Monday, March 18, 2013

RAJAGOPAL BAPA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA..


ucapan tahniah gap kepada rajagopal dan fam.
malaysia kalah dalam perlawanan persahabatan menentang saudi.
kalah 3-1.

lebih menarik, 3 hari lepas ranking bolasepak malaysia jatuh lagi 5 anak tangga.

jangan risau. jangan bimbang.
ranking tidak penting.

yang penting bagi kita adalah untuk memenuhi setiap saat hajat rajagopal dan fam untuk senantiasa ber eksperimen dalam perlawanan.

ya rajagopal pencetus kepada ide bolasepak yang semakin diminati oleh rakyat dunia.. 

fenomena rajagopal dan fam sudah melepasi penarafan kualitas bintang oppa gangnam stail.

raja gopal, popular di mata dunia kerana dia senantiasa berjaya menurunkan ranking bolasepak negara.

bakat semulajadi ini adalah kurniaan.
dalam 100 tahun hanya akan lahir seorang sahaja bintang seperti ini.

dia adalah rajagopal, bapa pembangunan bolasepak negara.
fam merupakan contoh terbilang pengurusan bolasepak dunia.

gosip majalah bolasepak peranchis menyatakan rajagopal dikabarkan akan menggantikan alex ferguson..

ya bintang kita akan diimport masuk ke kancah EPL.

para saintis bolasepak dunia berpusu pusu memboking tiket flight ke malaysia.

mereka cuba menyelesaikan teori bolasepak yang digunapakai oleh rajagopal dan fam.

beberapa saintis dan ahli matematik iraq juga sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan  teori kalkulasi bolasepak yang dilontarkan oleh rajagopal.

teori dan formula sains sukan ini hanya rajagopal sorang saja yang tau formulanya..

apa teori itu ?

teori bagaimana campuran kimia dan tindakbalas udara boleh menurunkan ranking bolasepak sesebuah negara...

rajagopal adalah bapa pembangunan bolasepak malaysia.
syabas fam !

28 comments:

supek rok-rak said...

Mohon jasa baik tuan utk pautan http://supekrokrak.blogspot.com/

tq tq tqvm.....

Anonymous said...

FAM....U kritik I saman....

Langsi said...

Msia kalah 1 - 3 ni... mesti pasal Dato Seri Anwar Ibrahim ni!

Anonymous said...

ya betul. bila lawatan luar negara, pegi Australia je. dah macam takde tempat lain. kalau lawan ragbi betul lah tempat tu. nak lawan bola pegi lah kat brazil ke, sepanyol ke. nak berlatih lumba basikal gi lah ke great britain. nak latih olahraga, gi lah kat jamaica. yg sebenarnya, pegawai2 FAM ni nak melancong. sebab tu bolasepak Malaysia corot. saya cadangkan semua pegawai FAM letak jawatan termasuk juruletih yg tak nak resign bila pasukan Malaysia kalah. weiii berhentilah. dah menyampah aku tgk pasukan Malaysia ni.

PUTRA MERDEKA said...

wakakaka..terbaik bro...wakakaka

rakab said...

isk, rasanya takada umur aku ni nak tengok sekurang-kurangnya Malaysia jadi juara asia !

mungkin di alaf lain kot,...
kempunan ler...

Anonymous said...

Kita patut kekalkan rajagobal! rajagobal sebenarnya sudah lama diidamkan oleh kelab2 gergasi luar negara seperti real madrid, barcelona, m.u. dan byk lagi... sangat setuju dgn gelara BAPAK PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA! Hehehe

Anonymous said...

WE HAVE TO REVAMP THE WHOLE OF FAM IF WE EVER THINK OF IMPROVING OTHERWISE WE WILL FOREVER STAY EVEN DOOM TO LOWER RANKING.

CURRENT FAM OFFICE BEARERS OUGHT TO RESIGN TO START THE MOMENTUM.

CHANGE THE RULES IF SO REQUIRED.

ACT FAST TO SKIP THE RUSH.

Anonymous said...

Malaysia 'score' 1 gol tapi Arab Saudi SUMBAT 3. Dengar khabarnya Rajagobal akan dinobatkan sebagai jurulatih terbaik FIFA!!! dan bakal dilantik sebagai Pengurus dan jurulatih PASUKAN Brazil dalam kempen Piala Dunia. Ada terdengar juga Korea Utara sedang mengintai dia. Tak ketinggalan sebuah pasukan bolasepak di sebuah kampung di Uttar Pradesh sedang mempertimbangkan untuk melamar Rajagopal. Really pissed-off!!!! Peringkat Asia Tenggara masih lagi terkial-kial ada hati nak tawan peringkat Asia. Aku rasa Malaysia belum tentu menang melawan Palestin yang tiada padang dan berperang tiap hari. Nasib kaulah FAM.

Anonymous said...

bukan 3-1,.,,,,,kalah 4-1.......,buat gerakan besar2ran ....suroh Raja Gopal Resign,,,,,,FAM ,,,dari presiden dan seluruh komotee letak jawatan,,,,,,Tubuh badan baru kendali bolasepak negara,,,,,Memalukan....."Preseden tlg letak jawatan nanti malu jika ada gerakan seluruh negara desak sultan ahmad shah letak jawatan....anak muda sekarang nak pasukanbbola negara kuat"

Anonymous said...

malaysia kalah 1-4 sebenarnya dan Anwar Ibrahim adalah dalang kekalahan ini....dia dah atur keputusan ini semasa pergi umrah dulu...

