain tiga anak Datu Punjungan Kiram (Jamalul Kiram III, Esmail II dan Aghbimuddin) terdapat 14 individu lagi mengaku sebagai Sultan Sulu.
Mereka adalah; Rodinood dan Kudar ‘Kiram’ (kedua anak kepada Julaspi yang merupakan anak angkat Sultan Jamalul Kiram-II), Ibrahim dan Dignim Pulalun, Mudarasulail @ Datu Paijal, Aydal Aliuddin, Muhd. Yahcub Alimuddin V, Muhd Al Sogov Van Eldik, Demetria Omar Kiram, Datu Muedzul-Lail T. Kiram, Juan T. Dela Cruz, Alawi Mohamad Karim, Abdullah Azam Atalad dan Mohammad Fuad Abdulla Kiram.
“Esmail Kiram II ini adik kepada Jamalul Kiram III.. Mereka satu kampung mengangkat diri menjadi Sultan Sulu serentak. Walhal orang-orang Sulu maklum yang mereka ini adalah anak Punjungan.
“Punjungan pula adalah anak Mora Nafsa Lagayan dari suami lain yang masa itu masih dalam perut 4 bulan ketika dicolek oleh Raja Muda Mawallilwasit untuk dijadikan isteri.
“Hairan, di manakah maruah mereka ini sebagai TAUSUG berdarah Bajau SIMUNUL. Seolah-olah mereka tidak tahu yang rakyat jelata mengetahui DIRI MEREKA asal dari mana,”kata Asree Sug.
Mynewshub turut membuat laporan yang sama dengan menjelaskan bahawa Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Esmail Kiram-II bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana ayahnya, Punjunggan-Kiram bukan anak sebenar kepada Raja Muda Mawalil-Wasit-II.
“Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada “Encik Amir Hamzah” yang merupakan suami pertama Puan Mora Napsa Laga. Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung,”lapornya.

9 comments:

Anonymous said...

aiii... malunya...

Anonymous said...

Anuwar Iberahim cakap....... Apa nak buat GAP payment Kiram III dah buat daaa. Serang je la labu.

Anonymous said...

Mungkin mereka dijanjikan tahta serta kerajaan kesultanan sulu jika berjaya mendapat sabah ..... akhirnya .... SIAPA sebenarnya yang beruntung jika sabah dapat mereka ambil?

Anonymous said...

DATU seri Anuwar pun sultan Sulu jugeee!!

Anonymous said...

Anwar tak silap... dia sengaja pilih barua ni. Sultan yg disebutkan oleh Sdr Asree tidak akan menyokong agenda Anwar.
EVLee

Anonymous said...

memang la nuar si tukang terkam pilih sultan palsu..sebab waris yang sah sudah tentu tak nak terlibat dgn konfrontasi..

Kebenaran said...

Dunia akhir zaman...mcm2 palsu...ada sultan palsu, ada anugerah tuhan palsu dan ada ulamak palsu....akhirnya terserlah segala kepalsuan dan kemunafikan.

Anonymous said...

betul sgt tu..nwar guna lanun yg belakun jd sultan.,janji mcm2..last2 kalau nwar menang sure kena kencing..nk jd sultan sulu cam mana sbb lanun..

Anonymous said...

Urang cakap frust betul si anuar pasal kegagalan si kiram dlm pencerobohan lahad datu,sampai dia kasi hampas hampas dia punya handset.sepatutnya selepas parlimen malaysia dibubarkan baru pengganas start buat kacau,sudah salah timing bah diorang kata urang.Sikarang si anuar lagi sakit kapala bah ialah keluarga pengganas di Selatan filipina sekarang menuntut utang bayaran menceroboh sabah,dulu diorang baru dpt deposit saja.