Sunday, March 17, 2013

ADA MELAYU MALU MEREKA MELAYU.



SAYA diberitahu ada muda mudi Melayu yang tolak bangsa mereka sendiri. Mereka berasa malu kerana mengakui mereka Melayu menjadikan mereka rasis kononnya. Seseorang yang dicap sebagai rasis bermakna mereka berfikiran sempit, tidak liberal, tidak menepati zaman. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi layanan yang istimewa kerana kemelayuan mereka. Ini tidak adil.

Sejak terlibat dengan usaha menebus maruah orang Melayu saya tidak segan-segan mengaku saya Melayu. Saya biasa hidup di zaman penjajah. Orang Melayu dan negeri Melayu dijajah oleh bangsa Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam. Semasa dijajah orang Melayu dipandang hina oleh penjajah. Saya biasa lihat orang Melayu ditendang di kepala hanya kerana tidak menghormati lagu kebangsaan bangsa penjajah.

Penjajah tetap berbangga dengan bangsa mereka. Tidak ada perasaan malu di kalangan mereka berkenaan bangsa mereka. Mereka tidak pula anggap diri mereka rasis. Sebaliknya mereka memelihara dan memupuk kebangsaan mereka dan betapa tingginya bangsa mereka.

Pengalaman dan pemerhatian saya di masa bangsa saya dan negeri Kedah saya dijajah, membakar semangat kebangsaan saya. Saya berniat pada masa itu untuk memulih semula maruah bangsa saya.


Dihormati

Berlainan dengan orang yang malu kerana bangsa mereka, saya malu jika bangsa saya dijajah dan dihina. Saya ingin bangsa saya dihormati oleh bangsa-bangsa lain. Saya ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Pada masa dijajah saya tidak mampu untuk memiliki kuasa supaya saya dapat buat sesuatu bagi menebus maruah bangsa. Walaupun dipandang hina oleh penjajah dan orang lain yang lebih berjaya, saya anggap dengan mengejar ilmu untuk menjayakan diri, sedikit-sebanyak saya dapat membuktikan bangsa saya berkebolehan. Sudah tentu apabila saya berkuasa sebagai Perdana Menteri maka saya tumpukan kepada mengguna apa juga kuasa dan peluang yang ada pada saya untuk membebaskan bangsa saya daripada dihina.

Caranya adalah mewujudkan peluang supaya bangsa saya dibekal dengan ilmu dan kecekapan supaya mereka maju. Alhamdulillah berkat sokongan daripada kebanyakan bangsa saya, usaha ini berhasil.

Hari ini orang Melayu tidak lagi dipandang hina, sudah tentu tidak boleh ditendang oleh sesiapa. Hari ini orang Melayu dapat menguasai ilmu, menjadi profesor di universiti, ahli professional yang terkenal, menjadi saintis, menjadi peniaga dan pengusaha yang berjaya. Mereka mengepalai tentera dengan gelaran jeneral, bijak membangunkan negara bahkan menjadi angkasawan. Dan bermacam lagi.

Kita tidak nafi yang kejayaan-kejayaan ini dihasilkan dari dasar dan rencana kerajaan untuk menjayakan orang Melayu. Apa salahnya jika kerajaan berusaha untuk mengurangkan jurang kaya miskin di kalangan rakyat. Bukankah ini satu dari tanggungjawab kerajaan. Apakah kerajaan harus terima sahaja yang miskin terus miskin, yang kaya semakin kaya.

Apakah benar orang lain tidak ditolong oleh bangsa mereka. Sebenarnya semua bangsa di dunia membantu bangsa sendiri. Mereka sanggup membunuh bangsa lain pun dalam usaha mereka menolong bangsa mereka. Kejayaan penjajah adalah kerana kebangsaan mereka. Mereka berbangga dengan bangsa mereka. Mereka mendakwa bangsa mereka superior. Dan mereka tidak pernah malu akan kebangsaan mereka walaupun semasa mereka menindas dan menghina bangsa lain.

Kepercayaan

Dalam bidang perniagaan tolong menolong sesama bangsa memang diamalkan. Cuba berniaga dengan bangsa lain? Biasanya kepercayaan kepada yang bukan sebangsa amat sukar didapati. Sebaliknya orang Melayu mempunyai inferiority complex, perasaan kerendahan diri sehingga berperasaan segala yang dilakukan oleh mereka salah dan tidak seperti orang lain. Jika mereka berjaya pun mereka akan kecam dan memburukkan yang berjaya kerana kononnya kejayaan ini bukan kejayaan sebenarnya tetapi kerana ditolong atau kerana penipuan atau dilindungi, atau kroni. Mereka turut mengecam orang Melayu yang kaya kerana percaya tuduhan mereka adalah kroni dan penipu. Mereka akan lebih lantang dari orang bukan Melayu apabila menuduh amalan yang tidak baik. Mereka menyokong penuh tuduhan yang dibuat orang lain.

