Sunday, March 31, 2013

LIM KIT SIANG TAKNAK RAKYAT TAHU PERKARA INI...


DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik. Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong.

Secara teorinya kelihatan begitulah, sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia.

Tapi seperti mana biasa, bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan. Itu hakikat yang sering terjadi.

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.

Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.

Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.

Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas, tentunya mustahil. Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.

Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.

Bila bercakap soal kebebasan, ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.

Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya, maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS.

Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri, tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.

No action talk only, itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP. Dulu dan sekarang sama saja.

7 comments:

Unknown said...

salam perjuangan..minta pautkan link blog saya di sini terima kasih
http://pena-berdarah.blogspot.com

Anonymous said...

DAP = daddy, anak, penipu!

Anonymous said...

Aku rasa ini la Game yang dia orang main. Tak kan la dia orang begitu bodoh sekali. Lebih lebih lagi sekarang dia orang kata nak pakai simbol PAS. Suka sakan lah orang PAS. Tapi PAS tak sedar Game yang DAP mainkan ini.Rasa rasa nya penyokong Kerajaan pun terikut sama dengan Game dia orang...hati hati beb.

Anonymous said...

Aku rasa ini la Game yang dia orang main. Tak kan la dia orang begitu bodoh sekali. Lebih lebih lagi sekarang dia orang kata nak pakai simbol PAS. Suka sakan lah orang PAS. Tapi PAS tak sedar Game yang DAP mainkan ini.Rasa rasa nya penyokong Kerajaan pun terikut sama dengan Game dia orang...hati hati beb.

Anonymous said...

Aku rasa ini la Game yang dia orang main. Tak kan la dia orang begitu bodoh sekali. Lebih lebih lagi sekarang dia orang kata nak pakai simbol PAS. Suka sakan lah orang PAS. Tapi PAS tak sedar Game yang DAP mainkan ini.Rasa rasa nya penyokong Kerajaan pun terikut sama dengan Game dia orang...hati hati beb.

celana biru said...

DAP adalah parti RASIS.
Mengundi DAP adalah HARAM. Melayu Pas dan Pkr mestilah tolak DAP. Begitu juga orang India jangan lupa apa dia orang buat di Kampong Buah Pala. Bila DAP sudah dapat kuasa apa sudah jadi kepada Melayu dan India di Penang?
Di Johor juga ceritanya akan sama.
Kita mesti bersedia dan TOLAK DAP!

Anonymous said...

Orang melayu misti mau dengar ini video...

http://suaralensa.blogspot.com/2013/04/video-dap-yang-sial-di-dedah.html

Tak sedar lag, xtau nk ckp apa la