Tuesday, April 23, 2013

HJ HADI MAT LEBONG SUDAH BERANI HINA RAKAN SENDIRI !



Ramai di kalangan petugas pakatan rakyat yang terkejut apabila beberapa kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertindihan di antara calon Pas dan PKR. Ini kerana sebelum ini pimpinan pakatan mendakwa hubungan di kalangan parti gabungan sungguh kuat dan berada dalam mood yang baik untuk menumbangkan Umno.

Ekoran itu, ramai yang mula bersuara dan mempertikaikan tidakan tersebut sehingga memaksa Presiden Pas, Hadi Awang tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut. Semalam bertempat di Kampung Tebakang, Alor Limbat Hadi menjelaskan sikap yang bercanggah dengan fahaman parti adalah antara punca berlakunya pertembungan ini.

Jelas calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ru Rendang ini, Pas tidak menentang calon 'kawan-kawan' pada pilihan raya ini sebaliknya bertindak menurunkan calonnya bertanding di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan parti dan pakatan pembangkang daripada dicemari dengan anasir 'syaitan'.

"Pas bertindak untuk memelihara keteguhan, bukan sahaja masa pilihan raya, keteguhan oleh Allah supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Pendirian tersebut dikatakan apabila Pas memutuskan untuk turut bertanding di Dun Kota Damansara walaupun PKR mencalonkan penyandangnya, Dr Mohd Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikatakan sebagai punca kepada isu ini. 

Sebelum ini keengganan Mohd Nasir yang juga Presiden PSM menggunakan logo PKR pada pilihan raya kali ini turut dikatakan mengecewakan jentera Pas Kawasan Subang.

Ini ditambah dengan tindakan PSM yang seolah-olah tidak mahu menggunakan logo PKR apabila sehingga hari penamaan kelmarin, masih terdapat penyokong membawa bendera PSM malah di sesetengah lokasi di Dun bendera PSM dikibarkan lebih banyak daripada bendera PKR.

 kenyataan selepas penamaan calon semalam, penyandang kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berpendirian bahawa Pas boleh bertanding bagi merebut kerusi itu dan tidak akan menghalangnya. Kerusi Dun Kota Damansara kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru selain BN, Pas dan PKR,  dua calon bebas turut mencuba nasib.

Mereka ialah Halimaton Saadiah Bohan (BN), Ridzuan Ismail (Pas), Dr Mohd Nasir Hashim (PKR), Datuk Edros Abdullah (Bebas) dan A Suupiah dan Halmi Omar (Bebas).

Untuk rekod Pas pernah bertanding di Dun Kota Damansara pada pilihan raya 2004 namun calonnya Mohamad Ariff Md Yusof tewas dengan calon BN Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan.

“Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya yang merujuk individu menganut fahaman komunis tetapi beliau tidak mendedahkan orang berkenaan.

“Menjulang parti Lenin dan Stalin (mereka) orang Rusia, (malah) gambar Carl Marx duduk dalam markas.. Karl Marx ni macam Nabi Muhammad dia lah. Dia menganut ideology kominis. Ideologi kominis diharamkan di Malaysia. Dia tempek gambar Karl Marx dalam markas.. macam mana orang PAS nak buat kerja?

12 comments:

Anonymous said...

Br tau ke ada syaitan dlm PR?hanya syaitan je blh berpakat dgn syaitan

Anonymous said...

bawak pas join bn aje la lagi bagus hj.hadi... bio dap dgn pkr aje dlm pakatan. Demi Islam kat malaysia hj oi, demi islam kat malaysia...

Anonymous said...

Biar sejuta alasan sekalipun hj.hadi, rakyat tak bodo utk menilai apa yg berlaku sebenarnya dlm pakatan. Perti ni nak tadbir satu Malaysia? heh...

Anak Lenggong said...

Saperti dijangka..baru sehari Hadi gendut menunjukkan belang dan serta ingatkan game baru bermula,para penyokong PAS baru nak sengehkan gigi dengan keberanian pemimpin mereka ..tetapi satelah sergah member sebantal..kote hadi gendut mula kendur kembali dengan menyerahkan kerusi yang ditandingi oleh PAS melawan PKR kepada PKR..kah kah kah.

Kesudahannya..PKR juga yang untung..dan seperti biasa PAS tetap akan tunduk dan patuh pada kehendak PKR dalam pembahagian kerusi yang menjadi perebutan diantara mereka…memula punya lah garang .Sekarang apa sudah jadi??

Selain daripada kerusi DUN Sg Acheh, Dua lagi kerusi yang turut diserahkan kepada PKR adalah Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.

ADAKAH INI HARGA DIRI SEBUAH PARTI ISLAM..KESIAN..DAH LAH TAKDE JATI DIRI, TAKDE PENDIRIAN YANG TETAP, TAKDE MARUAH DIRI SERTA DIJADIKAN TONG SAMPAH PULA DENGAN MEYAUT SEMUA GOLONGAN PENCEN..MEMANG ELOK LA LAMBANG PARTI DITUKAR DARIPADA LAMBANG BULAN KEPADA UNDERWARE PUTIH....

Anonymous said...

PAKATAN SEDANG MELIWAT SESAMA SENDIRI...

LEPAS MELIWAT, MEREKA TIKAM MENIKAM SESAMA MEREKA..

ITU SEMUA DIBELAKANG RAKYAT..

DEPAN RAKYAT MEREKA BERPELUK DAN BERCIUM SESAMA MEREKA BERSANDIWARA HUBUNGAN MEREKA AKRAB DAN BERSATU..

CUKUPLAH DITIPU...SAMPAI BILA RAKYAT NAK TERTIPU?

gen2felda

celana biru said...

Tidak menjadi kesalahan berkawan dengan syaitan dalam Pas, begitulah kata Nik Aziz.
Makanya mengapa Hadi pula nak menolak syaitan jika sudah sememangnya banyak syaitan di dalam gabungan PR?

celana biru said...

Tidak menjadi kesalahan berkawan dengan syaitan dalam Pas, begitulah kata Nik Aziz.
Makanya mengapa Hadi pula nak menolak syaitan jika sudah sememangnya banyak syaitan di dalam gabungan PR?

celana biru said...

Haji Hadi bermuka-muka dengan Dap untuk menunjukkan bahawa Pas adalah lebih menyerlah daripada Pkr. Dengan lain kata: Hadi lebih baik menjadi PM daripada Anwar.
Biarkan!

akmal said...

Siapa syaitan yang hendak masuk tu? Sedangkan di dalam tubuh Penipu Rakyat (PR) banyak syaitan dah.

Anonymous said...

Setan tu mat sabu la kot. Dia kn pejuang komunis. Hadi tembak timbalan dia selamba je hehe

Anonymous said...

Bab fahaman komunis tu, pengalaman aku sndiri yg prnah join event kat stadium kajang dulu smpena tahun baru (aku sewa booth jual souvenir), time tu tahun prtama PR perintah Selangor. Aku jln2 tgk booth lain jumpa booth Parti Sosialis ni, belek2 mmg byk cerita Karl Marx, Stalin dan sebagainya. Bunyi sosialis tu pun dah bau bau bacang komunism..

Anonymous said...

Anwar - ketua penipu
haji hadi - ketua lebong