Mereka sambut tuduhan rasuah terhadap orang Melayu walaupun tidak ada bukti semua yang berjaya disebabkan rasuah. Mereka tutup mata terhadap rasuah oleh orang lain. Mereka mengecatkan orang Melayu dengan cat yang terhitam mungkin.

Kita tidak nafi adanya perlakuan yang tidak baik oleh orang Melayu. Tetapi orang lain juga melakukan perkara yang sama.

Sebenarnya orang lain apabila berpeluang dan berkuasa akan amalan pilih kasih berasas bangsa. Di negara di mana orang Melayu menjadi minoriti mereka ditindas dan diketepikan. Layanan buruk ke atas Melayu minoriti tidak dicap rasis, walaupun oleh orang Melayu. Mereka anggap wajarlah ini berlaku.

Sepatutnya yang mempertahankan keMelayuan mereka ialah mereka yang mampu menukar dan menilai sendiri, dan mereka tentulah dari golongan orang Melayu yang terpelajar. Yang peliknya puak inilah yang sering memiliki inferiority complex dan malu dengan keMelayuan mereka.

Amat malang sekali apabila mereka yang menikmati kebahagiaan hidup kerana mereka Melayu, begitu malu dengan bangsa mereka sehingga sanggup menidakkan nikmat yang mereka terima kerana bangsa mereka.
Oleh TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD



© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 comments:

Anonymous said...

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA


HIDUP MELAYU
HIDUP MELAYU
HIDUP MELAYU

Unknown said...

A scumbag and traitor. Anwar had intimate with Nur Misuari according to WikiLeaks.

And we all know Anwar...

Anwar did it in the shitta hole..., shitta hole..., shitta hole...
Anwar did it in the shitta hole..., in Saifuls pretty buttock.

(Song: The three little pigs, check youtube)

Pig 1: Anwar Ibrahim
Pig 2: Lim Guan Eng
Pig 3: Hadi Awang

Anonymous said...

HANYA MELAYU YG TELAH TIADA JATIDIRI DAN MENJADI PAK TURUT SAHAJA YG HILANG DI DUNIA...BEGITULAH HEBATNYE BILA AKAL DAN MATAHATI DAH DITUTUP OLEH KECURANGAN DAN KETAKSUBAN KEPADA PEMIMPIN YG BIJAK MEMPERDAYA DAN BERMAIN KATA2 TWIST AND TANGO...AHHHH CAI2 CAI BUKAN PAHAM CKP AKU, KORANG HANYA PERCAYA TAKADILAN AND HARAMKAH DAILY, DAH TAU KENE TIPU PUN PAKSA DIRI PERCAYA GAK...BODO.. CAI..KO BODOH KENE MAIN DAN KENE KENCING BODOHNYE X 69

kain batik pelekat said...

memang benar apa yg tun mahathir katakan,saya sokong kenyataan tun.saya beranak dikampung tengah bandar kl biasa hidup susah sehinggalah bekerja dinegara orang mencari rezeki dan saya tak malu mengaku saya orang melayu.ada orang beranak dah jadi kaya lalu malu mengaku orang melayu.ada pula orang tu dulu miskin tapi dah jadi kaya lalu mengutuk serta menjatuhkan bangsa melayu sendiri.dan ada juga orang yang baru nak senang tapi hatinya hitam seperti arang terhadap bangsanya melayu lalu tak kemanalah hidup mereka hanya tahap itu jelah yang mampu dicapai dlm hidup mereka.kalau kita tak sokong melayu siapa lagi yang nak memberi sokongan pada bangsa kita yang tercinta.

Anonymous said...

Saya tak malu saya melayu dan saya bangga saya berbangsa melayu dan saya bersyukur sebab dilahirkan dr perut ibu yg beragama Islam,tp saya nk berjuang utk mempertahankan islam dan negara yang tercinta ini,jika kita berjuang kerana bangsa utk mempertahankan bangsa kemanakah kita nanti di akhirat?

Anonymous said...

aku sokong artikel tun 200%...aku banga dgn bangsa aku...aku banga dgn menjadi melayu...aku berjaya ari ni pun sebab dasar kerajaan yg nak menolong bangsa melayu utk mendapat ilmu...sampai sekarang kalau ada org mengata bangsa aku memang aku akan lawan habis-habisan....

Unknown said...