To Live Again said...

Hehehe tajam btl ko sindir king gopal & co heheh..Kdg2 aku tgk teori & tactical rajagopal guna mcm teori nuar dn mahfus dlm membangunkan ekonomi.Lain permalahan lain pulak solution yg dia bg.

Bila ranking turun ckp tak perlu bimbang sbb kita merosot bukan sbb kita teruk.Tp kita merosot sbb kita KURANG PERLAWANAN CLASS A.Tp bila dpt game class A main mcm cibai.Mcm mana kita nk harap team class A lwn dgn kita sedangkan kita sndiri pon class E.

Anonymous said...

2:25am

kita pegi Australia sbb facilities yg bagus...buat apa pegi berlatih kat tempat yg semua padang tak memuaskan..team Brazil ke olahraga Jamaica ke mereka semua berlatih di luar negeri bukan di negara mereka...

Anonymous said...


FAM..U Kritik I Fine U.. tkde kerja lain.. denda..denda.. bila nak maju ke depan tak tau la.. tunggu kucing bertanduk kut..

Anonymous said...

Ok lg rajagobal drpd rajagoyang

Anonymous said...

BRO GAP, KAU TAK TAKUT KER KRITIK FAM? NANTI KENA SAMAN TAU...

TAPI TAKPE.. BOLEH BAYAR GUNA DUIT SYILING TABUNG.

FAM = FAKTOR AKAN MUNDUR.

FAM = FOOTBALL AKAN MUSNAH.

Anonymous said...

aku dah kata awal2 lagi masa Piala AFC Suzuki tahun lepas, dgn pemain2 yang sedia ada, bolasepak kita tak kemana, maaf cakap lah, kita tak ada satu pun pemain yg mempunyai kualiti skill yg bagus. Passing bola pun tak betul. Tidak dinafikan sukan bolasepak ni bukan permainan nenek moyang kita, jadi ambil lah coach dari luar negara. Piala ASIA nanti? jgn mimpi..FAM wake up.

Anonymous said...

Listennnnnnnnnn!

Bagi la peluang Raja buat eksperimen lagi. Bila lawan pasukan kuat memanglah kita akan kalah. Dan kita akan menang bila lawan pasukan tak melawan.......
Ranking tak mustahak....ia cuma angka.....catatan kalah kali ke berapa ?????

Minta PM buat transformasi untuk sukan Malaysia

Gurun.....

Bekas pemain kampong said...

Kehebatan FAM hanyalah pada menjatuhkan hukuman. Pembangunan bola sepak, bereksperimen aja lebih. Yang duduk di kerusi FAM tu semua nak mengenyangkan perut. Penatlah nak mengikuti perkembangan bola sepak negara ni. Terkejar-kejar balek kerja duduk depan TV semata-mata nak tengok bola sepak negara, hasilnya menyakit hati. Kalau inilah rupa standart bola sepak negara, sikit hari lagi pemain main dipadang dan pegawai FAM jadi penonton.

Anonymous said...

Komentar bola pun cakap Saudi bermain dengan cukup gembira di atas padang ...

Anonymous said...

coach dh jd cockroach...

Anonymous said...

bro, kalu bro post artikel ni sblm game smlm lagi nampak credible bro..
cuba kalu malaysia menang smlm, agak2 bro post jugak tak ini artikel?
kadang2 after thought event macm ni kurang rase ummpph nye..
nanti org kata, kalu kalah kutuk, menang sorak..so dimana bro bila jatuh bangunnye bola sepak kita? nak sokong bile menang aje ke?
jd fikir2kan..

Unknown said...

Eksperimen RAJA GOPAL
Rock ooo Rimba Bara Download
sabah mungkin akan jadi seperti pulau falklands
Wajah Porn Star Tanpa Makeup
Kantoi Tengok Video Lucah Di Tempat Awam
ACV-300 Adnan Bertempur di Lahad Datu

Anonymous said...

Raja Gopal ini sebenarnya tidak bijak, nasib baik sahaja sebab semua pemain dah ada skill masing-masing. Kemahiran merekalah yang membantu sekuad bola sepak negara. Sepanjang saya melihat permainan bolasepak negara, Raja Gopal tidak banyak strategi. Pertahanan tetap rapuh, penyerang juga tidak mantap. Cara kawal bola dan menghantar bola pun tak tepat. Dimanakah perancangan Raja Gopal?

roslifarid said...

Pegawai2 FAM Old Minded blaka dah out of date kalau ubat dah expired..ha..ha.. Bang non kata U Ulang I saman

Anonymous said...

kalau lu pandai sangat lu la jadi coach...?

Anonymous said...

Yg peliknya diaorg tau yg diaorg xbagus tapi xmau letak jawatan. Rajagombal terlalu kebal mcm Hj Musa, Jeneral Sultan Kiram 3. Tapi Hj Musa pun mati juga. Agak2 nya bila Rajagombal nak mati?

Anonymous said...

Nanti bikin Teamnas kata Malingsia Team!!!