Pemimpin DAPigs Lim Kit Sial akan bertanding di Johor.

1. Bertarikh 16 March, Sabtu, akhbar Straits Times S’pura melapurkan pemimpin LKS akan bertanding di selatan Johor. Berusia 72 tahun muda, kerusi kemenangan di Ipoh Timor di Perak pada tahun 2008 beliau akan membuat pengesahan berpindah ke Johor semasa ulangtahum parti ke-47 di Skudai, Johor Baru semalam. Kata laporan akhbar ini ada kenaikan kekuatan pembangkang dari orang Cina dari Johor.

2. 35 % dari 3.3 juta rakyat Johor adalah orang Cina. Mereka terdiri dari penduduk di kota dan persekitaran Bandar. Pembangkang mensasarkan pengelibatan kuat dari pengundi sekurang-kurangnya 15 kerusi parlimen. The Star melaporkan DAPigs bertekad memenangi lebih kerusi di Johor dan LKS akan bertindak maju kehadapan.

Semua orang Melayu dan penyokong BN mesti bertindak balas dengan rancangan perosak Pakatan Racun. Mari kita bersatu padu menghumbankan parti yang merosakkan dan menjahanamkan tanah Malaysia yang bertuah ini. Jangan kasi satu undi pun kepada penjahanam pemimpin politik ini yang sudah mencatitkan sejarah kotor di Malaysia pada 13 May tahun 1969.

Pemimpin tua ini manusia perosak negara yang merbahaya kepada generasi Melayu akan datang.

Unknown said...

Apa salahnya aku Melayu?
Segalanya telah aku kongsikan
Yang minoriti pun telah mula menyalak
Sebabnya ada dokongan dari bangsa aku sendiri
Konsep pluralism menarik golongan berpendidikan, kecewa dan yang hanyut yang terdiri daripada bangsa aku sendiri

Anonymous said...

1. Anak2 muda Melayu janganlah mudah terpedaya dengan dakyah orang bukan Melayu yang mengatakan Melayu ni racist. Ingat bagaimana DAP menghalau orang Melayu masuk ke hutan sehingga terjadi peristiwa 13 Mei 1969. Adakah itu tidak racist?
2. Ingat peristiwa selepas Jepun menyerah kalah pada WW2 sehingga British masuk semula ke Malaya dua minggu kemudian. Bagaimana layanan Parti Komunis Malaya terhadap orang Melayu? Adakah itu tidak racist?
3. Ingat apa kata Tian Chua kepada pasukan keselamatan kita yang majoriti terdiri drpd orang Melayu. Tidakkah itu racist?

Renung-renungkanlah anak2 Melayu. Jangan malu jadi orang Melayu. Sepatutnya bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang secara automatik berugama Islam.

Anonymous said...

Yang paling menyedihkan ada juga orang Melayu yang kononnya "terpelajar" malu dia tu orang Melayu. Orang yang "terpelajar" ini belajar di universiti luar negara dengan biasiswa kerajaan. Ya, dia akan kata itu duit rakyat. Tetapi, kalau bukan UMNO yang memerintah, belum tentu lagi dia akan dapat biasiswa itu. Dulu dia hidup susah, ibu-bapa tak boleh biaya dia masuk universiti tempatan apatah lagi universiti di Amerika. Sekarang bila dah senang sikit, dah berpangkat sikit, boleh beli kereta mewah, dah malu mengaku Melayu and nak melawan kerajaan UMNO. Apa punya manusia ni? Saya harap mereka2 ni sedarlah diri awak tu dari mana dan insaf lah.

Anonymous said...

aku tak nampak orang terpelajar melayu malu mengaku melayu, cuma aku nampak mereka malu bertutur bahasa melayu.
aku hanya nampak penyokong parti Islam yang sangat pobia dengan perkataan melayu. sehingga jika tersasul menyebut "itu kedai melayu" cepat cepat dibetulkan "eh itu kedai Islam". mereka memakai pakaian arab (tiada masalah kerana ia hanya pakaian). tapi yang masalah merasa mereka lah Islam, orang lain bukan. merasa yang pergi sembahyang di mesjid hanyalah penyokong mereka, yang pergi ke Mekah juga hanyalah penyokong mereka.

Anonymous said...

Ada org melayu terang2 tunjuk pakai salib tanpa rasa malu sedih.....

Anonymous said...

Ada org melayu terang2 tunjuk pakai salib tanpa rasa malu sedih.....

Anonymous said...

Aku malu mengaku melayu kerana:

Pemimpin melayu guna slogan melayu untuk kepentingan diri... rembat sana rembat sini..bila tiba PRU takutkan melayu dengan slogan ketuanan melayu...